Memaparkan catatan dengan label Blackfire. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blackfire. Papar semua catatan

Isnin, 8 September 2014

MAJALAH EMPAYAR

Bahan bacaan, majalah ni lama dah, aku pena memilikinya, ntah hilang kemana, sapa ambil pun aku tak tahu, majalah2 lain tak hilang, yang ni juga hilang adoiilah... hari tu kat toko fb ada jual majalah ni dengan harga rm10 tambah duit pos rm5, bila aku lihat aku terus pm nak kan majalah ni, sebab utamanya ada satu artikel dalam ni yang buat aku terus bermetal, bukan metallica, tu lihat ada tulis sana BLACKFIRE, haha dari majalah ni lah aku kenal sepenuhnya blackfire, sebab tu aku beli semula..
bagi sesiapa yang nak mengenal blackfire atau tak tahu sapa blackfire tu, artikel ni, cukup sempurna utk mengenal mereka, disertakan juga biografi mereka yang warna merah tu, ada ceta menarik bila mana masa konsert mereka ada segenlintir fanatik sujud kepada mereka, dan membuatkan azmi hampir tidak lagi melakukan konsert, boleh datangkan syirik katanya gitu.. memang terbaik ni majalah bagi aku.. salute!!, sayangnya tak lama majalah ni, lepas tu keluar majalah karisma, lagi satu aku nak cari majalah, yang ada tebiu ceta pasal rator, yang tu pun hilang juga dalam koleksi aku.. sialan.. itusajalah cetanya kbye..

Jumaat, 11 Julai 2014

BLACKFIRE - THE HEREAFTER LIVE


Aku perna cerita pasal BLACKFIRE ni kat sini, untuk entri ni aku nak cerita lebih detail lagi apa yang istimewanya rilisan ni,cd live ni adalah rakaman langsung dari gig mereka di semua house kuala lumpur 21 may 1988, line up pada masa tu azmi vokal, yazid gitar, subri bass, hadi drum & backing vokal, line up klasik blackfire.

dalam album live ni ada 4 treck,satu lagu bonus kedatangan 2,versi reharsal,dirakamkan di perlis tarikhnya tidak diketahui bila, ianya menambahkan lagi misteri rakaman lagu bonus ni.

sound yang terhidang pula, total klasixx.. untuk tiga lagu rakaman 1988, mengikut apa yang aku perna baca dalam ertikel ntah aku dah lupa dari mana aku baca haha.. mengatakan ianya dirakam menggunakan kaset berharga rm5, oleh  seorang peminat blackfire yang ingin mendengarkan lagu2 mereka. soundnya amat bagus bagi telinga aku, walaupun vokal kedengaran 2 kali, berdentum, namun muziknya layan.. bukan macam rakaman live yang aku dengar selalu, yang ni soundnya agak klasix, seolah2 ada roh dalam album ni.

antara lagu yang mereka persembahkan pada hari bersejarah ni, mungkin ada lebih, tapi dalam album ni hanya 3 lagu saja terekod, lagu pertama sengketa, nama asal lagu ni sengketa dibalik awan, lagu kedua pula lagu killer mereka lahirnya dari api, sapa sangka tahun 1988 ada sudah band ditanah melayu ni, yang  mempersembahkan lagu yang menceritakan asal usul syaitan di dalam lagu mereka, total respek gila aku kat blackfire ni. lagu ketiga pula blackhell.. total hell memang sok dengar album ni antara album live yang paling mengujakan aku.

dalam rakaman ni, azmi siap berenteraksi kepada crowd pada  masa tu, memperkenalkan lagu sengketa, yang mengatakan soundnya ada lah sikit irama thrash, namun azmi berkeras mengatakan mereka bukanlah band thrash, tetapi lebih kepada band black metal.. wow.. tahun tu mereka dah memainkan irama black metal di bumi malaysia ni aaaaaargh!!! kendengaran juga azmi cuba menenangkan crowd yang sudah mengila, mungkin ada keganasan kot berlaku dalam venue, mengikut apa yang aku rasa dalam album ni, azmi cuba untuk menenangkan mereka, mengatakan thrash metal heavy metal black metal serta rock adalah bersaudara, tak mau gaduh2, dapat aku bayangkan kegilaan crowd yang hadir pada hari bersejarah ni.

mendengar album ni seolah2 aku turut berada disana, satu rilisan yang wajib rasanya di miliki oleh generasi baru, album ni rilis dalam format pro cd, diriliskan oleh label dari singapore by basement rekord.. habis!!

