Memaparkan catatan dengan label Rojak Cincai... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rojak Cincai... Papar semua catatan

Isnin, 29 Disember 2014

Entri terakhir tahun INI 2014

SALAM semua, ini adalah catatan terakhir untuk tahun ni, tahun yang cukup mengujakan bagi diriku haha.. pejam celik habis dah tahun 2014 ni, banyak kenangan yang tercatat juga dalam diary hidupku, tahun ni, begitu aktif aku mempublishkan entri, teruja gila2 berblog, yang pastinya aku sedari, bukan semua orang dapat menerimanya, aku ok saja.. untuk rakan2 blogger aku ucapkan berbanyak terima kasih atas komen2 serta teguran2 kalian, tampa kalian sunyi sepilah blog cikai ini.. aku juga mohon maaf kiranya aku ada terkata bukan2 dalam komen2 aku. jika ada silap dan salah diri ku harap di maafkan lah, sebagai manusia biasa diri ni memang tak sempurna, banyak lagi yang aku harus pelajari.. jika korang perhati, aku banyak ambil teladan dari blog2 kalian, aku bukan meniru tapi aku jadi kan kalian sumber inpirasi ku.. korang pasti tahu sapa kalian hehe.. sebetulnya aku nak taipkan apa saja kenangan yang terlintas dalam fikiran ku saat ini, aku nak arkibkan dalam catatan terakhir tahun ni. kat bawa ni aku akan taipkan nombor berserta dengan sedikit cerita dan apa2 lah yang aku rasa menarik utk dikongsikan bersama kawan2 semua.

1) - tahun lepas 2013 aku ada buat entri terakhir juga, siap letak azam bagai lagi dalam tu kan, rasanya sedikit saja yang terlaksana, tapi oklah.. kegilaan aku dalam membeli rilisan2 baru agak slow tahun ni, mungkin aku kembali ke mainstrem punya jalan balik. tak apa tahun depan ada rezeki sambung balik kolek semua rilisan yang tertinggal.

2) - tahun ni juga aku dapat cahaya mata baru, sekarang ni kami dah berempat hehe..tahun depan kalau ada rezeki mungkin bertambah lagi jajaja..

3) - cerita pasal koleksi pula, tahun ni aku berjaya melengkapkan koleksi kaset cromok ku. satu kegembiraan yang aku tak dapat bayangkan, walaupun ada beberapa rilisan kaset yang tak rasmi dari cromok aku belum sambar, rasanya official punya rilisan semua aku sudah ada. kecuali demo mereka, itu kalau dapat syukur... koleksi search aku, tahun ni bertambah secara mendadak... disebabkan deman search melanda penghujung tahun ni.. yang aku melepas satu saja. boxset mp3 tu. ni pun berharap pada rezeki juga.. kalau ada adalah, tapi aku berusaha untuk dapatkannya. ohya koleksi FTG ngan as sahar,hampir saja lengkap, tengoklah tahun depan cemana kalau deman band ni melanda kompom aku terjah cari dan lengkapkan koleksi ni.

4) - apa lagi yang aku nak cerita... hmmmm.... tengah berfikir ni!! ohya aku perna cerita tahun ni pasal nak jadi driver lori kan.. rasanya macam nak jadi nyata.. mungkin tahun depan kot aku start bawa lori tapi tak tahu lah bila ya. mungkin aku akan buat satu entri untuk tu nanti hehe..  tempat kerja aku sekarang ni bagus, kompani orang kita bayar gaji pun awal, tempat kerja pun tak jauh dari rumah, cuma masalahnya ni, aku nak cari pengalaman baru, dan aku fikir2 sudah, kalau aku terusan disini rasanya aku tak kemana kot.. mungkin rezeki aku ada kat luar sana.. harapnya apa yang aku rancang akan berjalan ngan jayanya.

5) - blog UVIANHELL696 ni sudah dua tahun beroperasi hahaha.. musti korang tertanya2 napalah aku letak nama camtu tu, siap ada hell hell gitu... sebetulnya aku memang teruja gila2 ngan black metal ni, 696 tu pula sebab aku tertarik ngan album impiety kaos kommand 696.. uvian tu kira suku aku lah, bajau ubian.. kasih ubah huruf B ke V biar nampak ganas gitu hahaha.. tapikan bila dah lama2 menulis ni, aku pun cam nak tukar nama ni, sebab plan aku mula2 tu nak share2 apa sajalah koleksi aku berkaitan muzik serta aktivinya, bila fikir2 tak jadi lah. sebab bagi aku itu nama pun kira ok juga lah, tiada samanya, hanya satu saja dalam dunia maya ni, HAHAHA...

