Isnin, 29 Disember 2014

Entri terakhir tahun INI 2014

SALAM semua, ini adalah catatan terakhir untuk tahun ni, tahun yang cukup mengujakan bagi diriku haha.. pejam celik habis dah tahun 2014 ni, banyak kenangan yang tercatat juga dalam diary hidupku, tahun ni, begitu aktif aku mempublishkan entri, teruja gila2 berblog, yang pastinya aku sedari, bukan semua orang dapat menerimanya, aku ok saja.. untuk rakan2 blogger aku ucapkan berbanyak terima kasih atas komen2 serta teguran2 kalian, tampa kalian sunyi sepilah blog cikai ini.. aku juga mohon maaf kiranya aku ada terkata bukan2 dalam komen2 aku. jika ada silap dan salah diri ku harap di maafkan lah, sebagai manusia biasa diri ni memang tak sempurna, banyak lagi yang aku harus pelajari.. jika korang perhati, aku banyak ambil teladan dari blog2 kalian, aku bukan meniru tapi aku jadi kan kalian sumber inpirasi ku.. korang pasti tahu sapa kalian hehe.. sebetulnya aku nak taipkan apa saja kenangan yang terlintas dalam fikiran ku saat ini, aku nak arkibkan dalam catatan terakhir tahun ni. kat bawa ni aku akan taipkan nombor berserta dengan sedikit cerita dan apa2 lah yang aku rasa menarik utk dikongsikan bersama kawan2 semua.

1) - tahun lepas 2013 aku ada buat entri terakhir juga, siap letak azam bagai lagi dalam tu kan, rasanya sedikit saja yang terlaksana, tapi oklah.. kegilaan aku dalam membeli rilisan2 baru agak slow tahun ni, mungkin aku kembali ke mainstrem punya jalan balik. tak apa tahun depan ada rezeki sambung balik kolek semua rilisan yang tertinggal.

2) - tahun ni juga aku dapat cahaya mata baru, sekarang ni kami dah berempat hehe..tahun depan kalau ada rezeki mungkin bertambah lagi jajaja..

3) - cerita pasal koleksi pula, tahun ni aku berjaya melengkapkan koleksi kaset cromok ku. satu kegembiraan yang aku tak dapat bayangkan, walaupun ada beberapa rilisan kaset yang tak rasmi dari cromok aku belum sambar, rasanya official punya rilisan semua aku sudah ada. kecuali demo mereka, itu kalau dapat syukur... koleksi search aku, tahun ni bertambah secara mendadak... disebabkan deman search melanda penghujung tahun ni.. yang aku melepas satu saja. boxset mp3 tu. ni pun berharap pada rezeki juga.. kalau ada adalah, tapi aku berusaha untuk dapatkannya. ohya koleksi FTG ngan as sahar,hampir saja lengkap, tengoklah tahun depan cemana kalau deman band ni melanda kompom aku terjah cari dan lengkapkan koleksi ni.

4) - apa lagi yang aku nak cerita... hmmmm.... tengah berfikir ni!! ohya aku perna cerita tahun ni pasal nak jadi driver lori kan.. rasanya macam nak jadi nyata.. mungkin tahun depan kot aku start bawa lori tapi tak tahu lah bila ya. mungkin aku akan buat satu entri untuk tu nanti hehe..  tempat kerja aku sekarang ni bagus, kompani orang kita bayar gaji pun awal, tempat kerja pun tak jauh dari rumah, cuma masalahnya ni, aku nak cari pengalaman baru, dan aku fikir2 sudah, kalau aku terusan disini rasanya aku tak kemana kot.. mungkin rezeki aku ada kat luar sana.. harapnya apa yang aku rancang akan berjalan ngan jayanya.

5) - blog UVIANHELL696 ni sudah dua tahun beroperasi hahaha.. musti korang tertanya2 napalah aku letak nama camtu tu, siap ada hell hell gitu... sebetulnya aku memang teruja gila2 ngan black metal ni, 696 tu pula sebab aku tertarik ngan album impiety kaos kommand 696.. uvian tu kira suku aku lah, bajau ubian.. kasih ubah huruf B ke V biar nampak ganas gitu hahaha.. tapikan bila dah lama2 menulis ni, aku pun cam nak tukar nama ni, sebab plan aku mula2 tu nak share2 apa sajalah koleksi aku berkaitan muzik serta aktivinya, bila fikir2 tak jadi lah. sebab bagi aku itu nama pun kira ok juga lah, tiada samanya, hanya satu saja dalam dunia maya ni, HAHAHA...

6) - ok yang keenam, cerita pasal banyak benda melepas, patutnya aku taip kat no 1 tadi atau no 3, tapi tak apalah aku taip saja kat sini. apa yang aku melepas tahun ni yang aku rasa macam kerugian tak merasainya atau memilikinya. normal lah bagi diriku ni, nak itu ini bila berduit sudah, tapi bila sudah ada tu, rasa cam nak yang lain pula, bila dah tak terbeli terus kecewa, benda rare lah katakan... semua benda aku melepas ada dalam bayangan aku sekarang ni nak sebut nak taip kat sini cam tak best gak kan. seperti kita hanya mampu merancang tuhan yang menentukan. ambil contoh tarikh 27 28 december tahun ni. patutnya aku ke janda baik pahang tgk gig kat sana, plan sudah cantik, last minit cancel, 28 pula kl black fest. yang patutnya aku pergi, disebabkan ada hal yang lebih utama aku terpaksa skip, dan melepaskan peluang berharga menyaksikan satu band lokal tempatan yang paling aku respek dalam muzik black metal, NEFTARAKA, rasanya tidak ada masa lagi dapat menyaksikan mereka ni, aaarghh!! mereka dah umumkan yang ni persembahan terakhir mereka kat kl huhu.. kecewa, tapi bila aku fikir2 apa boleh buat...

7) - gig/konsert, gig yang paling menarik tahun ni aku turun gig klhb tu hari meriah jugalah.. walaupun tahun ni kurang aku turun gig, enjoy jugalah.. konsert pula, sudah semestinya SEARCH kat istana budaya.. walaupun tak puas tapi itu adalah konsert terbaik,rasa macam nak tengok lagi search beraksi, nasiblah ada kat utube, boleh lah segar kan semula ingatan, ohya utk rakaman botleg seacrh mp3 pun ada dalam simpanan terima kasih banyak2 utk bro deaf kerana memberinya kat aku.. aku amat menghargainya, aku belum lagi convert ke cd, oh xpdc tahun ni juga kan, sayanglah konsert xpdc tu hari kat sepang, agak hambar juga, ingatkan ditahun yang moden ni, patutnya band selegend xpdc tu, beraksi dengan dasyatnya..itulah pepatah bukan semua yang dirancang akan menjadi nyata. tahun ni aku mengharapkan selain dari search neftaraka, cromok juga aku betul2 nak tengok, apakan daya belum ada rezeki lagi, harapnya tahun depan ada kabar gembira cromok beraksi di istana budaya pula amacam, band metal pertama buat konsert kat sana.. hahaha pasti terbaik..punyalah.. tak lupa juga lagenda black thrash dari JEPUN sabbat yang aku rasa kalau ngam dengan venue, mungkin ni gig terbaik utk tahun ni, disebabkan lokasi yang tak begitu memuaskan ianya sedikit hambar.. aaaaarghhh!!!

