Isnin, 26 Disember 2022

Barbarik - Pentas keras

 


HELLYEAH...

Kali ni aku nak arkibkan satu lagi konsert yang aku turun untuk penutupan tahun ni.

rasanya ada 3 konsert saja aku turun tahun ni 2022.. search atas bumbung ada di entri tahun ni boleh baca. dan rocktheworld aku belum buat entri malas kecewa betul konsert hambar.. 

kalau ikut kalendar aku memang aku 50/50 nak hadir ke konsert barbarik ni. sebabkan kerjaan lebih memerlukan aku jadinya aku tak beli tiket hingga saat2 akhir.. 

bila mana geng2 blogger meracun saat2 akhirnya. dengan keadaan tempat kerja semua lori boleh jalan. ada peluang cuti boleh lulus. aku apply cuti terus dan beli sekeping tiket.


Hari kejadian.. gerak dari klang jam 7pm lebih. sebab tunggu kawan seorang balik kerjaan... aku tumpang mereka. sampai lokasi kejadian di zepp kuala lumpur sekitar jam 8pm gitu risau juga jem tapi nampaknya jalan lancar tak berapa jem melekat.


lepas tebus tiket.. melepak2 dulu di luar pekena rokok sebatang dua.. sekitar 8.30pm masuk terus ke venue.. memang sejuk macam masuk panggung wayang.. nampak peminat sudah mula memenuhi ruang hadapan.. penuh tapi tak sesak memang best...


belum jam 9pm sudah mula mc keluar memberikan ucapan.. dalam hati berkata wow tepat masa betul.. intro dimulakan.. dan lagu pertama pun berkumandang..


Sebanyak 20 lagu di persembahan.. Ada 3 vokalis jemputan memeriahkan pentas keras.. Mael,mel dan asheed.. 

Era wings mus ni lagu2nya kebanyakan berat.. lagi2 dalan album mr barbarik.. dapat melihat lagu2 wings era mus berkumandang memang sesuatu yang indah bagi aku... dan yang paling mengujakan.. semestinya lagu padamkan lampu tidurmu.. 


lihatlah setlist lagu2 malam tu.. memang padu.. lagu terakhir tu aku all out headbanging haha.. enjoy gila.. 

lepas tu nasi tambah.. aku dapat bersua muka dengan kawan2 blogger ada yang pertama kali dan ada yang kedua haha.. yang paling dramatik mata kucing aku sebelah dia saja headbang sama2 haha.. 

lepas bersalaman dan berlalu pergi.. aku minta maaf geng.  tak dapat borak lama2 kali ni aku tumpang kawan.. 

macam kebiasanlah balik singgah makan kat restoran lejen shisa nur hellyeah..

k itu sajalah catatan.. untuk salah satu konsert terbaik aku turun.. memang enjoy dan puashati..

4 ulasan:

  1. kali ini peluang untuk tertinggal tiket memang tipis, kan? hahaha...

    BalasPadam
  2. Bila baca semua yang pergi cakap best….rasa ada sikit nyesal la tak pergi…dah lah aku dekat sangat dah dengan lokasi… tapi nak buat camner….Happy wife, Happy life…hahaha...

    BalasPadam
  3. Brapa anggaran kehadirang geng..?

    BalasPadam