6) - ok yang keenam, cerita pasal banyak benda melepas, patutnya aku taip kat no 1 tadi atau no 3, tapi tak apalah aku taip saja kat sini. apa yang aku melepas tahun ni yang aku rasa macam kerugian tak merasainya atau memilikinya. normal lah bagi diriku ni, nak itu ini bila berduit sudah, tapi bila sudah ada tu, rasa cam nak yang lain pula, bila dah tak terbeli terus kecewa, benda rare lah katakan... semua benda aku melepas ada dalam bayangan aku sekarang ni nak sebut nak taip kat sini cam tak best gak kan. seperti kita hanya mampu merancang tuhan yang menentukan. ambil contoh tarikh 27 28 december tahun ni. patutnya aku ke janda baik pahang tgk gig kat sana, plan sudah cantik, last minit cancel, 28 pula kl black fest. yang patutnya aku pergi, disebabkan ada hal yang lebih utama aku terpaksa skip, dan melepaskan peluang berharga menyaksikan satu band lokal tempatan yang paling aku respek dalam muzik black metal, NEFTARAKA, rasanya tidak ada masa lagi dapat menyaksikan mereka ni, aaarghh!! mereka dah umumkan yang ni persembahan terakhir mereka kat kl huhu.. kecewa, tapi bila aku fikir2 apa boleh buat...

7) - gig/konsert, gig yang paling menarik tahun ni aku turun gig klhb tu hari meriah jugalah.. walaupun tahun ni kurang aku turun gig, enjoy jugalah.. konsert pula, sudah semestinya SEARCH kat istana budaya.. walaupun tak puas tapi itu adalah konsert terbaik,rasa macam nak tengok lagi search beraksi, nasiblah ada kat utube, boleh lah segar kan semula ingatan, ohya utk rakaman botleg seacrh mp3 pun ada dalam simpanan terima kasih banyak2 utk bro deaf kerana memberinya kat aku.. aku amat menghargainya, aku belum lagi convert ke cd, oh xpdc tahun ni juga kan, sayanglah konsert xpdc tu hari kat sepang, agak hambar juga, ingatkan ditahun yang moden ni, patutnya band selegend xpdc tu, beraksi dengan dasyatnya..itulah pepatah bukan semua yang dirancang akan menjadi nyata. tahun ni aku mengharapkan selain dari search neftaraka, cromok juga aku betul2 nak tengok, apakan daya belum ada rezeki lagi, harapnya tahun depan ada kabar gembira cromok beraksi di istana budaya pula amacam, band metal pertama buat konsert kat sana.. hahaha pasti terbaik..punyalah.. tak lupa juga lagenda black thrash dari JEPUN sabbat yang aku rasa kalau ngam dengan venue, mungkin ni gig terbaik utk tahun ni, disebabkan lokasi yang tak begitu memuaskan ianya sedikit hambar.. aaaaarghhh!!!

8) - rilisan terbaru 2014 yang aku beli yang terbaik utk tahun ni aku bagi kat HUMILIATION - BATTALION, ANTABOGA - MAYANG MISTIK 2. AU REVOIR - MYSTIKULT, tiga album ni yang terbaik tak jemu layan muziknya, banyak rilisan tahun ni dari band2 lokal, mungkin ada lagi terbaik, disebabkan bajet terhad, hanya memfokuskan band2 yang di follow makanya ini saja yang aku boleh katakan terbaik. rilisan lama yang aku baru beli ada banyak berbanding ngan rilisan baru, mungkin disebabkan aku fikir yang baru tahun depan musti ada jual lagi, jadinya diutamakan dulu rilisan lama yang belum dimiliki.

