Isnin, 8 Jun 2015

KONSERT XPDC AKU MASIH DISINI ROCKESTRA

Live recording @ stadium merdeka blah blah blah.. panjang sangat tajuk konsert ni...


salam semuanya haha.. aku nak kongsikan sedikit cerita pengalaman dan juga apa2 saja yang aku ingin sampaikan taipkan dalam entri kali ini. XPDC satu nama yg begitu besar dalam industri muzik rock tanah air dan tak perlu diperkenalkan lagi akan kehebatan mereka, dengan kejayaan konsert raksasa yang perna menggegar stadium keramat ni suatu masa lalu. konsert kali ni agak berbeza tarikan nya bagi aku, sebab utamanya ni pertama kali aku akan menyaksikan band tempatan beraksi di stadium merdeka. jadi ianya amat mengujakan dan sedikit kebimbangan dihati kecil ku tersirat pertanyaan apakah kau mengerti maksud hati ku hu hu hu....

promosi dalam laman sosial konsert ni cukup besar impaknya mungkin ramai yang tahu akan konsert ni tak kira lah dia peminat rock atau tak, kalau dia layari laman sosial memang kompom dia akan lihat flayer konsert ni, semalam aku cerita ngan budak kelantan yang aku jumpa kat kursus gdl siap cerita2 konsert ni kat dorang dorang cakap ya tahu kat stadium merdeka. terbukti k.

Rancangan aku nak turun konsert ni bermula bila pertama kali aku lihat flayer tu, stadium merdeka beb perghh pasti gempak gilababi ni konsert bisik hati ku. dekat2 saja dengan tarikh konsert ni, banyak benda pula aku nak buat, jadi rasa macam berat sikit nak turun ke konsert ni, teringin aku nak ke istana budaya, nak tengok wings, kalau aku nak tgk dua2 bini tak bagi lepas beb, jadi aku putuskan lampu hijau hanya utk satu konsert saja dalam sebulan, tak bleh dua, ok lah kan dari tak dibenarkan langsung.

5 jam sebelum konsert ni kawan aku eko tanya kalau2 aku pergi, aku cakap pergi ni cuma nya aku plan nak naik motor saja, sebab utamanya hari tu kan perna pergi stadium ni masa tgk metallika tu beraksi, balik2 nya aku kena saman, setahun lepas tu aku kena bayar rm300 ohhh nak nangis ku dibuatnya. tapi eko yakinkan aku katanya ni band malaysia, pasti banyak parking lagi kat sana nanti, jadinya aku putuskan ok lah bawa kereta kita., kata eko mula2 kami berempat, last2 yang dua kawan lagi tak jadi nak turut serta menyaksikan konsert paling gempak gilababi tahun ni. atas urusan peribadi.

Gerakan dari klang jam 6.30pm klu tak silap, kalu ikutkan hati aku aku nak jalan awal sikit sebab aku ni jenis yang tak suka kelam kabut saat2 akhir, seperti dirancang perjalanan ke stadium merdeka lancar, cam biasa, sampai saja kat sana ingatkan cam metalika tu jalan sudah jem, tapi kali ni lancar beb., lepas tu cari parking rm10 kat depan2 stadium tu, lega hatiku, aku dah ckp kat eko awal2 aku tak akan parking kereta ni kalau tak tempat yang disediakan.

jam 7pm lebih macam tu kami keluar dari kereta, kelihatan diluar stadium agak kurang orang juga, macam keadaan gig2 kecil yang biasa aku turun, sebenarnya ramai juga yang turun, semua sudah berada dalam stadium, kami  berdua melepak jap kat luar, kot2 ada ulat yang jual tiket murah, kan best, memang ada jual tiket murah tapi yang harga mahal punya dapat diskaun tu, alah kata ku baik beli yang murah tu saja, lagi pun ni xpdc juga bukan band keutamaan aku, datang sini pun sebab nak merasa dia punya feeling gempak gilababi tu.

