Jumaat, 30 Ogos 2019

Neftaraka - Live in unholy forest ll : The immortal spirit


Arghhh!! Band ini memang penuh dengan kejutan.. bagi penggemar mereka sudah semestinya rilisan begini adalah satu kegembiraan.. ini bukan lah album baru atau ep lagu2 baru. Ianya hanyalah rilisan lagu2 rakaman live dan reharsel mereka. Boleh dikata album live gitu. Mengandungi 6 lagu yang penuh dengan irama mentah lagi kotor tapi bagi aku salah seorang pengemar neftaraka ianya sangat2 mengujakan dan menghiburkan hati yang kelam ini haha.. diriliskan oleh label baru 33 propaganda. Diriliskan terhad 33 cetakan saja didatangkan sekali dengan cd. Aku terpaksa skip cd sebab skg tengah dilanda musim kemarau. Untuk neftaraka ni aku sanggup lah dapatkan rilisan mereka ni. 33 keping saja itu pun sudah sold out aku tahu dari page label tu. Huh nasib dapat satu.

BMH the legion .... hail neftaraka 

Jumaat, 23 Ogos 2019

Bumiputra rockers - Bisa



Album yang rilis tahun 1988 ni diriliskan sekali lagi dalam format gold disc limited edition pada tahun 2019. Album terbaik dari BPR mengandungi lagu2 hit mereka seperti seribu tahun takkan mungkin, aku hanya serangga dll. Masa kemaruk karoke dulu lagu2 pilihan semestinya dari album ni. Suka sangat bawa lagu dajal. Haha.. 

Sabtu, 10 Ogos 2019

Romi & the jahats - rumah


Released in malaysia by KASIH SAYANG record, Nervhous records and Papakerma.

Rtj punk rock dari jakarta. Aku pun baru tahu band ini. Bila aku nampak cd ni di promosi rakan2 punk dalam fb tu. Aku tertarik untuk dengarkan lagu2nya. Bila dengar satu dua lagu yang ada dekat youtube aku terus jatuh suka dengan irama lagunya. Tampa buang masa aku terus beli album ni.

Seperti jangkaan awal aku. Album rumah ni tidak mengecewakan. Lagu2nya santai2 rock gitu penuh ngan mesej. Rasa cam album ni ditulis untuk hidup ini. Banyak kata2 semangat untuk kita meneruskan hidup dunia ini.

Aku tak pasti album ni album keberapa dari mereka. Andai nya aku nampak album2 selain ni ada dijual memang aku akan beli.

Jumaat, 9 Ogos 2019

Neftaraka - forestkult

Ep 2018 dari neftaraka rilisan label goatlord record. Label yg betul2 tengah meningkat naik skg ni dalam pergerakan muzik bawah tanah tempatan. Dan rilisan2 yg dikeluarkan semuanya mengujakan utk dimiliki.

Berbalik kepada ep ni. Neftaraka menghidangkan 4 buah lagu termasuk satu lagu saduran dari band as sahar dan dinyanyikan vokalis lama asal sendiri one barchiel utk lagu stroll in kapan. Muzik terhidang dalam ep ni masih pekat dengan irama black metal hutan dari neftaraka. Mentah kotor dan menghiburkan jiwa2 gelap.

Rilisan ni agak istimewa berserta baju tapi aku tak dpt beli combo sebabkan bajet masa rilis ni kena catu. Dan buat pertama kalinya aku dapat menyaksikan neftaraka beraksi depan mata masa ep ni rilis. Fuh tak pasti aku ada buat entri ke pasal gig tu.

Hail bmh the legion since 1996

Ahad, 4 Ogos 2019

Jugra - rac untuk nusantara


Fuh.. ini kalau post kat fb kompom kena unfriend ngan kenalan2 fb yang berfahaman antifa. Maafkan aku kawan2. Selera halwa telinga aku ni agak pelik sikit. Aku suka akan band2 yang melawan arus ni. Kalau aku boleh dengar band2 yang mencaci agama  rasanya tak salah pun nak dengar band jugra ni. Asal kita tahu yang satu masa nanti benda2 ni tak kan kita bawa keliang lahad. Ohya bagi yang tak kenal jugra ni. Band ni berasal dari selangor. Rasànya ni album ketiga dari mereka. Bagi aku macam album kompilasi je sebab lagu2 ada rakaman semula dan ada lagu saduran. Bak kata vokalisnya dalam inlay dia tak puashati hasil rakaman lagu2 yang ada dalam album pertamanya makanya dia  rakam semula dalam album rac ni. Bila aku dengar rasa lagi sedap sound lagu2 dalam album pertama jika nak banding dengan album ni. Ianya mentah tak ngam dalam halwa telinga aku. Jika di mastering dengan bagus rasanya album ni menarik.. jugra ni terlalu kuat kecintaan kepada bangsa nya sampaikan kalau boleh tak nak bercampur dengan bangsa lain. Kita dimalaysia ni kena terima hakikat lah hidup dalam perbagai kaum gitu.. bangga berhaluan kanan atau kiri aku tak nak join mana2 korang buat muzik sedap2 aku pasti suka 😁✌

Khamis, 1 Ogos 2019

Cromok - image of purity




Album ni diriliskan semula pada 2018 menggunakan kulit album asal dan penambahan sound 24bit menjadikn rilisan ni cukup istimewa dimiliki oleh maniak cromok diluar sana.