8) - rilisan terbaru 2014 yang aku beli yang terbaik utk tahun ni aku bagi kat HUMILIATION - BATTALION, ANTABOGA - MAYANG MISTIK 2. AU REVOIR - MYSTIKULT, tiga album ni yang terbaik tak jemu layan muziknya, banyak rilisan tahun ni dari band2 lokal, mungkin ada lagi terbaik, disebabkan bajet terhad, hanya memfokuskan band2 yang di follow makanya ini saja yang aku boleh katakan terbaik. rilisan lama yang aku baru beli ada banyak berbanding ngan rilisan baru, mungkin disebabkan aku fikir yang baru tahun depan musti ada jual lagi, jadinya diutamakan dulu rilisan lama yang belum dimiliki.

9) - CD dan Kaset, kedua2 format ni rasanya aku dah mula suka, dulu aku hanya memfokus kan pada kaset saja, tapi sekarang selepas banyak membaca dalam laman maya ni, aku cepat mengerti, album yang terbaik dalam format kaset tak kan bertahan lama kualit soundnya, kalau dalam cd kemungkinan utk rosak tu agak kurang, jika nak dibandingkan ngan kaset. jadinya kalau boleh aku akan beli cd ngan kaset sekali dimasa akan datang. pasal LP haha.. memang hajat nak beli playernya, tapi bila aku fikir2 ngan pendapatan aku, rasanya aku kena lupakan dulu benda ni, bukan apa bajet berLP ni bukan sikit, dia punya rega lp saja dah ratusan, tengok lah di masa akan datang aku tanamkan dulu keinginan aku utk berLP ni buat sementara waktu. hehe.

10) - yang terakhir, atau ada lagi. rasanya cukuplah sampai sini saja catatan ni. kalau ada tertinggal sambung saja di entri terakhir tahun depan pula.. OH nak berazam kah aku tahun ni. ohya baru aku teringat, ARAK ngan ROKOK. alhamdulillah.. akhirnya aku disedarkan juga dan diberikan kekuatan hidayah utk menepis godaan dunia ni, sebetulnya aku ni cukup jahil, arak ni dulu masa belum kawin tak ya cakap lah minuman hariaan ohh betapa banyaknya dosa yang aku lakukan, menyesal beb, nasiblah tuhan tu maha pemurah, aku bertaubat tak kan menenguk lagi arak ni, hingga akhir hayat ku, sebetulnya aku bukan nak bangga diri ok, tapi kenyataan, kalau lepak ngan kawan2 kat gig, arak ni memang jadi bahan utama utk berhibur, walaupun ada yang tak minum, tapi bagi mereka yang gila2 haha faham2 sajalah. ok tak mau cakap banyak2 nanti orang lahar aku pula (ayat lahar ni aku dapat dari bloh deaf) masih banyak kawan2 yang minum ni, aku doakan mereka juga akan sedar  dan diberikan hidayah,, rokok, masa kuliah ramadhan kan, ada seorang ustaz yang ceramah kat surau aku selalu pergi, ustaz ni aku respek juga, walaupun dia tahu dalam surau ni, kebanyakan jemaah nya mengisap rokok, ustaz ni pandai juga, dia cerita2 bab2 rokok ni, sudah difatwakan haram. aku tak boleh terima ni sebenarnya, isap juga sedap benda ni, kalau lepas makan isap memang terbaik, benda paling susah nak tinggal ni, bagi perokok tegar, aku 13 tahun dah merokok ni dari jaman sekolah sampai lah last tahun ni, memang ada niat nak berenti tapi susah beb, bukan alang2 ni, ketagihan nekotin ni rasanya tak boleh nak tinggal, ketagihan beli cd kaset rasanya tak macam ni. pendekkan cerita beberapa bulan lepas, aku sakit dada malam2, aku selalu bangun tengah malam, aku rasa cam nak mati macam2 aku fikirkan, bila aku lihat anak isteri ku, pergh!! terbayang2 benda2 yang amat mengecewakan, petangnya tu kan.. aku g surau solat magrib, ada ceramah lepas tu, ustaz yang selalu dtg masa ramadhan ni, masih juga mengingatkan pasal rokok ni, last malam tu rokok terakhir aku, pagi esoknya aku tak beli lah, sampai lah beberapa hari, aku dah boleh mengelak dari merokok ni.. waaaa syukur kata hati ku, keinginan tu memang ada, bila aku fikir2 balik benda ni, kalau sudah boleh berenti kenapa aku tak teruskan. aku tahan biar pun kawan2 melepak hampir semua merokok, sesak nafas juga aku dibuatnya. nahhh sudah masuk 3 bulan aku berenti merokok... alhamdulilah, malam2 dada aku tak sakit lagi, tapi ada perubahan pula yang berlaku, aku sudah makan bawang, kalau dulu aku tak makan bawang ni, sekarang ni, aku macam gian pula nak makan bawang besar ni, lagi satu aku dah kuat makan, kejap2 lapar gitu. perubahan dalam kehidupan seharian aku mula berubah. itu sajalah cetanya pasal rokok ngan arak ni.

11) - haha ini lah yan terakhir sebetulnya. untuk tahun depan, aku rasa aku terus berblog, mungkin akan kurang entri, sebab aku nak kurangkan membeli barang2 dan turun ke gig rasanya, tengok band2 beraksi lah cemana ngan keadaan. semoga tahun depan akan lebih baik lagi dari tahun ni. itu sajalah, aku malas dah berazam, biarlah ianya berjalan seperti apa yang aku harapkan.. ok bye2 tahun ni. untuk rakan2 blog dan pembaca blog cikai ni.. aku ucapkan selamat tahun baru 2015. heppy2 saja semua. jumpa tahun depan lagi.

