Selasa, 31 Mac 2015

patches brain dead

haHAha,, ini pun aku nak cerita juga dlm blog ni.. yoo ni pun berkait rapat gak ngan hobi aku.. patches ni aku beli rm8 termasuk pos ekspres.. kawan fb hari tu tag aku gambar patches ni dengan ayat jual murah2 je katanya,, aku bajet utk paches ni paling berani pun rm20. itu tengok lah band apa. kalau berkenan kan, nasib jual murah, kalau mahal skip, bagus beli rm10 3 pcs kat kotaraya tu. tak rasmi pun tak apa janji murah wakakakkaa... taklah aku tahun ni nak buat jaket baru, patches2 sudah tersedia, tinggal nak cari jaketnya saja, liat betul nak jumpa bundle yg jual jaket jeans sekarang ni, aku plan nak g chowkit sana cari, sebab dekat tempat aku memang sudah pupus.. ohya patches ni aku ingatkan besar saiznya, biasa punya potongan tu, rupanya kecil ja, 2 kotak mancis tu wuhuhu... tak apalah support kawan2 yg buat patches ni, ni rasmi dpt lesen dari band tau.. musti rare akan datang, hobi ngumpul patches pun ada tau, aku ada seorang kawan dia suka sangat beli patches, jaket dia pun dah banyak, bukan patches tiruan semuanya yang rasmi2 yg harga rm30 ke 40 tu, giler kan, tapi tu lah kalau hobi tu sanggup berabis duit janji puas,.. kalau macam aku ni suka2 saja, kalau tak buat apa mana lah aku nak kumpul patches ni, kebanyakan patches yang aku dapat dari belian cd kaset dapat percuma lah kiranya.. huhu nanti siap jaket tu aku share ngan korang ya wahahaha..  itu je cerita hari ni, kalau nak dikongsikan perasaan aku pasal darkthrone memang sudah parah, kawan aku inbox cd2 darkthrone jual murah2, semuanya cd2 import.. giler betul bulan ni, aku nak nyorok dari beronline siakkkk... aaaaarghhhhh...

Sabtu, 28 Mac 2015

Darkthrone - The Cult Is Alive

ni aku nak cerita pasal cd darkthrone ni, aku terima bungkusan ni semalam, haha balik dari kerja trus layan. mengujakan sungguh cd ni. sebelum tu kan aku ada lihat jualan kat fb, bila aku komen nak, cd ni dah sold out. hurmm tak ada rezeki kata hati ku. esok paginya aku buka fb, ada 2 msj dari kawan fb ni, 2 2 nak jual cd ni, satu jual rm50 satu lagi jual 46, yg rm50 byhand, yang rm 46 tu siap poslaju. aku pilih lah yang jual murah tu. lagi pun aku perna berurusan ngan kawan ni. haha begitu lah ceritanya. ini adalah cd darkthrone pertama aku beli, disebabkan harga cd2 metal luar ni agak mahal bagi aku lah, mungkin kalu rm50 camtu aku sanggup lagi, tapi kalau mahal2 memang aku surender geng, kadang tu aku tabung sikit duit hobi aku sampai hujung bulan, bila sudah cukup berfikir banyak kali juga aku dibuatnya. last2 aku tak beli hahaha

siapalah aku nak cerita pasal darkthrone ni, ni pemula aku nak beli cd2 darkthrone ni sebab kan hari tu aku sudah terbeli 9 keping kasetnya darkthrone kan, alang2 sudah ada album2nya baik aku lengkapkan semua studio album mereka ni, kira band luar pertama aku nak beli semua album studio mereka. haha. aku ni memang tak tahu ber ebay (selamat) haha,, tapi aku selalu g jenguk2 kat sana, album2 yang aku rasa nak miliki, tengok2 harga memang berbaloi lah. tapi bila jual kat sini mmg ada beza tapi tak banyak lah kan. ada juga jual cd2 dakthrone ni. tengok cepat saja habis orang berebut. nak cerita pun cam letih saja ni, mood menaip tu ada. ohya teringat pula aku, tadi aku ada msj kawan aku suruh dia orderkan cd darkhtrone. katanya 3 bulan baru sampai wakakakaka..... hurmmm. ok lah itu sajalah cerita cd ni, nak tahu best ke tak best.. dgr saja kat utube... 

