Selasa, 8 Ogos 2017

KL METALCAMP 2017


Sekali lagi aku turun gig sabtu lepas, walaupun minggu sebelumnya aku sudah turun gig blackest of the blackest black yang menghimpunkan ramai pemuja irama logam hitam. untuk gig kl metalcamp ni kita akan lihat pencinta muzik bawahtanah yang otai2 turun memeriahkan acara tahunan ni. melihat pada senarai band yang akan beraksi di metalcamp tahun ni. ada rasa teruja sikit sebabnya lihat saja pada flayer diatas tu.

aku gerak bersama 4 rakan dari klang, jam 12 gitu kami gerak, singgah ambil kawan di centrel market seorang. hajat hati nak sampai awal, sampai ke publika saja jam 2 juga haha. ada satu kereta lagi kawan dari klang yang lewat bergerak, sebabnya terikat ngan kerja. jadi kami yang cuti pada hari sabtu ni gerak dulu.

sampai saja di publika lepas letak kereta terus kedai mamak sekejap pekena nasi gereng pattaya. nak makan nasi goreng usa mereka tak jual, nasi gorengnya tak sedap pun haha. melihat senarai band beraksi ni pasti susah nak makan nanti, sebabnya semua band diatas tu aku nak lihat. makan dulu kenyang2 walaupun tak sedap terima kasih kat atto sebab bagi aku udang tu hahaha


sekitar jam 3 gitu, gig pun bermula. band pertama sudah semestinya nonservian. dibarisi line up satu malaysia. perghh tabik sound tak payah cakap blackbox ni. sangat padu muzik bawaan non servian ni. mereka membawakan genre melodic death metal, basist mereka amoi lagi tu power beb.


lepas set nonserviam tadi, band dari filipina ambil alih pentas, kalau tadi di hidangkan ngan irama melodic death, kali ni band mas hypnosia membawakan muzik thrash lama. mereka bertiga saja macam sodom gitu. lagu pertama saja ada masalah gitar, bunyi tak kedengaran, nasiblah sound enginer hari tu menyedarinya kalau tak mati2 gitaris main penuh perasaan sound tak kedengaran. betul bak kata kawan aku dorang main stail muzik old kreator. lain macam thrash nya. ganas gitu. lupa nak sambar cdnya argghhh


band dari kota singa. yang dibarisi pemuzik berbangsa india. rasanya belum ada lagi band2 metal malaysia yang sama macam rudra, ada pun perna aku tengok campuran juga. ini kali pertama juga aku menyaksikan mereka, banyak baca saja info2 mereka dalam majalah, jadi keinginan aku untuk menyaksikan mereka kali ni kuat juga. lagu demi lagu mereka hamburkan, mereka sangat unik muzik pun menghiburkan. lagu penutup lain macam bunyinya rentaknya pun best haha.


infectious maggots, ini kali kedua aku melihat mereka, kali pertama pun di metalcamp, lupa tahun bila punya metalcamp tu, kat stadium chin woo. masa tu vokalisnya masih fathul lagi. guna dua mic. dikabarkan sebelum gig ni akan diperkenalkan vokalis mereka, pergh dasyat juga vokalnya, kawan aku cakap vokalis baru ni dari band negation madec tornedo kalau tak silap namanya. set maggots pada hari tu huruhara dibuatnya.


trauma dari indonesia, pertama kali tengok mereka live depan mata. apa yang boleh aku katakan mereka memang kental dengan muzik death metal nya. ribut..sama seperti maggot tadi. lepas trauma ni gig direhatkan. sekitar jam 8 gitu gig bersambung semula.


saat yang dinantikan oleh kebanyakan hadirin yang hadir hari tu, metalasia tidak payah lah perkenalkan mereka. ini saja gambar yang sempat aku ambil hari tu. apa yang aku ingat lagu yang mereka persembahkan hari tu lagu duit ngan ning. yang lain2 aku tak biasa dengar haha


band yang aku teringin nak lihat sekali lagi. dulu masa king from hell tali gitar putus untuk dua lagu terakhir. dan kali ni athotorgh menghabiskan persembahan mereka tampa cacat celanya. bila masuk lagu promaster dieyana tu bergema dengan laungan bersama promaster dieyana.. perghh meremang bulu roma part ni.


band terakihir hari tu di terbangkan dari jepun abigail. memainkan irama black thrash.. enjoy habis crowd masa ni. aku hanya duduk tepi saja letih dan black out.



habis sekitar jam 10pm lebih macam tu. tak tunggu lama terus balik saja. sempat singgah nz pekena sup tulang sayangnya sup tulangnya tak sedap. pada hari kejadian ni shisa nur tutup kedai.. aarghhh!!

in metal we blast

7 ulasan:

  1. wow untunglah dapat tengok Abigail bro

    BalasPadam
  2. Abigail aku dah tengok masa perform kat Ipoh tahun 90an dulu..Masa tu mereka dgn satu band dari US dan Mistik...Gig tu pun tak ramai dengar khabar sebab Metallers boikot organiser

    BalasPadam
  3. Untung la dapat pergi..baca review kat FB memang nampak meriah...best...tq review..

    BalasPadam
  4. Abigail pun ada tu.otai dah band jepun ni.tq review bro.band2 lain pun hebat2

    BalasPadam
  5. Infection maggots. Damn. 1500 till 2200. Boleh muntah darah kalau aku. Rasa sebelum magrib dah balik kot kalau aku.

    BalasPadam
  6. excuse me, ni review gi gig ke review jalan2 carik makan? haha. Semua tak sedap.. kesian tukang masak baca blog ko ni haha.
    OK review show yang terbaik, aku baca ni ada idea sikit2 background band2 yang beraksi. kejap ye, aku nak kena baca 2 bulan nye posting dalam blog ni pulak haha.

    BalasPadam