Rabu, 24 Disember 2014

cerita pagi rabu..

bersempenan esok cuti umum haha.. aku nak ceta di pagi rabu ni, pasal apa sajalah yang terlintas di benak hati ku hehe.. sebelum tu apa kata kita renung dalam2 diri kita apa yang kita cari yang hidup pasti mati.. lagu xpdc tu nyanyian mael, oklah terus ke topik pagi rabu yang indah ini. aku bangun pagi2 dengan senyuman seperti biasa, hidupkan enjin kereta automatik usb mp3 terus on lagu.. dalam hati ucap bismillah sebelum putar kunci jajaja.

cerita ni sebenarnya aku nak tampal dalam beberapa hari yang lepas. disebabkan tiada edia yang datang tangan pun rasa malas nak menaip makanya aku tak jadi tampal, pagi ni aku rasa macam best plak menaip ni. ini isu pasal bola piala suzuki tu hari, malaysia lawan thailand, akhir kedua.. bayangkan aku berdoa k utk kemenangan pasukan kita, ngan safiq rahim dapat kasut emas.. doa termakbul aku rasa, malaysia menang, safiq dapat kasut emas, patutnya aku rasa kecewa ngan kemenangan tu tapikan ntah ada satu perasaan yang aku boleh terima kekalahan tu, walaupun kawan2 macam tak dapat terima, adat main bola mesti ada menang ada kalah. malaysia dah buat yang terbaik tu, bangkit 3 gol, bukan mudah, selama aku follow pasukan harimau malaya ni, dari tahun 2009 tak silap aku, tak perna2 bangkit pun harimau ni, tahun ni keajaiban memang berlaku untuk pasukan ni. sapa sangka, kalau dilihat komen2 dalam laman fb tu,kutukan cacian makian utk pasukan ni bukan alang2 ohh. tapi itu lah bola sepak apapun boleh berlaku., harap para haters sekalian tu sedar lah dengan apa yang berlaku dalam kejohanan kali ni, bukan kah malu sendiri kan bila dengan bangganya penuh egonya melemparkan kata2 berbaur cacian, last2 kena kat muka sendiri huhu.

bayangkan aku nak tgk bola hari sabtu tu, balik kerja jam 5.30. kena lagi pergi damansara, bayangkan cemana lah perasaan hati ku, aku ckp dalam hati kalau jem tak sampai tepat masanya memang aku singgah mana2 tempat gerai, nasiblah aku sampai sebelum perlawanan bermula.. perasaan masa memandu tu memang lain macam, nak bawa laju, keluarga ada ikut sekali, dengan penuh sabarnya aku drive pelan2 huhu.

ni pula pasal sabtu dan ahad ni, 27 ngan 28, aku plan memang nak turun kedua2 gig pada tarikh ni. 27 kat janda baik pahang, yang ni aku dah rancang semuanya, 28 ni kuala lumpur black fest, kawan yang buat, kena juga turun support ni, band neftraka ada main, gila tak turun kata hati ku. tapikan, tetengok pula tv3 orang rumah ni, katanya ada jo heboh kat icity 27,28. haha, memang pertembungan klasix, aku memang tahu, ni satu2 nya event yang orang rumah aku suka pergi, tak perna lepas, selalunya buat kat bukit jalil, kali ni dekat saja ngan rumah.. memang wajib pergi lah kan, aku terpaksa batalkan hajat nak tengok neftaraka, walaupun kata mereka ini adalah gig terakhir di kuala lumpur buat mereka. aaaarghhhh!!! kat janda baik pula, rasa macam nak pergi ni, tapi tgk lah, kalau aku pergi adalah tu rebiunya, aku ingat kawan2 aku akan faham kot, bukan selalu ada jo heboh cuma tarikh saja yang bertembung.. huhu... oklah.. selamat bercuti kawan2 utk esok..

Jumaat, 19 Disember 2014

Koleksi kaset ku Dan cerita ntah apa2 ntah kata xpdc..

atas permintaan... aku susun lah kaset ni semalam, snap nak tampal kat blog ni.. bukan nak riak ok, apalah sangat koleksi ku yang setahun jagung ni, jika nak dibandingkan ngan koleksi2 kawan2 yang lain. hehe.. seperti dalam gambar ni, ini saja yang ada dalam simpanan aku. kaset2 yang aku tak dengar, aku dah lelong tempohari.. laku cam goreng pisang panas.. kalau ni nak lelong kompom berebut orang nak..haha
aku nak cerita sikitlah k, bila aku bermula beli kaset ni. aku mula beli kaset guna duit sendiri, pada tahun 2005 penghujungnya. masa tu apa yang aku tahu hanya search saja. tak perna terlintas pun nak dengar band2 lain apatalagi metal.. metal ni aku ingatkan dulu masa jaman sekolah, ianya bukan muzik, macam geng gitu lah aku ingatkan.. bila isu black metal tu meletup, orang lain sibuk takut ngan kejadian pemujaan syaitan ajaran sesat bagai.. cuba ngelak utk menjadi hamba kepada metal, terutama sekali black metal lah kan., apa saja suara growl kasar gitu musti orang mark black metal kecuali bandi amuk yey yey... haha aku pula tertarik utk mendengarnya..

masa aku mula2 beli kaset dulu, aku beli sekali ngan player mini hifi macam mana aku ada skg ni, masa tu 2005 masi murah, rm100 saja siap ada vcd cd radio kaset, boleh main semua. sound tak ya ckap lah bunyinya macam atomik bom meletup, teringat aku masa aku pasang kuat2, orang ketuk pintu hostel aku beb, sebab masa tu aku seorang saja keja malam, yang lain2 keja pagi, yang ketuk ni bukan main marah lagi orang cina, gengster cam along gitu.. siap marah2 aku.. nasib time tu aku rasa diri budak lagi., umor baru abis spm, tapi aku tak ambil spm k huhu. aku minta maaf kan pakcik cina tu, dan aku stop pasang pelan2 saja.. antara kenangan manis juga, tahun 2005-2007 kedai kaset sekitar klang masih ada jual, kat giant jusco pun masih disusun dirak, speedy aku belum kenal, dulu punya mana ada tgk jenama kedai ni. aku masuk saja. masa kegilaan black metal aku terbeli tu kaset panggilan pulau puaka.. memang best aku dah ceta ni dalam entri lain boleh cek.

