Khamis, 30 Jun 2016

Al azazhil - 10 years mysticalversary of eastern black metal (2005 - 2015)



bersempena sambutan ulang tahun ke 10 penubuhan al azazhil, mereka meriliskan tape ini yang terhad 40 salinan saja, mengandungi 8 lagu yang dipetik dari promo, demo, ep dan album. menghimpunkan lagu2 terbaik yang perna diriliskan oleh mereka, bagi mereka yang tak tahu asal usul band ni, sedikit info untuk kalian, band ni berasal dari kuala lipis pahang.

senarai lagu dan dari mana dia dipetik

bagi aku yang memuja al azazhil lama, rilisan ni sedikit sebanyak menggebirakan aku, logo lama band ni mengingatkan aku mula2 mengenal muzik black metal. al azazhil antara band baru terawal juga yang aku kenali masa tu, mungkin seusia dengan umor aku mengenal black metal. hahaha.

dalam rilisan kaset ini, ianya sangat2 memuaskan... umpama perjalanan al azazhil di satukan dalam rilisan ini. aku dapat mendengar sound lama hinggalah ke sound terkini al azazhil, banyak perubahan dari segi rakaman, namun roh di setiap lagu al azazhil masih dikekalkan, umpama kita mendengar sesuatu band tu dengar muziknya saja kita sudah tahu ini kepunyaan band itu.

8 lagu yang begitu mengasikkan halwa telinga aku.satu lagi kaset yang akan diputarkan saban hari dimasa2 lapang haha. andai kaset ini diriliskan dalam format cd pun aku pasti beli. mengikut apa yang aku dengar kaset ni sudah sold out dari band. untuk mendapatkannya boleh lah kontek label MTD aka yunus azinzan cari kat fb saja. sebelum kehabisan stok yang sangat2 terhad ini..

ok itu sajalah catatan kali ini. taniah al azazhil selamat ulang tahun ke 10, teruskan berkarya. taniah juga pakai logo lama ni. bagi aku ini logo sebenar al azazhil hellyeahhh. 

Selasa, 28 Jun 2016

Sweet Charity koleksi



salam semua, nak cerita sikit pasal cd ni, cd ni aku beli dari zan din musti semua kenal kan yg suka beli cd rilisan semula secara online dan juga bersemuka, dulu aku perna beli dengan zan din cd junction jumpa di amcop mall, kali ni beli online saja, rm30 termasuk poslaju. masa mula2 dia upload di fb hari tu, aku kurang bekenan juga,  bila tengok senarai lagu dalam cd ni...WOW gitu.. aku teruja siakk... hampir semua lagu2 yang aku suka ada dalam ni. apalagi terus inbox dan bankin hahaha..


aku mula dengar sweet charity ni, seingat aku dalam kompilasi rock tulen, ada 2 lagu dalam tu, satu lagu rancak satu lagu perlahan. musibah dan dunia perlumbaan, aku mau bagitau kamu lah kan, masa dengar lagu dunia perlumbaan masa tu aku sangat terkesan dengan lagunya. suka sangat aku dengan rentak lagu tu serta liriknya. saban hari aku dengar lagu tu sampai sudah boleh hafal liriknya haha.


dapat poster sapa yang beli awal, terhad katanya huhuhu.. untuk keseluruhan aku puashati dengan pembelian ku kali ini, lagu2 menghiburkan, sound pun mantap. cover cd pun cun. inlay lipat tu pun mantap juga ada lagi 4 album tu. ada lirik utk 3 lagu yang tulis depan cover tu disertakan. kira sempurna lah senang cerita dan aku puashati. rasanya akan ada lagi rilisan sweet charity ni kan. aku tengok lah kalau bajet mengizinkan aku kejar semuanya.

ok utk abang2 otai semua. tolong aku kenalkan mana satu ramli sarip dalam gambar belakang cover cd tu. hahaha aku tak kenal, atau tiada ramli sarip dalam tu. haha

nota -  ada beberapa keping kaset aku beli tapi malas pula aku mau buat entri. mungkin lepas raya kot. ni cd semangat sikit plak nak buat hahaha.. ohya zine aku sangkut lagi kat pos klang aduii nak pergi ambil pula tu. leceh.. k itu saja. tunggu ulasan kawan2 pula pasal cd ni.,

Khamis, 23 Jun 2016

filem yang aku tengok minggu ni.

Senarai kat bawa ni antara filem2 yang aku tengok untuk minggu ni...


