Isnin, 17 November 2014

KL HELLBANGERS PART 2 - BACK TO ATTACK

15/11/14 sabtu telah berlangsungnya satu gig di insider space taman maluri kuala lumpur.. membariskan band2 dari singapura dan malaysia, haha,, ni aku nak buat macam rebiu pro lah katakan, tapi kan tak pandai lah, jadinya aku taip ja apa yang aku ingat semalam di acara klhb ni.. selamat membaca..

sabtu 8 pagi aku sudah bangun dari tido, mandi sarapan dan layan muzik seperti biasa.. kali ni nak trun awal jam 10 pagi, sbb sudah berjanji akan bercumbu rayu dengan beberapa rakan yang akan membantu perjalanan gig ni, dengan aku2 sekali lah jadi crew senang ceta, walaupun ada sedikit ralat rasa macam tak nak trun ke gig ni, aku putuskan juga utk tak menghampakan rakan2, lagi pun ada rakan dari sabah yang akan datang ke gig ni.
setelah selesai perjumpaan dan kami menuju ke lokasi gig, ohya singgah dulu ambil band2 yang sudah sampai dari semalam, membawa mereka menuju ke tempat mereka beraksi kejap lagi, sampai jam lebih kurang 12 macam tu tak silap, keadaan agak sunyi sepi jugalah, pertama kali datang ke gig awal cam ni huhu... buat apa yang patut setel aku trun kebawah alas perut, malas dah aku nak trun time gig berlangsung lagi pun lokasi gig ni kena jalan kaki jauh klu nak makan, bawa keta kena bayar semula pakingnya klu masuk.. hehehe aku cerita pengalaman aku trus cam karangan gitu,,,,

awan hitam sudah mula menutupi langit lepas tu trun lah hujan dengan lebatnya haha...gig yang dijadualkan akan bermula jam 2 terpaksa lewat sejam mungkin sebab band pertama datang lewat atau pun menunggu kehadiran crowd, sebabnya jam sudah jam 3 hadirin masih kurang kelihatan,,, mungkin sebab hujan lewat datang.. apa2 sajalah.. berbisik juga dalam hati kecil ku andai sambutan tak ramai, sebabnya esok metalcamp akan berlangsung dengan kehadiran band thrash,..namun sangkaan meleset, crowd mula datang membanjiri ruang legar diluar venue.
forbid traction menggalas tugas sebagai opening band pada hari kejadian, dibarisi oleh line up berisi dihadapan aku macam perna tgk line up band ni, hehe.. ini adalah persembahan pertama buat aku melihat band ni beraksi, makanya lagu2nya tidak aku tahu, apa yang pasti sound yang mereka hidangkan memang cukup untuk membuat para hadirin naik gila.... walaupun pada mulanya crowd agak kurang didalam venue, masuk lagu kedua kegilaan dan ribut sudah kelihatan,,, persembahan yang menarik dari band ni, apa yang aku ingat, mereka ada cover 3 lagu sepultura..
band kedua Thrashit, band yang dalam list aku untuk disaksikan, mereka juga ni ada meriliskan ep awal tahun ni,dengan tema neckbangers, thrash metal yang akan mereka hamburkan utk petang itu dengan list lagu2 dari ep mereka, memulakan dengan alunan intro disusuli sound thrash yang begitu padu, total ribut, crowd menggila aku pun sempat menyelit utk melihat mereka dari dekat, dari segi sound memang terbaik, apa yang kurang bagi aku adalah lontaran vokal yang agak timbul tenggelan, sebabkan mike agak jauh dari mulut, dan bila didekatkan barulah dengar, apapun layan... ohya ini gig pertama utk band ni dalam list mereka, moga jumpa lagi di gig kl thrashed tahun depan jajaja....