ok lah aku ringkas kan saja lah klu aku nak taip kejadian sebelum konsert ni mula memang banyak aku nak taip, jumpa rakan2 lagi beli tiket lagi. blah blah...

seperti dijanjikan dalam flayer jam 8 mula, tapi ianya tak menepati apa yang mereka taip, mungkin juga mereka nak mulakan jam 9 lepas isyak. dalam stadium kelihatan peminat xpdc sudah berkerumun didepan tu, anggaran kasar mata aku peminat yang datang hari tu sekitar 3k klu tak silap.amat sedikit jika nak dibanding kan ngan luasnya stadium ni.

HAMPA. hati aku berbisik lagi, apakah konsert ni akan menerima nasib yang sama seperti tahun lepas masa konsert xpdc kat sepang. anda boleh bacanya  >sini< perasaan aku rasanya nampak betul bila seolah2 ada satu petanda yang tak bagus. utk konsert ni.

jam 9 malam, mc malam tu mengumumkan xpdc..line up xpdc sudah dipentas kelihatan kecuali mael, mereka mengulangi skrip yang sama tahun lepas dengan memulakan instrumental 2 lagu yang amat panjang layan juga lah bab ni lagu mereka cuma tiada vokalis, pastu kalu tak silap 2 lagu ni ada seorang mamat nyanyi lagu ingatkan mael rupanya lain orang habis kena boooo.. yalah kan sudah teruja gilababi kat hadapan tu nak tgk mael tapi mael tak ada ni kena bagi ngan vokalis ntah dari mana yang tak memperkenalkan dirinya sapa.

lepas 2 lagu instrumental dan satu lagu mamat alien tadi, makanya konsert ni berenti seketika., disini aku sudah yakin mesti konsert akan dapat nasib yang sama kat sepang hari tu. MAEL MAEL MAEL. suara mc malam tu memanggil2 nama mael utk naik kat atas di ikuti oleh peminat yang betul2 nak kan konsert ni mula. jam 10 malam rasanya baru lah kelihatan susuk tubuh mael naik kepentas dengan gaya bersahajanya, aku dikejauhan tiket rm50 malam tu k, tak lah jauh sangat normal.




maka konsert pun bermula. masa 2 lagu instrumental tadi muzik dia kebabom, muzik masa mael nyanyi ni agak kuat bunyi dentuman bass. aku rasa pelik lah apa ni, dah lah suara mael tu tak sedap kan, ditambah2 dengan muzik yang tak sedap jadi tak sedap aku dengar, adoii.. aku akui mael nye suara memang kelaut, tapi aku menyaksikannya kat sepang tahun lepas ok ja, cuma tak sampai, kali ni sound memang hancur., tak sama pendapat ngan orang lain. dan aku katakan aku tak ingat lagu2 yang dipersembahkan malam tu, aku hanya datang ni nak menyaksikan satu konsert yang super gempak. namun pada lagu pertama aku sudah kecewa, aku cuba juga mungkin lagu pertama, belum dapat feelingnya tu, jadinya aku ok kan saja, masuk lagu kedua, pun aku tak dapat apa yang aku rasakan, aaaagrhhh apa ni, cam sound chek ja ni kata hati ku.

lagu demi lagu2 berlalu, perasaan yang sama aku rasakan kehambaran syetem bunyian ditambah oleh suara mael yang tak sedap tu, jadinya perasaan kegembiraan tu tak dapat dimiliki. apa yang menariknya, bila habis setiap lagu tu, mael berceloteh ngan peminat, itu ja yang buat aku senyum, sempoi saja gaya dia. hahaha, tapi bila lagu dipersembahkan bunyian bass bagi aku mengganggu konsert ni, lepas tu bab orkestra tu, itu pun patutnya tak payah ada pun tak apa, sebab malam tu aku tak dapat keterujaan langsung dengan orkestra tu. bikin sakit hati adalah.

