Isnin, 18 Januari 2021

NEBIRAS

 

baju yang aku order tahun lepas. mulanya aku cari baju bazzah tapi aku ternampak pula yang ini. terus order dulu yang ni. bazzah tu nantilah ada duit lebih baru order.. 

Ahad, 17 Januari 2021

KILATUS - LIVE KK WARHEADBANGERS

 

kilatus band black metal dari sabah. melihat pada tajuk album pun sudah tahu. ini adalah album live mereka yang dirakamkan  pada 7 september 2019 dan diriliskan tahun lepas oleh label warmaster production. terhad 100 salinan sahaja.

mempersembahkan 6 lagu termasuk intro. untuk sound live dalam kaset ni. amat baik kualiti bunyinya. seolah mendengar lagu2 dari demo awal mereka. aku terhibur dengan apa yang terhidang dalam album live ni. walaupun bukan semua lagu asal mereka bawa untuk live ni ianya tetap menghiburkan seolah2 berada di acara live ni dilansungkan. boleh lihat inlay untuk detail penuh.

hail 666 tidak sabar rasanya nak dengar rilisan baru mereka yang bakal terbit tak lama lagi.

Ahad, 10 Januari 2021

HUTAN/BLACK ABYSS - BETWEEN TWO HORNS

 

Untuk entri permulaan tahun ni aku akan kongsikan koleksi pertama yang mendaftar masuk ke dalam arkib koleksi aku. untuk koleksi tahun lepas yang berlambak lagi tu nantilah aku tiada modal aku masukkan dalam blog ni.

kaset ni adalah split antara band Hutan dan Black abyss. diriliskan oleh bloody bat prod. dan 33 propaganda terhad 33 salinan. setiap band menghidangkan 4 lagu.

Side A untuk Hutan dimulakan dengan introistualism dengan disusuli rakaman yang mentah sementahnya tapi masih boleh dihadam jika kamu punya selera halwa telinga macam aku. 2 lagu tadi di ambil dari reh mereka dan lagu ke 4 diambil dari demo mereka total black metal hutan ngam dengan nama mereka.. aku tak miliki demo mereka. kalau ada penampakan memang aku akan beli. ini band bakal di ikuti perkembangannya. hail 666

Side B Black abyss antara band black metal yang aku ikuti perkembangan mereka.3 lagu permulaan memang tak dinafikan ianya menghiburkan untuk selera black metal aku.mentah dan bingit...boleh lihat gambar atas untuk info penuh. performed by the late sen nightcrawler 2017 untuk lagu ke 4..

salinan - 29/33