blackfire lahirnya dari api |
band yang menjadi pujaan hati,aku mengenali
blackfire dari sebuah majalah,walaupun nama blackfire itu,aku sudah terbaca
dalam beberapa ruangan kecil,tapi pada suatu hari tu bila aku beli satu
majalah,yang memuatkan cerita dari mula keujudan blackfire hinggalah ke
rilisnya album pertama mereka selepas hampir 2 dekad penantian,majalah tu
menceritakan sepenuhnya,segala yang aku ingin tahu mengenai blackfire,tercatat
dalam majalah tu..
tahun-tahun aku mula mengenal muzik metal dan
juga rock,aku tak banyak pengetahuan tentang muzik,kebanyakannya bermula dari
apa yang terhidang depan mata,majalah-majalah hiburan yang berkonsepkan rock
banyak membantu aku dalam,mengenali sesebuah band,yang aku tak perna ketahui
akan keujudan,termasuklah blackfire,masa tu aku masih jahil dengan kecanggihan
yang ada pada masa ini seperti encik google,aku memang buta kayu dalam dunia
internet,amat sadis,namun itu tidak menghalang aku untuk menerokai dunia muzik
tanahair,terutama sekali muzik rock dan metal.
bila aku baca kisah perjuangan blackfire dari
mula hingga saat itu,aku memang merasakan aura band ini,dan aku terus jatuh
hati pada kisah mereka walaupun masa tu aku belum mendengar lagi album
mereka,dari situ juga bermula keinginan aku untuk mencari album sulung
mereka,lahirnya dari api,sehinggalah satu hari dalam tahun 2008 seingat aku,tak
pun penghujung 2007,dimana tahun-tahun aku mula aktif dalam membeli album,dan
tahun ni juga aku memang dah mula mendengar cromok,selepas aku bermula dengan
search,kiranya cromoklah yang memberi jiwa metal dan seterusnya aku bertemu
dengan blackfire dan banyak lagi band2 metal tanahair,dan kalau aku ada
masa.aku nanti ceritakan band-band metal terawal yang aku mula ikuti..
jika semua rakan-rakan sebaya aku,dan juga
teman-teman melepak aku,tiap cuti hujung minggu,semuanya berlumba2 nak jadi
rockers,aku pula sudah mula menemui satu muzik yang betul2 melekat dengan jiwa
aku,kisah blackfire banyak menyedarkan aku tentang black metal,walaupun pada
mulanya takut-takut nak dengar lagu metal,takut tersesat sebabnya negara perna
dihebohkan dengan cerita2 karut black metal versi malaysia,nasiblah aku ni tak
suka baca surat kabar kalau tak aku juga percaya dengan berita-berita yang
terhidang depan mata,masa isu black metal meletup kali kedua,nak jalan keklang
pakai baju hitam polis dah tahan,tanya kalau pengikut ajaran sesat black
metal,memang parah juga keadaaan masa tu,nasiblah aku masih mengenakan baju
cromok atau search kalau jalan,tak lah polis tegur,rakan2 lain pakai baju logo
tengkorak memang kena soal lah oleh polis masa tu.
aku ada kenal seorang rakan,dia ni memang betul2
black metal sejati,sebabnya dia ada tatu pentagram kepala kambing kat lengan
dia,aku selalu bercerita dengan dia,tentang metal ni,adalah juga tanya yang dia
tu pemuja syaitan ke,dia jawap tak lah,habis tu tatu kat lengan kamu tu,logo
syaitan napa kamu buat,dia jawap kat aku,masa dia buat tu dia tak sedar mabuk
kawan dia yang buat,dia cakap memang nak buang juga tatu tu,sebabnya dia sedar
juga yang orang islam memang diharamkan bertatu,banyak juga gambar yang dia
cuci masa tengok gig disekitar lembah klang masa tu henpon canggih tak ada guna
kodax gambar main cuci lagi wahaha,memang mantap bila dia bercerita,masa tu
teringin juga nak join dia tengok gig,tapi hajat tu tak kesampaian dia balik
tawau,dan dari situ aku dah tak jumpa dia,sehingga kini.dan aku masih
mencarinya dilaman sosial facebook..
aku memulakan langkah kedunia metal
berseorangan,selepas tidak ada lagi rakan2 yang
meminati metal,aku teruskan keinginan aku untuk terus menerokai dunia
muzik bawahtanah,dengan mencari sumber2 dimajalah dan mula mengutus surat
kepada zine yang ada dalam ruangan rebiu zine,dalam majalah,siap disertakan
alamat,mulanya aku tak mengharapkan surat2 aku tu dibalas,dan akhirnya aku
menerima balasan dari editor2 zine,anataranya aku kontek masa tu virus
zine,ranjau zine,metalwarpage,dan juga deadhead zine,deadhead zine ni aku
betul2 nak dia punya zine sebabnya aku terbaca dalam flyer yang dia rilis isu
cover depan zine yang baru diriliskan tu blackfire jadi cover,sayangnya aku tak
sempat memilikinya walaupun aku dah dapat balasan dari dia,aku tak faham apa
yang dia maksudkan,susah nak deal cara begitu haha masih baru lagi dalam dunia
surat menyurat,dan aku mula mendapat zine dan dari situ bermula satu episod
paling mantap dalam sejarah aku mengenal metal,tiap minggu aku kepejabat pos
untuk menghantar surat dan mengambil bungkusan pos daftar.dapat juga aku merasa
era emas pergerakan muzikbawah tanah,walaupun sudah moden.