9) - CD dan Kaset, kedua2 format ni rasanya aku dah mula suka, dulu aku hanya memfokus kan pada kaset saja, tapi sekarang selepas banyak membaca dalam laman maya ni, aku cepat mengerti, album yang terbaik dalam format kaset tak kan bertahan lama kualit soundnya, kalau dalam cd kemungkinan utk rosak tu agak kurang, jika nak dibandingkan ngan kaset. jadinya kalau boleh aku akan beli cd ngan kaset sekali dimasa akan datang. pasal LP haha.. memang hajat nak beli playernya, tapi bila aku fikir2 ngan pendapatan aku, rasanya aku kena lupakan dulu benda ni, bukan apa bajet berLP ni bukan sikit, dia punya rega lp saja dah ratusan, tengok lah di masa akan datang aku tanamkan dulu keinginan aku utk berLP ni buat sementara waktu. hehe.

10) - yang terakhir, atau ada lagi. rasanya cukuplah sampai sini saja catatan ni. kalau ada tertinggal sambung saja di entri terakhir tahun depan pula.. OH nak berazam kah aku tahun ni. ohya baru aku teringat, ARAK ngan ROKOK. alhamdulillah.. akhirnya aku disedarkan juga dan diberikan kekuatan hidayah utk menepis godaan dunia ni, sebetulnya aku ni cukup jahil, arak ni dulu masa belum kawin tak ya cakap lah minuman hariaan ohh betapa banyaknya dosa yang aku lakukan, menyesal beb, nasiblah tuhan tu maha pemurah, aku bertaubat tak kan menenguk lagi arak ni, hingga akhir hayat ku, sebetulnya aku bukan nak bangga diri ok, tapi kenyataan, kalau lepak ngan kawan2 kat gig, arak ni memang jadi bahan utama utk berhibur, walaupun ada yang tak minum, tapi bagi mereka yang gila2 haha faham2 sajalah. ok tak mau cakap banyak2 nanti orang lahar aku pula (ayat lahar ni aku dapat dari bloh deaf) masih banyak kawan2 yang minum ni, aku doakan mereka juga akan sedar  dan diberikan hidayah,, rokok, masa kuliah ramadhan kan, ada seorang ustaz yang ceramah kat surau aku selalu pergi, ustaz ni aku respek juga, walaupun dia tahu dalam surau ni, kebanyakan jemaah nya mengisap rokok, ustaz ni pandai juga, dia cerita2 bab2 rokok ni, sudah difatwakan haram. aku tak boleh terima ni sebenarnya, isap juga sedap benda ni, kalau lepas makan isap memang terbaik, benda paling susah nak tinggal ni, bagi perokok tegar, aku 13 tahun dah merokok ni dari jaman sekolah sampai lah last tahun ni, memang ada niat nak berenti tapi susah beb, bukan alang2 ni, ketagihan nekotin ni rasanya tak boleh nak tinggal, ketagihan beli cd kaset rasanya tak macam ni. pendekkan cerita beberapa bulan lepas, aku sakit dada malam2, aku selalu bangun tengah malam, aku rasa cam nak mati macam2 aku fikirkan, bila aku lihat anak isteri ku, pergh!! terbayang2 benda2 yang amat mengecewakan, petangnya tu kan.. aku g surau solat magrib, ada ceramah lepas tu, ustaz yang selalu dtg masa ramadhan ni, masih juga mengingatkan pasal rokok ni, last malam tu rokok terakhir aku, pagi esoknya aku tak beli lah, sampai lah beberapa hari, aku dah boleh mengelak dari merokok ni.. waaaa syukur kata hati ku, keinginan tu memang ada, bila aku fikir2 balik benda ni, kalau sudah boleh berenti kenapa aku tak teruskan. aku tahan biar pun kawan2 melepak hampir semua merokok, sesak nafas juga aku dibuatnya. nahhh sudah masuk 3 bulan aku berenti merokok... alhamdulilah, malam2 dada aku tak sakit lagi, tapi ada perubahan pula yang berlaku, aku sudah makan bawang, kalau dulu aku tak makan bawang ni, sekarang ni, aku macam gian pula nak makan bawang besar ni, lagi satu aku dah kuat makan, kejap2 lapar gitu. perubahan dalam kehidupan seharian aku mula berubah. itu sajalah cetanya pasal rokok ngan arak ni.

