Jumaat, 28 Jun 2013

SEARCH TERUNGGUL


search - terunggul

hahaha cd ni adalah pemberian isteri tercinta,bersempena dengan ulang tahun kelahiranku yg ke26 tahun (hehe muda lagi) nak cerita sikit sebenarnya sebelum aku sambut ulangtahun or betday aku,isteri tercinta akan tanya hadiah apa yang aku nak,jawapan aku mudah saja antara baju dan cd itu dah cukup buat aku gembira huhu,

memang aku dah lama ngidam mau memiliki cd terunggul ni,disebabkan bajet aku bulan2 hanya tertumpu pada stuf metal saja,makanya aku tak sempat nak beli cd  ni,tak sangka pula isteri ku belikan hehe.. dah memang aku suruh beli pun hahahaha.. tapi ini memang pemberiannya walaupun aku yang memilih untuknya,aku heppy dia pun heppy,tak lama lagi betdaynya pula,perempuan ni faham2 saja apa hadiah yang buat mereka gembira,huhu

okeylah berbalik kita pada cerita cd baru ni,sebenarnya aku dah pun memiliki versi kasetnya aku beli masa aku masih bujang lagi,seingat aku 2005 lah mcm tu,memang total layan juga versi terunggul ni,apakan daya versi kaset tu tak tahan lasak,terbelit dalam tape plyer talinya dan bunyinya sekarang ni macam batery low wowowowow....

cd 1 versi rancak/cd 2 versi slow


menariknya search terunggul ni dia ada 2 versi, satu lagu2 rancak search dan satu lagi lagu2 slow.. time jiwang boleh dgr slownya time boring boleh layan lagu rancak,menyanyi bersama2 search lah phewiiit...

versi kaset ni dah tak ble play lagi buat koleksi saja lah


untuk kedua versi kaset dan cd,tiada banyak bezanya,cuma membezakan kaset dan cd tu saja huhu,semua yang dalam kaset tu ada dalam cd,kira sama lah tapi berbeza hahahaha....


dan aku bersyukur pada isteriku kerana memahami ku,dan aku coba sedaya upaya utk memahamimu juga,
kalau anda mau mengenal search belilah album kompolasi ni,sebab lagu2 hit dalam setiap album mereka ada diselitkan dalam cd ni,harap masih ada dipasaranlah sebab benda ni rilis tahun 2004,ni pun kira rare juga..

okeylah sampai disini saja cerita...

Khamis, 20 Jun 2013

SEARCH DAN CROMOK




RM30


search karisma dan gema di timur jauh tu, aku dah ada extra copy kat rumah,dah 3pcs tiap satu,huhu,sebanarnya aku nak beli kaset cromok untitle tu sahaja disebabkan dia ofer harga murah aku pun angkat 3 3 terus. 2 band ini adalah band terawal yang aku dengar,sebelum aku terus menerokai muzik yang lebih gelap,aku beli ni sebab nak lengkapkan koleksi kaset cromok aku,yang satu masa dulu dah pun lengkap,disebabkan kawan yang pinjam dan tak bagi balik makanya aku nak cari balik kesemua yang hilang tu, kalau sapa2 nak cari kaset search karisma ngan gema ditimur jauh ble lah tinggalkan komen.. aku sedia tolak dengan harga yang berpatutan..30 tahun dari sekarang benda ni akan jadi rare gila,biarpun bukan 1ST press..

Isnin, 17 Jun 2013

DISOBEYED - sentence of death


DISOBEYED - sentence of death

 
band ini berasal dari tawau sabah,mereka menggelar muzik mereka black/death metal,dan ini adalah demo pertama mereka lagu dalam ini demo direkod tahun 2012,dan diriliskan oleh label NEXRO REKORD 2013,dalam demo ini ada 3 lagu sahaja 1 lagu cover dari band SARCOFAGO.
muzik dalam demo ini betul2 menarik tak mengecewakan dan total headbang,demo ini aku beli dengan harga rm10 dengan lan capek,aku akan menantikan rilisan yang akan mereka keluarkan lagi hehe
lagu2 dalam demo ini
-destruction
-sentence of death
-the black vomit (sarcofago cover)

demo ini didatangkan dengan bungkusan beg plastik dan ada kertas kuning,dalamnya,tapi yang menarik bagi aku adalah kertas kasetnya,ianya ada kelainan dari kaset2 yang perna aku miliki,aku berasa pelik kaset ini diriliskan 100 copy sahaja,copy no aku 01/100.. hahaha