Tenggelamnya kapal van der wijck - ini filem memang sedih nak mampus, berair airmta dibuatnya hahaha, ini filem sudah banyak kali tengok tak perna jemu. kira dalam 10 filem terbaik lah perna aku tengok dalam hidup ku.


About cherry -  ni snopsis nya punya pasal macam menarik gitu. aku tengok jugalah.. kisah seorang gadis yang terjebak dengan filem porno. jangan tengok lah boring ceritanya.. tak best. haha


Dilwale - ini aku teman bini aku tengok k..hahaha.. ok masa dia mula2 ditayangkan ramai cakap ni filem tak best, best lagi filem salman ngan budak pakistan tu. tapi bagi aku ok saja dilwale ni, kalau kita anggap filem ni kisah betul, memang tak patut lah kan, ni kan lakunan saja, anggap saja hiburan. kisah dilwale ni bagi aku imaginasi budak2 saja ni yang inginkan kisah cinta agung.. k itu je layan juga ni hahaha


Kung fu panda 3 -  yang ni nak tengok dengan anak, last2 anak aku tak minat. aku saja layan sampai habis, tak juga menarik macam kung fu panda 1. sekadar penambah saja ni.. huhu


Purpose of reunion - yang ni kisah pasal kecurangan lelaki, memang kejam sangat filem ni tak sesuai ditonton dengan keluarga HAHAHA.... hanya yang hati kental saja boleh tengok filem ni hahaha (awas) 


Star wars the force awakens - deman filem ni sudah berakhir aku baru tengok haha.. ok lah best juga aku terhibur..


The revenant - aku memang mengidam mau tengok filem ni, bila tahu dia menang oscar. walaupun panjang cerita ni tapi tak memboringkan. layan jugalah.. haha


The jungle book - mula2 saja best, ending dia aku kurang bekenan.. huhu...

itu sajalah filem yang aku tonton..sepanjang minggu ini. nak tunggu waktu berbuka kononnya. kecuali 2 filem dewasa kat atas tu aku tengok lepas tarawih..hahaha..

k jumpa lagi di lain entri.

Selasa, 21 Jun 2016

Tarantulah - Sekatan minda terseksa... kita didusta


haloha... ini ada cerita sikit pasal cd yang baru aku terima minggu lepas, utk info band ini memainkan irama metalpunk dan berasal dari kl. ini adalah demo ke 4 dari mereka, mengandungi 4 lagu baru, masih lagi mengekalkan bunyi dari demo2 yang lepas, terus terang aku cakap, pertama kali mendengarnya aku agak kacaw mungkin juga keletihan yang melampau melanda diri haha.. namun setelah di dengar berulang2 kali, aku dapat mengikuti rentak lagu2 dalam demo ke 4 ni.


untuk lirik masih lagi mengekalkan penentangan pada politikus masa kini.. lihat saja pada tajuk2 lagunya.


untuk keseluruhannya aku mengharapkan sound seperti demo war brutality, bagi aku sound dan lagu2 dalam demo ke 3 tu mantap sekali, untuk demo ke 4 ni aku berikan separuh saja, untuk menghadamnya perlukan masa, harapnya demo ni dirilis dalam fomat kaset, sound seperti ini mmg ngam sangat kalau dengar dlm kaset bagi selera aku lah haha.. nanti aku cerita pula di entri lain pasal discografi kaset tarantulah ni. utk maklutmat lanjut pasal band ni boleh lah cari mereka di facebook.. taip saja nama band ni dan juga nama man rabaxx aka sarip doll.

k bai..

Rabu, 8 Jun 2016

North dark - stranger among demonz



ini band dari terangganu mengikut apa yang tercatit dalam metal arkib, band ni main irama black metal, bukan kata2 kufur lah.. cd ni aku memang berkenan nak sambar sekeping, melihat rebiu kawan2 pasal cd ni agak baik, ditambah2 lagi line up neftaraka ada bermain dalam album ni, aku pun teruja juga nak beli. masa gig purunistic hari tu aku sambar cd ni. jimat sikit duit poslajunya hahaha

aku ada memiliki demo kaset band ni dark prophecy kalau tak silap dia nye tajuk, dorang ada tulis kat inlay pure black metal,, malas aku nak selongkar kaset tu.. untuk album ni, aku kurang pasti nak cakap suka atau tak, sebab muzik macam ni kekadang kalau ngam dengan mood, total layan, buat masa ni aku masih lagi menghadam keseluruhan lagu2 dalam ni. mugkin juga selera black metal aku bukan jenis ni kali.. tapi aku tetap gembira sebab sudah memilikinya.

k itu saja ceritanya..  (hehehe)