Selasa, 21 Januari 2014

BLACKFIRE - 30 YEARS OF METAL GHOST

blackfire lahirnya dari api

band yang menjadi pujaan hati,aku mengenali blackfire dari sebuah majalah,walaupun nama blackfire itu,aku sudah terbaca dalam beberapa ruangan kecil,tapi pada suatu hari tu bila aku beli satu majalah,yang memuatkan cerita dari mula keujudan blackfire hinggalah ke rilisnya album pertama mereka selepas hampir 2 dekad penantian,majalah tu menceritakan sepenuhnya,segala yang aku ingin tahu mengenai blackfire,tercatat dalam majalah tu..

  tahun-tahun aku mula mengenal muzik metal dan juga rock,aku tak banyak pengetahuan tentang muzik,kebanyakannya bermula dari apa yang terhidang depan mata,majalah-majalah hiburan yang berkonsepkan rock banyak membantu aku dalam,mengenali sesebuah band,yang aku tak perna ketahui akan keujudan,termasuklah blackfire,masa tu aku masih jahil dengan kecanggihan yang ada pada masa ini seperti encik google,aku memang buta kayu dalam dunia internet,amat sadis,namun itu tidak menghalang aku untuk menerokai dunia muzik tanahair,terutama sekali muzik rock dan metal.

 
blackfire lahirnya dari api

bila aku baca kisah perjuangan blackfire dari mula hingga saat itu,aku memang merasakan aura band ini,dan aku terus jatuh hati pada kisah mereka walaupun masa tu aku belum mendengar lagi album mereka,dari situ juga bermula keinginan aku untuk mencari album sulung mereka,lahirnya dari api,sehinggalah satu hari dalam tahun 2008 seingat aku,tak pun penghujung 2007,dimana tahun-tahun aku mula aktif dalam membeli album,dan tahun ni juga aku memang dah mula mendengar cromok,selepas aku bermula dengan search,kiranya cromoklah yang memberi jiwa metal dan seterusnya aku bertemu dengan blackfire dan banyak lagi band2 metal tanahair,dan kalau aku ada masa.aku nanti ceritakan band-band metal terawal yang aku mula ikuti..

  jika semua rakan-rakan sebaya aku,dan juga teman-teman melepak aku,tiap cuti hujung minggu,semuanya berlumba2 nak jadi rockers,aku pula sudah mula menemui satu muzik yang betul2 melekat dengan jiwa aku,kisah blackfire banyak menyedarkan aku tentang black metal,walaupun pada mulanya takut-takut nak dengar lagu metal,takut tersesat sebabnya negara perna dihebohkan dengan cerita2 karut black metal versi malaysia,nasiblah aku ni tak suka baca surat kabar kalau tak aku juga percaya dengan berita-berita yang terhidang depan mata,masa isu black metal meletup kali kedua,nak jalan keklang pakai baju hitam polis dah tahan,tanya kalau pengikut ajaran sesat black metal,memang parah juga keadaaan masa tu,nasiblah aku masih mengenakan baju cromok atau search kalau jalan,tak lah polis tegur,rakan2 lain pakai baju logo tengkorak memang kena soal lah oleh polis masa tu.

 
blackfire lahirnya dari api

aku ada kenal seorang rakan,dia ni memang betul2 black metal sejati,sebabnya dia ada tatu pentagram kepala kambing kat lengan dia,aku selalu bercerita dengan dia,tentang metal ni,adalah juga tanya yang dia tu pemuja syaitan ke,dia jawap tak lah,habis tu tatu kat lengan kamu tu,logo syaitan napa kamu buat,dia jawap kat aku,masa dia buat tu dia tak sedar mabuk kawan dia yang buat,dia cakap memang nak buang juga tatu tu,sebabnya dia sedar juga yang orang islam memang diharamkan bertatu,banyak juga gambar yang dia cuci masa tengok gig disekitar lembah klang masa tu henpon canggih tak ada guna kodax gambar main cuci lagi wahaha,memang mantap bila dia bercerita,masa tu teringin juga nak join dia tengok gig,tapi hajat tu tak kesampaian dia balik tawau,dan dari situ aku dah tak jumpa dia,sehingga kini.dan aku masih mencarinya dilaman sosial facebook..