11) - haha ini lah yan terakhir sebetulnya. untuk tahun depan, aku rasa aku terus berblog, mungkin akan kurang entri, sebab aku nak kurangkan membeli barang2 dan turun ke gig rasanya, tengok band2 beraksi lah cemana ngan keadaan. semoga tahun depan akan lebih baik lagi dari tahun ni. itu sajalah, aku malas dah berazam, biarlah ianya berjalan seperti apa yang aku harapkan.. ok bye2 tahun ni. untuk rakan2 blog dan pembaca blog cikai ni.. aku ucapkan selamat tahun baru 2015. heppy2 saja semua. jumpa tahun depan lagi.

Rabu, 24 Disember 2014

cerita pagi rabu..

bersempenan esok cuti umum haha.. aku nak ceta di pagi rabu ni, pasal apa sajalah yang terlintas di benak hati ku hehe.. sebelum tu apa kata kita renung dalam2 diri kita apa yang kita cari yang hidup pasti mati.. lagu xpdc tu nyanyian mael, oklah terus ke topik pagi rabu yang indah ini. aku bangun pagi2 dengan senyuman seperti biasa, hidupkan enjin kereta automatik usb mp3 terus on lagu.. dalam hati ucap bismillah sebelum putar kunci jajaja.

cerita ni sebenarnya aku nak tampal dalam beberapa hari yang lepas. disebabkan tiada edia yang datang tangan pun rasa malas nak menaip makanya aku tak jadi tampal, pagi ni aku rasa macam best plak menaip ni. ini isu pasal bola piala suzuki tu hari, malaysia lawan thailand, akhir kedua.. bayangkan aku berdoa k utk kemenangan pasukan kita, ngan safiq rahim dapat kasut emas.. doa termakbul aku rasa, malaysia menang, safiq dapat kasut emas, patutnya aku rasa kecewa ngan kemenangan tu tapikan ntah ada satu perasaan yang aku boleh terima kekalahan tu, walaupun kawan2 macam tak dapat terima, adat main bola mesti ada menang ada kalah. malaysia dah buat yang terbaik tu, bangkit 3 gol, bukan mudah, selama aku follow pasukan harimau malaya ni, dari tahun 2009 tak silap aku, tak perna2 bangkit pun harimau ni, tahun ni keajaiban memang berlaku untuk pasukan ni. sapa sangka, kalau dilihat komen2 dalam laman fb tu,kutukan cacian makian utk pasukan ni bukan alang2 ohh. tapi itu lah bola sepak apapun boleh berlaku., harap para haters sekalian tu sedar lah dengan apa yang berlaku dalam kejohanan kali ni, bukan kah malu sendiri kan bila dengan bangganya penuh egonya melemparkan kata2 berbaur cacian, last2 kena kat muka sendiri huhu.

bayangkan aku nak tgk bola hari sabtu tu, balik kerja jam 5.30. kena lagi pergi damansara, bayangkan cemana lah perasaan hati ku, aku ckp dalam hati kalau jem tak sampai tepat masanya memang aku singgah mana2 tempat gerai, nasiblah aku sampai sebelum perlawanan bermula.. perasaan masa memandu tu memang lain macam, nak bawa laju, keluarga ada ikut sekali, dengan penuh sabarnya aku drive pelan2 huhu.

ni pula pasal sabtu dan ahad ni, 27 ngan 28, aku plan memang nak turun kedua2 gig pada tarikh ni. 27 kat janda baik pahang, yang ni aku dah rancang semuanya, 28 ni kuala lumpur black fest, kawan yang buat, kena juga turun support ni, band neftraka ada main, gila tak turun kata hati ku. tapikan, tetengok pula tv3 orang rumah ni, katanya ada jo heboh kat icity 27,28. haha, memang pertembungan klasix, aku memang tahu, ni satu2 nya event yang orang rumah aku suka pergi, tak perna lepas, selalunya buat kat bukit jalil, kali ni dekat saja ngan rumah.. memang wajib pergi lah kan, aku terpaksa batalkan hajat nak tengok neftaraka, walaupun kata mereka ini adalah gig terakhir di kuala lumpur buat mereka. aaaarghhhh!!! kat janda baik pula, rasa macam nak pergi ni, tapi tgk lah, kalau aku pergi adalah tu rebiunya, aku ingat kawan2 aku akan faham kot, bukan selalu ada jo heboh cuma tarikh saja yang bertembung.. huhu... oklah.. selamat bercuti kawan2 utk esok..

