Rabu, 28 Disember 2016

Rogue One


Ada yang kata filem ni tak best, tapi bagi aku filem ni BEST wow gitu sedih lagi lah kan sebab staring kesemuanya mati... harus tengok filem2 star wars dulu, kalau tak tengok musti cakap tak best cerita ni huhu


tanda mata yang aku sambar di giant, kotak besi ni saja yang aku berkenan, yang lain2 tu tak bekenan, ada lagi satu kad tu simpan sajalah buat koleksi huhu


RIP
Princess Leia

Rabu, 21 Disember 2016

The Snow White Murder Case

haloha... haha.. tak ada apa2 musik baru yang mendarat dirumah, kebelakangan ni banyak juga movie aku tengok, dalam banyak2 movie tu ni paling dramatik aku tengok hahaha.. mulanya movie ni agak slow jalan ceritanya, kalau ikutkan hati nak saja aku hempaskan tv kat rumah tu masa tengok movie ni, sudah alang2 aku tengok separuh jalan, baik aku habiskan gitu, dalam 40 minit terakhir tu movie ni makin mengujakan pula makin berdebar2 rasanya nak tahu apa endingnya, kisahnya kes pembunuhan ada seorang wartawan yang nak rungkai siapa pembunuh dalam ni. aku pun mati2 ingat salah satu watak dalam ni pembunuhnya habis saja ternyata tekaan ku salah, siapa yang suka movie jenis memera otak rasanya ngam tengok movie ni, bagi pencinta musik pun ngam juga sebab kes ni membabitkan musik juga betapa hebatnya kefanatikan tu sampaikan nak buat apa saja utk mendapatkan sesuatu berkenaan dengan musik yang dicintai wahahaha... sapa belum tengok tu baik tengok best ceta ni.. haha

Selasa, 6 Disember 2016

Samartary - From Hell..To The Grave




SAMARTARY band ini berasal dari kedah, dorang main black thrash metal, cd ni adalah rilisan semula dari album mereka yang rilis 10 tahun lepas versi kaset, dijadikan cd buat pertama kalinya dan disertakan sekali dengan demo mereka deadly black hole 2003, lagu2nya boleh lihat pada gambar atas ni. band ni masa mula2 aku kenal musik metal ni adalah nama band ni naik juga masa tu dalam fikiran aku, sebabnya aku ada terbaca juga beberapa artikel mengenai band ni dalam majalah2 yang aku beli dulu. kira band ni melihat pada namanya tu samartary ada kemelayuan situ, aku ni dulu jenis suka ngan band2 metal yang ada unsur2 melayu gitu, masa mula2 dulu kan isu black metal panas, setan2 segala... tu tak seram ke dengar musik ada unsur2 setan, aku dulu seram siuttt nak beli kaset iron maiden pun aku belek2 lama sebelum aku beli sebabnya takut masa tu ada unsur setan pemujaan dalam lagunya haha.. tinggal kenangan semua tu, sekarang ni aku sudah tahu lah ianya hanya sekadar muzik halwa santapan telinga dan hobi duniawi... berbalik pada album samartary ni. lama dah aku tak dengar kasetnya, naik lupa juga aku dibuatnya, disebabkan kebelakangan ini aku banyak buat kerja lebih masa nak dengar musik pun agak terhad, apalagi nak selongkar polybox kaset aku tu nak cari kaset album ni, kononnya nak buat perbandingan. mendarat saja bungkusan cd ni dirumah beberapa hari lepas, buka saja cd ni, aku sudah kecewa dengan inlaynya, kertas jenis apakah digunakan ini kemek dibuatnya kertas tu. pastu dalam inlay pun gambar dari kaset tu di print aaarghhh teruk beb, aku memang jenis yang suka tengok inlay ni sambil dengar musik dapat macam ni, ianya tak bagi kepuasan pada aku utk inlaynya. kan lebih elok letak gambar2 samartary yang tak perna dilihat. apapun pihak label harus ambil berat pasal ni, ini pandangan aku personal k utk org lain tu selera masing2. untuk lagunya pula dan sound dalam cd ni. kita lupakan pasal versi kasetnya sebab aku sudah lama tak dengar kaset tu, seperti aku cakap kat atas tadi. untuk pertama kali dengar cd ni. apa yang mengujakan aku, ini antara satu2nya band yang aku tahu mengcover lagu band Blackfire, 2 lagu beb,.. musik utk cd ni, memang teruk rakamannya, ntahlah kenapa boleh di panggil album. ada juga aku dengar musik black thrash tapi tak macam ini soundnya. melodi memang dengar dengan petikan gitar drum dan jeritan vokalis dan cd ni ianya macam tak seimbang. aku cuba juga dengar guna headphone sebab dengar guna ni sound akan lebih jelas lagi. namun soundnya tetap kotor... aku tau lah ada antara kita yang memuja sound macam ni. aku pun memuja juga sound kotor macam demo rator tu haha. tapi berbeza utk ini. utk demo 2013 tu, ok ianya mantap sudah nama demo kan sound lagi bagus dari lagu2 dalam album tu. bagi pencinta musik yang melodi..asyik gitu ini cd bukan utk halwa telinga kamu aku jamin ni hahaha. tapi bagi mereka yang memuja rakaman sound lama ini sesuatu yang indah.. pure bestial black thrash gitu...


Ada semangat nak menaip panjang2 kali ni hahaha.. seperti gambar di atas sekali lagi aku join pembelian cd secara berjemaah dapat harga diskaun rm18. harga pasaran cd ni rm30 termasuk poslaju seluruh malaysia. save bajet situ kan haha... disebabkan pembelian secara berjemah juga cd ni tak masuk list terus beli saja, mengikut list aku skg ni banyak tak terkira cd2 yang aku nak beli. jadi cd ni buat koleksi sajalah utk menjadi playlist sepanjang minggu memang tidak lah, mungkin album ni tunggu mood yang betul2 ngam dengan keadaannya baru lazat didengar.

k itu sajalah..