Khamis, 24 September 2020

Crowbar - time heals nothing

 

kalau nak ikutkan hari2 aku nak publish entri baru. tulah kemalasan selalu menang dalam hal ni haha.. okey ni nak cerita pasal band crowbar ni. aku pun tak tau sangat band ni aku main sambar saja. lepas aku pra dengar seminit dua kat youtube sana. mulanya aku ingat main old school death metal gitu. rupanya aku silap lepas aku korek sedikit info dalam google baru lah aku tahu ini band main sluge metal.. aku pun tanjat manja gitu. tak perna pun aku terfikir genre ni. haha.. kiranya genre sluge metal ni gabungan doom ngan hardcore gitu. muzik slow tapi ganas lah macam death metal. band ni pun asal america sana. mengikut info aku baca ni album ketiga mereka rilis tahun1995 gitu. pastu vsp rilis tahun 1997. selalunya kaset2 keluaran vsp memang jarang mengecewakan juga. untuk muzik sluge metal bawaan crowbar ni aku masuklah sebab tu aku sambar. next aku kena korek lagi kaset2 yang bersama dengan crowbar ni yang mendarat itu hari. haha. bersemangat kononnya aku malam ni nak buat blog 10 entri sekalis gusss.. haha k jumpa next entri..

Rabu, 16 September 2020

buku yang sudah habis ku baca semunya karya hamka

hari tu aku ada beli buku dekat shopee.. aku bukanlah pengumpul buku tegar sekadar pembaca suam2 ku..versi yang aku beli ni pun bukan lah versi kolektor. janji aku boleh baca dan miliki tak kisahlah keluaran istimewakah tidak. janji habis ku baca. hehe.. ni ada beberapa nashkah karya hamka yang aku sudah habis baca. ada lagi satu ke dua gitu belum habis. sebab aku sekarang tengah seronok baca anime mangga sampai nampak baca buku pun kadang2 tak sempat.. aku sudah rancang sikit kat dalam lori nanti aku boleh baca buku komik. kat rumah baca novel gitu. tapi rancangan aku tu tak menjadi gitu. aku ingatkan masa kat lori tu boleh lah aku membaca. susah juga banyak masa tu aku rehatkan badan kaki mata aku. kerja tak menentu. kadang sampai ke subuh esok pagi pula mula lagi tugasan baru. berterusan gitu saban hari. syukur lah ahad boleh rehat. tapi aku bersyukur dengan kerjaya aku sekarang.. hehe.. jom baca kat bawah apa yang aku dapat belajar dari buku2 karya hamka yang aku sudah selesai baca.. 

FALSAFAH KETUHANAN 

jika kita masih ragu2 dengan jalan kehidupan yang kita lalui.. kadang penuh kemanisan kadang benda yang kita tak suka pun akan membadai hidup.. kekadang aku sebagai manusia pun tewas juga dan mengeluh kenapa tuhan uji aku dengan ujian yang begini berat.. tapi akhirnya aku menyerah semuanya sudah tertulis dalam takdir hidup..dengan pekerjaan aku sekarang ni yang banyak menguji kesabaran kesukaran harus dilalui hari2.. jika rancangan aku begini kekadang ianya tak seperti aku harapkan. dan aku tabahkan hati ku aku ingatkan semuanya sudah tertulis harus bersyukur dengan apa yang dilalui.. lepas tu malam hari saat manusia lain lena tidur aku masih lagi berjuang membelah lebuh raya sampai kesiang hari melihat mentari mula menyinari pagi.. embun tebal dihadapan sambil melihat keindahan bukit serta ciptaan tuhan.. hati kecil ku pun berkata syukur ya allah atas segalanya. lepas baca buku ni bertambah yakin lagi lah aku menempuhi hari2 ku dengan tenang.. 