AKU DAPAT TAHUN 2013

HUMILIATION - TURBULENCE THE DEEP


HUMILIATION - TURBULENCE THE DEEp
album penuh keempat mereka,kali ini bukan lagi rilisan ultra hingax,rilisan kali ini telah dirilisan oleh label baru mereka iaitu DEEPSEND yang berpangkalan di luar negara, aku dapat cd ini dari vox mereka bear bee byhand,di gig 25 year as sahar hari itu,dan sempat bergambar lagi hehe,tak banyak yang diceritakan tentang cd ini,walaupun ada kawan yang suruh komen sikit tentang ini cd,bagi aku ianya tetap sama death metal tiada perubahan langsung dari segi muzik bawaan mereka,harga untuk CD ini rm30 ringgit sahaja cukup berbaloi, ada 11 lagu dihidangkan dalam ini cd 1 outro

-no return
-operation obeo one
-phosphorus shell
-calibrated chaos
-bachok's invasion
-sea denial
-home front
-total war
-order of battle
-the deadly double
-submerged at the seabed (outro)

kali ini arwork untuk album mereka menggunakan gambar kapal selam yang sedang melancarkan nuklear bom huhu, album ini memang senang diterima halwa telinga muziknya tak bingit,jika anda metalhead malaysia anda wajib mendengar band ini dan support!! orang luar sahaja support mereka kenapa kita tidak,mereka adalah tentera death metal tanahair kita,dan aku syorkan anda tak akan rugi kalau membeli album mereka,total headbang!!

Jumaat, 14 Jun 2013

AS SAHAR CELEBRATING 25 YEARS OF DARKNESS

flyer awal

Flyer untuk gig ini terlalu awal keluar dan berlegar2 di internet,bila aku lihat flyer ni,aku terus tertarik dan buat keputusan untuk menyaksikannya.tampa aku melihat tarikh yang tercatat dalam flyer tu,aku terus ajak trash angle untuk turut serta,hari berlalu trash mesej aku dekat Fb,mengatakan yang tarikh gig ini berlangsung pada hari bekerja hari selasa,(uiii mati lah kalu macam itu),ini adalah gig yang pertama aku akan turun pada hari bekerja.aku terus merancang tarikh dan aku buat keputusan aku apply cuti untuk esok harinya,sebabnya aku ini jenis orang yang memang tak boleh bangun pagi kalau dah banging all out semalam,makanya aku nak apply cuti.nasib tak menyebelahi aku masa aku nak  apply cuti tarikh 12/06/13 semua pekerja tak dibenarkan cuti,disebabkan pada hari itu,syarikat akan di audit oleh customer.hmm adoiii!! Memang nasib sudah begitu,fikiran aku mula blurr,dua minggu sebelum gig bermula aku dah msj kawan2 yang aku memang tak jadi nak turun ini gig,bila tarikh gig tinggal beberapa hari,perasaan aku mula meronta2,nak sangat tengok ini gig juga,dengan perasaan yang makin tak dapat aku kawal,aku bagitau kawan2 yang lain,aku jadi turun,selasa ini (hari gig)

Trash angle sahabat baik aku,mesej aku yang dia tak dapat ikut tengok gig ini walaupun hari itu dia ada bagitau yang dia betul2 nak ikut,rasa terharu juga sebab ini adalah gig yang terakhirnya sebelum dia balik kampong,aku pun faham situasinya,lepas tu aku Tanya mell pula sigadis manis ,adakah dia akan ikut juga tampa trash,dia cakap dia okey saja tapi bagi aku jawapan yang diberikan itu seolah2 dia macam ada pilihan lain mungkin dia segan atau pun si trash tak ada bersama,apa tidaknya sitrash lah yang ajak mell tengok gig mula2,dari situ juga aku kenal sama dia.bukan apa,takut ada yang salah faham kalau kami berdua saja yang gerak hehehe..!!

