Rabu, 18 Mac 2015

kaset 4 pcs rm10


pilih2 murah2 boleh campur2 haha... aku tertarik ngan promosi jualan ni, rm10 dapat 4 ketul, murah dan cukup berbaloi. biarpun bukan kaset2 rare, kira ok lah kalau harga murah kan, banyak juga yang dia jual, mungkin ni koleksi dia kali, aku yang berfikir2 baik sambar rm10 kan dapat lah juga menambahkan koleksi aku HAHA. lepas aku lihat gambar2 kat dalam grup jualan tu, aku pilih 4 ketul kaset ni. mengapakah aku memilihnya, sebab hanya 4 ketul ni yang menarik minat aku, yang lain2 agak kurang juga. mungkin juga jualan kaset ni sudah habis, sebab aku lihat ramai juga yang nak. kat bawa ni aku cerita sikit2 perihal kaset2 ni.

pilihan pertama adalah mega, walaupun aku tak berapa tahu pasal band ni, dan tak perna pun aku terfikir nak beli rilisannya ni. disebabkan oleh lagu takdir dan waktu, maka aku meneka pasti ada lagu ni dalam kaset terbaik ni, disebabkan lagu tu ianya menjadi pilihan, alah rm10 4 ketul beb, siap poslaju. ohya rupa2nya kan ada lagi lagu2 yang aku perna dengar, tapi aku lupa apa tajuknya. haha tapi memang layan jugalah, dalam kaset ni semuanye lagu2 jiwang2 belaka, tapi tak lah sampai menitiskan airmata. lagu2 rasanya mengimbau kenangan kisah cinta lalu gitu lah... nyanyi sikit, tidak kutahu mengapa kah sepinya di pinggir hati ku, dan bukannya kemahuan ku datangnya sendiri. lagu ni juara lagu ok. wahaha

masih kah kamu ingat cd canggung mandonan tu, betul kah aku taip tu, dan juga album solonya. ya. m nasir is sifu. master. minat search tak minat m nasir memang ada yang tak kena namanya. mungkin aku orang pertama yang komen kat gambar2 jualan tu., makanya aku tersambar dulu kaset ni. kaset yang diberi judul sang pencinta, aku ingatkan sang pecipta. untuk kaset ni, aku katakan hanya satu lagu saja yang malar, iaitu lagu juwita.. yang lain2 baru nak di hafal, apapun kaset ni memang berbaloi aku pilih. pergi tengok harga kaset ni kat mudah.com. maunya harga sekeping LP kakakaka.

search dan isabella.. siak lah ni kaset hampir aku tak sambar, disebabkan gambar banyak sangat, ingatkan harga kaset ni lain, rupanya sama saja, 4 rm10. boleh campur, bereti aku dapat 5 kaset, sebab kaset ni double kakakaka.... mulanya aku nak kaset handy black. bila aku lihat yang ni, aku terus tukar, kata yang ni lah aku nak. ok jalan besok bankin isnin sampai HAHAA, rm4 duit pos, kira dia untung rm6. ni orang memang bukan kapitalis. berbalik kepada kaset juara lagu ni. ini koleksi 19 lagu yang perna juara dalam ajl ni lah, dari mula sampai tahun 2014 rela ku pujuk. memang sempoi lah aku katakan lagu2 dalam ni. sedap2 belaka. lirik pun disertakan. apalagi. ohya baru aku tahu, m nasir menang 3 kali ajl ni. huhu.yang pastinya kaset ni memang cukup layan, terutama lagu ISABELLA. tapi tahun ni kan lagu hip hop menang aku tanya apa kabar, yey.

kaset yang terakhir. jeng2 jeng.... wahahaha. YEYEY (bandi) gila tak kenal amuk. antara kaset2 terheavy dalam jualan tu, aku sambar sebab aku suka lagu heavy. walaupun sebenarnya aku masih menyampah ngan amuk..kakaka.. yo aku dulu perna mau jadi true gilababinye, total 24 jam dengar muzik black metal dan yang sewaktu dengannya., dapat info lagi. ramai metalhead tak suka akan stail amuk ni, yang tiada originaliti nya. makanya metalhead harus membeci amuk HAHAHA... yaya itu cerita dulu. dan dulu tu masih mencari2 apa harus yang di support. dan trendy gila2, ntah macam manakan, aku masa sekolah dulu bukan nak kata gila lah, boleh aku kataka amuk ni, adalah era muzik keras zaman aku. dengan gaya suaranya yg garau2 tu yeyey.. sapa tak tahu kan. memang layan amuk ni, lagu gelap malam pasti terang, dalam semak, langit dan bumi. memang best bro. ni jaman sebelum aku jadi true. aku perna beli album dikir timur. itu pun menjadi maksa ketruan aku dulu. wahaha. but now.. aku bukan pendengar yang dulu, telampau taksub sangat ngan sesuatu muzik. lepas tu aku terfikir, dan baca2 blog sebelum aku ada blog ni lah. ehya tak ehya, apa sebenarnya aku nak kan. kenapa harus aku membenci muzik yang lain sedangkan ianya, hibuaran halwa telinga. aku fikir2 dan mula perlahan2 aku membuang sifat true aku. jangan nak hukum aku, aku memang poser, tak tahan aku mau hdp selamanya, dengan cara lama tu., tapi jangan salah anggap, walaupun aku teerbuka kepada semua jenis muzik. TAPI. yang pasti BLACK METAL tetap dihati ku. no 1 dalam carta muzik yang kudambakan..... uiina penjelas pasal kaset amuk ni, panjangnye. oklah. kaset 2juta amuk ni. mmg best, mungkin sebab aku boleh terima kembali amuk. itu sajalah.

last sekali.. aku happy ngan pembelian kaset ni. murah kadang2 tu bagus. bukan semua murah tu. tak bagus. mahal juga tidak akan menjanjikan muzik yang sedap dan hanya mampu memuaskan nafsu sahaja. titik

6 ulasan:

  1. semua peminat metal akan mengalami zaman true mereka...hahaha...

    pasal Mega tu...dulu aku ada kaset album 1st dorang yang ada lagu "Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara" tahun 1989 kot...tapi disebabkan true punya pasal...abis kaset tu aku dubbing lagu lain...

    sekarang kalau pikir2 balik...rasa nyesal pulak....hahaha...

    BalasPadam
  2. Mega nye kaset pertama lagu top was Pasti & Bunga di Gurun Sahara, tapi actually ada lagi 2 lagu sedap.. lagu Mega Cinta dan Badai. Badai ialah lagu fast songs. Ni 2 feberet aku.
    M Nasir nye kaset tu, aku ada cd dia, ada lagu Juwita kat album ni, terbaik.
    Amuk.. enjoy la.

    BalasPadam
  3. zaman true tu zaman berpikiran sempit..semua di anti....tp makin lama makin hilang benda tu dengan sendirinya...hahahaa

    BalasPadam
  4. M.Nasir mmg terbaik la..yg lain2 tu tak dgr pun takpe..hehe..tapi yg paling hamjadah nya soalan bila ko pakai baju megadeth pastu org tanya ko "minat kumpulan mega ke?" Hahaha..

    BalasPadam
  5. Siot pagi2mdah buat aku gelak si rafi

    BalasPadam
  6. aku ada kaset mega tu jugak haha...

    BalasPadam