  aku memulakan langkah kedunia metal berseorangan,selepas tidak ada lagi rakan2 yang  meminati metal,aku teruskan keinginan aku untuk terus menerokai dunia muzik bawahtanah,dengan mencari sumber2 dimajalah dan mula mengutus surat kepada zine yang ada dalam ruangan rebiu zine,dalam majalah,siap disertakan alamat,mulanya aku tak mengharapkan surat2 aku tu dibalas,dan akhirnya aku menerima balasan dari editor2 zine,anataranya aku kontek masa tu virus zine,ranjau zine,metalwarpage,dan juga deadhead zine,deadhead zine ni aku betul2 nak dia punya zine sebabnya aku terbaca dalam flyer yang dia rilis isu cover depan zine yang baru diriliskan tu blackfire jadi cover,sayangnya aku tak sempat memilikinya walaupun aku dah dapat balasan dari dia,aku tak faham apa yang dia maksudkan,susah nak deal cara begitu haha masih baru lagi dalam dunia surat menyurat,dan aku mula mendapat zine dan dari situ bermula satu episod paling mantap dalam sejarah aku mengenal metal,tiap minggu aku kepejabat pos untuk menghantar surat dan mengambil bungkusan pos daftar.dapat juga aku merasa era emas pergerakan muzikbawah tanah,walaupun sudah moden.

 
blackfire lahirnya dari api
itu serba sedikit info mengenai kisah menjadi kepalabesi yang ingin aku kongsikan, selepas aku terbaca iklan dalam majalah yang album blackfire lahir dari api masih dijual di nebiula heavy metal shop,aku mula bertungkus lumus nak cari tempat tu,masa tu aku tak tahu guna google maps,dan gps pun tak tahu lagi apakebenda tu gps..sampailah satu hari aku termimpi jalan nak kesana,aku putuskan tengahari aku balik kerja halfday,ada hal nak diuruskan,masih dengan seragam kerja aku terus memulakan perjalanan ke kuala lumpur,dengan menaiki motosikal yamaha ku,dalam perjalanan ku tu aku memang mimikirkan mimpi aku semalam,sampai saja aku ke center market aku paking motosikal aku,dan berjalan terus ke stesen lrt pasar seni,dari pasar seni aku turun di dang wangi,dari dang wangi aku naik tangga,dan keluar dari terowong bawahtanah stesen tu,aku mendongak kelangit,semua bangunan pencakar langit dihadapan mata,aku teruskan langkah seperti dalam mimpi semalam,aku terus bertanya kepada orang yang tengah sibuk lalu lalang,sampailah aku singgah dikedai menjual majalah,aku terus tanya kepada peniaga tu dimana letaknya camble,dia menunjuk arah bangunan berwarna biru,dan katanya sebelah bangunan polis tu disitulah terletaknya camble,selepas mengucapkan terima kasih aku terus berjalan kearah yang dia bagitau.