selepas thrashit sepatutnya band pornogrind yang mengambil tempat, sebabkan mereka belum sampai, maka berlaku lah ralat, tak tahu nak kata apa, organizer cuba sedaya upaya untuk mencari band pengganti. crowd yang sudah gila tadi terpaksa meredahkan kegilaan mereka, walaupun mereka inginkan lagi sound dihidangkan secara terusan2 kegegendang telinga mereka, ku lihat mereka keluar ambil udara.. tak lama lepas tu, mc umumkan, band dari sabah akan beraksi selapas ini, menggantikan goreslut.
mortuary ancestor band yang diterbangkan dari sabah, sepatutnya beraksi akhir sebelum rehat magrib, namun  mereka menggalas tugas band ketiga pada petang itu, selepas sedikit soundchek mereka menghamburkan irama death metal, crowd yang sudah tenang tadi terpaksa bermula kembali untuk memanaskan keadaan, ribut headbanging dihadapan terus mengiringi band ni, bersama2 irama death metal bawaan mereka. beberapa lagu dipersembahkan pada petang itu.. sukses buat mortuary ancestor, hail sabah death metal master. (aku ada rakam satu video, nanti ada masa masukkan dalam utube) hehe.
 selesai saja mortuary ancestor, goresluts sudah sampai, band lucah bagi aku lah sbb dengar lagu mereka ni, ada suara2 enak dalam lagunya, apa menariknya band ni pada petang itu, mereka dapat mempersembahkan lagu2 mereka dihadapan crowd yang menggila,dengan irama grind yang begitu laju, serta vokalisnya yg sangat bertenaga sekali, melompat kesana kemari, mmg ohsemmm.... suasa yg betul2 gila pada petang itu. nasib saja tiada suara2 gadis dlm lagu2 livenya..hahaha...
kehangatan petang itu diteruskan dengan hujan diluar sudah mula redah, selepas band goresluts, band dari kedah pula sudah naik diatas pentas, yeay storming steel.. band thrash fucking heavy metal.. alah2 sabbat gitu..  setiap persembahan mereka di kuala lumpur pasti aku ada saja, sayangnya masa sabbat hari tu, mereka tak jadi main.. pada gig kali ini, aku boleh katakan ini adalah show mereka yang paling tip top, sound mantap vokal kedengaran dgn jelas menghiburkan.. bertambah best lagi bila mana vokalis hellstorm dijemput menyanyikan lagu terakhir,, cover song dari band sepultura, anti crist, maka bertambah huru haralah venue pada petang itu. memang gila, bagi aku sendiri, ianya satu bonus yang tak disangka2, dapat menyaksikan vokalis hellstorm beraksi depan mata.. aku tak sia2 peluang, dan merakamkan lagu terakhir tu, disimpan buat kenangan, ada masa aku share dalam utube..

BATERI HENPON MATI CAMERA TIADA SUDAH,, ambil gambar dari fb sajalah...
 band seterus memainkan irama skin + metal, yang pertama dimalaysia, bayangkan bila 2 genre ni digabungkan. jugra yang berasal dari selangor.. memainkan irama ni, dulu aku perna melihat mereka ni, beberapa kali beraksi, tapi pada malam ni, line up sudah bertambah, dengan pakaian tee yang bernombor 88 di dada.. semangat patriotik cukup kuat dalam band ni, mereka persembahkan lagu2 dalam bahasa melayu, cukup layan pada lagu pertama, ada lagu cover rasanya, lagu utk tentera, apa tajuknya pun aku lupa plak, begini bunyinya, sebelum kami berjuang jangan harap kami peluang.. haha sedikit liriknya, 2 vokalis mengalas tugas utk jugra, satu suara menjerit dan satu suara metal.. crowd tak menggila sangat, tapi layan dengan muzik mereka ni, mungkin pelik dengan muzik mereka, apapun respek buat jugra, melayu tak kan hilang didunia..

