Rabu, 10 Disember 2014

SEARCH - LIVE AT PLANET HOLLYWOOD 2007

Akhirnya mendarat juga semalam, sebelum tu aku nak cerita pasal kotaknya dulu k, flexipack. pelik juga aku bila aku tanya barang dah pos ke belum, katanya sudah pos guna flexipack, dia bagi traking no nya, bila aku jejak sangkut kat pusat mel kk beberapa hari baru tukar update. deal kaset ni 2 minggu baru sampAi, lambat betul guna benda ni.. apapun aku bersyukur selamat sampai rumah..

aku bukan kebaruan ngan rilisan ni, dulu masa rilis ni manalah terfikir sesuatu benda tu akan ada nilai nya tersendiri, dulu aku hanya beli vcd cetak rompak saja tonton konsert ni.. hari tu sebelum konsert kat ib mmg ramai yang jual cd kaset2 search, macam musin dia datang pula, ada yang lama ada yang baru, jadi aku pilih yang baru, sebab harga pun boleh runding, rm30 termasuk pos ni. berbaloi bagi aku.. kalau second mungkin aku berfikir 2 3 kali... haha
ada 2 kaset dalamnya, puas hati dengan sound yang masih dara lagi... terbaik kata hati ku, macam tak puas dengar semalam, aku akan jadikan ini playlist harian sampai tahun depan. hahaha.. eh eh gambar kawan aku ada dalam inlay kaset ni. nasiblah masa ni aku tak kenal dia lagi, kalau tak aku dah join sekali tgk konsert ni..
list lagu2nya maut tu.. aku teringin sekali tgk live lagu setelah hujan tu... joe wings pun ada main dalam album live ni, hillary tu.. tiada lagi din ngan kid huhuhu.. sapa yang ada sini masa ni,,, sudah semestinya bro deaf, yang banyak mention pasal konsert ni... emanuelle tu... itusajalah.. nanti aku catatkan barang trade pula dilain halaman... besok cuti buat negeri selangor.. bersempena hari keputeraan sultan selangor.. HEHEHE

4 ulasan:

  1. it was a very nice evening. Ni 2nd show la Hillary/Joe Wings combination. First was kat Johor Indoor Stadium, konsert Amal setelah banjir teruk tu.
    Amy Search body surfing..no problem pasal memang packed cam sardin. A night to remember.
    Habis show, first time aku jumpa Arwah Ijan. He was then part of a team setting up Sayap2 Wings.
    Masa vcd show ni keluar aku tanya dia "eh, ada muka aku ke?" dia cakap ada.
    Ala...malu nya...aku segan la benda2 gini hahaha....

    BalasPadam
  2. Dah cuba hantar pakai mailbigfile.
    Guna email tak boleh pasal file terlampau besar.
    Check email, nanti dia ada kasi website untuk download file tu, mungkin active selama seminggu.
    Kalau tak boleh, aku cuba lagi.

    BalasPadam