Khamis, 5 Disember 2019

Baju HEREAFTER

              HEREAFTER MERCHANDISE 2019

Bersempena gig mereka di bangkok thrash nanti baju ni diriliskan untuk pasaran sana. Sebabkan ramai evil machines di malaysia nak kan baju ni dijual untuk maniac mereka disini makanya aku salah seorang yang mendapatkannya haha.. 

Sabtu, 30 November 2019

Pastel lite - Pop bilik tidur


Tersuka tampa sengaja pada muzik bawaan mereka. Pertama kali dengar lagu mereka dalam album pertama terus jatuh suka. Haha maafkan jiwa rock n roll ini sebab tersuka dengan mereka haha..

Untuk pop bilik tidur ni mereka menghidangkan 5 lagu  baru salah satu lagu berjudul hello sayang dinyanyikan bersama naza the times. Dua lagu gadis indie dimainkan secara acoustic dan lagu disco pelangi di remix kan. Tujuh lagu lah kiranya.

Bagi halwa telinga aku ianya menghiburkan. Bertambah suka lagi bila masa beli cd ni mereka ada sekali  di sana. Dapatlah bergambar dan minta sain sekali.. aummm

Apapun teruskan berkarya buat pastel lite.

Next...

Ahad, 24 November 2019

OLD AUTOMATIC GARBAGE

SPASTICALLY 

Ada beberapa keping cd kaset aku beli masa sambutan cassette store day 2019. meriah sungguh scene indie tempatan dengan rilisan2 baru dan rilisan semula tahun ni. Antaranya demo OAG ni. Ini antara sebab aku merempit ke TTDI  sputnik record kl sana. 

Aku bukan lah penggemar muzik oag ni. Disebabkan bahan sejarah gini yang diriliskan semula dengan kulit demo ni buat aku teruja untuk memilikinya. Ada 6 lagu dalam demo ni rakam sekitar march 1993. Sound mcam rakaman amatur gitu. Di zaman tu dapat rakam gini dah kira terbaik sudah. 

Dengar kabar lagi demo seterusnya dari oag akan diriliskan semula itu pun aku nak beli juga. Untuk harga demo ni ianya agak mahal juga untuk kaset. Tapi berbaloi lah untuk dimiliki rilis pun terhad saja. 

Next....

Khamis, 21 November 2019

ROMI & THE JAHATs


Playlist for malaysian tour 2018

Nampak saja kaset ni jual kat fb terus sambar.. masa mereka datang buat tour kat sini aku belum kenal lagi mereka. Masa beli album rumah hari tu aku terus suka dengan muzik bawaan mereka. Harapnya mereka akan datang lagi malaysia suatu hari nanti. Ohya utk yang tak  tahu ini band dari kota jakarta main punk rock.. lirik2  lagu  betul2 melekat   dengan jiwa aku. Sedap   dengar tak bosan gitu..



Khamis, 24 Oktober 2019

Baju neftaraka


Keluaran terbaru oktober 2019. Hanya logo band saja belakang kosong nampak cantik di mata ini. Dan semestinya mengujakan untuk dimiliki.

Hail b.m.h

Selasa, 1 Oktober 2019

Baju motorhead


Motorhead live in penang malaysia
6 september 2019

Dalam mimpi😄🤘

Jumaat, 27 September 2019

Jugra - Alif Ba Ta



Band yang berasal dari selangor. Antara band yang aktif meriliskan meterial dalam pergerakan Darah & Maruah. Album baru ni diberi judul alif ba ta membawa maksud permulaan.. diriliskan oleh label winter solace amerika. Memuatkan 10 lagu. Untuk album kali ni mesej jugra sudah meluas. Kalau sebelum ni mereka menyeruh bangsa melayu untuk bersatu hati mempertahankan tanah melayu. Kali ini mereka menyeruh alam nusantara pula untuk bersatu hati di bawa payung NUSANTARA RAYA. fuhh dan mereka bangga berhaluan kanan. Rentak muziknya pula berbeza2 ada bunyian slow rock punk metal dan skin. Yg pasti mereka menggelarkan muzik bawaan mereka patriotik metal... 

