Isnin, 8 Disember 2014

S E A R C H - LIVE IN ISTANA BUDAYA 2014

masa ni last song dah boleh rakam dan sebagainya
salam semuanya, hehe, ni aku nak ceritakan pengalaman aku menyaksikan search live malam 6 december 2014, ianya cukup mengujakan aku, ni adalah pertama kali aku ke istana budaya, jadi macam2 benda yang bermain dalam kepala otak aku, sebelum konsert bermula. aku gerak dari rumah terlalu awal, jam 5.30pm, takut jem jalan takut sesat, takut klu datang lewat paking tiada. akhirnya aku sampai juga sekitar jam 6 lebih macam tu, aku ingatkan aku saja yang datang awal rupanya sudah ramai yang datang, paking masih banyak kosong, tapi mula lah nampak sempit, masa aku membelok masuk ke lorong istana budaya, ada satu kereta ferrari hampir langgar aku, mentang2 lah pakai kereta mahal, nampak kereta orang macam apa saja, orang ni pun masuk istana budaya juga, aku masuk lorong biasa dia masuk paking VIP. klu jadi betumbuk pun aku tak kisah lah.
ramai yg bebaris beli baju

sebelum konsert mula masih panjang masa lagi, aku pun jalan2 lah keliling istana budaya ni, ambil gambar, dan sempat lah pergi ke lokasi jualan baju2 search, sempatlah aku beli baju rasmi konsert ni, bayangkan aku minta saiz L tiada last kopek saiz xxl, itupun orang dah pegang, aku perhati saja, bila orang tu lepas aku terus sambar, bila aku tray saiz bajunya nampak muat walaupun longgar, jadinya aku terus bayar.eh eh boxset mp3 search pun ada promosi rm200 saja bagi yg ada tiket konsert, sayangnya aku tak berduit siakkk rasa kecewa diri ni, tak apa aku dah minta no mamat jual boxset tu, nanti aku call saja klu dah ready.

8.40pm diumumkan oleh speker suruh matikan henpon sebelum memasuki venue, aku tak matikan henpon kasih mute saja, masuk saja dalam venue pergh!!! aku bayangkan selama ini tgk gambar yang lokasi tempat duduk aku ni jauh, rupanya sangkaan aku meleset, bayangkan wajah2 search jelas kelihatan, tak macam tgk metalika hari tu, muka pun tak nampak, jauh sangat. ni memang dekat, jangan percaya gambar. sempat lah aku snap gambar sebelum konsert ni mula, aku tgk ramai juga yang ambil gambar. lagi satukan aku tgk org kita ni mmg tak faham bahasa, dah jelas tertulis tak boleh pakai cap ada juga yang pakai, lagi satu aku ni macam dari balik dari keja opis pula cara pakaian aku, lucu aku rasa, orang lain ni sempoi saja pakaian mereka, lepas ni kalau aku ke istana budaya lagi tak dah hal lah, jeans boleh masuk lah warna apa2 sekalipun asal jangan koyak, apa saja jenis kasut, tiada cek pun kasut sukan rasanya pun boleh masuk. jangan pakai selipar sudah.

9.10 pm dah lewat sepuluh minit tu, hahaa.. tiba2 speker mengalukan semua dan memberitahu sekali lagi peraturan, tak boleh merakam. lepas tu dia cakap hanya dibenarkan merakam lagu pertama dan terakhir saja, aku terus keluarkan henpon stemby, peluang ni kata ku. lepas tu semua orang suruh berdiri nyanyi lagi NEGARAKU. semangat patriotik tu kena tanam dalam diri, bergema dalam istana budaya.

 selepas saja lagu negaraku. keluar saja search ke pentas disambut tepukan jeritan gemuruh berserta dengan sound intro disambung terus ngan lagu pertama.
1) PANGGUNG KHAYALAN - haha dasyatnya sound walaupun amat sukar utk diterima telinga sebabkan bising yang melampau kan, aku terus rakam lagu ni sampai abis, yes kata hatiku dapat lah juga simpan buat kenangan, ada masa aku masukkan dalam utube hehe

2) BALADA PEMUZIK JALANAN - walaupun aura search tu belum aku dapat rasakan, untuk lagu kedua ni, memang total awesome, aku sudah mula fokus, lagu pertama tadi pegang henpon satu lagu boleh merakam lagu kedua tak boleh sudah, ada juga yang tak faham bahasa atau tak sedar yang lagu pertama tadi dah abis, kena tegur terus.

posisi SEARCH hari tu, NASIR - DIN - AMY - KID kat belakang drumer dan belakang nasir tu atas stage, ada 5 pemain violin besar, haha (aku tak tahu nama benda tu) dorang ni nama kumpulan dorang paladin kalau tak silap. piano kat belah kid dan juga backing vokal. stage sempoi saja, pencahayaan agak menggaggu kami dibahagian atas ni, bila lampu terus memacar kedepan muka, silau siak.

3) KEJORA KU BERSATU - berkumandang di istana budaya, wow mantap versi vokal amy ni, sayangnya tak boleh rakam.
4)GELORA CINTAKU
5)LANGIT DAN BUMI
6)HONKY TONG KOSONG
7)PELESIT KOTA

kesemua lagu2 diatas ni dimainkan oleh drumer jemputan.
dan lagu selepas pelseit kota, drum set digantikan, amy sempat bercerita, sedih juga bila mana yazid sanggup beraksi dengan keadaan sakitnya, demi cintanya utk search, dia bermain ke semua malam.

Selepas yazid mengetuk tiga kali drum stik maka berkumandanglah sound
8)FANTASIA BULAN MADU - Aku berani katakan, ketukan drum yazid memang betul2 menusuk. amy mula trun stage masa lagu ni, untung mereka yang kat bawa huhu.
9)ROZANA (10)KEJORA (11)LAILA NAMAMU TERATAS
12) ISABELLA - hehe lagu wajib ni. aku pun suka lagu ni hahaha, sebelum lagu ni amy suruh keluarkan henpon, ingatkan boleh rakam, rupanya dia nak touch light dinyalakan. rasa macam nak curi2 rakam, tapi aku tgk org yang kena tegur masa memula tadi, tak jadi terus aku rakam.
lagu 13) GADISKU - lagu terakhir yazid di posisi drum, lepas lagu ni yazid mendapat tepukan gemuruh dan sorakan dari peminat.

respek gila aku ngan yazid dalam semua lagu yang dia mainkan sound drum tu bersih, banding ngan drumer jemputan amat kasar bunyiannya, mungkin lagu heavy dan lagu slow, bagi aku sama saja, sound dari ketekutan drum tu memang berbeza tiap2 org. semoga yazid sembuh dan sehat sejatera.

enam lagu berentak slow yang mengamit memori cinta lama, sudah berakhir dan lagu seterusnya sudah semestinya lagu heavy,
14) GOTHIK MALAM EDAN - bayangkan bayangkan, sound cukup berat, ditambah lagi gandingan sound dari bunyian yang dimainkan oleh 5 paladin tu. terbaik lagu ni.

lagu selepas GME pun lagi lah best
15) NO WAY - Lagu rare ni. kini aku duyung,duyung yang bebas...no way tak mungkin..yey
16) CAKAP MEMANG MURAH - arghhhh amy cakap TERIMA KASIH dan berlalu meninggalkan stage berserta semua yang ada dipentas, seolah2 konsert sudah tamat.
stage gelap gelita masa ni, tetiba bunyi solo dari kid, berkumandang, lepas tu disusuli, solo lagu (17) FENOMENA - lagu ni solo terakhir bunyian dari paladin, amat tajam bunyi nya.

dan lagu wajib rasanya say yey ahh
18) ISI ATAU KULIT - sebelum lagu ni macam biasalah berlawan2 say yey ah, yang bawa yang atas, haha..
19)KERETA MERAH - ingatkan banyak lagu lagi lepas ni..huhu

dan lagu terakhir,bukan pasti tapi (20) PAWANA - Masa lagu ni begila atas stage, paladin tu trun ke pentas depan ngan viola besar dorang.. huru hara  stage.

selepas lagu pawana tiada lagi lagu lain, walaupun kedengaran suara2 we want more, apakan daya, kalau nak dengar lagi, datang lah esoknya..

kesimpulan ringkasnya konsert malam aku trun ni berjaya aku puas hati dari segala aspek walaupun kadang2 bunyi gitar din kelaut. aku respek pada vokal amy, walaupun sudah 3 malam beraksi, namun jeritan masih boleh tahan. nak kata amy muda lagi tak juga, kehebatan vokalnya seolah2 masih muda lagi 20 lagu tu, dan gaya nyanyian serta penguasaan pentas memang terbaik, din kid dan nasir mcam konsert biasa yg kita tgk. tenang saja. dari segi sound ianya berbeza dari sound open air, ditambah lagi bunyian violin besar hahaa.. cam dengar orkestra juga. dia punya tarikan tu...arghhhh..


ok lah itu sajalah catatan ni. satu lagi kenangan terindah dalam aku turun konsert tercatat dalam lembaran rock metal ku huhu. kata amy jumpa lagi di lain masa.. PASTI
utk kenang-kenangan

ini link utube -- search - panggung khayalan

list lagu malam 6 december 2014

1.panggung khayalan
2.balada pemuzik jalanan
3.kejoraku bersatu
4.gelora cintaku
5.langit dan bumi
6.honky tong kosong
7.pelesit kota
8.fantasia bulan madu
9.rozana
10.kejora
11.laila namamu teratas
12.isabella
13.gadisku
14.gothik malam edan
15.no way
16.cakap memang murah
17.fenomena
18.isi atau kulit
19.kereta merah

20.pawana

pesanan - sesiapa ada rebiu mana2 konsert malam 4 5 dan 7 , harap dapat kongsikan link kat komen, nak baca apakah setlist lagu2 sama ngan lagu2 malam 6 december ni. phewittt

6 ulasan:

  1. tengok dia punya setlist tu...boleh la...ada jugak lagu yang jarang dorang bawak live...

    btw...nice review bro..

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas reviewnya bro..gamba pun lawa walaupun jauh

    BalasPadam
  3. Great review my fren.
    Istana Budaya nye konsert rock, ko boleh nampak semua golongan masyarakat. Tapi aku tak pedulik, aku datang berpeluh2 jalan kaki, naik pengangkutan awam ngan orang2 yang VVIP. Aku bukan pergi Istana betul pun.
    Apa pun kasut sport memang boleh, aku pakai track shoe je janji kasut.
    Yang tshirt takde kolar tu ramai pakai pasal semua pakai logo Search. So aku rasa ok, tapi lain kali nak play safe pakai je tshirt ada kolar. Seluar jeans asal jangan lusuh sangat ok la kot. Ni observations aku la.

    Anyway, pada aku just nice la Search nye timing untuk konsert ni 2 jam gitu. Aku terhibur. Mungkin pasal aku pergi tanpa ada apa banyak harapan.

    BalasPadam
  4. thanks for sharing bro...Wa cuma mampu jengok Istana tu dari dalam wad HKL je...Nampak memang meriah dari awal petang lagi...Huhuuu

    BalasPadam
  5. 4 disember:

    (announcement m/c sungguh mantap)
    1)panggung khayalan
    2)balada pemuzik jalanan
    3)kejoraku bersatu - lighting memukau
    4)laila namamu teratas
    5)gelora cintaku - riff yang diBERATkan lagi
    6)langit dan bumi
    7)menuju puncak - energy oleh amy yg sangat kuat
    8)honky tong kosong
    9)pelesit kota - intro cello yg menggantikan intro akustik cukup menarik
    (yazid masuk everybody went wild and sorak for him, amy teresak2 ckp ttg keadaan yazid, amy cakap ttg susah payah search di KL untung mencari peluang dengan lagu seterusnya)
    10)kejora
    11)rozana
    12)fantasia bulan madu - saling berkorus antara amy dan crowd
    (the usual amy introduction sebelum "isi", say yeahhh)
    13)isi atau kulit
    (amy cakap ttg kejayaan diorg melalui lagu sterusnya)
    14)isabella- satu dewan berkumandanggg
    15)gadisku
    (yazid keluar, melambai2, satu dewan berdiri dan bersorak)
    16)diari habil dan qabil - my favourite
    17)gothik malam edan
    18)no way!!!- part ni lawak bila amy silap introduce, katanya lagu ni from Karisma haha
    19) fenomena - intro solo Kid yg menghantui dan iringan cello menarik
    20)kereta merah
    21)pawana - crowd is uncontrollable

    BalasPadam
  6. kesuluruhannya, a superb show by Search although dalam umur golden, especially yazid tapi Kid mcm ada technical problem je asyik tukar gitar tengah2 lagu, Amy is still the best, drummer jemputan pon energy bagus.

    BalasPadam