aku dulu rock ok banyak geng2 rock kapak. ditambah lagi keluarnya filem rock oo tu. tapi sayangnya aku saja yang beli kaset ni, semua kawan2 tu. dorang lebih kepada berfesen.. kiranya aku gerakan solo lah walaupun kawan2 aku ni rock kapak seluar warna warni, cam era 80an tu siap skap ikat kat peha haha tapi memang ohsem lah dorang klu jalan ramai2, aku masa ni gaya metalhead sudah walaupun aku tak menyedarinya..simple baju hitam rambut panjang seluar jeans.. yey

mengarut dah entri ni..kakaka ok kembali ke cerita asal tadi., pasal koleksi kaset ni. kembali ke era 90an jaman aku kecil2 lagi. mungkin masa ni lah aku minat ngan kaset ni, melekat sampai skg. ni semua jasa abang aku lah. klu abang aku tak layan kaset kompom aku jenis yang ambil mudah saja, layan mp3 percuma gitu. syukur lah aku dapat satu rasa yang aku sukar utk gambar kan bila aku beli mendengar kaset2 ni.ianya mendamaikan hati. biar pun rakan2 sekerja orang rumah nyindir2 aku saja yang dengar kaset jaman skg ni tapi aku ok.. sbb aku tahu masih ramai lagi orang yang sejiwa ngan aku ni. aku ni kira generasi terakhir pencinta kaset ni... apakah lepas ni ada lagi generasi baru. ntahlah bukan aku seorang lah aku maksudkan, maksudku sapa2 geng2 kanak2 era penghujung 90an,, mereka dan aku nilah pencinta kaset. ada beberapa kenalan2 aku kat fb yang betul2 minat ngan kaset ni, aku respek mereka ni, aku banyak ambil inpirasi dari koleksi2 mereka ni..

ada juga yang mempertikaikan, bukan ori pres sekadar ada kan, jangan dipertikaikan koleksi seseorang tu, benda ni bukan boleh beli ngan air liur gitu, kalau aku sekarang ni berumur 40 tahun jangan kan 1st presing LP bagai tu maybe aku ada lah HAHAAHA ngan bangganya kan aku ceta kakakaa.. generasi baru apa yang tinggal tu semuanya rilisan semula mustilah beli yang tu, mana ada lagi 1 pres ada pun harga cekik darah sapa mampu, orang berduit pun kalau tak ada minat feeling ngan benda ni dorang mana pandang. bagi aku ini semuanya satu anugrah juga, walaupun hdp susah2 gini adalah juga benda murah2 ni dapat memberi kegembiraan di dunia ni..cehhh korang faham tak apa aku taip..

kalau boleh aku nak buat cam novel ni., ok lah tak mau lah taip banyak2.. kasih ending lah sini. ini sudah penghujung 2014 kan. nanti aku cerita last entri pasal kaset ni. apakah aku teruskan membeli atau stop. dan bertukar ke hobi yang lain.. hehe.. jawapan macam pasti sudahkan.. ok lah saya akhiri entri ni dengan kata2 maaf seikhlas hati kalau2 ada tertaip kat atas menyinggung hati perasaan... aku bukan riak aku tahu apalah sangat ni, benda saja ni teman kat dunia ni, esok2 mati gak.. buat apa nak ego kan. kalau2 ada teman sekepala tu satu bonus bagi aku... ok lah kbai. jumpa lagi di halamaan akan datang..

Rabu, 17 Disember 2014

Wordless Wednesday












Semua gambar ni aku snap kat istana budaya.. huhu
SEARCH LIVE ISTANA BUDAYA 2014

Selasa, 16 Disember 2014

SEARCH - TERBAIK

SEARCH lagi, kaset ni aku dapat sekali ngan kaset sil khannas tu, trade 2 cd tukar 2 kaset, cd2 yang aku tak dengar aku lelong..haha.. kaset search terbaik aku mula2 dah hangkang..mulanya nak trade satu kaset saja sil khannas, bila fikir2 baik trade 2 sekali, senang ceta, duit pos pun tak rugi huhu

kaset search yang aku dapat trade ni memang terbaik...sound tiptop.. apalagi... memuaskan lah senang ceta. versi cd pun aku ada tapi dengar tape ni lagi cun rasanya dia punya feeling tu, bagi aku lah. DEMAN seacrh pun berakhir.. huhu. sambung tahun depan plak... dengar ceta search tgh plan nak buat konsert kat stadium merdeka.. wow.

Isnin, 15 Disember 2014

SIL KHANNAS - ASSASSIN LED BY BLASYHEMY

 demo tape 1992
ini demo rilisan semula 2014, setahu aku, demo ni hanya rilis utk baju sil khannas, sapa beli baju dpt kaset ni, ntah kenapa bleh ada pula jualan utk kaset ni, kaset ni aku perna tgk kat hari kaset tu hari, tak bekenan beli sbb mahal rm25 tak silap. ada 4 lagu dalam ni, sound raw, tapi kedengaran menarik juga, jika nak dibandingkan ngan evil symphony. ini demo lagi tersusun bunyiannya.. itu sajalah, kaset ni aku dapat hasil trade.

Rabu, 10 Disember 2014

SEARCH - LIVE AT PLANET HOLLYWOOD 2007

Akhirnya mendarat juga semalam, sebelum tu aku nak cerita pasal kotaknya dulu k, flexipack. pelik juga aku bila aku tanya barang dah pos ke belum, katanya sudah pos guna flexipack, dia bagi traking no nya, bila aku jejak sangkut kat pusat mel kk beberapa hari baru tukar update. deal kaset ni 2 minggu baru sampAi, lambat betul guna benda ni.. apapun aku bersyukur selamat sampai rumah..

aku bukan kebaruan ngan rilisan ni, dulu masa rilis ni manalah terfikir sesuatu benda tu akan ada nilai nya tersendiri, dulu aku hanya beli vcd cetak rompak saja tonton konsert ni.. hari tu sebelum konsert kat ib mmg ramai yang jual cd kaset2 search, macam musin dia datang pula, ada yang lama ada yang baru, jadi aku pilih yang baru, sebab harga pun boleh runding, rm30 termasuk pos ni. berbaloi bagi aku.. kalau second mungkin aku berfikir 2 3 kali... haha
ada 2 kaset dalamnya, puas hati dengan sound yang masih dara lagi... terbaik kata hati ku, macam tak puas dengar semalam, aku akan jadikan ini playlist harian sampai tahun depan. hahaha.. eh eh gambar kawan aku ada dalam inlay kaset ni. nasiblah masa ni aku tak kenal dia lagi, kalau tak aku dah join sekali tgk konsert ni..
list lagu2nya maut tu.. aku teringin sekali tgk live lagu setelah hujan tu... joe wings pun ada main dalam album live ni, hillary tu.. tiada lagi din ngan kid huhuhu.. sapa yang ada sini masa ni,,, sudah semestinya bro deaf, yang banyak mention pasal konsert ni... emanuelle tu... itusajalah.. nanti aku catatkan barang trade pula dilain halaman... besok cuti buat negeri selangor.. bersempena hari keputeraan sultan selangor.. HEHEHE