Rabu, 25 September 2019

A.C.A.B - BANGUN Skinhead oi!




Album keberapa acab pun aku tak tau malas aku mau google haha. Aku follow acab ni sebab dulu aku ada kaset kompilasinya. Ntah kemana hilang tu kaset seingat aku kaset tu kesayangan. Sampai sekarang tak perna tengok orang jual lagi. Dalam kaset tu ada lagu2 sofea dua lagu klu tak silap. Huhu.. heran juga aku album ni muzik sedap dan menghiburkan tapi tak naik harga dan jadi buruan kolektor malaya seperti album2 lain acab yg harga ratusan skg. Nasib lah ada rilisan semula dapat lah harga murah siki. Aku beli cd ni kat lazada kat kl sana pun masih banyak jual. Dan dengar kabarnya album orang timur tu akan rilis semula. Hah.itu album aku nak sangat2 sbb dorang sadur lagu2 sofea semua. K 

Ahad, 15 September 2019

Apparatus - Absurd 19



Berkesempatan menyaksikan band ni beraksi hari tu masa pelancaran album ni di rumah api. Tak banyak aku tahu pasal band ni. Yang pasti mereka memainkan irama punk. Lagu2 dalam kaset ni pun semuanya layan. Bersempena tour eropah mereka pihak legion music meriliskan kaset ni terhad. Tidak boleh nafikan band ni memang padu. Melihat persembahan mereka depan mana total huruhara. Ada 10 lagu dlm ni. Durasi setiap lagu tak sampai 2 minit pantas gitu. Huhu lepas ni kalau jumpa rilisan awal mereka pasti aku sambar. 

Rabu, 4 September 2019

Con-damn the corruptor - Songkial




Album ketiga dari band yang aku minat ni. Haha masa mula2 dengar album pertama mereka dulu aku terus jatuh suka. Apa saja yang terbaru dari mereka aku sebolehnya ingin memilikinya. Saat gembira bila dapat melihat mereka live depan mata masa tour untuk album ni di damansara. Aku ada tulis sikit cerita tu kat entri lepas.. album baru ni memuatkan 10 lagu termasuk intro dan outro. 8 lagu lah gitu. apa yang menariknya band ctc ni mereka masih lagi mengekalkan muzik bawaan mereka dengan penambahan kisah2 duka lara manusia dan alam semula jadi. Dan semestinya sifat melawan pemenrintah tu adalah asas mereka.  Lagu real justice saja sudah menceritakan keadilan abg2 polis ni. Ya bukan semua polis perasuah tapi kebanyakan dari mereka aku perna kena tahan duit juga lah dorang minta dulu hahaha.. lagu story from our land di kitar semula dengan diberikan nafas bahasa dusun. Backlane hooker pergh lain macam rentak muziknya mengujakan. Bagi aku album ketiga ni secukup rasa feel masa dengar tu lain2 disetiap lagunya.. harapan teruskan berkarya ben.

Hail sumandak hail ctc.. aummm

Jumaat, 30 Ogos 2019

Neftaraka - Live in unholy forest ll : The immortal spirit


Arghhh!! Band ini memang penuh dengan kejutan.. bagi penggemar mereka sudah semestinya rilisan begini adalah satu kegembiraan.. ini bukan lah album baru atau ep lagu2 baru. Ianya hanyalah rilisan lagu2 rakaman live dan reharsel mereka. Boleh dikata album live gitu. Mengandungi 6 lagu yang penuh dengan irama mentah lagi kotor tapi bagi aku salah seorang pengemar neftaraka ianya sangat2 mengujakan dan menghiburkan hati yang kelam ini haha.. diriliskan oleh label baru 33 propaganda. Diriliskan terhad 33 cetakan saja didatangkan sekali dengan cd. Aku terpaksa skip cd sebab skg tengah dilanda musim kemarau. Untuk neftaraka ni aku sanggup lah dapatkan rilisan mereka ni. 33 keping saja itu pun sudah sold out aku tahu dari page label tu. Huh nasib dapat satu.

