Rabu, 29 April 2015

Jumaat, 24 April 2015

MAY - WIRA CYBORG


Pertama sekali nak kata WOW utk sound kaset ni..kenapa wow memang terbaik lah bagi aku, lain juga penangannya album ni. dulu aku ingatkan ini kaset aku perna beli, rupanya yang aku perna beli tu album ediologi. dari situ aku rasa may selepas mus hambar,, rupanya aku silap, beberapa minggu lepas aku selalu dengar lagu2 rock melayu kat utube. album ni ada juga aku baca kat blog berteromber. tak sangka pula soundnya macam begini. masa dengar kat utube tu aku tekan wira cyborg, memang terbaik nye sound. fuhhh dengar sampai habis memang layan, terus layan semua lagu2 dalam album ni. terhibur aku beb.

lepas tu kan kalau sudah aku terdengar album yang aku rasa bagus. aku akan listkan kalau terjumpa memang akan di usahakan dan disambar jika ianya dalam bajet. kan hari tu aku ada pergi kl, ini adalah hasil kedua yang aku beli. harganya rm15 je. klu mengikut apa yang aku tahu, kaset2 ni harga pasarannya rm50. untunglah kan dapat harga macam tu, walaupun masa hari aku beli tu tali kasetnya agak berkulat. bila aku lihat keadaannya mmg kulat boleh tanggal. beli sajalah. lepas saja sampai dirumah, aku bersihkankan. memang tanggal kekotoran warna putih kat tali kaset ni., sebelum play aku pastikan ianya selamat dari kekotoran. sound boleh tahan masih segar. lepas saja habis kedua belah side kaset ni, tali akhir terputus, hurmm kecewa, bila aku bedah, wow pecah lah gulungan dia warna hitam tu. aku terpaksa tukar, nasiblah aku banyak stok benda tu. jadi kerja pun makin mudah, cuma nak pasang tali tu ngan benda putih kecil tu agak payah nak masuk. apapun aku berjaya pasang hahaha.

keseluruhan kaset album ni memang terbaik soundnya, lagu2nya best, terfikir juga aku suara yanzen ngan muzik may, bertembung begitu asyik sekali., soundnya heavy giler lah. tak cam album2 rock yang aku dengar. ni 1st juga dapat album malay sound macam ni, terbaik kebabom dia punya feeling tu. rasanya itu sajalah ceritanya. nanti last cd hasil dari rds tempoh hari aku akan taip juga. haha. lagi satu sabtu ni ada gig. kat penylane.. hurmm 

Rabu, 22 April 2015

DVD double trouble 2010 live concert in JB


Selepas 5 tahun geng... haha 5 tahun lepas dvd ni perna aku pegang, masuk list, tapi sampai skg aku tak dapat angkat, sampai lah tahun lepas proses meletak dvd ni dalam list aku bermula. ada juga aku terlihat dalam jualan fb dvd ni, tapi harganya tak mengizinkan, baru 5 tahun harga sudah berlipat kali ganda. total kapitalis... hari RSD kat campbell hari tu kan berpeluang turun kesana, memang tak plan apa2 dari rumah., turun sekadar memang mencari apa yang dalam radar dan list. tak mau berbelanja lebih cam dulu2 gagagaa... yang utama juga dapat bawa family jenjalan keliling kl huhu..

sampai aku kat campbell hari tu, aku ikut jalan sebelah kedai uncle ni, uncle cina ni tutup kedai huhu ada patches menarik kat sana utk projek tahun ni. pastu masuk kedai aunti campbell terus terlihat dvd ni., pegang terus beb, tak banyak fikir2. fokus aku utk menyelam kedai aunti tu hilang. dalam hati apa yang dicari muncul depan mata yahooo.. nak melompat aku beb.. wahahaha.. macam biasa aunti cina tu musti keluarkan pengetahuan dia bab2 album baru dan apa2 saja utk mempromosikan kedainya. sempat round sekali dalam kedai tu, terus bayar, ohya aku terlihat disana cd2 mega pack 3in1 band2 rock cam rusty blade rockers ngan bpr dan macam2.. nanti aku gerak seorang next time aku nak nyelam lama2 hahaha.