Khamis, 26 Mac 2015

WINGS ROCKESTRA DVD + CD

Cerita semalam... ni masa giliran aku pula cerita pasal dvd konsert wings ni. haha. apa yang menariknya tentang dvd ni. hurmm semuanya pasti sudah tahu kan. sebelum tu aku mau bagitau. aku tak turun konsert ni. rasanya aku tak perna ambil tahu akan konsert ni. haha. tapi aku ada tgk live percuma kat icity ntah tahun bila yang live kat tv9 tu kan. lepas tu slowlah ngan wings dan rock lain2. nasiblah cd ni rilis. pertama sekali yang bermain kat kepala otak aku, musti beli, tak nak jadi macam album live double trouble, dulu aku siap pegang, sambil cakap, nanti sajalah aku beli. sampai kan aku boleh terlupa dan sedar2 sudahkan bila terlihat org share,, nak cari sekarang memang payah. kalau ada yang jual pun musti letak harga sekeping LP imported kakaka..

dalam dvd ni ada 1 dvd dan 2 cd, satu cd aku sudah dengar semalam, dan nonton dvd ni sampai trek 31/50 aku ngantuk, memang layan album ni disebabkan penat giler, aku stop dan tido.. nanti sambung masa cuti nanti. tapi kalau mengikut apa yang aku rasakan, aku betul2 puas hati ngan pembelian ni. walaupun harganya rm46 ianya berbaloi. percayalah aku tak nak pisang berbuah 2 3 4 kali wakakakka.. tak beli nyesal tak berguna. ohya dapat lihat hillary pun ada main dalam ni.

satu saja lah bab wings ni aku tak suka. awie punya cara tu tak rock macam dulu2. wahaha.. jangan marah fan wings, aku ni boleh kata, wings ni adalah band rock pertama aku. dari dengar sampai lah lihat depan mata, siap begambar lagi ngan line upnya bayar rm10 kakakaka..kat fun fair. ohya nak tambah sikit lagi. aku ada hold beberapa cd kat speedy tu, rasa nak sambar, tengoklah cemana, album search 30 tahun tu memang dalam top list tapi ntah kena skip. menakluk kosmos lagi lah tak tahu bila nak beli. lagi satu hukum karma pun ada 2 pcs. harap aku sempat lah beli sebelum orang lain beli. itu sajalh kisahnya wings dvd ni. harap konsert menakluk kosmos tu buat sekali kat kl. senyap ja.. hurm ohya kat sayap2 wings jual ni rm60 hahaha.

ni lah isi dalamnya... aku ingatkan poster,, kiayam betul, bestnya ni kalau poster... dvd nya aku tgh layan... 

Selasa, 24 Mac 2015

SLANK SINCE 1983

Kaset slank edisi malaysia ni, aku dapat dari jualan fb tu, yang jual rm10, 4pcs. haha.. aku nampak kaset ni terus tergerak hati nak beli, walaupun kaset2 lain aku tak berkenan, disebabkan kaset ni aku beli lah, yang lagi 3 kaset tu, nanti2 lah aku publish kalau aku ada masa mau cerita kaset2 tu. ohya bagus lah peniaga ni. rm10 termasuk poslaju, dia tak makan untung banyak, ramai aku tengok peniaga2 kat fb tu, kapitalis HAHAHA... ye lah kan kalau kaset2 rare tu masuk akal lah juga, kalau kaset2 yang keluaran 2000an ni memang tak ngam lah jual ngan harga cekik darah. uhu..

kenapa aku beli kaset ni, dulunye cerita tahun 2005-2006, di bandar klang, tempat ni sebijik cam kat indon lah dulu, ngam2 ada kedai myden tu kan, atasnya ada nama kedai makan MEDAN, kiranya macam kat medan indonesia lah, mula2 dulu aku ingatkan slank ni, satu pertubuhan cam samseng lah kan, kalau di tengok mat2 rock indon ni, semua pakai baju2 yang berlogo SLANK, ohya rock indon ngan rock malay jauh bezanya cara mereka berpakaian.. haha rock indon nampak brutal banding ngan rock malay yang dress nya berwarna warni.