BMH the legion .... hail neftaraka 

Jumaat, 23 Ogos 2019

Bumiputra rockers - Bisa



Album yang rilis tahun 1988 ni diriliskan sekali lagi dalam format gold disc limited edition pada tahun 2019. Album terbaik dari BPR mengandungi lagu2 hit mereka seperti seribu tahun takkan mungkin, aku hanya serangga dll. Masa kemaruk karoke dulu lagu2 pilihan semestinya dari album ni. Suka sangat bawa lagu dajal. Haha.. 

Sabtu, 10 Ogos 2019

Romi & the jahats - rumah


Released in malaysia by KASIH SAYANG record, Nervhous records and Papakerma.

Rtj punk rock dari jakarta. Aku pun baru tahu band ini. Bila aku nampak cd ni di promosi rakan2 punk dalam fb tu. Aku tertarik untuk dengarkan lagu2nya. Bila dengar satu dua lagu yang ada dekat youtube aku terus jatuh suka dengan irama lagunya. Tampa buang masa aku terus beli album ni.

Seperti jangkaan awal aku. Album rumah ni tidak mengecewakan. Lagu2nya santai2 rock gitu penuh ngan mesej. Rasa cam album ni ditulis untuk hidup ini. Banyak kata2 semangat untuk kita meneruskan hidup dunia ini.

Aku tak pasti album ni album keberapa dari mereka. Andai nya aku nampak album2 selain ni ada dijual memang aku akan beli.

Jumaat, 9 Ogos 2019

Neftaraka - forestkult

Ep 2018 dari neftaraka rilisan label goatlord record. Label yg betul2 tengah meningkat naik skg ni dalam pergerakan muzik bawah tanah tempatan. Dan rilisan2 yg dikeluarkan semuanya mengujakan utk dimiliki.

Berbalik kepada ep ni. Neftaraka menghidangkan 4 buah lagu termasuk satu lagu saduran dari band as sahar dan dinyanyikan vokalis lama asal sendiri one barchiel utk lagu stroll in kapan. Muzik terhidang dalam ep ni masih pekat dengan irama black metal hutan dari neftaraka. Mentah kotor dan menghiburkan jiwa2 gelap.

Rilisan ni agak istimewa berserta baju tapi aku tak dpt beli combo sebabkan bajet masa rilis ni kena catu. Dan buat pertama kalinya aku dapat menyaksikan neftaraka beraksi depan mata masa ep ni rilis. Fuh tak pasti aku ada buat entri ke pasal gig tu.

Hail bmh the legion since 1996

Ahad, 4 Ogos 2019

Jugra - rac untuk nusantara


Fuh.. ini kalau post kat fb kompom kena unfriend ngan kenalan2 fb yang berfahaman antifa. Maafkan aku kawan2. Selera halwa telinga aku ni agak pelik sikit. Aku suka akan band2 yang melawan arus ni. Kalau aku boleh dengar band2 yang mencaci agama  rasanya tak salah pun nak dengar band jugra ni. Asal kita tahu yang satu masa nanti benda2 ni tak kan kita bawa keliang lahad. Ohya bagi yang tak kenal jugra ni. Band ni berasal dari selangor. Rasànya ni album ketiga dari mereka. Bagi aku macam album kompilasi je sebab lagu2 ada rakaman semula dan ada lagu saduran. Bak kata vokalisnya dalam inlay dia tak puashati hasil rakaman lagu2 yang ada dalam album pertamanya makanya dia  rakam semula dalam album rac ni. Bila aku dengar rasa lagi sedap sound lagu2 dalam album pertama jika nak banding dengan album ni. Ianya mentah tak ngam dalam halwa telinga aku. Jika di mastering dengan bagus rasanya album ni menarik.. jugra ni terlalu kuat kecintaan kepada bangsa nya sampaikan kalau boleh tak nak bercampur dengan bangsa lain. Kita dimalaysia ni kena terima hakikat lah hidup dalam perbagai kaum gitu.. bangga berhaluan kanan atau kiri aku tak nak join mana2 korang buat muzik sedap2 aku pasti suka 😁✌

Khamis, 1 Ogos 2019

Cromok - image of purity




Album ni diriliskan semula pada 2018 menggunakan kulit album asal dan penambahan sound 24bit menjadikn rilisan ni cukup istimewa dimiliki oleh maniak cromok diluar sana.