 
blackfire lahirnya dari api
aku berdiri tegak memandang bangunan yang tertulis camble,bangunan yang aku cari selama ini sudah didepan mata,aku terus memasuki bangunan tu dan cari kedai nebiula heavy metal shop,nasiblah aku sampai hari tu kedai tu buka,dan 1st juga aku terlihat kelibat jaie sil kannaz depan mata selama ni hanya menatap wajanya di majalah,dan aku terus bersalaman dengannya,memang saat2 mengembirakan masa tu,dan kira kenangan manis juga dalam hidup ku,aku bertanya kepada abang jaie kalau2 ada bank dalam bangunan tu,katanya tak ada tapi kat sebelah bangunan tu memang adalah,aku cakap kat dia aku nak pergi ambil duit kat bank dulu,aku tak simpan duit dalam dompet banyak2 sebabnya aku takut kena pow wahahaha,bila aku keluar dari bangunan tu,disebelah kiri aku,ada bangunan yang aku cukup masak dengan bangunan tu,pertama complex dan sogo,ya ampun tiap2 kali jalan ke kl pasti singgah tempat tu,tapi kenapa aku tak perna perasan camble selama ini,wahahaha,nak nangis juga waktu tu,terharu jiwa..sampai di mesin atm aku keluarkan  rm200,dan terus ke camble semula,barang pertama aku beli adalah album blackfire lahirnya dari api,album yang aku cari2 selama ini,dan aku habiskan duit tadi dengan membeli baju kaset dan majalah2 secondhand yang ada kat kedai abang jaie masa tu,cukup puas hati aku bila dah tahu kedai tu.

  keluar dari camble dengan hati banyak heppy,aku tak naik lrt balik,sebabnya aku dah tahu jalan nak ke cm dari pertama complex,jalan kaki saja sampai,dalam perjalanan nak balik kerumah,rasa tak sabar mengusai diri, teringin sesangat nak dengar alunan muzik blackfire,namun aku cuba untuk menenangkan hati supaya berhati2 diatas jalan.sampai saja dirumah aku terus on plug dan buka cd lahirnya dari api,sound dipermulaan memang cukup mendebarkan bunyi desiran angin memulakan lagu tu sambil bisikan kedengaran

ia dilahirkan ditengah-tengah kemewahan syurga,dan dia makluk tersuci disisi tuhanya,dan ia tidak perna tunduk pada manusia kerana dia dilahirkan dari api.

lagu pertama ni cukup membuatkan keletihan aku yang baru sampai dari kuala lumpur ke rumah yang memakan masa hampir sejam diatas motor,rasa penat terus hilang dari dalam diri,aku terus berbicara sendirinya dalam diri,oh beginikah muzik black metal,dan liriknya juga dalam bahasa melayu,itu membuatkan aku terus ingin mendengar album ni,dan terus menghayati muzik yang terhidang saat itu,dan desiran bunyian angin mengakhiri lagu pertama,dan disambung lagu kedua black hell,rentak lagu ni memang cukup layan,rentak lagu yang amat membuat hati aku terus terhibur,aku berkata dalam hati ini lah muzik sebenar2nya walaupun search dan cromok adalah kegilaan aku,dan blackfire adalah jiwa aku dan terus melekat hingga kesaat ini.

 
koleksi blackfire yang ada dalam simpanan
2010,tarikh bersejarah bagi scene bawahtanah malaysia,dikabarkan blackfire akan membuat satu persembahan pentas,dan aku memang teringin nak menyaksikan band ni depan mata,namun rezeki tak menyebelahi aku pada masa tu,aku terpaksa melupakan show itu dan mengharap akan ada lagi show selepas ini,selepas saja tarikh berdarah itu aku memulakan kehidupan seperti biasa,dan mengharap satu hari pasti dapat melihat band ni beraksi,majalah karisma rilis isu muka hadapan untuk rilisan mereka diterajui oleh band lagenda black metal tanahair blackfire,dalam isu tu diceritakan kenangan pengalaman mereka dan sempat di interviu,dan satu ayat yang amat memeratjatkan aku,bahawa itu adalah gig terakhir blackfire dan tak ada lagi selepas ini,dalam pada aku gembira menatap majalah cover depan band pujaan hati,dalam masa sama aku mendapat berita yang amat mendukacitakan,yang aku tak kan berpeluang menyaksikan band pujaan hati sepanjang zaman ni bermain didepan mata,dalam rebiu gig blackfire tu ada juga diceritakan lagu2 yang mereka bawa serta line upnya dan sedikit gambar2 azmi diatas pentas,alangkah bertuahnya aku jika aku salah seorang yang menyaksikan mereka pada hari bersejarah itu,aku macam tak dapat memaafkan diriku sampai kehari ini,andainya aku turun sudah pasti aku dapat menyaksikan lagenda sepanjang zaman beraksi depan mata,namun aku masih mengharap,blackfire akan beraksi sekali lagi,dan penantian ku ini akan terus menanti sampai bila aku pun tak pasti,aku sangat mengharap hingalah kesaat ini,harap tahun 2014 ni pihak metalcamp memanggil blackfire beraksi,untuk menghargai jasa mereka pada scene tanahair,dan begitu juga untuk azmi,harapnya dia terbuka hatilah untuk membuat persembahan kali yang terakhir sekali lagi.aku selalu membayangkan bila aku mendengar album live 1988 tu aku salah seorang disitu dan aku selalu pejamkan mata untuk merasainya sendiri,itu sajalah yang aku dapat lakukan untuk merasinya,sengketa!!

