Selasa, 30 Ogos 2016

Black abyss - Funeral christ




Ini salah satu lagi band black metal tempatan yang aku suka, melihat pada logo band ni ianya mengujakan aku suatu masa lalu, nama band pun mantap, black abyss..perghh.. CD ni baru saja diriliskan masih panas lagi dipasaran bawah tanah tempatan haha.. Mengandungi 9 lagu termasuk 2 lagu saduran dari bathory. muzik black abyss ni stail black metal norway.. muziknya mentah pekat dan mengujakan bagi pencinta muzik black metal. harga sekeping cd ni rm30 belum masuk pos. terhad 300 salinan saja. pastinya akan menjadi koleksi membunuh disuatu masa nanti hahaha... kalau korang yang nak dengar black metal acuan tempatan dan dari pemuzik tempatan, aku rekomen ni band pun salah satu yang harus korang dengar. best mengujakan dan kurang ajar...hahaha


Mengikut apa yang aku baca di fb, album ni memang lama sudah dorang mau rilis, 5 tahun lepas lagi kalau tak silap,. namun tak dapat diriliskan secara rasmi, aku pun kompius juga sebab aku ada kasetnya, mulanya tu aku ingat album baru gitu lah, bila tengok tajuknya funeral christ, sama saja macam kaset yang aku beli, beberapa tahun lepas. Beza kaset dan cd tu, hanya satu lagu saja, kalau cd ada 9 lagu kaset tu pula ada 8 lagu saja. soundnya sama saja.

Semalam aku terbaca kat page band ni, katanya ni adalah rilisan terakhir dari mereka, lepas ni tiada lagi. sangat mendukacitakan.. apapun tetap sokong band ni..

k itu je... hail black metal.

Isnin, 29 Ogos 2016

Sindraz - The Evil Southern Darkness



salam...

sedikit info band, sindraz ni asal pasir gudang, dorang ni memainkan irama black metal, kalau tengok persembahan live mereka memang best, aku ada cerita pasal mereka ni di gig2 lepas yang aku turun. Kaset ni adalah kompilasi, untuk side B ianya lagu2 rakaman live mereka, lihat pada inlay gambar tu. Mulanya aku ingatkan kaset ni pro, rupanya kaset dubbing, agak mengecewakan juga. tapi tak apalah, andai soundnya ok kan. namun untuk kaset ni, bila play hanya sebelah speker ja yang berbunyi, aku ingatkan speker aku rosak, bila tukar kaset lain ternyata kaset ni yang masalah huhu.. apapun andai kaset ni diriliskan dalam fomat pro kaset, semestinya ianya akan menjadi santapan halwa telinga aku sepanjang minggu ini. kalau korang nak beli, buat utk koleksi sajalah...

k itu saja.. haha

Isnin, 22 Ogos 2016

Humiliation - Honourable Discharge




Ini adalah album terbaru dari humiliation, mengikut apa yang aku tahu, album ni bakal rilis penghujung september ini, tiba2 pula dapat mesej album baru ni sudah mula dijual, aku pun rembat lah sekeping haha.. untuk album 2016 ni, line up mereka ada penambahan lagi seorang di posisi bass, berbanding album tahun lepas mereka berempat saja. harga sekeping cd ni agak mahal sikit berbanding rilisan sebelum ni, rm40 termasuk poslaju, mungkin sebab cd import gitu.. tapi berbaloi lah buat penggemar humiliation.

ok sedikit ulasan pandangan aku pada album ni, apa yang aku dengar pada album ni, ianya tak berat seperti album2 lepas, kurang kuat alunan perangnya haha.. memuatkan 10 lagu tampa intro, dimulakan dengan trek pertama storm from the north, soundnya tidak seperti yang aku jangkakan, kurang berat, sesekali aku mencari2 juga bunyian bass yang berbunga2 gitu namun belum lagi ku dengari, bass baru kan musti lah nak dengar dia punya mainan tu haha.. keseluruhan album ni sapa suka humiliation ni memang suka lah kan akan rilisan2 nya, tapi bagi yang baru mau dengar mereka ni, musti akan perasaan 10 lagu tu macam sama saja gitu. untuk album ni aku pilih trek ke enam a single ship action ianya mengujakan di halwa telinga ku. harapan agar ketukan drum tu dilajukan sedikit supaya feling perang tu dapat dirasai dengan penuh keterujaan seperti bom2 di medan perang meletup.. k itu saja

support military death metal

Rabu, 17 Ogos 2016

Darkseed - Spellcraft

sedikit info pasal band ni, band ni berasal dari german, mengikut apa yang tercatat dalam metal arkib, band ni memainkan irama Death/Doom Metal (early), Gothic/Heavy Metal (later) utk album ni dorang main gothic/ heavy metal, aku beli ni rm10, dulu aku ada kaset ni, mungkin masa aku buat lelongan kaset aku dulu, kaset ni terjual sekali haha.. untuk album ni aku suka juga dengar lagu2nya, masa mula2 dulu beli kaset rm10 3 ketul, beli banyak2 tak tahu apa genre main rembat saja. antara kaset yang aku beli tu, ini album yang aku selalu dengar, suka pula aku dengar muziknya masa tu, mungkin kaset2 lain tu sound banyak kepada death gitu jadi susah juga aku nak hadamnya masa tu, sekarang ni sudah boleh enjoy lah dengar apa genre sekalipun worghhhh . k itu saja ceritanya hahaha

nota - leptop aku rosak huhu
ini guna kawan punya, gambar memang ada dalam draf haha
ini pun nak bagitau juga hahaha ..