tahun diatas tu, memang tahun dimana muzik malaysia sudah tak boleh bernafas lagi, sana sini dengar lagu indon, sampaikan rasa meluat sudah ngan perkembangan stesen radio yang berlumba2 memutarkan lagu2 indon, korang musti ingatkan, rasanya bukan aku saja yang perna merasa era muzik indon yang meletup kat malaysia ni. deman satu malaysia penangan lagu2 slow indon... wahahaha

dari situ lah aku dapat kenal slank ni, lepas tu masuk iklan tv, pasal slank ni nak buat konsert ngan band gergasi rock tanahair, masa ni aku memang fanatik ngan search ok, ni rasanya aku sudah cerita kat posting2 lepas pasal sejarah aku ngan search ni. wahhaa.. tapi akhirnya search menarik diri, sebabnya tak puas hati ngan system sound setahu aku, ingat2 lupa sudah. tapi slank meneruskan juga konsert mereka ni, yang boleh dikatakan dihadiri hampir semua rakyat indonesia yang bekerja dimalaysia, era ni terlalu ramai mat indon kat bumi selangor ni. sampai kan jalan g kl klang, jalan depan dorang rasa seram, apa tidaknya mereka2 sungguh brutal kalau gaduh, siap bawa parang kapak segala, wahaha... ohya baru2 ni nampak satu video kat fb indon tatak indon kat centerpoint, fulamak, tempat aku melepak dulu. ni kes tak masuk berita k.

oklah.. penutupan cerita kaset ni, bagi aku secara peribadi lagu2 slank ni, kira mudah sangat dihadam, enjoy ngan alunan rock n rollnya, walaupun berbeza ngan muzik rock malaysia, jati diri sound indon tu menebal dalam muzik mereka, memang asli lah lain dari lain. setahu aku banyak lagu2 memberontak slank ni yang best2, sayangnya tak dibuatkan dalam album ni, tahu2 sajakan, ni pasaran malaysia nye album kompilasi. mungkin kalau aku g indon suatu hari nanti, aku nak cari album2 mereka ni. wahahahahaha. kbai.

Sabtu, 21 Mac 2015

4 april atau 5 april

ni nak cerita pasal tarikh ni pula. hahaha.. sudah lama aku tak trun gig. last tahun lepas gig klhb, banyak juga aku mau plan nak trun gig, last2 minit aku batalkan, haha cam siksa kubur hari tu pun aku nak pergi, tapi last minit tak jadi lah.. ohya ni 2 flayer kat bawa ni menarik minat aku utk disaksikan tapi kan ada sedikit ralat pada tarikh gig sabtu ni.

gig punk yang aku ingin sangat nak turun.. nampak saja nama mereka kat flayer ni aku putuskan utk turun, sayangnya bila aku tgk kalendar, hmmm hari sabtu lah pula. nak pergi juga ke aku ni, tengok lah cemana, kalau tak kerja aku pergi kalau kerja esoknya lah aku pergi, tapi gig death metal pula.

kalau tak dapat pergi sabtu, ni pun ok juga, hari ahad, nak tgk band lavatory . band yang belum perna lagi aku lihat. apapun tgk lah kalu jadi pergi, mana tahu last minit tak pergi juga aku hahaha... 

Rabu, 18 Mac 2015

kaset 4 pcs rm10


pilih2 murah2 boleh campur2 haha... aku tertarik ngan promosi jualan ni, rm10 dapat 4 ketul, murah dan cukup berbaloi. biarpun bukan kaset2 rare, kira ok lah kalau harga murah kan, banyak juga yang dia jual, mungkin ni koleksi dia kali, aku yang berfikir2 baik sambar rm10 kan dapat lah juga menambahkan koleksi aku HAHA. lepas aku lihat gambar2 kat dalam grup jualan tu, aku pilih 4 ketul kaset ni. mengapakah aku memilihnya, sebab hanya 4 ketul ni yang menarik minat aku, yang lain2 agak kurang juga. mungkin juga jualan kaset ni sudah habis, sebab aku lihat ramai juga yang nak. kat bawa ni aku cerita sikit2 perihal kaset2 ni.