TERUSIR - HAMKA

selain novel tenggelamnya kapal van der wick.. banyak lagi karya2 hamka yang boleh buat mata berair menitis bukan sebabkan ayat cinta.. ianya lebih kepada kehidupan banyak mengajar akan pilihan hidup jika salah langkah buruk padahnya. novel terusir ni jika kita perna lihat filemnya tenggelamnya kapal van der wick ada haryati pegang dan baca. ianya mengisahkan seorang wanita yang menjadi korban kerakusan manusia memusnahkan hidupnya. sebagai seorang suami banyak pengajaran yang boleh aku kutip dalam novel terusir ni. laki2 mana yang tak punya ego gitu.. sebelum membuat keputusan seeloknya berfikir lah secara waras.. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.. huhu

CINTA TERKALANG

judul aslinya Keadilan ilahi..

jika kita baca karya hamka ni banyak berkait pasal ada yang kuat dalam keluarga. hingga pilihan hidup seseorang pun ditentukan oleh keluarga.. nasib malang yang menimpa gadis dalam cerita ni tragis juga sama macam novel terusir tadi.. cinta saja tak boleh kemana. ada harta pun tak akan boleh membahagiakan hidup.. tapi jika kita adun keduanya dengan baik.. dengan izinNya pasti kita merasa bahagia.

ANGKATAN BARU

melihat kulit bukunya aku ingatkan kisah perjuangan kaum muda. rupanya aku silap selepas membacanya rupanya kisah cinta dua insan. sama juga macam dua novel diatas cuma bezanya kisah ni fokus pada percinta remaja yang berpendidikan tapi hanyut dalam dunia khayalan buku2 cinta yang dibacanya sampai satu masa mahligai yang mereka bina hancur lebur... jangan ingat pernikahan itu hanya cinta dan asmara di ranjang. bacalah kalau mau tau lebih lanjut haha.

TEGURAN SUCI DAN JUJUR TERHADAP MUFTI JOHOR..

dalam mengarang buku2 kisah cinta kehidupan. jangan dilupa buku agama karya hamka. sedangkan kuda pahlawan di medan perang tergelincir kaki kudanya.. gitu lah kehidupan.. sebelun kita menghukum dosa seseorang patut kita renung sejenak akan dosa kita. apatah lagi menghukum mengkafirkan orang.. berat tu. teguran yang lembut dan penuh dengan fakta.. 

nota/ kenapa aku suka baca buku hamka.. suatu hari aku perna terbaca buku hamka di dalam surau tempat aku berjemaah kat kawasan perumahan. bayangkan aku nak habiskan buku tu. saban hari aku magrib disurau tu aku tak balik rumah aku terus duduk membaca buku tu sampai isyak. hari2 aku buat kalau aku solat magrib kat surau tu. sampailah buku tu habis ku baca. dari situ aku mula beli buku2 hamka. baru ja aku habis baca kedai buku tempat aku tutup. nak cari karya hamka payah juga. sekarang ni mudah dan senang semuanya boleh di dapati dalam talian.. 

habis saja buku yang aku beli nanti aku masukkan lagi buku2 untuk dibeli. buat masa sekarang masih ada dua judul belum habis. hehe sekali beli simpan stok. ohya anime tu nanti aku tampal sekali jalan bila sudah habis baca.. huhu. k itu je.. nak tau karya hamka lain boleh cari kat blog ni rasanya aku ada tampal juga..

Sabtu, 12 September 2020

cassette UNHOLY CONGREGATION OF DEMONICAL REIGN

 

kaset yang sangat mengujakan untuk aku miliki.. nak tahu kenapa.. kaset ni memang berada dalam radar aku untuk dimiliki.. kalau sudah jodoh tak kemana gitu. walaupun lama menanti tapi berbaloi.. 

