Khamis, 5 Mac 2015

D'CROMOK - VII Years VII Days


Nampak macam kaset ori kan.. sebenarnya kaset ni kaset dubbing, harganya rm10, hari tu aku terlihat ada orang jual, nampak macam menarik, lagi pun aku kan ada plan mau beli kaset ni, jadinya aku beli kaset ni walaupun kaset dubbing, ada 2 aku beli satu kaset as sahar, kalau aku ada mood nanti aku tampal kaset tu dalam ni. sebelum kaset ni sampai aku berfikir2 juga, kenapalah aku bazirkan rm26 untuk kaset dubbing ni. sudah telanjur bayar, hari tu aku ada minta orang tu pm aku no acc lepas tu aku fikir2 tak jadilah, aku terus cakap batal saja lah aku punya order, nasib juga orang tu belum pm akaun banknya, kalau tak segan sudah nak cakap batal, tapi ada juga orang bertanya kenapa cancel, babss betul orang camtu, nak juga bertanya soalan bangang,

haha kalau nak diceritakan pasal kaset ni, semua sudah sedia maklum kan, ini adalah album pertama arwah din, selepas keluar dari cromok, ada juga dia mention nama2 ahli cromok dalam ni, sebab tak mention nama dia dalam album forever in time, arwah ni, rupanya baik orangnya. kalau dibaca2 dia punya thax list tu, memang orang2 yang kita kenali lah., lirik lagu dalam ni, tak ya cerita lah kan boleh google sendiri.

kondisi sound kaset dubing ni pula, ianya memang ada ump!! sesedap rasanya, cuma feeling kaset ori tu saja kurang, side 1 ada 3 lagu, terpaksa lah aku forwad kan lebihan kaset tu. faham aku sebab ni kaset dubbing,  side 2 pula ada 6 lagu. kesemua lagu2 dalam kaset ni muat dalam side b. kenapalah orang yang mendubing ni dubing sebelah saja 6 lagu, kan eloknya dia dubing 6 6 dua belah. sok juga.

orait lah, ni penutup utk catatan kaset ni, aku memang tunggu kaset ori ni, dijual dengan harga yang aku mampu, kalau ngam dengan dia punya kondisi, aku terlihat saja memang aku sambar. buat masa sekarang layan sajalah kaset ni. sound pun boleh tahan.. k bai. HAHAHA.

6 ulasan:

  1. aku ada kaset nih ,ori dari VSP. Pada aku album pertama ni lebih sedap berbanding yang kedua walaupon lagunya kurang ganas. Tapi jiwa melodik Din memang disampaikan dengan jayanya melalui album ini. Solo beliau ada semacam aura yang melekat walaupon kurang teknikal. Al- Fatihah.

    BalasPadam
  2. kena tunggu dan terus tunggu kalau mau dapat yg berbaloi...ngam dgn timing barang yg kita mau msti dpt punya..

    BalasPadam
  3. Aku pun ada versi cd.mana aku simpan pun lupa

    BalasPadam
  4. metal brain asylum - bagi aku pula part 2 sedap haha

    nekro - kadang2 simpan duit utk barang yang ditunggu, last2 muncul pula barang yang bagus, nafsu memberontak trus sambar. habis duit baru muncul pula yang ditunggu. haha

    berteromber + rafi - wow untung lah, aku tak perna tengok versi cdnya. tolong rebiu kan lah.

    deaf - hehe..

    BalasPadam