selepas band jugra, gig diberentikan utk solat magrib, hehe... kalau mengikut jadual gig ada satu band lagi, bila kelewatan di awal tadi maka terpaksa berubah jam pada list. masa rehat ni lah time paling best tengok2 stuff, memang meriah kat luar penuh ngan peniaga2, dah macam pasar malam, nasiblah aku tak bawa bajet lebih kalau tak memang shoping berabis, walaupun begitu, aku paling pantang balik tangan kosong tampa ada beli barangan metal ni hehe,
selepas rehat band dari singapura balberith sudah setup diatas pentas, jam 8 malam begitu rasanya, sound mula kedengaran crowd mula memasuki venue kembali. Band ni kedua kali aku lihat beraksi di kl ni, apa yang boleh aku katakan persembahan pada malam ni total bom seperti band2 yang lain, mereka ni memberikan persembahan yang begitu padu, dengan alunan black metal yang laju, kira war black metal lah. Suasa venue memang totaly huruhara.
Selesai saja balberith band yang ditunggu oleh kebanyakan crowd pada hari malam itu, hahaha.. termasuklah diriku yang gersang ini... band shewolves yang dianggotai oleh empat gadis2 yang cukup utk para crowd bersesak dihadapan pentas.. kebanyakan band beraksi pada gig kali ni, adalah band2 pertama kali aku lihat, termasuklah shewolves.. selepas sedikit soundchek, band ni memperkenalkan diri mereka kami shewolves, kebanyakan dari crowd sudah menggila, memulakan set mereka dengan lagu sendiri, lepas tu lagu kedua cover dari band iron maiden, memang sah dorang ni minat ngan band gergasi ni, persembahan mereka memang layan aku berasak2 kedepan utk menyaksikan gitarisnya dan juga drumernya, memang sempoilah, bila mana 1st lihat band wanita beraksi depan mata..hehe.. lagu ketiga rasanya ada masalah sikit bilamana bahagia drum ada sedikit ralat, pedal patah klu tak silap, haha kuat juga hentakan kaki gadis ni.,,phewittt.. hampir 10 minit mereka menyambung balik persembahan mereka.. terbaik tu boleh lah sebab sambutan crowd yang luar biasa untuk band.. semoga bertemu lagi shewolves....
Band black metal yang menggelar diri mereka santau, sapa tak kenal santau nanti kena santau 77.. kali ni mereka bersama bassist terbaru, mengantikan moon laknat yang tak dapat bermain pada hari kejadian. Crew santau mula membakar colok yang bagi aku kali ni tidak menjadi, sebabkan coloknya memedihkan mata asapnya.. apapun dari segi sound mereka memberikan yang terbaik macam selalunya.. hail santau.
Band terakhir penutup acara gig pada hari kejadian, didatangkan khas dari singapura, band cardiac necropsy.. band ni mengikut apa yang aku dengar pada malam tu, mereka sempat berkata lagu lama mereka tahun 1991, pergh kira legend jugalah band ni, mereka memainkan irama black metal.. apa yang bestnya kali ni, crowd bersama hingga keband terkahir, sepatutnya beginilah terjadi buat mana2 gig di malaysia, sambutan pada band ni sama saja macam mana sambutan pada band yang beraksi pada gig ni.. total tunggang tabalik, kedengaran juga mereka ni cover lagu band mayhem freezing moon, aku anggapkan saja mereka mayhem hehe... sound tak ya cakap, mereka memang pro, dengan gaya vokalisnya yang begitu menghayati lagu2 yang disampaikan,, total layan.. harap berjumpa lagi di gig akan datang...
Terakhir utk catatan ni, kesimpulannya gig ni berjaya walaupun ada sedikit ralat, dengan kehadiran crowd yang mencecah 250 orang termasuk yang diluar hehe.. enjoy semuanya. Dengar kabarnya part 3 akan menyusul hehe.. oklah itu sajalah cerita utk gig ni, kalau ada rezki jumpa lagi dilain hari. 

9 ulasan:

  1. shewolves tu bass tu pakai jibab hehh, yg gitar pulak huh seksi gak ekk haha.. '1st lihat band wanita *beraksi* depan mata..' aku suka! haha

    BalasPadam
  2. Selalu jugak aku dengar band2 black metal sini cover freezing moon tu..shewolves aku ada like page dia kt Fb..heheh..nice report bro

    BalasPadam
    Balasan
    1. kebanyakan mmg banyak band sini cover lagu ni, mungkin senang bawa kali..
      shewolves ni masa mula2 aku tahu dari mag, sampailah hari tu baru nampak live depan mata.. hehehe

      Padam
  3. alamak...sekeping jer gambo band awek2 ni...hahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg hajat nak snap banyak2 pic band ni, apakan daya betri da abis... tapikan mmg sempoilah band ni.. mengancam gitarisnya ngan drumernya,, hebat!!! hehhe

      Padam
  4. I love your writing style. You write about something you like with passion and from the heart.
    Cuma yang "pantang" tu, hah 2015 baik azam baru, jauhkan diri dari meja merchandise hahaha, kering la wallet gini macam haha....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe makasih deaf, apapun aku banyak belajar dari blog kamu..
      bab pantang tu aku mmg kurang kan juga, apakan daya, barang2 yang dijual di gig memang semuanya tak jual online...

      Padam
  5. uish!!! superb lah!! dapat tengok storming steels!! adeeeeeh... dah la KL tu jauh. kalau tak dengan motor jer redah nk gi tengok band2 yang perform. hahahaha!

    BalasPadam