Hari ini 11/06/13 hari yang dinanti2kan,hari ini aku kerja macam biasa,balik jam 5 petang,gig bermula  jam 9 malam,time kerja si balak enam telepon aku,katanya nak join sekali ngan aku,apa lagi kalau macam ini ada kawan lah,hehe,aku terus bagitau kat mell yang balak enam akan ikut sama,dengan tampa ragu2 lagi aku ajak mell.4 petang trash angle mesej aku katanya nak join semula,aik siap aku kata kat dia betul kah,hal kau macam mana,katanya sempat juga,kira ok lah kan kami berempat gerak dari klang,aku janji  dengan mereka jam 8 malam aku dating jemput,ready saja kamu.sebelum aku balik kerja aku online kejap,ada mesej dari trash,katanya sekali lagi dia tak jadi join.. katanya memang betul2 dia tak dapat ikut,dia dah kira2 takut lambat sampai KLIA, aku faham dan dengan hati yang sayu mengatakan padanya HATI2 SAJA KAU, huhu (see you blood next time) I realy miss you huhu..!!

Aku balik kerja sampai rumah mandi makan dan bersiap2 tengok tv kejap tunggu jam 8,tapi aku gerak dari rumah jam 7.30pm,sebab nak elakkan anak kecil aku menangis,time ni dia tengah dimandikan,peluang aku gunakan terus.hehe! aku ambil mell pastu ambil c balak..kami pun gerak menuju penylane.sampai saja disana kami disambut oleh mirul sahabat metalku juga ni,siap bagi aku botol minuman lagi,adoiilah!kami terus bergabung dengan KLHELLBANGERS SQUAD 666,bersalaman dan ambil kerusi duduk,tiba2 joey datang ngan si bun laiho yang ditemani 2 gadis jelita pada malam itu hehe,joey ajak patak2 minuman,dengan sen yang tak seberapa aku hulurkan saja.aku mirul ,bun dan joey  pergi lepak tepi pokok huhu,maka sesi meminum pun bermula,tan sri  AJUN BENTON  Sudah kelihatan ditemani oleh sabahell,bersalaman dengan mereka dan terus bergabung dengan angkatan yang lain lepak kedai makan,menanti gig bermula.
Eko telepon aku katanya kalau kamu naik gig ni dimulakan sudah,aku bagitau yang lain dan kelihatan metalhead sudah mula naik keatas,tampa buang masa aku terus naik ke atas,bayar tiket yang berharga rm20.nak cerita sikit kenapa tiket ni murah,sebabnya band SADISTIC INTENT tak dapat datang sebab terlepas penerbangan.aku salute organizer ni sebab walaupun tampa band luar tu gig tetap diteruskan juga.
BAND yang beraksi pada malam ni adalah band ABMS 696+HUMILIATION+AS SAHAR+SANTAU,band santau masuk list malam ini last2 minit. Menggantikan band DAMIEN, band Damien ni aku blum perna tengok lagi siapa line upnya, hanya 4band yang beraksi malam ni,kira ok lah dari gig cancel huhu rusak perancangan!!!band pembukaan malam ni adalah abms 696


abms696

ABMS 696 band yang berasal dari johor.ini adalah show pertama mereka di kuala lumpur,semenjak mereka ditubuhkan.dengan pakaian yang begitu mengerikan yang dikenakan oleh si vokalis, dapat aku bayangkan,malapetaka yang akan turun malam ini,imej dibawah abms memang tak sesuai dibawah pergi  pasar malam hahahaha!! Okeylah serius,walaupun crowd masih belum sesak lagi,namun ucapan yang disampaikan oleh,sang vokalis,cukup bingit rasanya aaaaaaaaaaaaagh!!!! Lagu pertama pun berkumandang ,aku tampa segan lagi terus menghempaskan kepala mengikut irama yang mereka persembahkan,yang lain telah datang memenuhi ruang hadapan berheadbang dengan evilnya,hingga kelagu terakhir mereka diiringi oleh KLHELLBANGER yang tak henti2 headbanging terutama tan sri ajun..taniah buat abms kerana muzik yang dipersembahkan tiada cacat celanya.moga ketemu lagi dilain hari.