catatan ini pasti tidak akan dipersetujui oleh kipasmati xpdc. antara sebabnya aku datang kesana sebab nak dengar sound yang menghiburkan bukan nak lihat line up xpdc kat atas pentas tu dan enjoy, aku bayar tiket kali ni pun rasa cam hangus sia2 saja. ini pandangan aku, mael malam tu memang tak membantu dalam menjayakan konsert ni dari awal sampai habis pun tak ada langsung apa2 perasaan yang membuat aku berasa puas hati atas harga tiket aku.

bayangkan masa mula2 mael tak nak naik atas pentas, kena paksa baru dia naik, dengan moodnya yang tak berasa baik tu lah menambahkan lagi mood yang tak baik dikonsert malam tu. apa cerita sebelum tu aku tak tahu,. bila mael hilang lagi masa 4 ke 5 lagu instrumental metallica dipersembahkan, hahahaha apa ni apa kes ni aku datang nak tengok xpdc bukan tgk instrumental ni, orkestra mana mana., 4 ke 5 lagu tu, bukan satu. bayangkan betapa siksanya diriku berdiri, kalau mael nyanyi cover metalika tu ok juga bleh enjoy tapi ni instrumental, ada gak drum solo satu lagu. lupa aku, masa lagu intrumental ni aku ngan eko keluar jap nak cari makan2, jam dah dekat 12 ni.

kat luar saja, kami terserempak ngan mamat jual tiket konsert ni, tanya lah kat dia, apa kes ni konsert apa yang tak kena ni, dia selamba jawap ada satu keadaan yang tak di inginkan oleh mael berlaku katanya. masa mael nak minta duit bayaran konsert ni, duit tu kena campak kat depan mael, ni bukan aku buat cerita k, ni aku dengar dari penjual tiket ni, ni orang rapat ngan xpdc juga, jadi aku sedikit percaya ngan kata2 nya. ada lagi dia cakap, mael memang tak puas hati dari awal2 konsert ni, sebab katanya, bayangkan klu bayar tempat stadium ni 100k bayar band rm10k. berbaloikah utk band, bayar venue mahal2 bayar band ciput ja. aku pun cam tercengang juga dengan penjelasan brader tadi.

dengan sound diberentikan dalam stadium kata hati ku, konsert ni dah habis kot, tapi aku lihat masih ramai lagi fan xpdc dihadapan tu menjerit2 nak kan xpdc beraksi, kami pekena burger kat luar stadium, tetiba bunyi pula sound, perghhh konsert hidup balik., apalagi aku pun masuk lah kan. memang konsert diteruskan, lepas satu lagu tadi, maka di medleykan lagu2 slow rock mereka macam kat sepang hari tu, pastu lagu terakhir mael dah cakap nak minta maaf sebab konsert ni tak menjadi seperti apa yang dirancang, dari mula lagi, mael sendiri ada cakap konsert ni kalau boleh sudah tak jadi sebabkan duit peminat dan blah2 dia terpaksa nyanyi, ayat sama saja cam kat sepang hari tu. bak katanya kita rock sampai pagi, last2 pihak stadium tak membenarkan limit konsert jam 12 je... hahahaha itu je apa yang aku dapat kongsikan. harap korang mengerti lah apa yang aku nak sampaikan.


sedikit tambahan... masa balik buka fb tgk komen2 baca apa yang penting, macam2 versi ceta muncul, aku pun kompius. pastu hari ni aku buka fb ada plak up surat kabar kata malam tu tak jadi bab abang mael meninnggal dunia. tak tahu nak kata apa, yang pasti nya aku percaya ngan brader jual tiket tu. sebab dia punya cerita tu ada betul. kenapa line up lain tak cakap awal2, mc tak umum awal2. kenapa kenapa., ini menjadi persoalan, yang luar biasa di kepala otak aku..

pantun 2 kerat.
beli tiket nak tengok konsert
konsert hambar 
hahaha

nota - salam bro deaf, ada kat stadium ke malam tu, ada rakam mp3. kalau ada bagi link utube nanti k. nak dengar balik apa jadi ngan konsert ni. ohya bagi peminat xpdc jangan harap ada rakaman live konsert ni. tak caya tunggu ajalah klu diriliskan. mael banyak buat hal tu huhu. kbai

edit tambah settlist ni gambar ni aku jumpa kat fb.
bukan semua lagu dalam ni di persembahkan, rasa nya malam tu dalam 15 lagu saja dibawakan... hurm.