Selasa, 9 Disember 2014

Cerita pasal bola

AFF SUZUKI CUP MALAYSIA VS VIETNAM 2014
Kurangkan sikit deman SEARCH, kali ni cerita pasal bola, pagi sabtu aku dah keluar jam9 g stadium nak beli tiket, ingatkan nak bebaris panjang2, rupanya ada ulat tiket jual tak payah beratur hanya tambah rm5 saja dah dapat tiket, aku pastikan ianya ori, terus bayar.

esoknya gerak ke stadium shah alam jam 6, naik motor saja, plan nak naik kereta tapi bila fikir2 pasti jalan jem., walaupun hujan aku reda juga ngan motor, sampai stadium memang jem jalan kat luar tu, nak cari parking memang payah bagi orang yang naik kereta, aku senang2 saja.

gambar kat atas ni geng ultras malaya, dari jauh lagi suara mereka dah dengar, respek ngan dorang ni, semangat total gilalabi, tak perna rasa penat beris sorakan pada pasukan malaysia. aku lalang saja.. wahaha

masa mula masuk stadium kat belah sana nampak fan vietnam... kat belah aku berdiri ni, penuh sesak sudah.. aku plan nak duduk belah vietnam lah.. tapi tak menarik pandangannya, jadinya aku duduk atas sekali, tepi fan vietnam.
plan nak duduk sini saja, tapi tak menarik pula pemandangannya, datang stadium nak tgk bola, kalau kat belakang macam ni kurang menarik, aku blah dari sini... gerak g atas...
aku duduk kat sini.. mmg sempoi saja pemandangannya.. tapi kurang seronok juga sebab ramai yang isap rokok.. aku ni bebulan tak isap rokok kira berenti lah, rasa sakit dada ni bila terhidu bau rokok... masa pertama aku duduk kat sini, sempat lah merasa gol penalti safiq tu...
yg tu geng ultras tadi, memang terbaik... lepas masa kedua aku gerak pi sebelah tadi yang pertama aku masuk, punya jauh berjalan kesana, sampai aku sana sesak gila, susah nak tgk, masa kedua dah start, aku cari tempat yang sesuai, sampai aku rasa macam pedap, malaysia dah kena 2 gol, aku cari lagi lokasi seseuai, masa kedua ni amat merugikan aku, kenapalah aku tak duduk tempat aku tadi, kan best, tapi ada juga hikmah nya aku pindah tempat, hujan dah trun minit 7o lau tak silap. ramai yang berlari masuk, aku putuskan mandi hujan sajalah, aku balut henpon ngan dompet, trus cari tempat seseuai, tempat aku duduk petang tadi, sebelah pasukan vietnam.. walaupun hujan aku masih menjerit utk pasukan kita ni...

tetiba semua org pandang fan vietnam.. perghh. kulihat keadaan huruhara, macam ada harimau menyerang org vietnam ni, bertempiaran lari ketepi., rupanya ada pergaduhan, rasa macam nak join, nasiblah ada pagar yang memisahkan aku, 7 meter saja jauhnya dari tempat aku berdiri, aku tgk fan vietnam ada yang tak dapat lari, kena belasah kaw2 punya,. yang aku kasihan kan, org wanita ni, habis tergolek, bayangkan hujan licin tu, ramai tegolek fan vietnam... polis tak boleh buat apa masa ni, kawalan tiada, mereka ada kat bawa, lebih kurang 1 semint pembataian ni berlaku.. dasyat ohhh... lepas tu polis datang tangkap fan malaysia yg gaduh tadi, tapi geng2 dorang ni, tak bagi,,, kecoh juga dibuatnya...

jurukemera vietnam datang ambil gambar, snap2 last balik rumah dah heboh kat fb, pasal vietnam tu kena bantai.. memang ramai yang tak puas hati ngan malaysia.. sbb perangai samseng tu.. aku yang di sana depan mata melihat pembataian ni, macam tak tahu, orang yang tak trun stadium yang tak berada disana, dorang ni lebih tahu kakakakakakaka luculah.. tgk gambar saja dah buat andaian, kalau fan vietnam cool down saja ngan perang mulut fan malaysia tak lah gaduh.. ni nak tunjuk taring kat negara orang.. itulah kena bantai... bagi aku lah sepatutnya pihak berwajib pagar saja fan vietnam ngan malaysia asingkan macam mana lawan ngan indonesia, kita tak tahu apa bakal berlaku, ini bola sepak fanatik tu terlalu ramai, apapun boleh berlaku.