santau
hellbangers

santau


SANTAU band kedua pada malam itu,memang tidak disangka2 oleh para klhellbangers,aku terlihat bassis si moon diatas stage lalu bertanya,nak kepastian apa benar SANTAU akan beraksi malam ini.dengan jawapan YA.. aku terus keluar hisap rokok sekejap sebab tekak aku macam nak muntah,cepat2 aku hisap dan terus masuk balik tak mau terlepas persembahan SANTAU,habis saja dorang sound chek,vokalisnya sudah diatas,petikan gitarisnya si eko,sudah membuat bulu tengkuk aku berdiri..voxnya membakar lidi kemenyan,lalu asapnya ditabur2 ke kepala para hellbanger yang tidak sabar lagi untuk headbang.. lagu pertama dari mereka yang dipetik dari album santau tuju2 dihamburkan,aku tampa mempedulikan dunia lagi terus dengan gilanya headbanging  total support 100% untuk santau,tiba dilagu ketiga,lagu santau tuju2,aku tak dapat meneruskan headbanging lalu aku terus lari ke tandas dan muntah werkkkkk!!!! Aku mabuk hahahahahaha… selepas saja aku muntah aku seperti mendapat satu tenaga baru,aku berlari semula kehadapan dan menghempaskan kepala ini tampa belas kasihan.. muzik santau pada malam itu memang totally mantap habis… lagu dalam cd pun kalah OOO..Mungkin juga aura beraksi dijakarta yang membuat muzik santau pada mala mini betul2 buat aku hilang akal aaaaaaaaaagh! Semua lagu yang mereka persembahkan pada malam itu dipetik dari album sulung mereka.tamat saja santau beraksi,masa rehat  diberikan bagi member nafas pada hadirin yang berhempas pulas headbanging tadi.. band seterusnya membawa genre DEATH METAL!!!



humuliation


HUMILIATION band death metal yang tidak payah diperkenalkan lagi,ini kali ketiga aku lihat mereka beraksi untuk tahun ini,dua kali 2 cukup sesak kali ini face to face headbanging terus depan mereka hahahaha,band ini memang menjadi pujaan hati,tak sabar juga aku nak tengok mereka beraksi.. walaupun kepala masih berputar2 sebab band santau tadi masih lagi bersarang di dalam kepala hotak aku masih ada aura kemenyan haha.selepas sahaja humi habis soundchek,terus menghamburkan lagu pertama,ibarat bom meletup terus masuk ke gegendang telinga aku,tampa dipaksa aku terus berheadbanging mengikut muzik humi pada malam itu crowd memang begila habis,total support band ini,siap ada mosh dari IMKL lagi mosh berbahaya,bikin takut banging sebab takut kena rodok hahaha namun bagi aku itu tidak jadi masalah aku terus hanyut dengan irama humi pada malam itu,bagi aku persembahan humi memang total memberi kepuasan semaksimanya,bersama kawan2 KLHELLBANGER yang tidak putus2 headbanging,mengiringi lagu2 humi pada malam itu memberi petanda yang band ini memang banyak penggemar mereka termasuk lah aku haha.. kalau aku diberi peluang untuk melihat band beraksi aku pasti memilih humi,sebab muzik mereka memang tak mengencewakan sungguh dasyat bunyinya seolah2 kita tengah mendengar lagu dari CD mereka.walaupun setlist meraka malam itu sudah habis,crowd masih tidak membenarkan humi meninggalkan pentas,semua crowd menjerit2 meminta satu lagi lagu,untuk tidak mengecewakan hadirin kami pun dihidangkan dengan lagu terakhir,dan dengan lagu itu juga headbanging tak ingat dunia aku lepaskan all out tampa save energy untuk band seterusnya aaaaaagh!! harap album akan datang dorang buat lirik pula pasal lahad datu tu hehehe,dapatkan album terbaru mereka,memang total perang dunia muziknya!!!










selepas ini band yang ditunggu2 oleh aku dan juga hadirin yang lain,last tengok band ini masa mereka 3 orang lagi,sekarang ini,mereka sudah berlima,teka teki dibenak hati aku,macam2 sangkaan,namun aku tetap berfikir positif hiv kata si manzalik haha.serius band ini memang aku minat habis masa aku mula2 terjebak dengan ketagihan irama metal hingga lah kini.band apakah selepas ini,sudah semestinya A S S A H A R tajuk pun celebratng 25 year of darkness!! gig kali ini berbeza,selepas setiap band beraksi banyak masa untuk rehat mungkin sebab 4 band saja,jadi aku pun isap rokok keluar kejap,sebab dalam venue dilarang merokok dan minum arak hahaha diluar kau buat apa kau punya suka werk!!selesai saja aku isap rokok aku masuk,bersila kat lantai tunggu mereka beraksi,lepas saja soundchek mereka masuk kembali ke bilik untuk membuat persiapan imej mereka,, masa tu kami gunakan untuk bergambar sesama sendiri,gig ini memang banyak gambar kalu tak percaya tengok dekat facebook hahaha. maka lembaga hitam pun naik kepentas beware!!! saat yang ditunggu..





