tak tau nak letak tajuk apa, entri ni sepatutnya,aku publishkan 2 hari lepas disebabkan line tenet ralat, makanya hari ni aku publishkan wahohoho...
-hari ni aku nak cerita apa yang bermain dibenak hati kecil
ku ini,atau bisik hati ku yang kian memuncak membuak2 , hohoho.. sebelum tu aku
nak ucapkan selamat berpuasa utk kalian semua, yang singgah kat blog cikai ku
ini.. hehe.. nak cerita pasal kesedihan kegembiraan, keterujaan, kegiaanan yang
tak dapat dibendung lagi, aku satukan sekali dalam entri ni.. walaupun aku ni
tak pandai dalam menyusun ayat, aku cuba jugalah menaip mengikut gerak hati ku
ini..
-PERTAma sekali aku nak cerita pasal mata aku ni, rasa macam
ada pasir pula dalamnya, apa tidaknya semalam aku berjaga sampai pagi, gara2
nak tengok last game piala dunia, walaupun kedua team beraksi dalam final tu,
bukanlah team favorett aku, rasanya wajib tengok juga kan, ni bukan game biasa2
cam grup stage ke 18 team ke, dan yang lain2, kalau telepas sayang oh, semalam
aku sanggup buat senaman lagi untuk hilangkan rasa ngantuk.. tipulah kan kalau
aku tak terlelap. Ada lah dalam 25 minit cam tu aku terlelap dalam jam 2 lebih
cam tu, nasiblah aku ada set alarm jam 3pagi, dengar saja bunyinya aku terus
buka mata besar2, tv masih terpasang, game dah bermula 4minit huhu..
-dalam hati aku macam nak sokong argentina saja, tapi aku
abaikan, aku tak sanggup nak menanggung kecewa untuk Negara orang lain huhuhu..
aku putuskan utk tengok saja game tu. 1st
half memang laju dorang ni main, masakedua memang hampa juga lah mungkin aku
dah mula ngantuk, tapi aku tahan, alang2 kata hatiku.. time makan sahur pun aku
dah depan tv, gosok gigi pun dah depan tv, nasiblah tak sampai sepakan penalty,
kalau tak solat subuh pun depan tv gak.. gilalah.. sayang sekali juga agentina
tak dah luck, rasanya bagi aku dorang ni dah menang, apakan daya german
bernasib dapat jaringkan gol satu, hmm malas juga lah nak menaip panjang2 pasal
bola ni.. aku mengharapkan semalam kurang2 pun sepakan penalty, tak pun
berbalas gol ke.. ni hampa.. itu sajalah pasal bola ni.
-speedy dan cromok, semalam aku pergi jalan2 bawa family gi
jusco, sempat lah singgah kejap kat speedy, makkk aiii terperatjatt aku
dibuatnya, cd2 cromok ada kat rak tu siak… kalau ikutkan hati nak ku sambar
saja kesemuanya, apa tidaknya kalau kat tokomuzik rega dah cecah ratusan
ringgit, hampir kesemua title album cromok ada.. yang paling mengujakan aku cd forever in time, harga tak payah ceta
lah, harga mampu milik, terfikir juga aku, ni musti 2nd rilis punya
ni, tapikan biar pun 2nd kalau dah cd2 cromok dengan harga yang
mampu milik, aku memang akan sambar, semalam memang nak sambar, bila tengok
bajet, hmmm tunggulah, lagi pun ada 3 pcs tiap title, rasanya sampai sabtu ni
ada lagi tu, nanti aku sambar semuanya wahahahaha… lagi satu cd ella pun aku
teringin nak sambar juga, macam2 rasanya aku nak sambar kat speedy tu, nasib
lah aku kesana kalau tak melepas lah aku tak tahu cd2 cromok rilis balik
huhuhu..kalau dah aku dapat cd2 tu nanti aku tampal tampalkan kat blog ni satu
persatu….muaaaahhh heppynya aku bahagianya aku kalau dapat hahaha.