oh ya ada yang ckp geng ultras yang gaduh ni.. woi bangsat, kalau tak tahu cerita tu tak payah lah nak cerita buat fitnah saja,, ultras ada jauh kat seberang sana.. masakan dorang yang buat kacau... huhu

dah terkena lepas tu salah kan penyokong.. kalau buat2 awal2 tak lah memalukan negara... kbai.. malaysia kalah 2-1. harap ada keajaiban di vietnam..

Isnin, 10 November 2014

FIRMAN KEJORAKU BERSATU

TANIAH BUAT FIRMAN juara AF2014
dan bakal aku dengarkan lagu ni di istana budaya.. hehehe....ohya cerita pasal firman juara tu, sebetulnya dia memang layak jadi juara, suara dia mmg mantap, aku suka, semalam saja pun amy search puji dia melangit.. kalau ada album firman ni kompom aku beli., gambar ni aku ambil dari fan club search huhu.. 

Isnin, 29 September 2014

Luahan hati part ntah lupa lah HAHAHA

SALAM pagi isnin, pagi yang buat aku lewat g kerja hari ni, nak ceta pasal kejadian pagi tadi, lepas subuh dah bangun mcm biasa, tapi hari ni tertido plak, last2 aku tebangun sudah jam 8.15am, dipendekkan ceritanya, datang keja isi borang kelewatan, HR tanya sbb lambat kan, jawaplah dengan iklas hati ni, lewat bangun.. alasan aku tu tak boleh terima, aku tak boleh nak buat apa, tak kan aku nak menipu pagi2, tebal juga muka aku kawan2 lain dengar, rasa terharu terkilan jugalah, bukannya selalu datang lewat pun, dalam satu tahun maybe 2 3 kali saja lewatnya, tak apalah kata hati ku dengan penuh sebak di dada aku berlalu pergi..huhuhu.

ditambah kan lagi cerita semalam serta hari sabtu, sabtu bersempena dengan store day cassette, aku ada menerima bungkusan pada pagi sabtu, heran juga aku, rupanya bungkusan dari faithcarf buka2 ada kaset, ngam time betul kaset tu sampai, nanti kaset ni aku cerita kat entri lain. pagi sabtu yang indah, ramai kawan2 dalam grup cassette passion mengucapkan selamat hari kaset kan, dengan adanya tahun ni sambutan diadakan di subang, maka aku plan nak kesana, mana tahu dapat kaset2 pujaan hati,

hari kaset ni, sebenarnya aku sudah plan cantik2, lepas kesana terus ke gig charity for syria dan gaza tu, disebabkan last minit aku tukar plan, bawa family gi jalan2 lagi best, sbb gig tu pun hampir semua band2 aku dah tgk, bab nak derma tu bila2 pun boleh..

CASSETTE STORE DAY 2014, berlangsung di subang jaya, lupa lah pula aku nama kedainya, lokasi memang senang saja nak cari, sampai kesana, memang ada peniaga2 jual kaset, ada yang murah ada yang mahal, dapatlah beberapa keping kaset kat sana, aku lupa nak snap gambar lah hahaha....jap aku nak cari satu gambar kat fb tu.. sambutan tak tahu lah meriah kah tak, sbb aku datang awal lagi, singgah kejap aku terus gerak ke kl jalan2.. malam nya aku g klia pula ambil kawan datang dari sabah.. cukup memenatkan, esoknya pula jalan2 lagi, patutpun hari ni aku penat semacam, huhuh..

bungkusan minggu lepas belum habis lagi aku publiskan, masih banyak kaset2 yang belum terceritakanl, rasa aku nak publiskan satu entri saja, bila fikir2 simpan dalam draf saja lah, sehari satu publish, ok lah itu saja utk pagi ni.. huhuhu... 