as sahar


AS SAHAR dengan lima lembaga hitam diatas pentas,dengan lidi kemenyan berasap di set drum maka bunyian pun bermula,(sebenarnya aku ingat semua tajuk lagu2 as sahar ini dari album phenomistik lagi tapi aku tak dapat nak taip kat dalam ini sebab aku lupa,begitu juga dengan band2 yang lain,lain kali aku bawa pen dan kertas pergi gig hahaha dah macam reporter pula buang masa aku.aku turun gig sebab nak tengok bukan nak buat liputan,blog ini hanya sekadar cerita yang aku ingat sahaja dan perkongsian pada kawan2 yag tak dapat turun selasaday lepas,huhu,dan untuk sesiapa sahaja yang singgah di blog yang baru ini,anda suka bagus lah anda tak suka anda punya hak) kita sambung cerita as sahar balik jejeje..malam itu as sahar di iringi dua gitaris satu bass dan vokalis tampa gitar,(wan dulu nyanyi sambil main gitar hehe) dan seorang pemain drum,tak kan sepuluh orang hahahaha.. sebenarnya aku tak banging masa as sahar main,kenapa,sebab pertama kepala aku pening,kedua aku nak fokus pada band ketiga besoknya aku nak kereja takut terus koma sebab masa humi main aku dah all out huhu as sahar pada malam itu beraksi memang jauh berbeza dari as sahar yang dulu mungkin sebab mereka berlima sudah maka muziknya pun makin berat,sang vokalisnya memang ada gaya tersendiri jeritannya memang total awesome,aku menyandar sahaja di belakang melihat as sahar beraksi siap ajun sempat jeling kat aku dan bagi jari tengah huh ,bukan aku tidak terhibur atas sebab2 diatas maka aku berdiri dan fokus pada persembahan mereka sahaja tampa headbanging,as sahar tak keseorang malam itu walaupun kurang seorang banging namun KLHELLBANGER yang lain tetap beri support yang tak berbelah bagi pada as sahar,aku salute kamu semua sebab tak henti2 headbanging,as sahar baru sahaja lepas beraksi dijakarta,kuala lumpur persinggahan kedua mereka selepas ini mereka akan beraksi di manila pangako sayo mag mahal mahal nah kita!!hehe...semoga ketemu lagi dimasa akan datang hail to as sahar and malik haneal salute to you bro!!next time aku akan banging sepuas hati ku itu janji aku haha.. aku ajak mell turun kebawah sebab nak kejar lan capek nak ambil kaset yang aku order sama dia,sampai sahaja dibawah aku angkat itu kaset dan bercerita lepas tu ramai sudah yang turun ke bawah,aku pun ajak mell makan nak kurangkan rasa pening2 sebab aku takut masa drive kereta terbabas hahaha mati kami terus huhu






sebelum nak balik kesemua angkatan KLHELLBANGER duduk semeja,bercerita bergelak ketawa,memang indah saat itu,tampa sedar jam menunjukkan jam 12.30am hmmm besok aku kerja lagi adoii memang aku jenis malas punya lah nasib saja esok hari penting kalau tak aku memang absent terus huhu..nak bayar bill nasib bos besar tolong bayarkan,terima kasi manzalik kamu memang baik hati hehehe...bila sahaja seorang balik si arms balik ke PD pergh jauh tu,satu persatu kawan2 nak balik,pastu si bun laiho pula nak balik hehe awal gila dia balik hari itu selalunya dialah yang paling last,apa tidaknya dia bawa dua gadis jelita beb hahahahaa.. lepas itu kami pun angkat punggung meninggalkan tan sri ajun dan cik amat dan kawan yang datang dari jB,dekat paking kereta tak jauh dari tempat makan tadi ada juga lembaga tengah melepak si joey memang terbaik masih lagi menyorong air pada aku namun aku terpaksa menolak,sebab tiada kawan yang boleh bawa kereta,huhu kami balik malam itu bersama balak enam,sabahel@azim,mell si gadis manis,yang menjadi tanggungjawab aku hehe,dalam perjalanan si sabahell bayar toll hahaha. pertama aku hantar azim,lepas balak dan terakhir mell,sampai rumah sahaja jam2.34am sudah huhu,selalunya balik rumah aku terus mandi kali ini aku tak mandi aku terus ambil bantal tidur bawa katil tampa membuka stoking,tak sampai berapa minit aku rasa orang rumah dah kejutkan katanya kerja,,eehhh kepala aku sakit adoii,.. dan tamat!!!