Jumaat, 12 Ogos 2016

As sahar - santau (boxset tape 2016)

kotaknya besi gitu

kaset di dalam

bertambah mengujakan kasetnya hitam

disertakan sekali patches,button, stiker

Kita layan gambar saja lah kan, ini boxset harganya rm50 siap poslaju, terhad kepada 100 salinan saja.

sangat mengujakan bagi aku rilisan ni, melihat pada apa didalam boxset ni, berbaloi lah untuk aku miliki dan simpan buat koleksi. lagi pun ini pertama kali aku memiliki rilisan seumpama ini. siap kotak besi segala gitu. menarik lah..

aku tak nak cerita panjang2 tak ada edia hahaha.. 

ni aku ada terbaca 2 rebiu pasal ep ni,

satu digipack cd https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=6&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwjpouqPwLvOAhVKLY8KHSTVB0gQFggoMAU&url=http%3A%2F%2Ffaithcraftmobile.blogspot.com%2F2011%2F10%2Fas-sahar-santau-blackwinds-productions.html&usg=AFQjCNEXvvWdtOs0LwR1JeENvPKCPjgiVw

satu pula ni versi asalnya https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=8&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwjpouqPwLvOAhVKLY8KHSTVB0gQFgg3MAc&url=http%3A%2F%2Fpckokak.blogspot.com%2F2015%2F06%2Fas-sahar-santau-ep.html&usg=AFQjCNERyac_IL7QdEn4uP9aGn-L_rVm5Q

boleh baca pautan kat atas ni untuk ulasan ep ni secara terperinci. 

Isnin, 8 Ogos 2016

Con-damn the corruptor - My song for you


Kulit album, patutnya tulisan nama band tu berwarna merah
mungkin sebab cahaya kamera jadi hitam.


Ni kulit belakang album, trek listnya..
tajuk lagunya bahasa english gitu tapi liriknya berbahasa malaysia.


cd serta liriknya disertakan pro cd geng... terbaik


disertakan juga poster a3

Ok.. sedikit info band ini, band ini berasal dari sabah, mereka memainkan irama punk rock, berlirikkan penentangan kepada sang pemerintah yang korup serta cerita2 rakyat. dan ini adalah album kedua mereka My song for you, korang boleh tgk pada kulit belakang album tu, tajuk2nya. baca saja tu sudah boleh tahu akan lirik yang akan mereka sampaikan.

pertama kali aku mendengar band ni, dari album pertama mereka aku terus jatuh hati. apa saja rilisan mereka berbentuk lagu aku akan kejar. muzik yang dorang mainkan ni dekat dengan hati aku, walaupun jiwa raga ku ni lebih kepada lagu2 yang jahat gitu. namun kekadang halwa telinga ni berubah selera juga. jadi ini ubatnya jika sudah berkecai taik telinga dek lagu2 jahat haha, tenang2 gitulah.. tambah2 lirik lagunya yang menentang pemerintah korup memang sangat ngam dilayan dikala negara skg ni penuh ngan skandal penipuan..

Terus sajalah kita bedah lagu2nya, album ni memuatkan 11 trek tolak 2 intro dan outro tolak satu instrumental, serta satu lagu di akustik kan duet bersama suara gadis gitu. boleh lihat semula, gambar kat atas haha...album baru ni mereka ada menyelitkan dialog2 dari filem allahyarham p ramlee dalam 2 lagu, untuk mood album ni setiap lagu ada kekuatannya sendiri, kejap rasa nak memberontak kejap rasa sayu, ada juga diceritakan lirik pasal mas kawin dalam ni, hahaha tak lupa juga lirik nya pasal kucing tu, kesemua lagu2 nya memang layan lah. 


kotaknya macam rekod 7 gitu

Mau juga aku ulas secara detail muzik dalam ni, tapi aku tak pandai hahaha, lagi pun aku bukan pakar dalam mengulas ni, apa yang aku ingin sampaikan, rilisan ni memang betul2 buat aku gembira. lagi satu, bunyi bass dalam album ni aku suka rentaknya boleh begoyang2 pinggul dibuatnya hahaha.. versi akuastik dowry tu memang mantap.. 

kalau korang mau dengar lagu2 band ni, boleh tekan link ini 
dekat youtube pun rasanya ada, 

k itu sajalah..

Selasa, 2 Ogos 2016

INSIDE - Hancur, Betabur, Hambur!! (Live)




Inside ni band tempatan juga berasal dari sabah, ini kaset adalah album live dari mereka yang dirakamkan masa gig impiety di sabah 2011, dulu perna diriliskan dalam format cdr, dan sekarang ni di abdikan dalam pro kaset. jarang2 band tempatan kita yang mengabdikan persembahan live mereka dalam rilisan rasmi. ada pun yang aku dengar bonus trek dan juga di utube.

bagi mereka yang tak suka bunyi bising, ini kaset live bukan selera anda, sebab sound dalam ni dirakam menggunakan henpon saja, tampa di edit. sebab tu lah tajuk album live ni begitu. walaupun dirakam secara tak pro, namun sound yang terhidang cukup jelas kedengaran berserta jeritan para maniak yang hadir. hempasan kegilaan sebenarlah total hancur betabur hambur... hate fucking hate...aaaarghhhh



versi cdr tu sudah lama di miliki, dapat versi kaset ni maka bertambah gembiralah hati. rasanya versi cdr tu sudah tak jual lagi. klu nak dapatkan sajalah versi kaset tu. jangan lambat sebab benda terhad saja.

k itu sajalah ceritanya.. hellyeah