Selasa, 9 Disember 2014

Cerita pasal bola

AFF SUZUKI CUP MALAYSIA VS VIETNAM 2014
Kurangkan sikit deman SEARCH, kali ni cerita pasal bola, pagi sabtu aku dah keluar jam9 g stadium nak beli tiket, ingatkan nak bebaris panjang2, rupanya ada ulat tiket jual tak payah beratur hanya tambah rm5 saja dah dapat tiket, aku pastikan ianya ori, terus bayar.

esoknya gerak ke stadium shah alam jam 6, naik motor saja, plan nak naik kereta tapi bila fikir2 pasti jalan jem., walaupun hujan aku reda juga ngan motor, sampai stadium memang jem jalan kat luar tu, nak cari parking memang payah bagi orang yang naik kereta, aku senang2 saja.

gambar kat atas ni geng ultras malaya, dari jauh lagi suara mereka dah dengar, respek ngan dorang ni, semangat total gilalabi, tak perna rasa penat beris sorakan pada pasukan malaysia. aku lalang saja.. wahaha

masa mula masuk stadium kat belah sana nampak fan vietnam... kat belah aku berdiri ni, penuh sesak sudah.. aku plan nak duduk belah vietnam lah.. tapi tak menarik pandangannya, jadinya aku duduk atas sekali, tepi fan vietnam.
plan nak duduk sini saja, tapi tak menarik pula pemandangannya, datang stadium nak tgk bola, kalau kat belakang macam ni kurang menarik, aku blah dari sini... gerak g atas...
aku duduk kat sini.. mmg sempoi saja pemandangannya.. tapi kurang seronok juga sebab ramai yang isap rokok.. aku ni bebulan tak isap rokok kira berenti lah, rasa sakit dada ni bila terhidu bau rokok... masa pertama aku duduk kat sini, sempat lah merasa gol penalti safiq tu...
yg tu geng ultras tadi, memang terbaik... lepas masa kedua aku gerak pi sebelah tadi yang pertama aku masuk, punya jauh berjalan kesana, sampai aku sana sesak gila, susah nak tgk, masa kedua dah start, aku cari tempat yang sesuai, sampai aku rasa macam pedap, malaysia dah kena 2 gol, aku cari lagi lokasi seseuai, masa kedua ni amat merugikan aku, kenapalah aku tak duduk tempat aku tadi, kan best, tapi ada juga hikmah nya aku pindah tempat, hujan dah trun minit 7o lau tak silap. ramai yang berlari masuk, aku putuskan mandi hujan sajalah, aku balut henpon ngan dompet, trus cari tempat seseuai, tempat aku duduk petang tadi, sebelah pasukan vietnam.. walaupun hujan aku masih menjerit utk pasukan kita ni...

tetiba semua org pandang fan vietnam.. perghh. kulihat keadaan huruhara, macam ada harimau menyerang org vietnam ni, bertempiaran lari ketepi., rupanya ada pergaduhan, rasa macam nak join, nasiblah ada pagar yang memisahkan aku, 7 meter saja jauhnya dari tempat aku berdiri, aku tgk fan vietnam ada yang tak dapat lari, kena belasah kaw2 punya,. yang aku kasihan kan, org wanita ni, habis tergolek, bayangkan hujan licin tu, ramai tegolek fan vietnam... polis tak boleh buat apa masa ni, kawalan tiada, mereka ada kat bawa, lebih kurang 1 semint pembataian ni berlaku.. dasyat ohhh... lepas tu polis datang tangkap fan malaysia yg gaduh tadi, tapi geng2 dorang ni, tak bagi,,, kecoh juga dibuatnya...

jurukemera vietnam datang ambil gambar, snap2 last balik rumah dah heboh kat fb, pasal vietnam tu kena bantai.. memang ramai yang tak puas hati ngan malaysia.. sbb perangai samseng tu.. aku yang di sana depan mata melihat pembataian ni, macam tak tahu, orang yang tak trun stadium yang tak berada disana, dorang ni lebih tahu kakakakakakaka luculah.. tgk gambar saja dah buat andaian, kalau fan vietnam cool down saja ngan perang mulut fan malaysia tak lah gaduh.. ni nak tunjuk taring kat negara orang.. itulah kena bantai... bagi aku lah sepatutnya pihak berwajib pagar saja fan vietnam ngan malaysia asingkan macam mana lawan ngan indonesia, kita tak tahu apa bakal berlaku, ini bola sepak fanatik tu terlalu ramai, apapun boleh berlaku.

oh ya ada yang ckp geng ultras yang gaduh ni.. woi bangsat, kalau tak tahu cerita tu tak payah lah nak cerita buat fitnah saja,, ultras ada jauh kat seberang sana.. masakan dorang yang buat kacau... huhu

dah terkena lepas tu salah kan penyokong.. kalau buat2 awal2 tak lah memalukan negara... kbai.. malaysia kalah 2-1. harap ada keajaiban di vietnam..

Isnin, 8 Disember 2014

S E A R C H - LIVE IN ISTANA BUDAYA 2014

masa ni last song dah boleh rakam dan sebagainya
salam semuanya, hehe, ni aku nak ceritakan pengalaman aku menyaksikan search live malam 6 december 2014, ianya cukup mengujakan aku, ni adalah pertama kali aku ke istana budaya, jadi macam2 benda yang bermain dalam kepala otak aku, sebelum konsert bermula. aku gerak dari rumah terlalu awal, jam 5.30pm, takut jem jalan takut sesat, takut klu datang lewat paking tiada. akhirnya aku sampai juga sekitar jam 6 lebih macam tu, aku ingatkan aku saja yang datang awal rupanya sudah ramai yang datang, paking masih banyak kosong, tapi mula lah nampak sempit, masa aku membelok masuk ke lorong istana budaya, ada satu kereta ferrari hampir langgar aku, mentang2 lah pakai kereta mahal, nampak kereta orang macam apa saja, orang ni pun masuk istana budaya juga, aku masuk lorong biasa dia masuk paking VIP. klu jadi betumbuk pun aku tak kisah lah.
ramai yg bebaris beli baju

sebelum konsert mula masih panjang masa lagi, aku pun jalan2 lah keliling istana budaya ni, ambil gambar, dan sempat lah pergi ke lokasi jualan baju2 search, sempatlah aku beli baju rasmi konsert ni, bayangkan aku minta saiz L tiada last kopek saiz xxl, itupun orang dah pegang, aku perhati saja, bila orang tu lepas aku terus sambar, bila aku tray saiz bajunya nampak muat walaupun longgar, jadinya aku terus bayar.eh eh boxset mp3 search pun ada promosi rm200 saja bagi yg ada tiket konsert, sayangnya aku tak berduit siakkk rasa kecewa diri ni, tak apa aku dah minta no mamat jual boxset tu, nanti aku call saja klu dah ready.

