Hell-o semua..
ini ada sedikit catatan untuk gig yang aku hadiri semalam ahad 30/07/2017. dengan kekangan masa yang semakin terhad dan cabaran hidup makin mencabar diusia masuk angka tiga ni, ianya sedikit sebanyak meletihkan aku. ditambah2 dengan line internet yang tak menentu, nak menghadap pc ni pun bukan lagi macam sebelum ini. jadi ini sedikit coretannya.
aku balik dari kursus jam 1 lebih sempatlah aku balik kerumah hantar baju nak cuci. gerak ke lokasi gig nak dekat jam 4 rasanya. aku terfikir juga akan telewat dan melepas dari melihat band ironbird. antara band yang aku nak saksikan dipentas playspace, bak kata ura2 mengatakan tempat gig ni memang sound mantap. dalam perjalan ke damansara perdana faham2 lah kan jalan nya ada 2 kali pergerakan kereta amat perlahan. namun begitu aku sempat sampai sebelum set ironbird berakhir.
IRONBIRD
sampai saja di pintu masuk. bayar tiket yang berharga rm35 tak dapat percuma, sebab percuma kaset untuk mereka yang datang awal sahaja dapat. lepas saja tangan di ikat ngan tiket aku terus masuk ke venue. ironbird sudah mengganas dengan alunan heavy metal evilnya. tampa buang masa terus masuk headbang dan moshing hahaha sorry siapa2 yang terkena mosh masa ironbird beraksi, aku hilang akal masa ni. lama rasanya tak turun gig. nak balas dendam katakan... namun begitu. aku sampai saja lagu ketiga sudah dipersembahkan, jadi aku hanya sempat menyaksikan satu setengah lagu, sebab lagu terakhir tak dihabiskan disebabkan masalah teknikal yang melanda pentas.. jumpa lagi ironbird di bertukang malam malam nanti.
lepas ironbird aku keluar kejap ambil udara, baru terasa pinggul aku sakit hahaha.. mungkin tiada panaskan badan terus masuk moshing..padan muka aku hail kejahatan.
BLACK ABYSS
salah satu band black metal tempatan top 5 yang aku minati. sudah beberapa kali aku lihat persembahan mereka. jujur aku katakan sound black abyss tak sesuai untuk dibangingkan oleh kepala ku ini hahaha.. aku lebih tenang bila mendengar muzik mereka dari beraksi membunuh diri masuk moshing seperti irama ironbird yang penuh ngan keterujaan haha... hail juga pada black abyss
INCENSE
Aku hampir tak kenal band ni, sebab logo sudah tukar, baru ajak kawan p minum, nasiblah dia bagitau incense yang main. hahaha... okey power juga muzik dorang masa live. jika nak dibandingkan dengan sound ep mereka. susah mau hadam, persembahan live memang menghiburkan.
BESTIAL HORDES
Sekali lagi jujur aku katakan, aku tak akan ambil risiko memandu dengan kelajuan maksimun tekan minyak habis semata2 untuk melihat gig ni. disebabkan band ni aku takut terlepas aku ambil risiko HAHAHA...
Bestial hordes mendengar lagu2 mereka dalam rilisan yang ada dalam koleksi aku, ianya sangat2 mengujakan. dapat menyaksikan mereka beraksi depan mata. tak akan aku lepaskan. ngam2 juga aku sampai mereka belum beraksi. nasiblah ini malaysia gig pasti akan lewat sikit dapatlah menyaksikan band bestial hordes ni. untuk set bestial hordes kegilaan ditahap yang melampau. sokongan dari crowd penuh ngan kegilaan. walaupun sound yang terhidang tidak sama seperti dalam cd, namun tahap permainan bestial hordes tidak payah dipertikaikan. heran juga aku sebenarnya, bukan kah dikabarkan playspace ni mempunyai sound system yang padu. tapi sayang sound sama saja seperti tempat2 gig yang berskala kecil. boleh aku katakan hanya band claw saja yang vokal kedengaran padu. band2 lain semuanya macam tak jelas kedengaran. apapun aku sudah menyaksikan kehebatan permainan setiap line up bestial hordes. terbukti band ini akan aku masukkan dalam top 10 band pilihan aku. hail bestial hordes harapnya dapatlah menyaksikan mereka dilain waktu. sempatlah sambar sekeping album baru mereka tu. semalam aku balik dari gig tak sempat nak layan semua lagu pasang saja terus lelap disebabkan penat yang menggila.