Rabu, 24 Julai 2019

Jumaat, 5 Julai 2019

Baju neftaraka 2019





Baju keluaran terbaru dari band neftaraka. Aku order sebelum kemalangan tu hari. Kenalan dan yg follow blog ni akan tahu betapa gilanya aku dengan band neftaraka ni. Apa saja keluaran dari mereka aku berusaha keras utk memilikinya.. untuk baju kali ni ianya amat istimewa bagi aku. Sebabkan ianya pemberian dari band sendiri utk aku. Betul2 terharu beb. Tak sangka band yg aku minati memberikannya secara percuma walaupun aku berkeras nak bayar. Tapi kali ni mereka belanja utk aku. Hail bmh legion.. 

Isnin, 29 April 2019

Baju con-damn the corruptor


Tshirt by istikoma 2019

Nda sempat pakai masa gig hari tu.. tak dapat di poskan sebab tuan bikin ini baju ikut tour sekali.

Ahad, 21 April 2019

Con damn the corruptor tour 2019

Hari kejadian seperti di atas.. hari sabtu aku kerja beb. Syukurlah dapat tempat kerja sabtu boleh santai2.. habis saja kerja dlm jam 3 gitu aku terus balik. Memang aku tak nak janji dengan diri aku turun gig ni tapi kalau aku dpt balik awal memang aku nak turun. CTC ni kata ku dalam hati ku. Masa dorang tour 2015 singgah rumah api aku tak sempat nak turun gig tu sosad gitu. Tapi akhirnya 2019 ni aku dapat tengok mereka live. Bagi yang masih kabur tentang band CTC ni mereka ni memainkan irama punk rock asal sabahan banyak sumandak cantik2 gitu. Hehe.

Bersempena tour mereka ni rilisan album ketiga pun sudah dilancarkan sempena RSD tempoh hari. Nanti aku tampal sini bila sudah ready kita cerita sikit dulu kenangan semalam yang aku coretkan buat diri ku.

Aku sampai jam 6pm gitu sempatlah dengar balik rilisan mereka 2 round. Dalam perjalanan ke demonsara ni mendung gelap gelita dah macam cover album maiden brave new world gitu. Dalam hati redho saja lah kalau hujan tengah jalan berenti dulu. Ctc pun akan perform jam 8.30pm ikut apa yang tertulis kat flayer tu. Risau aku telepon saja bab aku letak kat bakul motor hidupkan gps. Kang nanti tak jumpa lokasi kejadian ni naya aku. Alhamdulillah. Walaupun awan hitam sudah menggila di atas kepala hujan belum turun lagi. 4 minit sebelum sampai gerimis mengundang pun sudah membasih lengan huhu.. nak langgar lampu merah seram pula haha.. dan akhirnya sampai tempat kejadian aku tak basah. Aku terus berhuhu dan bakar sebatang rokok.


Tempat event ni memang lain dari lain.. haha dah biasa sangat turun gig ni dengar saja ada muzik dan orang ramai berkerumun pasti lah itu tempatnya. Sempena zine × diy festival maka tour ctc pun join sekali ngan event ni. Siang orang ramai boleh dtg beli belah kat situ. Malam plak sapa nak tgk gig bayar lah sikit pengerasnya. Aku tak banyak gerak beb. Sebab event gini baru sekali aku dtg. Perna gak lah event campur cam darah dan maruah tu aku turun campur metal punk skin tapi ok lah ada kawan2 sekepala. Pada hari ni aku kesorangan demi band yang aku minati hehe...




Itulah sedikit gambar kenangan band ctc yang aku snap.. dlm jam 9 lebih gitu ctc beraksi lama gak lah aku tunggu siksa rasanya. Haha nasiblah ada gak band sebelum ctc perform boleh lah layan2 gitu.

