Selasa, 30 Ogos 2016

Black abyss - Funeral christ




Ini salah satu lagi band black metal tempatan yang aku suka, melihat pada logo band ni ianya mengujakan aku suatu masa lalu, nama band pun mantap, black abyss..perghh.. CD ni baru saja diriliskan masih panas lagi dipasaran bawah tanah tempatan haha.. Mengandungi 9 lagu termasuk 2 lagu saduran dari bathory. muzik black abyss ni stail black metal norway.. muziknya mentah pekat dan mengujakan bagi pencinta muzik black metal. harga sekeping cd ni rm30 belum masuk pos. terhad 300 salinan saja. pastinya akan menjadi koleksi membunuh disuatu masa nanti hahaha... kalau korang yang nak dengar black metal acuan tempatan dan dari pemuzik tempatan, aku rekomen ni band pun salah satu yang harus korang dengar. best mengujakan dan kurang ajar...hahaha


Mengikut apa yang aku baca di fb, album ni memang lama sudah dorang mau rilis, 5 tahun lepas lagi kalau tak silap,. namun tak dapat diriliskan secara rasmi, aku pun kompius juga sebab aku ada kasetnya, mulanya tu aku ingat album baru gitu lah, bila tengok tajuknya funeral christ, sama saja macam kaset yang aku beli, beberapa tahun lepas. Beza kaset dan cd tu, hanya satu lagu saja, kalau cd ada 9 lagu kaset tu pula ada 8 lagu saja. soundnya sama saja.

Semalam aku terbaca kat page band ni, katanya ni adalah rilisan terakhir dari mereka, lepas ni tiada lagi. sangat mendukacitakan.. apapun tetap sokong band ni..

k itu je... hail black metal.

6 ulasan:

  1. norwegian black metal, memang terbaik lah bro D'arsil..
    kalau tak sama pun macam Mayhem, sekurang-kurangnya black abyss ni boleh diklasifikasikan sebagai true black metal gitu.. hidup black metal , hidup black abyss , dan hidup D'arsil..
    heheheheheheheheheh... gitu-gitu

    BalasPadam
  2. Black metal ni muzik dia sangat luas. Malah Norwegian black metal je pun dah luas- Aku pernah dalam sehari dua hari berturut2 tengok Tsujder, Emperor dan Vreid main Windir, semua langsung berbeza dan unik. Belum campur lain2 lagik. Dan tentu2 berpuluh2 band2 lain pun ada keunikan sendiri. Baik Norway or worldwide

    BalasPadam
  3. 2007 dulu sy pernah memiliki demo cdr mereka as the sky turn black..

    BalasPadam
  4. blacks abyss.. memang nama yang terasa gelap dan kelam..

    BalasPadam
  5. Quiet Riot in the house bro.. Jom ke blog yusrina sekarang..

    BalasPadam