DISOBEYED
2 Band diterbangkan dari sabah untuk gig kali ini, megaton salutan untuk organiszer. jarang2 sekali kita melihat gig di kl ni yang membariskan band2 Jahat dari borneo sana. untuk set disobeyed ini kali kedua aku menyaksikan mereka. kali pertama masa gig kat penylane. jujur aku katakan aku bukan maniak muzik yang dibawakan oleh disobeyed ni. seperti band2 lain aku tak dapat nak dengar kebuasan sound mereka pada hari kejadian, jika nak dibanding dengan sound dalam album mereka soundnya cukup padu dan bertenaga sekali. apapun taniah buat disobeyed. ohya aku sempat beli kaset band ni..hajat hati nak beli patches nya saja, sudah bayar baru perasaan patchesnya ada jual asing hahaha sebab albumnya dalam bentuk cd ada dalam simpanan. hail disobeyed
CLAW
ini band buat aku tak jadi balik. rancangan asal aku dapat lihat bestial hordes dengan disobeyed aku balik sebabnya aku tersangat2 letih. 2 hari 1 malam tu aku kursus, kursus paling kejam perna aku hadiri. tiada masa nak berehat. okey lupakan pasal kursus. mari aku ceritakan pasal band claw ni. mendengar rilisan album awal mereka ianya sudah mengujakan untuk dihadam. inikan pula nak dengar live depan mata. di antara semua band yang beraksi hari tu, aku suka muzik dan sound yang dipersembahkan oleh claw. sempurna, sound vokal kedengaran dengan jelas dan lantang. padu juga jeritanya si sham baik ni. sepanjang gig ni aku tunggu sound macam ni. menghiburkan aku okey.. haha hail claw tolong riliskan versi kaset tu kepada cd..
INSULTOR
Band insultor ngan claw ni tak jauh beza pun dua2 band black metal kata2 kufur. sudah banyak kali melihat band ni beraksi. jadi tak teruja sangat, macam biasa lah band kufur macam ni memang menghiburkan hati ini. jahat dan kejam suka gaya vokalisnya. hail insultor.
VI IV IV
band terakhir pada hari itu. aku sempat melihat satu lagu lepas tu terus keluar, memang tak tahan sudah penat gila. band ni sama juga macam insultor sudah biasa tengok jadi keterujaannya tu sudah kurang. tak dapat nak ulas lebih. aku pun belum beli lagi album mereka masih menunggu giliran haha.
keseluruhannya gig ni berjaya kehadiran penggemar muzik black metal memang ramai. cuma sound tu telinga aku ni kurang berkenan hahaha. yang lain2 bestnya dapat bersua muka dengan kawan2 yang jarang2 jumpa. gig ni berakhir cepat saja. pantas bertindak tabik band2 yang beraksi tak ada soundcheck bagai yang membuang masa. harap2 semua band dimalaysia ni kurang kan masa soundcheck bukan satu band beraksi kena gig yang banyak band maunya sampai lewat malam baru habis. ini gig kedua terpantas habis perna aku hadiri... jumpa lagi di lain hari hellyeah 666..
hail juga kejahatan... HAHAHA (gelak cara dracula)
yang ambil gambar ni gambar dia diatas sekali tu pegang mic, si ash haha
Band VI IV IV tu da mcm behemoth pulak..hehe..terbaik laporan gig
BalasPadamterbaik ulasan gig
BalasPadamtrbaik geng. memula igt mmg nk pg dh tp kene blk kg plak. hajat nk tgk Incense main live
BalasPadam