Isnin, 11 Ogos 2014

Tanggal satu bulan lapan 2014

kelihatan kaki kecilnya. gambar ni aku snap baru beberapa jam dilahirkan.
Detik yang mendebarkan dalam hidup sekali lagi, sepatutnya aku dah kongsikan cerita ni awal, disebabkan cuti serta aktivi2 harian yang membataskan serta bermacam2 lagi halangan maka kisah gembira ini aku lambat publishkan kat blog ni, haha hari ni aku ada masa free sikit, sepatutnyalah kan aku publishkan hasil2 cd2 yang aku rembat semasa cuti raya, dah ada siap pun aku taip, dah terperap dalam draft beberapa hari, kononnya hari ni nak publish, tersedar dalam kereta henpon plak tinggal, gambar ada kat sana huhu, tu aku kongsikan terus lah kisah ni hehe.gambar kat atas tu aku ambil dari fb hahaha..

al kisah bermula begini, pada 1 syawal hati ini pun gembira, sapa tak heppy kan satu bulan berpuasa tu, tiba2 esoknya dah tak puasa lagi, gembira bercampur sebak gak, apapun raya berjalan cam dirancang, pada pagi satu syawal tu, keluarga nak ajak ke cheras, jauh gak tu kalau dari klang, bini aku dah cakap perut cam sakit, aku pun cancel nak bawa jalan jauh, takut2 teberanak kat tengah higway mampus aku huhu..

nak cerita dulu lah pasal raya, sikit ja sebelum berbalik ketajuk entri ni, raya pertama aku tak jalan, duk umah ja, last2 ramai pula keluarga yang datang punya lah kelang kabutnya aku, ditambah lagi oleh bini yang sarat mengandung tunggu masa nak beranak, bukan alang2 kejap2 datang lagi tamu, sampai kan pinggan mangkuk gelas tak cukup dah hahahaa.. kesian aku tengok bini aku tu bertungkus lumus memasak. padan ngan muka aku tak join jalan g cheras, tapi ada hikmahnya juga. abis ceta pasal raya.,

masuk raya ke 5, plan kali ni nak keseremban, walaupun hati aku berat nak g sana, bini aku ni bekeras juga nak kesana, jumpa pakcik dia lah kan, selalu memang beraya kat sana pun, tahun ni dorang balik kampung raya kelima baru datang balik, kami dah bersiap ni, tinggal nak gerak kesana, tiba2 air dah pecah, apalagi aku terus bawa ke hospital walaupun isteri ni cakap tak apa, gilaa...

jam 12 tgh hari detik2 debaran makin terasa, aku rasa panik juga, ohya hanya tuhan saja yang tahu perasaan suami bila melihat isteri nya menjerit kesakitan, aku tak habis2 berdoa dalam hati, rasa nak mengalir airmata aku, anak pertama aku tak macam ni, yang kedua ni, sungguh mendebarkan, hari jumaat beb, aku dah tak gi solat jumaat, aku tepaksa ada disisi, masa bini aku meraung tu, nurse2 ni cam buat bodoh gak, siap begurau2, rasa sakit hati aku tu kalau ikut kan aku terajang saja semua nurse betugas hari tu, orang tengah sakit dorang bleh2nya begurau.. tak apalah terima kasih juga utk mereka,

dalam jam 2 aku g surau, bawa mizi sekali, kesian juga mizi kali ni, ulang2 alik beberapa kali ke hospital ampuan rahimah klang, bayangkan paking punya jauh, kekadang mizi tak nak jalan, tarik2 aku, minta di gendong, aku gendong juga, rupa2nya mizi dah tekupas kaki dia oleh seliparnya, kesian betul, rasa bersalah aku tak angkat dia terus, selesai solat zohor, aku berdoa sehabis nya.

alhamdulillah, lepas ja aku solat tu, bergegas balik keatas, isteri aku selamat melahirkan bayi perempuan yang sungguh comel gitu, rasa terharu sangat mendalam saat itu, melihat isteri tersenyum dengan mendakap anak kecil yang kedua, awek plak tu.. huhu, cam biasa aku azankan, dan selamat semuanya. ohya isteri tak bleh keluar plak, tunggu bayi kencing berak dulu.

malam tu aku ngan mizi, mizi cari mak dia siakkk.. hahaha dah biasa ngan mak dia, aku pun pujuk2 dia buat kan susu, last2 tetido gak dia, excited gak mizi dapat adik, sampai orang lain tak  ble pegang, esoknya datang balik kehospital pagi tak bleh keluar lagi petang jam 4 baru boleh keluar, selesai saja aku bayar bil rm13 ja, total semua rm28 huhu, kalau hospital swasta mau beribu tu, tak palah janji selamat syukur,..

aku ngan isteri dah janji, kalau anak lelaki aku berikan nama, anak perempuan dia bagi nama, haha, mak dia letak nama panjang gila, aku siap buang satu nama lagi, sampaikan JPN pun cakap panjang nya nama anak, nanti susah orang nak sebut, aku diam saja,.. ok itu sajalah utk al kisah nya.. haha..

nota / aku kongsikan lah nama anak kedua aku ni. Elliyana Norashikin Arsil 

6 ulasan:


  1. hehe aku merasa dah pengalam lebeh kurang sama cam ni hehe.. pasal misi tu memang sama jek mana2 pun..dorang memang dah lali tu yg bole buat lawak tu.. pasal tekupas kaki tu..tu la kadang kita selalu kadang marah2 anak tapi ada sebab kita terlepas pandang, anak pulak masih tak pandai nak bagitau explain lagi kan.. lepas kita tau perkara sebenar cam tekupas tu baru kita rasa menyesal dan sedih kan mmm.. pasal solat tu aku suka la bro, kita walau ganas black metal nazi ke apa..yg wajib tetap wajib bro kan.. tapi pasal dah nak bersalin takkan nak ke jemaah jumaat jugak kan hehe.. pasal rm28 tu beruntung kita ada hospital kerajaan kan..hehe

    ok ok btw, tahniah bro! haha hepi for you bro!

    BalasPadam
  2. Aku yang guna klinik swasta bayar mahal pun pernah kena macam tu...ada ker time wife aku sakit nak bersalin anak no 2, duktur tu sibuk marah nurse dia kenapa semalam tak tutup lampu....grrrr...memang rasa nak bagi penampor jer...tapi kenangkan wife tengah sakit....kang ntah apa pulak duktur tu buat kat wife...aku diam ajer la....tapi masa anak 1st...lahir kat salah satu hospital swasta kat KL...layanan memang tip top...1st klass...

    apa2 pun...Tahniah...dah dapat sepasang...semoga menjadi anak yang solehah...

    BalasPadam
  3. fuh detail~

    kalau anak 1st tu rapat dgn bapak, lagi senang nak pujuk kan?

    tahniah

    BalasPadam
  4. Alhamdulilah..tahniah di Atas kehadiran cahaya Mata baru bro..nama anak boleh tahan macam artis gitu..heheh..apa pun respek kat ko,sabar dengan kerenah anak dan tanggungjawab.. Tahniah bro!

    BalasPadam