si bun sama ehem2




akhir kata terimalah catatan ini seadaahnya!! moga bertemu lagi dilain acara SUPPORT LOCAL SCENE jangan hanya dimulut!! werk
KLHELLBANGER 2013 blast your gig!!!








Selasa, 4 Jun 2013

ABHORER / BRAIN DEAD - ZYGOTICAL ECSTACY

ABHORER / BRAIN DEAD - ZYGOTICAL ECSTACY


SPLIT menggabungkan 2 band yang tidak payah diperkenalkan lagi,2 band yang berstatus cult!!

sebenarnya aku tak tahu pun yang CD ni akan rilis sebab selalunya ada flyer yang akan berlegar2 dalam internet sebelum sesebuah rilisan mahu diriliskan,tak pasti juga kalau flyer memang ada,tapi aku tak nampak.


zaman sudah berubah kertas flayer macam dah nak pupus rasanya,kalau dulu setiap sampul datang rumah mesti ada selit flayer kat dalam sekarang ni ada pun tapi tak banyak...suck!!


nak dijadikan cerita pada suatu hari aku on9 FB,tetiba terlihat ada gambar CD ni yang tengah hot kat wall,pergh memang terkejut juga dan teruja,sebab aku ni memang dah lama sangat tunggu rilisan dari brain dead terutamanya (walaupun lagu2 dalam split ni diambil dari rilisan terdahulu tapi ianya tetap memberi kepuasan)


masa CD ni rilis, dekat sudah dari tarikh metalcamp maka aku pun tak mahu order dulu,nak tunggu kat metalcamp nanti baru angkat,tapi hati dan nafsu ku memang tak dapat nak dikawal lagi,nak juga memilikinya,namun aku masih punya kesabaran.dekat metalcamp baru aku beli... yeye!!


belakang



LAGU2 dalam ni CD adalah dari rilisan mereka terdahulu,abhorer menyumbang 8 lagu. 6 lagu yang diambil dari rilisan mereka ZYGOTICAL SABBATORY ANABAPT (1996) dan 2 lagu bonus dari DEMO meraka RUMPUS OF THE UNDEAD DEMO (1989) yang betul2 membuat halwa telingaku mendapat vaksin yang semaksimanya,aaaaaaargh!!


manakalah BRAIN DEAD pula 9 lagu,pergh!! 5 lagu dari album mereka FROM THE ECSTACY + 2 lagu dari kompilasi DARK LIVE COLLECTION (1993) + dan 2 lagu dari LIVE DEMO mereka (1991)


berentung juga sebab dapat lagu bonus dari kompilasi mereka tu,mana tidaknya aku tak ada pun album kompilasi tu hahaha...


tak payahlah aku cerita pasal soundnya dapatkan terus cd ni,sebab 2band ni bukan calang2,yang pasti bunyian dari cd ni memang sesuai didengar seisi keluarga..jejeje!!


CD ni juga amat menarik sebab gambar2 lama mereka ada disertakan sekali,dan yang paling mengejutkan lirik2 lagu brain dead ada terselit juga.BEST!!


lirik lagu BRAIN DEAD

ABHORER

Bagi yang belum memilikinya dapatkan lah sebab ianya tak kan dirilis semula,ianya dicetak terhad 1000 keping, copy aku bernombor 215/1000 hehe.. tahun diriliskan 2013 jejeje!!

jika berminat boleh lah menghubungi alamat dibawah ni..