itu serba sedikit info mengenai kisah menjadi
kepalabesi yang ingin aku kongsikan, selepas aku terbaca iklan dalam majalah
yang album blackfire lahir dari api masih dijual di nebiula heavy metal
shop,aku mula bertungkus lumus nak cari tempat tu,masa tu aku tak tahu guna
google maps,dan gps pun tak tahu lagi apakebenda tu gps..sampailah satu hari
aku termimpi jalan nak kesana,aku putuskan tengahari aku balik kerja
halfday,ada hal nak diuruskan,masih dengan seragam kerja aku terus memulakan
perjalanan ke kuala lumpur,dengan menaiki motosikal yamaha ku,dalam perjalanan
ku tu aku memang mimikirkan mimpi aku semalam,sampai saja aku ke center market
aku paking motosikal aku,dan berjalan terus ke stesen lrt pasar seni,dari pasar
seni aku turun di dang wangi,dari dang wangi aku naik tangga,dan keluar dari
terowong bawahtanah stesen tu,aku mendongak kelangit,semua bangunan pencakar
langit dihadapan mata,aku teruskan langkah seperti dalam mimpi semalam,aku
terus bertanya kepada orang yang tengah sibuk lalu lalang,sampailah aku singgah
dikedai menjual majalah,aku terus tanya kepada peniaga tu dimana letaknya
camble,dia menunjuk arah bangunan berwarna biru,dan katanya sebelah bangunan
polis tu disitulah terletaknya camble,selepas mengucapkan terima kasih aku
terus berjalan kearah yang dia bagitau.
aku berdiri tegak memandang bangunan yang
tertulis camble,bangunan yang aku cari selama ini sudah didepan mata,aku terus
memasuki bangunan tu dan cari kedai nebiula heavy metal shop,nasiblah aku
sampai hari tu kedai tu buka,dan 1st juga aku terlihat kelibat jaie sil kannaz
depan mata selama ni hanya menatap wajanya di majalah,dan aku terus bersalaman
dengannya,memang saat2 mengembirakan masa tu,dan kira kenangan manis juga dalam
hidup ku,aku bertanya kepada abang jaie kalau2 ada bank dalam bangunan
tu,katanya tak ada tapi kat sebelah bangunan tu memang adalah,aku cakap kat dia
aku nak pergi ambil duit kat bank dulu,aku tak simpan duit dalam dompet banyak2
sebabnya aku takut kena pow wahahaha,bila aku keluar dari bangunan tu,disebelah
kiri aku,ada bangunan yang aku cukup masak dengan bangunan tu,pertama complex
dan sogo,ya ampun tiap2 kali jalan ke kl pasti singgah tempat tu,tapi kenapa
aku tak perna perasan camble selama ini,wahahaha,nak nangis juga waktu
tu,terharu jiwa..sampai di mesin atm aku keluarkan rm200,dan terus ke camble semula,barang
pertama aku beli adalah album blackfire lahirnya dari api,album yang aku cari2
selama ini,dan aku habiskan duit tadi dengan membeli baju kaset dan majalah2
secondhand yang ada kat kedai abang jaie masa tu,cukup puas hati aku bila dah
tahu kedai tu.
keluar dari camble dengan hati banyak heppy,aku
tak naik lrt balik,sebabnya aku dah tahu jalan nak ke cm dari pertama
complex,jalan kaki saja sampai,dalam perjalanan nak balik kerumah,rasa tak
sabar mengusai diri, teringin sesangat nak dengar alunan muzik blackfire,namun
aku cuba untuk menenangkan hati supaya berhati2 diatas jalan.sampai saja
dirumah aku terus on plug dan buka cd lahirnya dari api,sound dipermulaan
memang cukup mendebarkan bunyi desiran angin memulakan lagu tu sambil bisikan
kedengaran
ia dilahirkan ditengah-tengah kemewahan
syurga,dan dia makluk tersuci disisi tuhanya,dan ia tidak perna tunduk pada
manusia kerana dia dilahirkan dari api.
lagu pertama ni cukup membuatkan keletihan aku
yang baru sampai dari kuala lumpur ke rumah yang memakan masa hampir sejam
diatas motor,rasa penat terus hilang dari dalam diri,aku terus berbicara
sendirinya dalam diri,oh beginikah muzik black metal,dan liriknya juga dalam
bahasa melayu,itu membuatkan aku terus ingin mendengar album ni,dan terus
menghayati muzik yang terhidang saat itu,dan desiran bunyian angin mengakhiri
lagu pertama,dan disambung lagu kedua black hell,rentak lagu ni memang cukup
layan,rentak lagu yang amat membuat hati aku terus terhibur,aku berkata dalam
hati ini lah muzik sebenar2nya walaupun search dan cromok adalah kegilaan
aku,dan blackfire adalah jiwa aku dan terus melekat hingga kesaat ini.