lepas keluar dari kedai aku terfikir mana dorang buat RSD ni ya. mungkin kat bawa kali hurmm.. lepas tu round nampak para metalhead sedang sibuk dihujung sana.. ahhh kompom lah sana kataku yey.. mari kita menyelam.. fuhh dah macam pasar malam beb.. meriah ni, peniaga2 baru letak barangan mereka. nampak kengkawan sekepala bersalaman memang sempoi geng, cam suasana gig.. aku terfikir best juga RSD klu macam ni kan, tahun lepas buat kat subang.. aku sempat pergi tak semeriah kat campbell tahun ni. lepas tu aku lihat patches blackfire warna merah tu terus sambar harga murah, org dah jual kat fb rm40 skg haha. org umah jenis segan kan aku pun faham bawa dia tempat berehat dan aku ngan mizi kembali ke RSD tu menyelam boleh lah kalu ikutkan hati ku, memang banyak aku nak beli. tapi aku mula fokus skg tak ikut nafsu buas ku. apa saja dalam radar baru angkat. gitulah ceritanya nanti sambung kat entri lain. cerita bab dvd ni sudah terpesong.

huhu sori cerita dvd tu ni ahh.. dalam dia ada satu cd ngan satu inlay 10muka surat gambar2 wings ngan search. sempoi dvd ni bagi aku. buat aku senyum2 sendiri. heppy nya aku tu. aku tgk dvd ni 4 kali sambung. masa terhad balik kerja tgk sikit dah lelap. semalam baru habis tgk. itu pun masih belum puas pasti akan di tonton lagi dimasa cuti nanti. durasi dvd ni 2 jam lebih klu tak silap. memang lama tu kalu terus tengok kan. apapun aku bagi wings ngan search memang terbaik 2 2 band ni. cuma amy ja bab duet tu dia cam tenggelam oleh awie,. hahah rosak lagu wings oleh amy. joe memang sempoi. yang lain2 pun ok lah, cuma kamera je yang tak cun,. tak pandai nak buat rakaman konsert live huhu.. apapun ini pasti jadi khazanah  muzik rock tanah air,, phewitt sekali...

nota - musti kawan2 blogger yang lain ada disini masa konsert ni. kongsikan pengalaman korang dalam ruangan komen jajajaa.... harapnya search ngan wings buat DT kat istana budaya.. 10 hari gempak tu wahahaha... tamat.

Selasa, 21 April 2015

HELLSTORM / AXECUTER - FROM HELL COMES THE STORM OF THE AXECUTER



Split 2015 antara band hellstorm sabah malaysia ngan axecuter brazilian wahaha... sangat mengujakan dan dinantikan rilisan terbaru dari hellstorm oleh aku dan juga mengikut setia mereka.. hari tu perna buat entri single terbaru mereka yang ada lagu legion of destroyer tu kan ngan baju putihnya yang mantap lawa tu logo kambing hahaha.. utk split ni band axecuter menghidangkan 4 lagu.. lagu2 dari band ni aku tak dapat nafikannya, ianya best layan boleh buat aku banging sendirian rasanya, banging hanguk2 je.. bestlah band ni. ohya rasanya aku perna dengar kat utube band ni suatu masa lalu. aku ingat sebab tu cover album yang makan epal tu wahahaa.. tak sangka betul dorang split ngan band hellstorm yang maha ganas ni haha.. sebetulnya aku tak mau cerita lebih2 bab axecuter.. susah juga nak taip namanya. aku beli cd ni pun sebab hellstorm kalau bukan hellstorm aku tak beli geng.haha

terus ke band hellstorm, sebetulnya aku masih berharap dapat versi kaset album pertama mereka dulu masa rilis tu, masalah betul gara2 order aku dah masuk bebulan tak hantar, lepas tu offer aku suruh angkat kasetnya, cemanalah aku nak angkat sedangkan order aku tak dihantar lagi;. tu sebab utamanya aku tak dapat kaset tu. harap ada maniak hellstorm di luar sana yang sudi tolak kaset tu. hurmm

sedikit luahan hati mana tahu line up hellstorm sejuk hati mau bagi kat aku kaset hellstorm kan hahaha sok sendiri geng apa ada hal aku mabuk nescafe siakkk.. giler pahit aku bancuh nescafe ni. teruja gile2 rasanya nak menaip ni. mata pula dah merah cemanalah boleh dapat bancuh nescafe cam ni sokkk...uda2 lah teruskan ke hellstorm.. maaflah ya ni bukan rebiu. ni cerita aku saja, apa saja yang aku rasa masa menaip ni aku akan taip sesuka hati tampa memikirkan apa saja lah wahahahahaaaaa ok tamat