Jumaat, 19 September 2014

Warranty 2 tahun

Aku nak cerita pasal warranty, hari tu aku bawa mini compo aku ke kedai dimana aku beli (sengheng) aku dah lupa berapa rm aku beli, mini compo seperti gambar kat atas ni, gambar ni masih ok lagi, sebenarnya ni kali kedua aku tukar mini compo ni, pertama aku pakai selama 6 bulan, aku repair sendiri2, last2 rosak, aku terus bawa kedainya, tak banyak ckp selepas mereka periksa, terus ganti ngan baru.. masa tu model JVC ni ada lagi..

kali kedua ianya menampakkan tanda2 rosak, yang ni aku tak sentuh apa2, tiba2 susah nak play, tekan saja ianya berenti, kena tekan beberapa kali baru boleh play, sudah lah aku ni jenis yang suka habiskan masa2 lapang ku dengar kaset, bila ada masalah macam ni, aku memang tak senang hati, rasa macam nak hempas saja mini compo ni., tak tahu aku dah berapa lama, aku pakai mini compo ni, surat warranty pun aku sudah lupa mana letaknya.,

aku mula hilang sabar, balik keja hari tu, aku terus mandi, lepas magrib aku gerak ke kedai sengheng, sampai saja kat sana, aku tanya kalau2 warranty utk mini compo ni masih ada, katanya ya masih ada, kamu ada bawa ke, aku cakap ya, ada kat keta, terus saja aku ambil.. dalam hati aku debaran makin kencang juga, lepas tu bila dia tekan memang tak play, kalu cd on radio on, cuma kaset saja yang tak on... aku risau juga bila mana dia tekan terus on, hahaha... lepas tu dia suruh aku pilih yang mana aku bekenan mini compo yang ada kat kedai tu, sebabnya Jvc ni sudah habis stok,

dengan teliti aku lihat satu persatu, aku teringin juga nak ambil mini compo warna putih tape player dia kat atas, bila dia kira2 aku kena tambah rm60,, puikkk.. mana akau mau, lepas tu dia cadangkan hifi kaset ni, gambar kat bawah ni,, haha,, yang ni memang khas utk kaset2 saja, ni tak payah tambah duit, sebab harganya sama macam harga mini compo aku..
aku ada cakap kat saller tu, aku tak kisah kalau cd rosak, ni tape yang rosak, cemana aku nak dengar kaset2, aku ni pencinta kaset, cd aku boleh pasang kat mini hifi aku.. hari tu aku ada beli kan.. seller tu angguk saja.. dia cadangkan ni.. apalagi nak tak nak tambah duit atau ambil saja player ni, dengan perasan bercampur2 aku setuju...

hahaha.. itulah ceta pasal warranty, kira untung lah kan ada warranty ni, lepas ni.. warranty utk hifi kaset ni 2 tahun dari tarikh aku ambil.. dekat2 nak tamat nanti aku bagi rosak lagi,, dapat tukar baru lagi wahahahaha jahat sungguh aku ni.. tak lah saja aku begurau.. tapi kalau rezeki hifi kaset ni.. bertahan sampai bepuluh tahun pun aku akan jaga.. klasikk gitukan.. 696 lah abis cetanya,

kesimpulan ringkasnya yang aku belajar, warranty ni amat penting sekali dong.. hahaHAHAHAHA.

Khamis, 7 Ogos 2014

YEy!! aku kembali lagi...

hahaha..rasa rindu gila aku nak mengupdate kan blog ini hohoho... salam semuanya diharap korang dalam keadaan sehat walafiat... aku disini cukup gembira selepas bercuti panjang, tak lah sepanjang mana pun cuma beberapa hari sajakan, tapi dalam beberapa hari cuti yang aku lalui, macam2 cerita yang aku alami, menarik mendebarkan rasa marah gumbira, dan macam2 lagi aku sendiri pun sudah lupa, klu aku ingat nanti aku catatkan kat entri akan datang JAJAJA...

rasa gigil bak kata bro deaf, memang ada lah rasa teringin menaip tu, aku dah cuba log in pakai henpon., nak update blog lah katakan, line pula hmmm hampa, jadi aku batalkan niat tu, ada juga lah aku masuk baca entri2 blog yang aku follow, rasa mengidam dalam hati nak membaca tu, memang tak bleh tahan siakkk... tapi aku tak bleh komen lah faham2 sajalah kan pakai henpon cap ayam line pun pakai kredit..