-lepas tu cerita pasal nak raya ni, dekat2 raya ni pasti bos
besar akan buat majlis berbuka puasa utk pekeja2 , dengar ceta buat kat hotel
tahun ni,, aku tak teruja sangatlah pasal berbuka kat hotel, yang aku nantikan
duit rayanya saja,, wahaha.. kalau dapat lebih dari tahun lepas cunnnn…
-lagi dan lagi.. pasal nak buat persiapan nak sambut raya,
aku ni jenis yang pakai saja apa yang masih boleh dipakai, baju2 raya aku yang
lepas2 pun masih segak lagi kalau aku pakai raya ni, baju melayu ni, time raya
saja pakai, bukan nya selalu.. rasanya aku tak nak beli barulah, aku plan nak
beli baju ts saja ngan songkok, utk raya kedua gi rumah kawan2 sanak saudara
yang sama2 berada di negeri orang ni.. tahun ni aku tak balik kampong, beraya
kat sini saja, lagipun aku ngan family aku ni, ada sikit problem ngan aku punya
biras kat kampong sana, menyakitkan hati saja kalau aku balik., aku tak pa juga
ni isteri aku ni bedendam gila2 ngan biras aku.. ni semua pasal majlis aku
sanding dulu, biras aku buat hal, kerusi pinggang mangkuk berterbangan, mabuk
gaduh nak mampus, sampai kan band boy pun bertempiaran lari.. huhu.. ceta pasal
raya ni banyak juga kalau nak aku taipkan kat sini.. macam biasa, harap2 tahun
ni isteri tak ajak beli baju warna sama.huhu
-ni cerita bukan riak atau nak memalukan, cerita kat sini2
saja kan, hari tu aku pi solat magrib, lepas berbuka, tetiba orang gila, join
solat sekali, kat tepi aku plak tu, selalunya, dia kalau solat pun kat
belakang, ntah solat main2 ikut suka hati dia, saja, masa ruku, orang tangan
letak kat lutut, orang gila ni, buat lawak plak, dia pi letak tangan dia kat belakang,
dah macam orang jepun tabik hormat, hampir2 aku tergelak dibuatnya.. sayang
betullah, aku Tanya kawan aku dia tu kenapa, kawan aku jawap dia tu buat2 gila,
tapi aku tengok dah kritikal dah, badan pun tak ya cakap lah harum dia cemana,
lagi becakap sendirian plak tu.. hmm orang gila ni selalu saja masuk surau,
time tengah tazkirah pun dia buat lawak juga, solat sendirinya ntah berapa
rakaat aku pun tak pasti,, memang lucu, cara dia sujud pun bukan guna telapak
tangan guna penumbuk.. yang aku heran orang2 tua, ahli jawatan kuasa suaru tak
larang pula dia ni masuk, aku takut juga tetiba dia bawa parang begila menatak
sembarangan, mampus semua..
-yang terakhir sekali, asal bulan ramadhan musti banyak
mercun, meletup sana sini, dah macam kat syiria kata ustaz, cerita pasal
perang, palestin di bom lagi oleh yahudi laknatullah.. asal ramadhan musti
yahudi ni bom palestin, aku yang melihat foto2 vid, dalam fb tu, dah macam
perkara biasa sudah, hadoiii kesian betul saudara kita dipelistin sana, aku
sempat lah bedoa utk mereka, bukan riak lah, hanya itu saja yang termampu yang
aku dapat hulurkan, masa solat jumaat juga ada lah ramai2 bedoa, salute respek
juga kat imam.., kat tempat aku terawih ni pula macam tak ingat pula berdoa utk
bumi palestin,, aku terfikir juga kemana polis dunia, kemana persatuan islam
sedunia, sudah terang2 israil ni, melakukan jenayah perang, tak ada satu pun
berani ambil tindakan, asik2 skrip yang sama, sudah ada yang jadi korban
ratusan orang baru nak gencatan senjata, lepas tu serang lagi, cerita sama
pasti berulang2, sedih sakit hati, yahudi ni pula satu tak boleh kah hdp aman
damai,tunggulah balasan dari tuhan nanti,,.. semoga rakyat palestin tabah
menghadapi semua ini..
- sekian jumpa lagi dihalamman seterusnya..
kbai.
belum terlambat kot nak ucap selamat berpuasa untuk kau dan family...heheh...
BalasPadamselamat bro utk kamu juga
Padamko patut beli dulu cd tu sebelum cerita kat sini, abis la, ko gi lagi sekali semua dah sold out dah hahaa, pembaca2 blog ni jugak nanti yang beli hahaha..
BalasPadameh beb, bila lagi ko nak rasa ko ni anggota kumpulan Boria? hari raya pertama je la... semua sama kaler, boria uniform.
semalam aku dalam tren, pompuan auntie cina ni dalam tren tertiba pekik2 kat kiri kanan dalam tren yang penuh tu " GO AWAY LA!! DONT DISTURB ME LA!!!", dia rayu2 cakap sorang2 ulang2...mental la hospital tanjong rambutan gitu...
sedih sangat aku, pilu sangat...
So dia dah sampai stesen dia dia keluar, lepas tu ada seekor monyet (ye manusia monyet), buat gelak "go away la!!" tiru gaya pompuan tu, dia ngan family dia gelak...
aku nasib baik tak hilang akal....
aku takut aku maki keluarga tu....
aku very very sensitive about people showing mental problems and stress in public, especially involving older people.
haha aku dah sambar 2 cd cromok semalam, tak tahan aku memikir tunggu sabtu, semalam kan cuti aku terus gi jusco sambar 2 ketul, tefikir aku sold out cd tu.haha
Padamhahaha.. aku simple saja raya, aku nak kaler lain2 kaler sama2 ni dah banyak org pakai, aku nak bini pakai pink aku pakai hitam anak pakai biru dan sama waktu dengannya...
pasal org mental, aku cukup2 faham, aku tak kan sesekali kutuk2 dorang ni, kejadian kat masjid tu memang spontan, selalunya dia memang tegur juga, minta rokok, kadang2 saja dia buat hal..
bab2 kutuk orang tua lagi lah aku tak sanggup..
Selamat bepuasa bro..biasanya bulan ramadhan mcm2 dugaan dan ujian berlaku..kemungkinan org gila tu mungkin malaikat in disguise ke..sapa tau kan..
BalasPadamAku ni walaupun agama takda la pandai sangat,tapi bulan ramadhan ni aku Cuba buat baik ngan semua org,sedekah apa yg termampu..moga apa yg aku buat ni dengan niat pahala aku ni pergi ke arwah kedua org tua aku..
amin..
Padam