dlm cd tu hellstorm menghidangkan 6 trek. lima berlagu dan satu intrumental.. betulkan aku klu salah... ohya makan masa juga cd ni aku dengar, disebabkan bizi sikit ngan jadual kerja yang ketat kena tido awal dan macam2 lah. tapi aku dah abis dengar 2 kali cd ni. utk hellstorm aku hanya tetarik pada lagu trek no 7. ianya ada feeling banding ngan trek yang lain., yang aku rasa macam tak masuk tak ngam dia punya sound tu. bunyi drum macam tak serentak ke apa ntah lah tapi aku tak dapat feelingnya geng... bunyi sound keseluruhan pula masih cara lama gaya rakaman album ribut neraka. kalau nak kata total maut cam lagu2 dalam album ribut, rasanya tak lawan lah lagu2 dalam split ni. kurang sengatnya. harap rilis akan datang tu akan lebih evil jahat.. biar ngam dengan namanya hellstorm yey... itu sajalah. apapun support utk hellstorm 666 bah. 

Isnin, 20 April 2015

sikit cerita merapu masa RSD camble ngan jalan2 keliling KL huhu

mendung sudah

bangunan paling cult dalam aku bermetal

sabtu 18 aku tak kerja hahaha..dalam hati oklah sikit, kebelakangan ni mmg tak dapat cuti sabtu, 3 hari audit tempat kerja ni, membuatkan hari2 ku agak berdebar2, nasiblah semua yang aku kerjakan terbukti berjaya, dengan keputusan audit yang bisa buat empunya kilang senyum lebar.. haha, bukan usaha aku seorang kita orang semua bersatu hati, aku ja yang sgt2 risau, bab kerja aku banyak yang di audit banding ngan membe2 lain..

hehe.. tak ada apa yang nak aku cerita sebenarnya, aku dah on notebook ni dari aku balik dari jenjalan tadi, skg ni baru ada edia sikit nak menaip, cerita tu ada cuma tak tahu nak taip apa. hahaha. selepas pekena setengah cawan kopi oh yang aku bancuh sendiri ni, ini lah dia aku mula menaip.. rasanya aku bagi panjang catatan kali ini, nak buat cam cerpen kakaka.. boleh ke aku buat, tgk lah kalu aku tak lelap, sbb skg menaip ni dah jam 12 tgh mlm.
 
gaya tetap ultra

ada masa kau kan dimiliki

hilang mood menaip semalam, skarang sambung balik, hari ni hari ahad, bangun pepagi ni layan hasil tangkapan semalam dari RSD camble...ohya semalam aku pergi kl sebab record store day ni lah, tapi tak lama aku kat sana, sebab aku bawa keluarga aku, apa yang aku boleh katakan kejadian semalam di RSD camble tu, boleh lah, apa yang aku cari2 muncul depan mata harga pun murah2, puas hati, lepas jumpa kawan2 besalaman dan borak2 sikit, aku blah.. walaupun masih ingin menyelam lama2.
 
mizi yg teruja
melihat mizi yang nak sangat naik komuter tu, aku pun bawalah, letak kereta kat parking tgh2 kl tu, harga parking pun kena gst, harga lagi makin naik, klu dulu parking tempat sama rm6 ja sehari, semalam rm10.60. mahalnya. tak apalah kata ku, memang lama juga kami di kl semalam, org umaah shoping sampai tak ingat dunia. haha.. ohya kl semalam lengang saja dari kereta2, kiranya semalam macam bukan kat kl, selalunya kan jem.. semalam mmg tak jem. lancar saja kereta nak masuk... cuma balik saja tu cam biasa, mungkin kami datang awal kali ke kl.. haha..
 
klasik ni, 1st datang kl suatu masa lalu, keluar dari terowong ni terus lihat atas fuhhhh

lepastu apa ya hurmm,.. ok naik lrt atau apa nama dia tu, lama giler aku tak naik benda ni, semalam pun dia punya system dah berubah, seingat aku, dulu beli kat kuanter saja tiketnya, yang jenis kad, sekarang beli kat mesin. senang juga lah, dan keluar token. banyak berubah systemnya, tapi memang terbaiklah.. kami naik dari masjid jamek ke klcc.. wahahaa lalu dang wangi,. mizi memang seronok. yang tak bestnya tu lalu terowong. lain kali nak ajak dia naik dari pasar seni. biar pemandang yang menarik.
 