pilihan pertama adalah mega, walaupun aku tak berapa tahu pasal band ni, dan tak perna pun aku terfikir nak beli rilisannya ni. disebabkan oleh lagu takdir dan waktu, maka aku meneka pasti ada lagu ni dalam kaset terbaik ni, disebabkan lagu tu ianya menjadi pilihan, alah rm10 4 ketul beb, siap poslaju. ohya rupa2nya kan ada lagi lagu2 yang aku perna dengar, tapi aku lupa apa tajuknya. haha tapi memang layan jugalah, dalam kaset ni semuanye lagu2 jiwang2 belaka, tapi tak lah sampai menitiskan airmata. lagu2 rasanya mengimbau kenangan kisah cinta lalu gitu lah... nyanyi sikit, tidak kutahu mengapa kah sepinya di pinggir hati ku, dan bukannya kemahuan ku datangnya sendiri. lagu ni juara lagu ok. wahaha

masih kah kamu ingat cd canggung mandonan tu, betul kah aku taip tu, dan juga album solonya. ya. m nasir is sifu. master. minat search tak minat m nasir memang ada yang tak kena namanya. mungkin aku orang pertama yang komen kat gambar2 jualan tu., makanya aku tersambar dulu kaset ni. kaset yang diberi judul sang pencinta, aku ingatkan sang pecipta. untuk kaset ni, aku katakan hanya satu lagu saja yang malar, iaitu lagu juwita.. yang lain2 baru nak di hafal, apapun kaset ni memang berbaloi aku pilih. pergi tengok harga kaset ni kat mudah.com. maunya harga sekeping LP kakakaka.

search dan isabella.. siak lah ni kaset hampir aku tak sambar, disebabkan gambar banyak sangat, ingatkan harga kaset ni lain, rupanya sama saja, 4 rm10. boleh campur, bereti aku dapat 5 kaset, sebab kaset ni double kakakaka.... mulanya aku nak kaset handy black. bila aku lihat yang ni, aku terus tukar, kata yang ni lah aku nak. ok jalan besok bankin isnin sampai HAHAA, rm4 duit pos, kira dia untung rm6. ni orang memang bukan kapitalis. berbalik kepada kaset juara lagu ni. ini koleksi 19 lagu yang perna juara dalam ajl ni lah, dari mula sampai tahun 2014 rela ku pujuk. memang sempoi lah aku katakan lagu2 dalam ni. sedap2 belaka. lirik pun disertakan. apalagi. ohya baru aku tahu, m nasir menang 3 kali ajl ni. huhu.yang pastinya kaset ni memang cukup layan, terutama lagu ISABELLA. tapi tahun ni kan lagu hip hop menang aku tanya apa kabar, yey.

kaset yang terakhir. jeng2 jeng.... wahahaha. YEYEY (bandi) gila tak kenal amuk. antara kaset2 terheavy dalam jualan tu, aku sambar sebab aku suka lagu heavy. walaupun sebenarnya aku masih menyampah ngan amuk..kakaka.. yo aku dulu perna mau jadi true gilababinye, total 24 jam dengar muzik black metal dan yang sewaktu dengannya., dapat info lagi. ramai metalhead tak suka akan stail amuk ni, yang tiada originaliti nya. makanya metalhead harus membeci amuk HAHAHA... yaya itu cerita dulu. dan dulu tu masih mencari2 apa harus yang di support. dan trendy gila2, ntah macam manakan, aku masa sekolah dulu bukan nak kata gila lah, boleh aku kataka amuk ni, adalah era muzik keras zaman aku. dengan gaya suaranya yg garau2 tu yeyey.. sapa tak tahu kan. memang layan amuk ni, lagu gelap malam pasti terang, dalam semak, langit dan bumi. memang best bro. ni jaman sebelum aku jadi true. aku perna beli album dikir timur. itu pun menjadi maksa ketruan aku dulu. wahaha. but now.. aku bukan pendengar yang dulu, telampau taksub sangat ngan sesuatu muzik. lepas tu aku terfikir, dan baca2 blog sebelum aku ada blog ni lah. ehya tak ehya, apa sebenarnya aku nak kan. kenapa harus aku membenci muzik yang lain sedangkan ianya, hibuaran halwa telinga. aku fikir2 dan mula perlahan2 aku membuang sifat true aku. jangan nak hukum aku, aku memang poser, tak tahan aku mau hdp selamanya, dengan cara lama tu., tapi jangan salah anggap, walaupun aku teerbuka kepada semua jenis muzik. TAPI. yang pasti BLACK METAL tetap dihati ku. no 1 dalam carta muzik yang kudambakan..... uiina penjelas pasal kaset amuk ni, panjangnye. oklah. kaset 2juta amuk ni. mmg best, mungkin sebab aku boleh terima kembali amuk. itu sajalah.