8.40pm diumumkan oleh speker suruh matikan henpon sebelum memasuki venue, aku tak matikan henpon kasih mute saja, masuk saja dalam venue pergh!!! aku bayangkan selama ini tgk gambar yang lokasi tempat duduk aku ni jauh, rupanya sangkaan aku meleset, bayangkan wajah2 search jelas kelihatan, tak macam tgk metalika hari tu, muka pun tak nampak, jauh sangat. ni memang dekat, jangan percaya gambar. sempat lah aku snap gambar sebelum konsert ni mula, aku tgk ramai juga yang ambil gambar. lagi satukan aku tgk org kita ni mmg tak faham bahasa, dah jelas tertulis tak boleh pakai cap ada juga yang pakai, lagi satu aku ni macam dari balik dari keja opis pula cara pakaian aku, lucu aku rasa, orang lain ni sempoi saja pakaian mereka, lepas ni kalau aku ke istana budaya lagi tak dah hal lah, jeans boleh masuk lah warna apa2 sekalipun asal jangan koyak, apa saja jenis kasut, tiada cek pun kasut sukan rasanya pun boleh masuk. jangan pakai selipar sudah.

9.10 pm dah lewat sepuluh minit tu, hahaa.. tiba2 speker mengalukan semua dan memberitahu sekali lagi peraturan, tak boleh merakam. lepas tu dia cakap hanya dibenarkan merakam lagu pertama dan terakhir saja, aku terus keluarkan henpon stemby, peluang ni kata ku. lepas tu semua orang suruh berdiri nyanyi lagi NEGARAKU. semangat patriotik tu kena tanam dalam diri, bergema dalam istana budaya.

 selepas saja lagu negaraku. keluar saja search ke pentas disambut tepukan jeritan gemuruh berserta dengan sound intro disambung terus ngan lagu pertama.
1) PANGGUNG KHAYALAN - haha dasyatnya sound walaupun amat sukar utk diterima telinga sebabkan bising yang melampau kan, aku terus rakam lagu ni sampai abis, yes kata hatiku dapat lah juga simpan buat kenangan, ada masa aku masukkan dalam utube hehe

2) BALADA PEMUZIK JALANAN - walaupun aura search tu belum aku dapat rasakan, untuk lagu kedua ni, memang total awesome, aku sudah mula fokus, lagu pertama tadi pegang henpon satu lagu boleh merakam lagu kedua tak boleh sudah, ada juga yang tak faham bahasa atau tak sedar yang lagu pertama tadi dah abis, kena tegur terus.

posisi SEARCH hari tu, NASIR - DIN - AMY - KID kat belakang drumer dan belakang nasir tu atas stage, ada 5 pemain violin besar, haha (aku tak tahu nama benda tu) dorang ni nama kumpulan dorang paladin kalau tak silap. piano kat belah kid dan juga backing vokal. stage sempoi saja, pencahayaan agak menggaggu kami dibahagian atas ni, bila lampu terus memacar kedepan muka, silau siak.

3) KEJORA KU BERSATU - berkumandang di istana budaya, wow mantap versi vokal amy ni, sayangnya tak boleh rakam.
4)GELORA CINTAKU
5)LANGIT DAN BUMI
6)HONKY TONG KOSONG
7)PELESIT KOTA

kesemua lagu2 diatas ni dimainkan oleh drumer jemputan.
dan lagu selepas pelseit kota, drum set digantikan, amy sempat bercerita, sedih juga bila mana yazid sanggup beraksi dengan keadaan sakitnya, demi cintanya utk search, dia bermain ke semua malam.

Selepas yazid mengetuk tiga kali drum stik maka berkumandanglah sound
8)FANTASIA BULAN MADU - Aku berani katakan, ketukan drum yazid memang betul2 menusuk. amy mula trun stage masa lagu ni, untung mereka yang kat bawa huhu.
9)ROZANA (10)KEJORA (11)LAILA NAMAMU TERATAS
12) ISABELLA - hehe lagu wajib ni. aku pun suka lagu ni hahaha, sebelum lagu ni amy suruh keluarkan henpon, ingatkan boleh rakam, rupanya dia nak touch light dinyalakan. rasa macam nak curi2 rakam, tapi aku tgk org yang kena tegur masa memula tadi, tak jadi terus aku rakam.
lagu 13) GADISKU - lagu terakhir yazid di posisi drum, lepas lagu ni yazid mendapat tepukan gemuruh dan sorakan dari peminat.

respek gila aku ngan yazid dalam semua lagu yang dia mainkan sound drum tu bersih, banding ngan drumer jemputan amat kasar bunyiannya, mungkin lagu heavy dan lagu slow, bagi aku sama saja, sound dari ketekutan drum tu memang berbeza tiap2 org. semoga yazid sembuh dan sehat sejatera.

enam lagu berentak slow yang mengamit memori cinta lama, sudah berakhir dan lagu seterusnya sudah semestinya lagu heavy,
14) GOTHIK MALAM EDAN - bayangkan bayangkan, sound cukup berat, ditambah lagi gandingan sound dari bunyian yang dimainkan oleh 5 paladin tu. terbaik lagu ni.

lagu selepas GME pun lagi lah best
15) NO WAY - Lagu rare ni. kini aku duyung,duyung yang bebas...no way tak mungkin..yey
16) CAKAP MEMANG MURAH - arghhhh amy cakap TERIMA KASIH dan berlalu meninggalkan stage berserta semua yang ada dipentas, seolah2 konsert sudah tamat.
stage gelap gelita masa ni, tetiba bunyi solo dari kid, berkumandang, lepas tu disusuli, solo lagu (17) FENOMENA - lagu ni solo terakhir bunyian dari paladin, amat tajam bunyi nya.

dan lagu wajib rasanya say yey ahh
18) ISI ATAU KULIT - sebelum lagu ni macam biasalah berlawan2 say yey ah, yang bawa yang atas, haha..
19)KERETA MERAH - ingatkan banyak lagu lagi lepas ni..huhu

dan lagu terakhir,bukan pasti tapi (20) PAWANA - Masa lagu ni begila atas stage, paladin tu trun ke pentas depan ngan viola besar dorang.. huru hara  stage.