 2012 lahirnya dari api dilahir kan semula dalam format pirng hitam,satu berita yang mengubat kerinduan terhadap blackfire,mulanya aku beli baju blackfire untuk mengubati penantian sebelum aku memiliki piring hitam,hinggalah satu hari aku memilikinya dan aku cukup gembira.aku mula mengenali raimi basssit blackfire,walaupun dia ni bukan anggota asal band blackfire ni,namun semangat perjuangan blackfire tu ada dalam jiwa dia ni,dan aku amat menyanjung tinggi terhadap beliau,dia banyak buat projek untuk terus menghidupkan spirit blackfire tu,dia buat stiker patches untuk menghargai lagu sengketa dibalik awan,aku cukup berentung sebab masih berkesempatan memilikinya. dan apa saja yang diriliskan blackfire tak kiralah bootleg ka,janji nama blackfire malaysia aku memang ingin sangat nak memilikinya.,
  
10 album yang menjadi playlis ku tak kiralah album baru atau apa,lahirnya dari api antara yang pasti menjadi playlis aku untuk sepanjang hayat...

Isnin, 30 September 2013

BLACKFIRE - SENGKETA DIBALIK AWAN patches

patches
dengan harga rm15 temasuk kos penghantaran,aku order dari faithcraft production hehe


dah ada 2 dah koleksi patches blackfire aku.. dulu memang aku suka kumpul patches ni,last2 aku jual semua,yang aku simpan hanya blackfire hitam tu.aku sayang sgt2... nanti aku nak beli jaket askar nak lekat 2 patches ni nanti hahahaha....

Khamis, 5 September 2013

T SHIRT - BLACKFIRE LAHIR DARI API

DEPAN
baju ni aku beli dgn harga rm20 je,hehe...

BELAKANG
...dia dilahirkan ditengah-tengah kemewahan syurga
dan dia makhluk tersuci disisi tuhannya
...dan dia tidak pernah tunduk pada manusia
kerana dia dilahirkan dari api....

(jika ditanya aku apa band yg paling aku minat jawapannya BLACKFIRE)

Jumaat, 2 Ogos 2013

BLACKFIRE "Sengketa Dibalik Awan"

sengketa dibalik awan
semalam aku balik aku singgah kejap kat mailbox,buka saja peti tu dah ada bungkusan kecil,hehe.ni lah yg ada dlm tu stiker blackfire sengketa dibalik awan,dapat free dari faithcraft,disetiap pembelian barangan dari distronya.plan memang nak tunggu album baru AU REVOIR kuar, baru angkat sekali, tapi aku takut benda ni habis, jadinya aku beli 1 item saja yg harga rm10,utk dptkan stiker ni.huhu

kaset ni yg dikirim sekali
kaset katakslym,mulanya bukan ni yg aku order kaset lain,pastu yg aku order tu dah org beli,senang ceta aku ckp kirim ja apa2 item yg harga rm10,yg penting stiker tu ada.. kaset ni simpan saja la buat koleksi mana tau ada yg nak trade aku ble bagi..

sengketa dibalik awan
stiker ni aku tak lekat mana2 pun aku hanya simpan dlm peti aku saja buat tatapan aku nanti bila tua.. kalau panjang umor lah..jejeje... design ni kalau buat baju kompom aku org pertama yg order..

salah satu band pujaan hatiku adalah BLACKFIRE