mizi tgh sok mandi cam biasa


mendung
sesampai kami di klcc, jam 4 lebih macam tu, mendung kat sebelah kiri memang rasa nak gelak dah, kaki aku dah sakit, tapak selipar aku dah haus, sakit2, aku dapat bayangkan kalu2 hujan trun memang melepas lah mizi tak dapat mandi2. ajak mereka jalan2 lelaju.. sampai saja tempat mandi2 kat klcc tu. mizi terus mandi, dalam 15 minit macam tu kan sicuriti dah tiup wisel, suruh semua kanak2 yang tgh sok mandi2 naik, ntah kenapa, mengikut firasat aku sbb mendung, atau sbb dah jam 5, ntah lah kan, mizi macam biasa lah tak nak naik hahahaa... bukan mizi seorang ada gak beberapa kanak2 yang masih nak mandi. bila pengawal tu tiup2 wisel maka mizi terpaksa naik. dengan muka yang tak nak kawan ngan aku. tak apalah nanti kita pergi taman air berbayar hujung bulan ni., mandi sampai terkupas kulit.



haha sambung sikit cerita pasal RSD camble tu, apa yang aku jumpa tu memang dalam radar kepala aku. hajat hati aku tak nak beli banyak2, hanya apa yang menarik di mata dan hati aku nak rembat, bajet pun aku sudah sediakan, secukupnya, semalam tu memang aku siap bawa baki lagi balik, selalu memang habis semuanya, kalau aku jenjalan g kl sambil menyelam ni. tapi kan ada satu kedai cina depan mizi tu, yang jual patches..  aku berkenan ngan patches search tu, nasiblah kedai tu tutup,, lain kali aku datang balik pasti aku nak beli. utk hasil tangkapan masa rsd tu nanti aku cerita satu2 dalam entri lain2. haha. apa spesial nya kan...


rasanya itu sajalah ceritanya.gambar2 rsd tu aku tak snap segan bah aku, ramai geng2 true., hajat memang nak snap, apakan daya aku jenis yang segan.. lagi satu aku gendong ikin, agak terhad utk snap pic..huhuhu

Sabtu, 11 April 2015

con - damn the corruptor - from north to south tour 2015 cdr



from north to south tour 2015... ini adalah cdr promo bersempena tour mereka yang baru lepas.. hari tu kan ada entri pasal gig punk yang aku nak turun,, disebabkan band ni lah aku berhajat nak turun, sayang juga aku tak pergi.. kerja geng.. huhu... tak dapat tgk mereka beraksi, tak apalah tiada rezeki lagi. mungkin kalau dorang tour lagi di tahun2 akan datang mungkin aku akan turun, itu pun kalu berlaku lah.. hari tu ada distro kat fb posting gambar cdr ni, utk dijual sbb dia beli utk sapa2 yang tak dapat pergi turun tour mereka ni., seperti yg tertulis pada gambar tu, ni cdr utk tour saja.. harga pun rm3 saja. lagi mahal duit posnya.. ohya cdr ni berdurasi 7 minit, ada tiga lagu, satu lagu tu dua versinya, trek no 3 tu aku suka, versi seruling.. nyaman juga muziknya. hari tu kan aku perna cerita pasal band ni. (lihat label jika nak tahu lebih lanjut gitu..)..  k bai. 

Selasa, 7 April 2015

HUKUM KARMA DAN ORANG ASING

2 cd wings ni yang sempat disambar semalam Di speedy dengan harga GST .. mahal sudah cd ni, masa belum gst rm19 ja mcm tu, org asing tu rm13 klu tak silap, skg sudah naik rm14 lebih mcm tu.. sebetulnya tiada apapun aku nak cerita pasal 2 album ni, semalam jenjalan nak cari henpon saja utk cintaku. bila hati sudah senang aku g lah rembat 2 cd ni, walaupun aku rasa mcm nak sambar menakluk kosmos dulu., tapi ckp nanti lah nantilah.. sampai bila pun tak tahu lah bila nak sambar.... ni mungkin sebab rebiu yang aku baca macam tak memuaskan.. tapi pasti juga aku akan beli..

