Ahad, 21 April 2019

Con damn the corruptor tour 2019

Hari kejadian seperti di atas.. hari sabtu aku kerja beb. Syukurlah dapat tempat kerja sabtu boleh santai2.. habis saja kerja dlm jam 3 gitu aku terus balik. Memang aku tak nak janji dengan diri aku turun gig ni tapi kalau aku dpt balik awal memang aku nak turun. CTC ni kata ku dalam hati ku. Masa dorang tour 2015 singgah rumah api aku tak sempat nak turun gig tu sosad gitu. Tapi akhirnya 2019 ni aku dapat tengok mereka live. Bagi yang masih kabur tentang band CTC ni mereka ni memainkan irama punk rock asal sabahan banyak sumandak cantik2 gitu. Hehe.

Bersempena tour mereka ni rilisan album ketiga pun sudah dilancarkan sempena RSD tempoh hari. Nanti aku tampal sini bila sudah ready kita cerita sikit dulu kenangan semalam yang aku coretkan buat diri ku.

Aku sampai jam 6pm gitu sempatlah dengar balik rilisan mereka 2 round. Dalam perjalanan ke demonsara ni mendung gelap gelita dah macam cover album maiden brave new world gitu. Dalam hati redho saja lah kalau hujan tengah jalan berenti dulu. Ctc pun akan perform jam 8.30pm ikut apa yang tertulis kat flayer tu. Risau aku telepon saja bab aku letak kat bakul motor hidupkan gps. Kang nanti tak jumpa lokasi kejadian ni naya aku. Alhamdulillah. Walaupun awan hitam sudah menggila di atas kepala hujan belum turun lagi. 4 minit sebelum sampai gerimis mengundang pun sudah membasih lengan huhu.. nak langgar lampu merah seram pula haha.. dan akhirnya sampai tempat kejadian aku tak basah. Aku terus berhuhu dan bakar sebatang rokok.


Tempat event ni memang lain dari lain.. haha dah biasa sangat turun gig ni dengar saja ada muzik dan orang ramai berkerumun pasti lah itu tempatnya. Sempena zine × diy festival maka tour ctc pun join sekali ngan event ni. Siang orang ramai boleh dtg beli belah kat situ. Malam plak sapa nak tgk gig bayar lah sikit pengerasnya. Aku tak banyak gerak beb. Sebab event gini baru sekali aku dtg. Perna gak lah event campur cam darah dan maruah tu aku turun campur metal punk skin tapi ok lah ada kawan2 sekepala. Pada hari ni aku kesorangan demi band yang aku minati hehe...




Itulah sedikit gambar kenangan band ctc yang aku snap.. dlm jam 9 lebih gitu ctc beraksi lama gak lah aku tunggu siksa rasanya. Haha nasiblah ada gak band sebelum ctc perform boleh lah layan2 gitu.

Ctc memulakan set ngan intro dan diteruskan dengan lagu sabahan punk total chaos rasanya aku pun tak boleh tahan diri dari turut sama menyanyikan lagu2 ctc cuma lagu baru saja tak nyanyi sama bab belum khatam lagi haha. Antara lagu2 mereka pada malam tu story from our land. Together is harmony dan ada beberapa lagu yang aku lupa tajuknya. Dan mereka mengakhir dengan lagu sayonara. Kalau tanya aku puas tak tengok set ctc mmg tak puas kalau boleh aku nak tengok sejam dua gitu set mereka haha.. apapun kepuasan tu ada sebab aku dapat lengkapkan list band lokal yang aku nak tengok dalam hidup.. sampai berjumpa lagi ben dan semua anggota ctc semoga terus maju jaya.


Simpan buat kenangan gitu. Kalau ctc singgah sini lagi pasti aku akan turun lagi support terus.. 

1 ulasan: