Rabu, 24 Disember 2014

cerita pagi rabu..

bersempenan esok cuti umum haha.. aku nak ceta di pagi rabu ni, pasal apa sajalah yang terlintas di benak hati ku hehe.. sebelum tu apa kata kita renung dalam2 diri kita apa yang kita cari yang hidup pasti mati.. lagu xpdc tu nyanyian mael, oklah terus ke topik pagi rabu yang indah ini. aku bangun pagi2 dengan senyuman seperti biasa, hidupkan enjin kereta automatik usb mp3 terus on lagu.. dalam hati ucap bismillah sebelum putar kunci jajaja.

cerita ni sebenarnya aku nak tampal dalam beberapa hari yang lepas. disebabkan tiada edia yang datang tangan pun rasa malas nak menaip makanya aku tak jadi tampal, pagi ni aku rasa macam best plak menaip ni. ini isu pasal bola piala suzuki tu hari, malaysia lawan thailand, akhir kedua.. bayangkan aku berdoa k utk kemenangan pasukan kita, ngan safiq rahim dapat kasut emas.. doa termakbul aku rasa, malaysia menang, safiq dapat kasut emas, patutnya aku rasa kecewa ngan kemenangan tu tapikan ntah ada satu perasaan yang aku boleh terima kekalahan tu, walaupun kawan2 macam tak dapat terima, adat main bola mesti ada menang ada kalah. malaysia dah buat yang terbaik tu, bangkit 3 gol, bukan mudah, selama aku follow pasukan harimau malaya ni, dari tahun 2009 tak silap aku, tak perna2 bangkit pun harimau ni, tahun ni keajaiban memang berlaku untuk pasukan ni. sapa sangka, kalau dilihat komen2 dalam laman fb tu,kutukan cacian makian utk pasukan ni bukan alang2 ohh. tapi itu lah bola sepak apapun boleh berlaku., harap para haters sekalian tu sedar lah dengan apa yang berlaku dalam kejohanan kali ni, bukan kah malu sendiri kan bila dengan bangganya penuh egonya melemparkan kata2 berbaur cacian, last2 kena kat muka sendiri huhu.

bayangkan aku nak tgk bola hari sabtu tu, balik kerja jam 5.30. kena lagi pergi damansara, bayangkan cemana lah perasaan hati ku, aku ckp dalam hati kalau jem tak sampai tepat masanya memang aku singgah mana2 tempat gerai, nasiblah aku sampai sebelum perlawanan bermula.. perasaan masa memandu tu memang lain macam, nak bawa laju, keluarga ada ikut sekali, dengan penuh sabarnya aku drive pelan2 huhu.

ni pula pasal sabtu dan ahad ni, 27 ngan 28, aku plan memang nak turun kedua2 gig pada tarikh ni. 27 kat janda baik pahang, yang ni aku dah rancang semuanya, 28 ni kuala lumpur black fest, kawan yang buat, kena juga turun support ni, band neftraka ada main, gila tak turun kata hati ku. tapikan, tetengok pula tv3 orang rumah ni, katanya ada jo heboh kat icity 27,28. haha, memang pertembungan klasix, aku memang tahu, ni satu2 nya event yang orang rumah aku suka pergi, tak perna lepas, selalunya buat kat bukit jalil, kali ni dekat saja ngan rumah.. memang wajib pergi lah kan, aku terpaksa batalkan hajat nak tengok neftaraka, walaupun kata mereka ini adalah gig terakhir di kuala lumpur buat mereka. aaaarghhhh!!! kat janda baik pula, rasa macam nak pergi ni, tapi tgk lah, kalau aku pergi adalah tu rebiunya, aku ingat kawan2 aku akan faham kot, bukan selalu ada jo heboh cuma tarikh saja yang bertembung.. huhu... oklah.. selamat bercuti kawan2 utk esok..

3 ulasan:

  1. jom heboh kan pagi2 dah bukak? gi la pagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. selalunya kami g petang jam 2 camtu, trus sampai malam, tgk konsertnya sekali..

      Padam
  2. Ok la tu sesekali mengalah untuk bini.. Heheh

    BalasPadam