ni aku nak cerita lah kan.. pasal 2 album ni, aku perna juga cerita cemana aku kenal muzik rock ni, pemulanya kali.. masa budak2 dulu, mana tau rock kan, yang pasti main2 24 jam.. bila abang sudah rock maka adik juga pasti akan terkena tempias rock tu. aku masa dulu kalau aku ingat2 balik. 2 album ni kira album yang aku masih ingat lagi. album2 ni abang aku memang ada, sampai sekarang pun versi kasetnya masih ada kat abang aku tu. tapi ni bukan lah album yang terbest masa tu aku layan. ada album wings yang betul2 aku minat. nanti aku beli aku cerita tu album. cuma agak susah sikit nak dapatkan album tu, dalam jualan fb ada jual cuma aku ni jenis malas nak order barang yang aku rasa masih ada jual.

kembali ke era aku kanak2 dulu.. wings ni boleh katakan bapak rock aku lah cuma aku masuk sekolah menengah aku beralih arah kepada band rock search. walaupun dulu2 tak ambil pedulu pun pasal search. ni semua kegilaan masa masuk remaja juga, tapi wings. alah kadar.. cemana nak cerita pun aku tak tahu nak mula dari mana, makanya aku hambur saja lah ayat2 aku kat sini. kira nya membesar dengan wings. lepas saja abang aku kerja p semenanjung dari situ lah aku kurang dengar lagu2 ni. sebab masa tu seingat aku lah, masih guna bateri, jadi aku tak ada duit nak beli bateri atau ntah lah.

tapi masa aku sekolah menengah dulu.. aku berpeluang menyaksikan kumpulan wings ni, beraksi dekat fan fuir sandakan. masa tu aku dilamun cinta monyet.. seingat aku aku belanja aweks aku ngan rakan2 nya g tgk. masa tu tak tahu juga wings perform, sekadar nak ke fun fair saja kan sambil dating2.. muax2... masa era wings datang sandakan, aku kerja kat mafia. jadi perantara. ni malas aku nak cerita sebab ni kira gila nye cerita mafia., masih muda lagi aku jadi keldai mafia kat kampung dulu. hohoho..

masa tgk fun fair ni kan, memang gila teruja lah kawan2 aweks aku, masa tu lau tak silap kami berempat. malam balik tu punya susah nak cari bas, nasiblah ada pakcik tu bawa teksi, dia tak nak tapi aku ofer ngan duit koleksi dolar yang ada dalam dompet aku, pakcik tu nak hantar kami balik.  masa konser kat fan fuir tu memang best,. sambutan seingat aku memang kecoh gempak kebabom nye gilababi. headbanging moshing.. masa tu aku kira macam tak menghargai persembahan wings depan mata. tapi lama kelamaan, aku menghargainya, bayangkan ramai nya rockers kat kampung tu belum perna tengok band rock beraksi. ohya kampung aku jauh dari bandar, nak g  fun fair pun kena naik 2 bas.

satu yang aku tak boleh lupa pasal konsert di fun fair tu. HAHAHA.. awie.. awie.. kena karan kakakaka... ntah berapa banyak kali aku mention ni kalau berkait dengan wings. betul geng, ni cerita aku tak reka2. awie kena renjatang masa pegang tu mikrofon. kan tangan dia basah.. bayangkan orang kena renjatan. hampir dihentikan tu konsert nasiblah diteruskan. masa balik tu, sempat lah begambar ngan wings bayar rm10. gambar yang snap keluar kasih kering tu. ni gambar ada kat kawan aweks monyet aku dulu kakakaka...

berbalik kepada 2 cd diatas tu. orang asing tu pun sedap2 lagu2nya. yang lagu2 malar segar tu memang masih segar dalam gegendang telinga. yang lain2 tu masih kena dengar balik, sebab semalam aku nak tido awal. bab hukum karma, ni tak payah cerita pun memang best. lagu2 dalam ni terbaik dari wings. kira kebanyakan lagu2 wings ni boleh diterima halwa telinga aku juga, cuma tu macam aku cakap, ntah kenapa aku tak jadikan wing band rock no1 pujaan hati ku. okey lah nanti sambung cerita lagi. kbai.

