Sabtu, 25 April 2020

neftaraka - raw ist law


diriliskan dengan kuantiti yang sedikit.. lambat order putih mata.. sekarang maniak neftaraka makin bertambah.  jadi tiap kali rilisan baru keluar pasti ada yang berputih mata. syukurlah aku dapat satu. haha


ini adalah rilisan terbaik neftaraka. diriliskan semula dalam format tape ni. ianya amat mengujakan untuk aku memilikinya


untuk rilisan kaset ni ada lagu cover satu tambahan dari dark funeral masa neftaraka rehearsel 2016.. no copy aku 01/66

B.M.H Legion 

Rabu, 22 April 2020

metalucifer - heavy metal bulldozer


band heavy metal yang ni tak payahlah di perkenalkan..


aku nak kongsi gambar dan sedikit catatan. cd ni rilisan evildead production 2018.


apa yang bestnya rilisan evildead ni dan berbeza dengan rilisan lain.. ianya disertakan dua cd. satu cd versi bahasa english satu lagi versi bahasa jepun. dua2 bahasa pun dengar sedap. sempoi sajalah alunana heavy metal bawaan metalucifer ni.

jika korang penggemar casual metalucifer macam aku ni. sambarlah cd ni. puashati.

Selasa, 21 April 2020

humiliation - bullet storm


split cassette humiliation / taste
the blood of the disaster dead / bullet storm

aku perna turun gig masa dua band ni beraksi di kl. ingat2 lupa lah. masa tu versi cd diriliskan sekali. kaset ni kemudian.. rilisan mamat records.


setiap band menyumbang dua lagu dalam split ni.


aku kurang masuk muzik bawaan taste ni. sebab terlalu laju.. layan2 gitu boleh lah


setahu aku setakat ini. hanya dua kaset saja humiliation riliskan yang satu lagi tu aku belum miliki. sebab utamanya dia tak guna logo asal rilisan cd. kurang berkenan aku kalau kulit album tak menarik. mungkin untuk band diminati. kena beli juga lah buat koleksi..


Ahad, 19 April 2020

Butterfingers - 12 goats, 6 oranges and 2 angels


demo butterfinger.. ini dubbing punya di jual dengan harga rm25 seketul. aku suka benda2 yang ada sejarah ni lagi2 berkaitan muzik malaysia. kalau nak beli versi asal rasanya memang tak mampu lah itu pun belum tentu ada jual..  jadi apa yang ada ni kira oklah.


recorded at fm studio on the 10th of jan 95. help rudy, mache, fazz, brains/mouhth - latt - all songs by loq and emmett.


kualit bunyi demo ni agak menarik lah ngam dengan bunyi sebuah demo. bunyi gitar drum bass kedengaran semua. jika dibandingkan dengan demo oag yang aku beli masa rilis kaset store day hari tu. bunyinya agak tenggelam hanya suara radhi saja kedengaran jelas.

Ada 7 lagu tertulis dalam inlay kaset ni... dan untuk side B pula lagu rakaman live mereka. memang mengujakan untuk di dengar.

itu sajalah.. aku cari dulu apa lagi aku beli kebelakangan ni rasa sudah bercampur aduk ngan koleksi lama.

jumpa lagi geng di halaman akan datang..

Khamis, 16 April 2020

braindead - to the infamy


hola..

 lama menyepi ada masalah dengan kamera untuk aku tangkap gambar untuk di masukkan dalam sini. untuk posting kali ni aku nak ceritakan serba sedikit album baru dari braindead band lagenda tempatan ni. agak jauh jaraknya album pertama dengan album terbaru ni. apapun harus tabik lah kerana mereka masih dapat mengekakal sound lama tu ke dalam album baru ni. ianya sungguh asyik untuk di dengar.. seolah2 sambungan album dari album from the ecstacy


9 lagu di hidangkan dalam album baru ni. lagu2 yang boleh buat kepala bergoyang sendirinya haha.. apalagi kalau belum memilikinya cepat sambar sebab album ni memanng sedap di dengar..