last sekali.. aku happy ngan pembelian kaset ni. murah kadang2 tu bagus. bukan semua murah tu. tak bagus. mahal juga tidak akan menjanjikan muzik yang sedap dan hanya mampu memuaskan nafsu sahaja. titik

Jumaat, 13 Mac 2015

Immolate in the Night Clewoon

cd ni adalah pemberian sahabat yang baru pulang dari sarawak tempoh hari, aku pergi jemput dia g klia, tak sangka pula dia bagi ni cd, hehe. band dalam cd ni pun dari sarawak juga, aku ada dengar band ni dalam kompilasi misantropic sound utk band ni total raw. tapi dalam ni cd, ianya macam bunyi ntah apa2 ntah. cd ni rosak rasanya, takkan lah bunyi rakaman yang hanya kedengaran vokal ngan bass, itu pun sikit2. ada satu trek saja durasi lebih kurang 15 minit. ohya, ni kan cdr, mungkin disebabkan benda ni, sound sangkut2, tak boleh komen lebih2 kan, sebabnya sound dalam ni agak teruk bunyinya. bukan aku kata sound dorang ni teruk. aku perna dengar lagu2 dalam kompilasi kat atas tu. ok saja soundnya, tapi utk cdr ni. memang ehem2 lah kan.. ohya aku dapat button nusantara tu, fuyooo.. aku nak lekat kat jaket aku. HAHAHA. musti rare kan. tapi besar lah saiznya segan juga nak lekat. simpan saja lah buat koleksi. utk stiker tu tak tahu lah aku nak lekat kat mana, hari tu banyak stiker2 free aku dapat lekat kat kereta, habis kena kopek, ntah siapa lah yang nakal sangat g kopek semua stiker hantu2 tu.. mungkin aku simpan juga ni buat koleksi. aku rasa banyak sudah stiker ni, esok2 aku nak bagi kawan baik aku. hari tu dia minta, masa aku sudah lekat semua kat belakang kereta. hurmmm... ok lah yang terakhir pesan ku pada band ni kan, andai mereka terbaca ni entri. baiknya korang rilis saja dalam format kaset, banding ngan cdr ni, sound mentah macam ni tak patut dalam cdr, bukan nak kata tak bagus, kalau nak karya korang tu kekal didengar, rilislah dalam format yang tahan lama. cdr ni bukan semua player boleh main. huhu.. sukses buat immolate. jangan lupa datang kl buat gig.  itu ja kbai.

Selasa, 10 Mac 2015

as sahar - phenomistik

hari tu cerita pasal kaset dcromok, kaset dubbing. ni lagi satu temannya kaset dubbing tu. sebenarnya banyak pilihan kaset2 dubbing yg orang jual tu, kaset phenomistik ni juga yang aku nak beli. ni sama kes macam kaset2 lain, disebabkan harganya yang melambung makanya terpaksa di skip, bila kaset dubbing ni jual rembat saja lah dari tak ada langsung kan. haha tapi memang benar lah dia punya feeling tu kurang bila dengar kaset ori ngan tak ori, sama juga cam cdr ngan pro cd.

album phenomistik ni aku sudah ada cdnya, Lp nya pula aku rancang nak beli, last2 aku tertarik ngan benda lain, abis tabungan utk lp phenomistik dilupakan. hajat tu memang nak beli, tengoklah kan kalau sempat. rasanya sempat lagi kalau sampai hujung tahun ni, LP2 metal tempatan ni, pasaran dia kurang juga. klu rilis 100 pun payah nak abis. tapi kalau sudah 5 tahun memang rare gilababi sudah harga pun jadi double.

kakaka napa pula aku cerita pasal lp, ok lah sampai disini saja catatan kali ni, kalau aku jumpa harga masuk akal, memang aku sambar lah utk kaset2 pilihan aku yang masih banyak dalam list utk dimiliki. ohya nak tahu pandangan aku pasal album ni, kalau ada rilisan black metal tempatan, (ni kira tempatan lah kan sebab mereka ni lebih famos kat malaysia) hahaha album phenomistik ni memang mantap, sound dia asyik.dan mengasikkan huhu kbai.