selepas lagu pawana tiada lagi lagu lain, walaupun kedengaran suara2 we want more, apakan daya, kalau nak dengar lagi, datang lah esoknya..

kesimpulan ringkasnya konsert malam aku trun ni berjaya aku puas hati dari segala aspek walaupun kadang2 bunyi gitar din kelaut. aku respek pada vokal amy, walaupun sudah 3 malam beraksi, namun jeritan masih boleh tahan. nak kata amy muda lagi tak juga, kehebatan vokalnya seolah2 masih muda lagi 20 lagu tu, dan gaya nyanyian serta penguasaan pentas memang terbaik, din kid dan nasir mcam konsert biasa yg kita tgk. tenang saja. dari segi sound ianya berbeza dari sound open air, ditambah lagi bunyian violin besar hahaa.. cam dengar orkestra juga. dia punya tarikan tu...arghhhh..


ok lah itu sajalah catatan ni. satu lagi kenangan terindah dalam aku turun konsert tercatat dalam lembaran rock metal ku huhu. kata amy jumpa lagi di lain masa.. PASTI
utk kenang-kenangan

ini link utube -- search - panggung khayalan

list lagu malam 6 december 2014

1.panggung khayalan
2.balada pemuzik jalanan
3.kejoraku bersatu
4.gelora cintaku
5.langit dan bumi
6.honky tong kosong
7.pelesit kota
8.fantasia bulan madu
9.rozana
10.kejora
11.laila namamu teratas
12.isabella
13.gadisku
14.gothik malam edan
15.no way
16.cakap memang murah
17.fenomena
18.isi atau kulit
19.kereta merah

20.pawana

pesanan - sesiapa ada rebiu mana2 konsert malam 4 5 dan 7 , harap dapat kongsikan link kat komen, nak baca apakah setlist lagu2 sama ngan lagu2 malam 6 december ni. phewittt

Jumaat, 5 Disember 2014

SEARCH - ROCKESTRA


hari ni 5 december, esok plak 6 hehe, bungkusan ni mendarat semalam, sepatutnya selasa lagi dah sampai rumah, ntah kenapa poslaju asik tangguh2 saja hantar. apapun selamat juga sampai ok lah, lagi satu, ada bungkusan yang ku order, sepatutnya itu bungkusan akan sampai selasa serentak dengan ni. ianya buat aku curiga. aku dah minta traking no nya, harap2 dia balas lah, kalau tak memang ada yang tak kena.huhu

bercerita pasal album kompilasi ni, aku ingatkan dulu2 kan ni album kompilasi biasa2 saja yang mana berlambak kat kedai tu, tapikan bila aku cari maklumat tentang album ni, pergh!! memang lain, ianya antara album kompilasi yang wajib dimiliki oleh diriku. lagu2 dalam ni, di orkesrakan gitu. baca info kat bawah ni, hehehe.

muzikrock 

aku teruja ok, harganya rm36 siap poslaju, tapi aku dpt kurangkan rm30, berbaloi lah, masih baru lagi stok lama, tak macam kaset DT hari tu, sound menghampakan yang ni ada umm, semua suara dalam ni amy nyanyi masa rakaman konsert gema ditimur jauh unplugged, tapi muziknya di tambahkan dengan gitar karen dan bunyia orkestra mengiringi lagu, aku sudah cari di utube ada 2 lagu saja dalam ni org upload yang lain belum jumpa. huhu.
model farra
oklah besok kan 6 haribulan, aku nak g beli tiket bola malaysia vs vietnam, kalau dapat cun juga, 40k tiket online sudah sold out, ayuu harimau malaysia. hahaha. malamnya aku akan ke kl hehe. kbai.

Khamis, 4 Disember 2014

Lahabau zine

Zine ni mendarat bulan lepas lagi, tapi aku belum abis baca, hari ni kan tak ada apa nak diceritakan, aku tampal saja lah bahan bacaan ni, zine ni aku beli rm4 siap pos daftar, nak kata menarik tu tak juga boleh lah, intebiu ngan band2 punk, grunge. artikel pasal grunge kreator cancel hari tu, dan macam2 lagi, soalan2 diajukan pun agak biasa2 walaupun sesekali tu nak tergelak juga membaca jawapan2 band., zine ni lebih baik dari selipar malaya huhu. okey lah aku tak snap gambar dalam zine ni, sbb ianya hak cipta terpelihara kikiki... kalau korang nak boleh lah kontek sodara pisang kita ni..LAHABAU ZINE editor,

Rabu, 3 Disember 2014

SEARCH & WINGS - DOUBLE TROUBLE 2



search lagi, seperti cd gothik malam edan tu, ni pun terlihat juga dalam tokofb. dengan harga rm26 termasuk poslaju, kondisi kaset mantap tapi tali kasetnya dipenuhi kulat berwarna putih, rasa nyesal ada tapi tak apalah sudah terbeli, aku cuba bersihkan tali kaset rewind ke depan ke belakang, beberapa kali, lepas tu play, sound timbul tenggelam, susah rasanya nak elok kaset ni, habis head kepala kaset aku berdaki dibuatnya, setiap satu lagu kena bersihkan head 2 3 kali.

keinginan utk memiliki album ni disebabkan aku tak perna memilikinya dan tak perna hiraukan pun pasal album ni., perna juga suatu hari tu aku terpegang sudah versi cdnya di speedy sayangnya aku tak beli, sekarang ni mana mau cari tu huhu. hari tu aku dgr utube dan baca kat blog berteromber, terus teringin mau dengar lagu2 search dalam album ni.

dalam ni ada 5 lagu search, 2 lagu lama rakaman semula dan 3 lagu cover. aku suka pada lagu suratku utkmu, versi dipintu sepi ngan balada pemuzik jalanan pun ok, layan, nak pilih yang versi asal ngan versi dalam kaset ni, rasanya aku pilih dari kaset ni. versi utube lah yang clear, klu dalam kaset ni memang total gagal. lepas ni aku akan cari versi cdnya, tak puas hati langsung dengar versi kaset ni, sound timbul tenggelam.

hahahaha itusajalah, harap korang terima lah cerita aku pasal search utk bulan ni. hehehe.