13 ulasan:

  1. hahaha.nice review walaopon konsert tak brapa nice. hehehe. aku mmg tunggu review ko nih sbb aku ada dengar mcm mcm cerita. Ada sorang brader FB ni siap cakap Mael tak datang on konsert tu. Mungkin brader ni blah awal kot.haha. Tapi pada aku sedih la kan perkara mcm ni terjadi. Sepatutnya semua boleh have fun dan enjoy, last last jadi situasi ayam berak kapor. Time lagu metallica tu kalo Mael betul betul bagi komitmen sure gempak tapi apakan daya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku taip apa yang aku rasa bro., yang fan mati xpdc tak turun ni konsert pertahankan macam lah dorang ada kat sana, tgk berapa ramai yang kecewa.

      Padam
  2. setlist....??
    Apa nak jadi ni?
    Kau tahu XPDC full line up Brutal + V6 kat Singapore main Indoor Stadium tempat Iron Maiden main dan mereka HEADLINE dan SEARCH CUMA OPENING BAND!!!
    Aku tak pergi ni show tapi aku tumpang kecewa ngan cara layanan diberi kat peminat...
    XPDC takpe, muzik rock melayu ni kita cepat lupa kelemahan...
    Kalau omputeh dah mampos dah XPDC kena lahar satu dunia....
    Organiser/Promoter takpe, besok orang ramai dah lupa dah, kalau ingat pun senang je, tukar nama company


    ok ok hantar kat realdeafforever@yahoo.com
    please cuba ye pakai apa cara apa2 pun hehe.. yang pakai storage tu senang. Dah hantar bilang aku boleh kat blog aku ke blog ni?
    Benda storage tu seminggu je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku tak rakam mp3 tu. aku ingatkan bro deaf turun ada rakam tu mp3. ohya kalu nak tgk video konsert ni rasanya ramai dah tu masukkan dlm utube. sedih bro deaf malam tu hambar.

      Padam
  3. Salam,

    Minat XPDC dari zaman dulu lagi, selalu layan fun fair di pelabuhan klang, kapar, pesta shah alam, bukit jalil, konsert raksasa 1998, konsert dengan search kat stadium merdeka semua turun.

    Masa konsert nie, tanya member-member semua diam tak nak berminat. Kena pulak masa mael buat show final kilauan emas suara tak menjadi, lagiii laaa berat.

    Hari sabtu rasa mcm nak pergi, rasa mcm tak nak ergi 50-50. Bila tgk senarai lagi yg akan dimainkan rasa nak pergi pula. Lepas maghrib rasa cam nak turun tapi rasa cam malas, masih 50-50, sudahnya tak turun, bila baca kisah kat blog bro nie dan kat fb, rasa syukurlah sebab tak pergi.

    BalasPadam
  4. tengok setlist memang dah best dah...sayang la jadi kecoh macam tu...

    BalasPadam
  5. 2 lagu pertama tu tak ada vokalis... haha

    BalasPadam
  6. Alahai..mcm2 hal yek.tapi di sebabkan peminat dah bayarkan.kena la teruskan jugak

    BalasPadam
  7. kalo akan datang, xpdc bt konsert bg tiket free pn mngkin tkde yg nk

    BalasPadam
  8. siapa lagi yang xpdc selalu jemput penyanyi jemputan kalau bukan ARY ....

    BalasPadam