Isnin, 29 Jun 2015

AS SAHAR - CASUS LUCIFERI 1997


As sahar - Primitively Eastern Wind / Meditation Embun Pagi


Salam semuanya dan selamat berpuasa.. kali ni nak cerita pasal kaset as sahar ni, hari tu masa kami lepak kawan seorang buka jualannya, banyak kaset2 yang dia jual, harganya pun boleh tahan haha. masa aku lihat kaset ni aku terus pegang, haha kawan2 lain pun nak juga ngan kaset ni. kira aku bertuah juga malam tu. harga kaset ni rm30. dapat diskaun rm25. kira berbaloi lah, walaupun aku tak fikir pun nak beli kaset. kan nak berehat buat sementara waktu. disebabkan sudah depan mata, sayang nanti kalau dilepaskan.


untuk info kaset ni, aku kompius sebenarnya apa juga bezanya kaset yang satu lagi tu ngan yang baru aku beli ni., masa mula2 memang rasa macam tu, bila sampai rumah aku selidik, rupanya memang berbeza. kaset yang baru ni adalah gabungan demo dan ep, manakalah yang satu tu, demo saja. sound kaset ni memang mantap, kalau nak bandingkan ngan kaset yg aku ada tu, rasanya kasar sangat sound yang satu tu. korang boleh buka metal arkib klu nak tahu bezanya dgn lebih detail lagi.

tambah sedikit cerita, sebenarnya aku nak lengkapkan koleksi kaset2 as sahar ni, cam kaset cromok. aku ada plan lah, cam band sil khannaz, ftg aku nak lengkapkan koleksi ni., cuma itulah kan bajet ja tak mencukupi, kadang2 tu bila bajet dah ada barang lain pula timbul...

hurmm rasanya itu je cerita hari ni huhu.. 

Rabu, 24 Jun 2015

tapai

pertama sekali nak ckp maaf ya kalau tersalah info pasal ni makanan. tak tahu lah aku namanya cuma org ckp tapai mcm tu lah aku dgr, mungkin juga betul kot. seingat aku pertama kali makan tapai ni kan aku sampai selangor, dulu masa kat kg tak perna makan, sampai disini baru lah dapat merasa, itu pun sebab aku berkawan sudah dengan kawan2 bangsa bugis. ohya ni tapai ni masa aku pergi beraya, memang mereka hidang, masa mula2 dulu, rasa seram juga nak makan, lain semacam je bau dia, lama kelamaan aku dah boleh terima, ditambah2 abang aku kawin ngan orang bugis, jadinya tiap2 raya kakak ipar bagi tapai ni.


begitu lah serba sedikit ceritanya pasal tapai ni. dah masuk 7 hari puasa kan, baru 2 kali saja aku p bazar ramadhan, tahun ni memang kurang mood mau turun p bazar, tgk kuih2 kat sana pun tak menarik selera aku, mungkin juga bazar tempat aku ni tak ada tarikan kuih2 mengancam, 2 hari aku pergi tu, tahu apa yang aku beli, tapai ni saja aku beli, hahaa.,.. ni je yang menarik selera aku utk dimakan masa lepas berbuka. aku tak makan masa berbuka, kiranya masa lepas magrib...seram aku nak makan perut kosong.


untuk rasanya pula, ianya mcm apa ya, agak pahit2 manis gitu, baunya pun semacam ja. dalam bekas ni kan ada 3 ketul, rm2 je, aku boleh habiskan 2 ketul makan sekali. kalau tiga. seram lah rasanya takut2 juga aku pengsan.  itu jelah,

k selamat berpuasa semua. 

Isnin, 22 Jun 2015

patches...

salam..
nak cerita sikit je.. 2 patches ni aku beli hari tu, harganya rm7 satu.
kononnya aku nak buat projek baru utk patches2 ni, hehe.. nanti lah aku share bila siap. masih mencari lagi patches2 yg murah2 terutama lokal band,.. itu je kot hahaha.


tak lupa juga
#selamatberpuasa semua... 

Khamis, 11 Jun 2015

gambar SEARCH hari tu.





































isabella







amy jatuhkan badan


din pakai baju logo jdt







ok itu je.. menarik.. yg lain2 kabur hahaha