Ctc memulakan set ngan intro dan diteruskan dengan lagu sabahan punk total chaos rasanya aku pun tak boleh tahan diri dari turut sama menyanyikan lagu2 ctc cuma lagu baru saja tak nyanyi sama bab belum khatam lagi haha. Antara lagu2 mereka pada malam tu story from our land. Together is harmony dan ada beberapa lagu yang aku lupa tajuknya. Dan mereka mengakhir dengan lagu sayonara. Kalau tanya aku puas tak tengok set ctc mmg tak puas kalau boleh aku nak tengok sejam dua gitu set mereka haha.. apapun kepuasan tu ada sebab aku dapat lengkapkan list band lokal yang aku nak tengok dalam hidup.. sampai berjumpa lagi ben dan semua anggota ctc semoga terus maju jaya.


Simpan buat kenangan gitu. Kalau ctc singgah sini lagi pasti aku akan turun lagi support terus.. 

Khamis, 18 April 2019

A.C.A.B - SKINHEAD 4 LIFE



18 years anniversary Re-issue 2019

Album yang aku teringin ada dalam koleksi peribadi aku. Akhirnya dapat juga aku miliki.
Kalau dapat cd orang timur lagi best. Sayangnya tak diriliskan sekali. 

Khamis, 7 Mac 2019

Baju neftaraka

Baju budak.. aku beli untuk anak aku. Disebabkan aku minat sangat ngan neftaraka. Aku tak boleh tengok rilisan yang membabitkan neftaraka. Mesti saja keinginan aku menebal untuk memilikinya.. suka pula aku tengok mizi pakai macam versi aku budak haha..

Selasa, 5 Februari 2019

T shirt IRONBIRD 2019


Pre order tahun lepas dapat semalam lepas balik dari mancing.. terus suppprt produk ironbird. Harap tahun ni ada sesuatu yang baru dari band ni.. heavy metal evil demon tertulis kat belakang baju.. hehe.. 

Khamis, 31 Januari 2019

Cd wings

Ini adalah satu2nya cd kompilasi wings yang ada dlm koleksi aku setakat ini. Selalu kalau dgr lagu2 wings kena putar lah satu album. Jadi utk menyenangkan beli lah satu cd kompilasi.. lagu2 termuat dlm album ni pun rasanya sama saja ngan kompilasi lain wings yg berlambak kat pasaran. Aku berkenan sbb warnanya merah gitu.. dlm cd tu macam biasa lah asal ada ja. Tak ada gambar2 band pun. Itu je lah haha

Rabu, 30 Januari 2019

The bollocks t shirt

Haloha.. cepat masa berlalu.. dah 2019.. aku dah jarang masuk blog ini semenjak aku bertukar kerja.. nak kata sibuk tu tak juga lah cuma kemalasan dan juga internet terbatas haaha.. tahun ni aku cuba aktifkan seberapa kerap yang mungkin blog cincai aku ni.. okey lah utk permulaan tahun ni aku nak share baju terbaru aku beli ni. Haha beli secondhand ja rasanya masih baru kot bab kawan yg jual tu bukan pakai pun jual murah2 gitu aku sambar lah satu ni.. kejap ja habis baju dia jual tu nasib dpt sehelai ni hahaha.. ohya rasanya ni bukan baju pertama utk tahun ni baju ironbird dah keluar ngan thrashit dua2 baju tu aku belum ambil lagi tak ada masa nak jumpa kawan2 skg ni. Bila aku free aku p mancing jajaja.. ohya aku dah kaki pancing skg ni macam seronok plak mancing nanti lah aku share apa yg menarik berkaitan hobi baru aku tu.. tahun lepas 2018 tu rasanya banyak aku ketinggalan utk memiliki rilisan2 yg rilis tahun tu. Harapnya tahun ni dpt kejar balik apa yg tinggal.. huhu.. k itu je pasni aku nak p jengok plak blog kawan2.. lama ni tak masuk sini.. harap masih aktif semuanya..