Jumaat, 3 April 2015

cerita stiker kumpulan SEARCH


Ceritanya pendek2 sajalah.. haha.. sebelum aku order stiker ni, ramai kawan2 kat fb order stiker band2 metal pilihan mereka kat seorg kenalan fb ni..aku pun teringin juga nak buat, apa logo yang aku nak buat dan terfikir adalah logo search ni, mulanya aku saja2 tanya kalau2 dia boleh buat logo search ni. dengan selamba saja dia cakap boleh2.. apa lagi aku ni tak banyak fikir, ngam2 aku nak cari saiz cemana besarnya stiker aku nak... nampak saja kertas A4 aku terus cakap bikin saiz A4 lah.. tak sangka pula besar macam ni.. tanjat aku dibuatnya... bayangkan lah stiker tu, besar siakkk HAHAHAHA... lucu juga aku bila fikir2. last2 aku g lekat kat belakang kereta memang sempoi.. hanya logo... ohya ni harga rm25 saja. siap pos. dia buat guna tangan saja ni. hebat betul berbakat kawan ni. lepas ni kalau aku nak bikin lagi aku nak buat logo cromok pula. buat kecik2 lah tak mau besar macam ni. lagi satu aku reda lah kalau2 ada yang nak tanggalkan stiker ni, sbb kat tempat aku tinggal ni, tak tahu lah banyak stiker2 aku lekat semua hilang, ntahlah sapa yang tanggalkan... (WAHAHAHAA gelak dalam hati)....

Khamis, 2 April 2015

DARKTHRONE - F.O.A.D


Satu lagi cd darkthrone selamat mendarat semalam... haha.. alang2 sudah ni.. masa aku tengah deman darkthrone ni lah muncul cd2 yang aku nak, macam tahu2 saja, bermusin gitulah.. sapa ikut blog ni memang akan tahu apa akan jadi kalau aku sudah teracun oleh sesuatu yang aku minati.. ya aku akui sekarang aku dilanda asmara mabuk tujuh lautan disebabkan cd2 darkthrone ni. ada seorang membe fb aku, nak tolak cd2 darkthrone nya dengan harga mampu milik.. mcm cd ni kan kalau jual kat luar tu kurang2 rm60 ni, belum masuk uang pos nya lagi, kawan aku ni tolak rm46 ja siap poslaju,. berbaloi lah cd import ni. lagi tu dia nye jewelcase lain macam, ni pertama kali aku dapat jewelcase jenis camni. nampak menarik pula. hahaha sebenarnya ada pilihan lain cd2 darkthrone yang kawan jual ni. tak mau lari bajet aku sambar dulu ni. yang lain tu, kemungkinan ada lebihan bajet bulan ni aku akan sambar tampa belas kasihan... nafsu membuak2 memberontak ditambah2 aku pun suka. tiada jalan lain langgar sakkk kakkakaka...

ni cerita pula bab keseluruhan cd ni, foad ni album studio kesebelas rilis tahun 2007 boleh cek metal archive hahaha.. untuk aku album ni terbaik juga lah, soundnya memang sudah jauh beza ngan kaset2 yang aku beli tu, ni era metalpunk sudah, black metal tu kurang lah tapi soundnya tu masih kuat kedengaran darkthrone.. wahaha.. menariknya cd ni, ianya disertakan inlay yang tebal juga, setiap lagu2 tu diperincikan dari mana datangnya ilham tu datang dan lagu2 diciptakan tibute untuk band2 yang mereka suka, memang tak dapat lah feeling dia dengar kat utube ngan ada versi asli ni. gambar2 fenriz ngan nucturno ada gak lah dalam ni. layan sambil dengar kan best... ohya baru ku tahu juga lagu2 dalam ni sapa nyanyi, ingatkan nucturno culto saja nyanyi, utk album ni fenriz banyak nyanyi hahaha.. itu sajalah merapu aku ni. korang musti lagi faham ngan detail bab album ni. sapalah aku nak cerita pasal darkthrone kan. mungkin impian aku utk menjadi kan darkthrone band luar pertama kolek semua albumnya akan jadi nyata.. tengok lah nanti. maka bersambung entri darkthrone ni. kbai

Rabu, 1 April 2015

baju - al azazhil

depan

belakang

hajat hati memang nak kurangkan beli baju, disebabkan baju ni dikeluarkan lengan panjang, aku tertarik utk menyambarnya, ni saiz L. mungkin muat dipakai utk tahun ni saja, tahun depan panjang umor, aku mula pakai saiz XL,,, hehe,, aku mula merasa peningkatan badan ku ni semenjak aku berenti merokok, perut ni makin berisi kakakaka... baju saiz L pakai sudah nampak perut, merisau kan aku juga ni, sbb banyak baju2 aku semuanya saiz L.. huhu baju2 limited plak tu...baju ni sampai semalam, tray pasang memang ngam2 dibadan, kainnya pun lembut juga, tak keras, ok lah, dengan harganya yg mampu milik... itu jelah ceritanya. dengar kabar band ni akan rilis album baru tahun ni.. aku nantikan nya. yey..