Selasa, 2 Disember 2014

SEARCH - GOTHIK MALAM EDAN




album studio terakhir search, ni album tampa 2 gitaris unggul search, walaupun  ada pertikaikan hillary adalah search sebenar tapi betul keh, bagi aku lah kan, patutnya album ni dua gitaris beradik tu yang bermain dalam ni bukan hillary, bayangkan sebelum rakaman album ni, dorang kena tendang keluar, aku masih ingat lagi baca dalam paper cerita pasal dua beradik ni, tak berdisiplin kata search, lepas tu dorang pun balas juga balik apa yang di kata search terhadap mereka, apa yang paling mengharukan, bilamana dorang ckp selama ini dorang yang siram benih dan akhirnya orang lain yang menuai, memang dramtik cerita search ni dulu2 zaman aku tiada internet aku follow dari surat kabar saja, kerja aku dulu membungkus part macam bungkus nasi lemak, jadinya kan klu aku nampak cerita2 search aku simpan aku gunting2 lepas tu aku lekat kat bilik hostel aku dulu, sayangnya semua tu dah melekat kat hostel tu. ohye sebelum album ni kan ada lagi album yang diwar2 kan akan rilis, empire garden lau tak silap.

cd ni aku beli dari fb, nampak saja kan, aku terus terfikir, klu beli kat kedai pun harga sama saja, ni rm30 masuk sekali poslaju, baru lagi ni, masih dalam plastik., masa memula rilis dulu, bayangkan aku beli kaset memang teruja gilababi, haha, lepas aku beli kaset aku beli yang ada percuma vcd dibalik tabir tu, versi digipack tu abang aku dah hilangkan cover albumnya dan vcd nya yang tinggal hanya cd nya saja. ni keinginan memuncak time2 gini kan, biasalah musin search melanda jiwa ni, terus saja aku sambar cd ni.

lagu2 dalam ni tak ya tgk lirik pun aku dah bleh nyanyi dah, kira ni dah terhafal sepenuhnya lagu2 dalam album ni, lagu2 dalam ni pun best2 belaka bagi selera aku lah. dari yang slow sampai lah ke lagu maut irama marakas.. lirik lagu ni pergh!! makan dalam dia punya feeling tu. sayangnya kan lepas album ni, aku meninggal kan search buat seketika, itu sajalah. akan ada lagi yang menyusul. otw ke mailbox aku k bai.

Rabu, 26 November 2014

PANGGILAN PULAU PUAKA 1998 - 2004

ALkisah kompilasi berpuaka di malaysia ni, semalam aku telihat post kat fb rakan list panggilan pulau puaka ni. sebetulnya aku memang tidak tahu ada berapa banyak rilisan PPP ni, selepas melihat list tu aku terus terfikir, ini saja kah yang perna diriliskan, dengan perasaan teruja aku selongkar koleksi aku, cari ada berapa sudah kaset ppp dalam koleksi aku...

tarah....

ohye ternyata ada 5 kaset sudah, bermakna hanya cari 2 lagi, hahaha.. keterujaan tu kembali, memang aku lama dah google kompilasi ni, tapi tak jumpa mana2 artikel yang tetaip dalam alam maya ni, ada pun sekadar gambar, tiada info sahih, bila aku lihat list kat bawa ni, aku terus yakin, walaupun aku tanya hanya ini sajakah koleksi kompilasi ni, mengikut apa yang aku tahu,, ya seperti list kat bawa ni


PANGGILAN PULAU PUAKA HELLIST (Label: Psychic Scream Entertainment)


Panggilan Pulau Puaka (1998)
Panggilan Pulau Puaka II (1999)
Panggilan Pulau Puaka III vol. 1 (2000)
Panggilan Pulau Puaka III vol. 2 (2000)
Panggilan Pulau Puaka IV vol. 1 (2001)
Panggilan Pulau Puaka IV vol. 2 (2001)
Panggilan Pulau Puaka Paling Puaka (2004)


ini sajalah yang ada, senang cerita sapa yang nak tahu tentang kompilasi ni, inilah dia jawapannya, macam aku memang aku gembira mengetahuinya, bukan apa, jaman ppp ni, aku tak kenal metal lagi hahahaha k bai semoga pencarian kita akan berakhir...

edit 12/12/14
ada penambahan info. info kat atas tak lengkap.
aku baru jumpa gambar dari rakan fb.
list kesemua album PPP ni seperti gambar dibawah
kredit gambar bro othman

PANGGILAN PULAU PUAKA HELLIST (Label: Psychic Scream Entertainment)

Panggilan Pulau Puaka (1998)
Panggilan Pulau Puaka II (1999)
Panggilan Pulau Puaka III vol. 1 (2000)
Panggilan Pulau Puaka III vol. 2 (2000)
Panggilan Pulau Puaka IV vol. 1 (2001)
Panggilan Pulau Puaka IV vol. 2 (2001)
Panggilan Pulau Puaka V vol. 1 (2002)
Panggilan Pulau Puaka V vol. 2 (2002)
Panggilan Pulau Puaka Paling Puaka (2004)


Selasa, 25 November 2014

SEARCH - Gema di timur jauh ''UNPLUGGED'' dan RAMPAGE, sekali dengan baju SANTAU

salam,, kali ni nak ceta pasal 2 cd kat atas ni, bersempena deman SEARCH melanda diri ku ini.. 2 cd ni sudah lama ku perhatikan kat speedy, dalam hati memang nak sambar, tapi tgk keadaan ada benda lain yang harus didulukan sebabnya cd2 ni masih segar dipasaran. hehe.. tapikan KARISMA punya album dan ada beberapa kompilasi search kat speedy tu sudah tiada,,, lepas ni kena terjah pergi kedai lain pula, alang2 dah nak lengkap koleksi cd2 SEARCH aku ni.. untuk satu cd ni harganya rm13.90, hehe jewelcase utk RAMPAGE tu pecah, aku sound terus suruh ganti baru huhuhu...
klu nak diceritakan lagi kan.. album gema ditimur jauh unplugged ni sudah ada dengan aku versi kaset dan juga vcd, kaset dan hilang yang tinggal vcd, heran juga aku macam ada kurang satu lagu2 search dalam koleksi aku, rupa2nya, lagu hilang dalam terang ni hanya ada dalam versi cd dan kaset, dulu memang ada skg tiada, sbb tu aku beli cd ni haha...sound dengan vcd sama saja cuma bezanya vcd tu ada gambar dan versi cd ni ada lagu hilang dalam terang..cd rampage pula tu mantap juga packingnya antara termantap rilisan cd rasanya dalam koleksi search aku ni, ada logo ada gambar cunnn.. lagu best sudah semestinya FEEL THE PAIN ok haha

Kat bawa ni pula baju santau - santau tuju tuju (official tu (C) 2014) HAHA.

depan
belakang
Ini baju kedua santau yang aku beli, support geng.. ni baju rilis masa gig klhb hari tu, klu nak banding baju pertama ngan yang ni, ini baju iLIKE it,,, aha aha.. itu sajalah utk baju santau, saja nak tampal sini kan..huhu