Khamis, 20 April 2017

Lovehunters - sambutlah kasih CD 2017


Hari tu aku ada g kl, sempatlah aku sambar sekeping cd ni, hari tu ada tengok jual kat fb rm20 ja belum masuk pos, alang2 sudah ada depan mata aku sambar lah sekeping haha


lagu sambutlah kasih penyebab aku suka ngan band ni, hari tu aku ada beli album pertama tu kan, aku ingatkan ada lagu sambutlah kasih dalam tu rupanya tak ada huhu, jadi dengar ja lah album tu makin hari makin suka ngan muziknya, tambah2 lagi baca rebiu2 ulasan konsert dorang.


lagu2 lain dalam ni aku tak perna dengar ni pertama kali dengarnya, rock n roll juga muziknya, macam ada 2 versi live situ belum hadam sepenuhnya album ni ucapannya pun dalam bahasa english. ada disertakan juga lirik dalam. kata uncle campbell tu album ni perna diriliskan dulu, disebabkan banyak permintaan lagu sambutlah kasih tu ianya diriliskan semula, suka cara uncle tu promosi album2 reisu kat kedainya, aku datang kan memang nak beli album yang sudah bertahun dalam list jadi ini cd antara cd yang aku tak jangka akan beli, sampai sana terus saja beli.

harga kat kedai uncle campbell tu rm23.90.

nanti aku tampal lagi cd2 yang aku sambar hari tu di entri akan datang hehehe.. 

7 ulasan:

  1. Lovehunters..
    untuk aku antara paling sukses mereka ialah
    1) Berpindah Minda jadi lagu rakyat kat cenel RTM Malaysia. Tak tahu nak gelak ketawa atau kagum.
    2) Album Inggeris mereka meletop dari sambutan semua kaum bukan sahaja peminat muzik Melayu kerana Angel In The Night antara lagu paling popular di Singapore tahun ia dirilis. Walau album tu ada lagu Shed No Tears which is my all time favourite love song.
    3) Dorang punya 3 jam FINAL EVER SHOW kat concert hall Esplanade. Untuk aku DVD rilisan tu macam siak dan tak sama dengan suasana best giler malam tu audience dah ramai2 suruh Sahar bukak baju pasal dia sorang je tinggal pakai baju, kerana tak complete beberapa lagu dan tak menggambarkan keadaan sebenarnya malam tu. Semua lagu yang ada Ramli Sarip takde dalam dvd pasal Blues Untuk Rakyat malam tu paling dahsyat dalam sejarah la pada aku.
    4) Yazid diction, penyampaian, tutur bahasa Inggeris sangat hebat, betul2 suara Mat Salleh, mungkin mereka memang old-timer main live band. Tu pasal mereka takde masalah switch lagu omputeh dan melayu. Dan 3 piece band yang boleh bawak segala tok nenek Led Zep, Deep Purple, Whitesnake dan Grand Funk nye era.
    5) Sahar sebelum jadi guru sekolah, pernah meniaga jual sayuran kat pasar Eunos Crescent. Sahar disegani kerana karakter tutur bahasanya. Ada satu show aku tengok dia lawan drum solo dengan Yazit Search, giler dahsyat. Dua drummer terdahsyat lawan drum solo.
    6) Lovehunters supposely nak keluar sebuah boxset best giler tapi terus senyap takde news.
    7) Kalau aku boleh pilih satu je band melayu, baik Malaysia atau Singapore sebagai best live band ever aku pernah tengok.
    Hands down aku pilih Lovehunters yang lineup Yazid, Moliano, Sahar.
    Ada satu time Moliano keluar replace by Gersang gitaris. OK jugak aku tengok masa live hari raya dorang main kat Geylang Serai.
    8) Sambutlah Kasih - lagu ni memang build up untuk persembahan live pasal Yazid tak payah nyanyi pun boleh, audience nyanyi semua haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks komen deaf. hari tu uncle tu ada promosi juga kat aku suruh beli dvd tu, bajet pula lari.. tengok lah klu aku turun kl balik klu masih ada aku nak sambar juga dvd tu.

      Padam
    2. Deaf...Gitaris Gersang tu Ajib kan?...aku dengar cerita dia memang duk Spore mengajar muzik...

      Btw...Lovehunters ni kalau band omputeh...taraf dia dah ala2 Deep Purple, Whitesnake dia punya lejen dah...

      Padam
    3. DVD tu tengok youtube je dulu. Gelap je kan hahaa.. Tapi ok la sebagai koleksi original. Tapi full show lagu2 takde dalam DVD ada dalam bootleg aku kat youtube.


      Berteromber,
      YES SIR
      He replaced Kid.
      Oh ye ke? OK la ala...jalan kaki seberang bridge je Johor Singapore kalau nak balik rumah tiap2 hari. haha.
      Yep... Memang lejen. Dulu aku tak perasan, tapi bila aku perasan kehebatan mereka, tak dinafikan...

      Padam
    4. deaf dah komen panjang lebar...

      marilah berpinda minda

      Padam
  2. Cd ni aku cari tak jumpa2 lagi.kt victoria selalu abes stok.kedai uncle kt campbell tu mmg terbaik.uncle tu bkn stakat niaga tapi tau knowledge music.tu yg aku suka pegi kedai dia.auntie campbell pun sama

    BalasPadam
    Balasan
    1. lama aku tak dapat gi Campbell.
      Ingin hajat hati nak gi la.. Aku jalan kaki je dari Masjid Jamek lalu Jalan TAR.

      Victoria jangan cerita, sakit bontot aku duduk kat tren siap tukar2 nak sampai Amcorp. HAHA

      Padam