Jumaat, 11 Julai 2014

BLACKFIRE - THE HEREAFTER LIVE


Aku perna cerita pasal BLACKFIRE ni kat sini, untuk entri ni aku nak cerita lebih detail lagi apa yang istimewanya rilisan ni,cd live ni adalah rakaman langsung dari gig mereka di semua house kuala lumpur 21 may 1988, line up pada masa tu azmi vokal, yazid gitar, subri bass, hadi drum & backing vokal, line up klasik blackfire.

dalam album live ni ada 4 treck,satu lagu bonus kedatangan 2,versi reharsal,dirakamkan di perlis tarikhnya tidak diketahui bila, ianya menambahkan lagi misteri rakaman lagu bonus ni.

sound yang terhidang pula, total klasixx.. untuk tiga lagu rakaman 1988, mengikut apa yang aku perna baca dalam ertikel ntah aku dah lupa dari mana aku baca haha.. mengatakan ianya dirakam menggunakan kaset berharga rm5, oleh  seorang peminat blackfire yang ingin mendengarkan lagu2 mereka. soundnya amat bagus bagi telinga aku, walaupun vokal kedengaran 2 kali, berdentum, namun muziknya layan.. bukan macam rakaman live yang aku dengar selalu, yang ni soundnya agak klasix, seolah2 ada roh dalam album ni.

antara lagu yang mereka persembahkan pada hari bersejarah ni, mungkin ada lebih, tapi dalam album ni hanya 3 lagu saja terekod, lagu pertama sengketa, nama asal lagu ni sengketa dibalik awan, lagu kedua pula lagu killer mereka lahirnya dari api, sapa sangka tahun 1988 ada sudah band ditanah melayu ni, yang  mempersembahkan lagu yang menceritakan asal usul syaitan di dalam lagu mereka, total respek gila aku kat blackfire ni. lagu ketiga pula blackhell.. total hell memang sok dengar album ni antara album live yang paling mengujakan aku.

dalam rakaman ni, azmi siap berenteraksi kepada crowd pada  masa tu, memperkenalkan lagu sengketa, yang mengatakan soundnya ada lah sikit irama thrash, namun azmi berkeras mengatakan mereka bukanlah band thrash, tetapi lebih kepada band black metal.. wow.. tahun tu mereka dah memainkan irama black metal di bumi malaysia ni aaaaaargh!!! kendengaran juga azmi cuba menenangkan crowd yang sudah mengila, mungkin ada keganasan kot berlaku dalam venue, mengikut apa yang aku rasa dalam album ni, azmi cuba untuk menenangkan mereka, mengatakan thrash metal heavy metal black metal serta rock adalah bersaudara, tak mau gaduh2, dapat aku bayangkan kegilaan crowd yang hadir pada hari bersejarah ni.

mendengar album ni seolah2 aku turut berada disana, satu rilisan yang wajib rasanya di miliki oleh generasi baru, album ni rilis dalam format pro cd, diriliskan oleh label dari singapore by basement rekord.. habis!!

3 ulasan:

  1. Aku suka lagu Lahirnya Dari Api....perghhh feel doom yang best!

    BalasPadam
  2. Pada aku black fire ialah band black metal berseni.. Lirik2 azmi bahari memang puitis,kreatif dan berseni seperti kata bro rammy,'sastera gelap'
    Ini baru betul true black metal! bukannya minum darah kambing nak jadi true

    BalasPadam