2010,tarikh bersejarah bagi scene bawahtanah malaysia,dikabarkan blackfire
akan membuat satu persembahan pentas,dan aku memang teringin nak menyaksikan
band ni depan mata,namun rezeki tak menyebelahi aku pada masa tu,aku terpaksa
melupakan show itu dan mengharap akan ada lagi show selepas ini,selepas saja tarikh
berdarah itu aku memulakan kehidupan seperti biasa,dan mengharap satu hari
pasti dapat melihat band ni beraksi,majalah karisma rilis isu muka hadapan
untuk rilisan mereka diterajui oleh band lagenda black metal tanahair
blackfire,dalam isu tu diceritakan kenangan pengalaman mereka dan sempat di
interviu,dan satu ayat yang amat memeratjatkan aku,bahawa itu adalah gig
terakhir blackfire dan tak ada lagi selepas ini,dalam pada aku gembira menatap
majalah cover depan band pujaan hati,dalam masa sama aku mendapat berita yang
amat mendukacitakan,yang aku tak kan berpeluang menyaksikan band pujaan hati
sepanjang zaman ni bermain didepan mata,dalam rebiu gig blackfire tu ada juga
diceritakan lagu2 yang mereka bawa serta line upnya dan sedikit gambar2 azmi
diatas pentas,alangkah bertuahnya aku jika aku salah seorang yang menyaksikan
mereka pada hari bersejarah itu,aku macam tak dapat memaafkan diriku sampai
kehari ini,andainya aku turun sudah pasti aku dapat menyaksikan lagenda
sepanjang zaman beraksi depan mata,namun aku masih mengharap,blackfire akan
beraksi sekali lagi,dan penantian ku ini akan terus menanti sampai bila aku pun
tak pasti,aku sangat mengharap hingalah kesaat ini,harap tahun 2014 ni pihak
metalcamp memanggil blackfire beraksi,untuk menghargai jasa mereka pada scene
tanahair,dan begitu juga untuk azmi,harapnya dia terbuka hatilah untuk membuat
persembahan kali yang terakhir sekali lagi.aku selalu membayangkan bila aku
mendengar album live 1988 tu aku salah seorang disitu dan aku selalu pejamkan mata
untuk merasainya sendiri,itu sajalah yang aku dapat lakukan untuk merasinya,sengketa!!
2012 lahirnya dari api dilahir kan semula dalam
format pirng hitam,satu berita yang mengubat kerinduan terhadap
blackfire,mulanya aku beli baju blackfire untuk mengubati penantian sebelum aku
memiliki piring hitam,hinggalah satu hari aku memilikinya dan aku cukup
gembira.aku mula mengenali raimi basssit blackfire,walaupun dia ni bukan
anggota asal band blackfire ni,namun semangat perjuangan blackfire tu ada dalam
jiwa dia ni,dan aku amat menyanjung tinggi terhadap beliau,dia banyak buat
projek untuk terus menghidupkan spirit blackfire tu,dia buat stiker patches
untuk menghargai lagu sengketa dibalik awan,aku cukup berentung sebab masih
berkesempatan memilikinya. dan apa saja yang diriliskan blackfire tak kiralah
bootleg ka,janji nama blackfire malaysia aku memang ingin sangat nak
memilikinya.,
10 album yang menjadi playlis ku tak kiralah album baru atau apa,lahirnya dari api antara yang pasti menjadi playlis aku untuk sepanjang hayat...
rasanya aku baru sedar kewujudan blog ni.. hehe.. salam kenal...
BalasPadamsalam kenal bro.. saya budak baru belajar kalau ada silap tolong tegur..
PadamTQ atas kejujuran dalam menulis... harus dipuji.
BalasPadamterima kasih Faithcraft
BalasPadamblackfire..otai metal perlis..terbaekk
BalasPadamplease share a download link
BalasPadamHails from the West!!
no download link bro, u cant fine he song in youtube.. search lahirnya dari api
PadamKumpulan blackfire memang terbaik lah.!!! Lagenda ni.. lagu kumpulan blackfire ni, dr tahun 2006 hingga 2015 aku slalu dgr brulang-ulang kali.. tak pernah jemu. bila dgr cd atau mp3.. lagu2 blackfire pasti ada yg aku mainkan. Bila lah dia org nk buat konsert ke, main gig ke. "Kita tak pernah bersua, namun kau ada dlm diri" terbayang di minda, membara api di dada, utk ketemu kau, walau pun hanya sekali, ianya cukup memada-i". band pertama yg hidupkan musik blackmetal di malaysia, ketika itu tiada sesiapa atau masih tidak ramai yg tahu apa itu blackmetal.
BalasPadamhttp://www.4shared.com/mp3/HSpm9Va9ce/blackfire-lahirnya_dari_api.html
ade lirik x ...kedatangan 1 2 ..lahirnya darin api
BalasPadam