begini ceritanya.. ada seller kat fb tu buat jualan kaset dalam ruangan komennya berserta harga gitu. sapa dulu komen dialah dapatkan. bayangkan masa aku buka komen tu. tiba2 muncul kaset ni. aku tak banyak fikir terus balas NAKKKK.. dengan pantas dua komen serentak naik.. tapi aku yakin aku dapat kaset ni. tapi itulah bila seller kata kena kompom dulu siapa komen naik dulu dia punya. debaran tu agak perit juga. sebab apapun boleh berlaku. aku tau kawan yang nak kaset ni pun mesti sudah lama ngidam. apakan daya hanya seketul ni saja. bila seller cakap aku yang dapat....aaaarghhhh aku sangat gembira.. jarang2 aku gembira dapat sesuatu tapi yang ni aku tak nafikan kegembiraan aku. memang puashati aku macam mancing dapat ikan gitu.. lama betul aku ngidam kaset ni akhirnya aku miliki..

apa yang istimewa sangat kaset ni. kaset ni 4 way split salah satu band dalam split ni band neftaraka antara band yang aku minat. lagi2 split ada dalam senarai diskografi mereka.. memang patut lah ada dlm koleksi maniac B.M.H legion.. 4 band dlm kaset ni neftaraka menyumbang dua lagu  the knoll dan F.O.A.D.A.. dan band tempatan black abyss serta dua band luar.. tanyalah band member neftaraka mesti dorang tak ada sextra kaset ni.. huhu.. masih ada beberapa kaset lagi dalam radar aku. biar lambat janji dapat gitu.


Jumaat, 11 September 2020

cassette DUM DUM TAK SEDEKAD

 sempena 10 tahun dum dum tak meriliskan kaset ni yang menghimpunkan lagu2 mereka yang perna diriliskan sebelum ni. masa memula rilis aku tak berkesempatan beli sampailah aku tertanya2 kot2 ada lebihan kaset ni. bila ianya timbul depan mata aku terus sambar..aku cuba asingkan kaset2 cd2 yang aku beli selama aku tak tampal dlm blog ni. aku cuba lah sekerap mungkin utk tampal sini.. utk kali ni aku tampal kaset ddt ni dulu huhu.. 

boleh lihat inlay ni untuk info penuh. 

ada 25 lagu terhidang dalam kaset ni.. mengujakan utk aku dengar.. 

tampal gambar sajalah.. rilisan ni pun rasanya terhad. k itu je hehe

Khamis, 10 September 2020

cassette MARJINAL - TERMARJINALKAN

 

ogos sudah berlalu.. ikutkan memang banyak aku nak tampal dalam ni. sebabkan masa sudah tak seperti tahun2 sebelum ni. makanya makin sendu lah blog cikai aku ni..

tak apa ada cerita yang kurang enak sikit untuk entri kali ni. hari tu aku terlihat lah satu kaset ni kat jualan fb sana. menarik aku memang jangka kaset ni dubbing saja dengan harga yang berbaloi untuk dimiliki. rasanya aku tak ada lagi rilisan band ni. selalu kalau dengar memang aku layan kat youtube sajalah. nak juga merasa bunyi dari tape player aku beli lah seketul kaset ni. harapan tu tak lah banyak sangat janji boleh dengar cam kaset dubbing sebelum2 ni yang aku beli walaupun dubbing masih boleh dengar soundnya..

tapi untuk kaset ni rasanya baik orang ni tak jual.. kualiti sound yang keluar mak aiii nak salahkan player tape aku memang tak lah. semua kaset ok saja. tapi kaset ni memang hancur lebur soundnya. aku bagi kuat volume semaksima sama saja bunyinya memang menyakitkan hati. dengan harga rm25 belum masuk wang pos memang kurang asam lah jual benda ni. tapi tak apalah mungkin seller ni rasa kualiti bunyi kaset ni memuaskan.tapi hakikatnya tak boleh jual ni. 

ada beberapa demo lagi dia jual nampak mengujakan. tapi tak mungkin lah aku nak beli lagi. kalau yang ni sound nya ok sikit rasanya boleh di pertimbangkan. patut aku tanya d atok je mana tau dia boleh buat kaset ni. huhu.. 

k itu je nak cari kotak ni.. ada projek anak2 kat sekolah..