Sabtu, 30 November 2019

Pastel lite - Pop bilik tidur


Tersuka tampa sengaja pada muzik bawaan mereka. Pertama kali dengar lagu mereka dalam album pertama terus jatuh suka. Haha maafkan jiwa rock n roll ini sebab tersuka dengan mereka haha..

Untuk pop bilik tidur ni mereka menghidangkan 5 lagu  baru salah satu lagu berjudul hello sayang dinyanyikan bersama naza the times. Dua lagu gadis indie dimainkan secara acoustic dan lagu disco pelangi di remix kan. Tujuh lagu lah kiranya.

Bagi halwa telinga aku ianya menghiburkan. Bertambah suka lagi bila masa beli cd ni mereka ada sekali  di sana. Dapatlah bergambar dan minta sain sekali.. aummm

Apapun teruskan berkarya buat pastel lite.

Next...

Ahad, 24 November 2019

OLD AUTOMATIC GARBAGE

SPASTICALLY 

Ada beberapa keping cd kaset aku beli masa sambutan cassette store day 2019. meriah sungguh scene indie tempatan dengan rilisan2 baru dan rilisan semula tahun ni. Antaranya demo OAG ni. Ini antara sebab aku merempit ke TTDI  sputnik record kl sana. 

Aku bukan lah penggemar muzik oag ni. Disebabkan bahan sejarah gini yang diriliskan semula dengan kulit demo ni buat aku teruja untuk memilikinya. Ada 6 lagu dalam demo ni rakam sekitar march 1993. Sound mcam rakaman amatur gitu. Di zaman tu dapat rakam gini dah kira terbaik sudah. 

Dengar kabar lagi demo seterusnya dari oag akan diriliskan semula itu pun aku nak beli juga. Untuk harga demo ni ianya agak mahal juga untuk kaset. Tapi berbaloi lah untuk dimiliki rilis pun terhad saja. 

Next....

Khamis, 21 November 2019

ROMI & THE JAHATs


Playlist for malaysian tour 2018

Nampak saja kaset ni jual kat fb terus sambar.. masa mereka datang buat tour kat sini aku belum kenal lagi mereka. Masa beli album rumah hari tu aku terus suka dengan muzik bawaan mereka. Harapnya mereka akan datang lagi malaysia suatu hari nanti. Ohya utk yang tak  tahu ini band dari kota jakarta main punk rock.. lirik2  lagu  betul2 melekat   dengan jiwa aku. Sedap   dengar tak bosan gitu..