Jumaat, 6 Mac 2015

sumpahan puaka SOICHI

mangaka genre seram terbaik jepun.. ni kira buku komik lah kan haha.. lama sudah aku tak beli buku2 komik dulu2 selalu saja aku beli, yang paling banyak aku beli buku komik naruto. sayangnya banyak buku2 tu kawan pinjam dan tak bagi balik. aku pun sudah lupa berapa banyak aku ada buku komik. sebetulnya buku ni aku tahu dari blog saudara raimi, tak juga aku cari, cuma nya kan hari tu aku g kedai belikan mizi aiskrim, tetiba2 pula terlihat buku ni kat rak, tak banyak cakap banyar terus, dan aku jadi teruja juga dibuatnya...

kisah buku komik ni, mengisahkan seorang budak yang terlampau taksub ngan ilmu sihirnya, walaupun nampak macam kebetulan tapi ada ketikanya dia punya sihir tu menjadi, memang best baca buku komik ni, sehinggakan aku risau untuk menghabiskan membacanya, ianya betul2 mengecewakan aku setelah aku habis baca buku komik ni, kecewa sebab sudah habis, rasa teringin pula nak baca cerita2 nya.

itu sajalah cerita buku komik ni, yang pasti aku suka baca, kalau ada terjumpa lagi siri lain pasal budak sihir ni aku pasti akan sambarnya.k bai.


Khamis, 5 Mac 2015

D'CROMOK - VII Years VII Days


Nampak macam kaset ori kan.. sebenarnya kaset ni kaset dubbing, harganya rm10, hari tu aku terlihat ada orang jual, nampak macam menarik, lagi pun aku kan ada plan mau beli kaset ni, jadinya aku beli kaset ni walaupun kaset dubbing, ada 2 aku beli satu kaset as sahar, kalau aku ada mood nanti aku tampal kaset tu dalam ni. sebelum kaset ni sampai aku berfikir2 juga, kenapalah aku bazirkan rm26 untuk kaset dubbing ni. sudah telanjur bayar, hari tu aku ada minta orang tu pm aku no acc lepas tu aku fikir2 tak jadilah, aku terus cakap batal saja lah aku punya order, nasib juga orang tu belum pm akaun banknya, kalau tak segan sudah nak cakap batal, tapi ada juga orang bertanya kenapa cancel, babss betul orang camtu, nak juga bertanya soalan bangang,

haha kalau nak diceritakan pasal kaset ni, semua sudah sedia maklum kan, ini adalah album pertama arwah din, selepas keluar dari cromok, ada juga dia mention nama2 ahli cromok dalam ni, sebab tak mention nama dia dalam album forever in time, arwah ni, rupanya baik orangnya. kalau dibaca2 dia punya thax list tu, memang orang2 yang kita kenali lah., lirik lagu dalam ni, tak ya cerita lah kan boleh google sendiri.

kondisi sound kaset dubing ni pula, ianya memang ada ump!! sesedap rasanya, cuma feeling kaset ori tu saja kurang, side 1 ada 3 lagu, terpaksa lah aku forwad kan lebihan kaset tu. faham aku sebab ni kaset dubbing,  side 2 pula ada 6 lagu. kesemua lagu2 dalam kaset ni muat dalam side b. kenapalah orang yang mendubing ni dubing sebelah saja 6 lagu, kan eloknya dia dubing 6 6 dua belah. sok juga.

orait lah, ni penutup utk catatan kaset ni, aku memang tunggu kaset ori ni, dijual dengan harga yang aku mampu, kalau ngam dengan dia punya kondisi, aku terlihat saja memang aku sambar. buat masa sekarang layan sajalah kaset ni. sound pun boleh tahan.. k bai. HAHAHA.

Rabu, 4 Mac 2015

Wordless Wednesday

baju ni yang dikatakan
Add caption

kejadian berlaku di sandakan bundle fest. gambar dari fb HAHA.

nota - apa yang membuat dia sanggup beli tu ?