tak mau panjang cerita, nanti aku ceritakan cd2 kaset yang aku dapat masa cuti beraya, orang excited nak beraya aku excited cari cd2, ada khabar gembira juga yang nanti aku catatkan dalam ni.. ok lah sampai sini saja catataN sekembalinya aku menaip ni..waawawawa.hhahaha.. sok sendiri siakkk...

last but not less cam tu ka haha.. aku pun baru datang keja ni, cuti tambahan lah katakan... belambak juga keja tertangguh tiga hari ni.. hmmm ok lah cukup cukup, klu aku taip ni musti makan masa berjam2 keja tak jalan plak.. kbai.. see u tomorow never die...WAHAHA...

Rabu, 16 Julai 2014

Huhuhu...

tak tau nak letak tajuk apa, entri ni sepatutnya,aku publishkan 2 hari lepas disebabkan line tenet ralat, makanya hari ni aku publishkan wahohoho...

-hari ni aku nak cerita apa yang bermain dibenak hati kecil ku ini,atau bisik hati ku yang kian memuncak membuak2 , hohoho.. sebelum tu aku nak ucapkan selamat berpuasa utk kalian semua, yang singgah kat blog cikai ku ini.. hehe.. nak cerita pasal kesedihan kegembiraan, keterujaan, kegiaanan yang tak dapat dibendung lagi, aku satukan sekali dalam entri ni.. walaupun aku ni tak pandai dalam menyusun ayat, aku cuba jugalah menaip mengikut gerak hati ku ini..

-PERTAma sekali aku nak cerita pasal mata aku ni, rasa macam ada pasir pula dalamnya, apa tidaknya semalam aku berjaga sampai pagi, gara2 nak tengok last game piala dunia, walaupun kedua team beraksi dalam final tu, bukanlah team favorett aku, rasanya wajib tengok juga kan, ni bukan game biasa2 cam grup stage ke 18 team ke, dan yang lain2, kalau telepas sayang oh, semalam aku sanggup buat senaman lagi untuk hilangkan rasa ngantuk.. tipulah kan kalau aku tak terlelap. Ada lah dalam 25 minit cam tu aku terlelap dalam jam 2 lebih cam tu, nasiblah aku ada set alarm jam 3pagi, dengar saja bunyinya aku terus buka mata besar2, tv masih terpasang, game dah bermula 4minit huhu..

-dalam hati aku macam nak sokong argentina saja, tapi aku abaikan, aku tak sanggup nak menanggung kecewa untuk Negara orang lain huhuhu.. aku putuskan utk tengok saja game tu.  1st half memang laju dorang ni main, masakedua memang hampa juga lah mungkin aku dah mula ngantuk, tapi aku tahan, alang2 kata hatiku.. time makan sahur pun aku dah depan tv, gosok gigi pun dah depan tv, nasiblah tak sampai sepakan penalty, kalau tak solat subuh pun depan tv gak.. gilalah.. sayang sekali juga agentina tak dah luck, rasanya bagi aku dorang ni dah menang, apakan daya german bernasib dapat jaringkan gol satu, hmm malas juga lah nak menaip panjang2 pasal bola ni.. aku mengharapkan semalam kurang2 pun sepakan penalty, tak pun berbalas gol ke.. ni hampa.. itu sajalah pasal bola ni.

-speedy dan cromok, semalam aku pergi jalan2 bawa family gi jusco, sempat lah singgah kejap kat speedy, makkk aiii terperatjatt aku dibuatnya, cd2 cromok ada kat rak tu siak… kalau ikutkan hati nak ku sambar saja kesemuanya, apa tidaknya kalau kat tokomuzik rega dah cecah ratusan ringgit, hampir kesemua title album cromok ada.. yang paling mengujakan  aku cd forever in time, harga tak payah ceta lah, harga mampu milik, terfikir juga aku, ni musti 2nd rilis punya ni, tapikan biar pun 2nd kalau dah cd2 cromok dengan harga yang mampu milik, aku memang akan sambar, semalam memang nak sambar, bila tengok bajet, hmmm tunggulah, lagi pun ada 3 pcs tiap title, rasanya sampai sabtu ni ada lagi tu, nanti aku sambar semuanya wahahahaha… lagi satu cd ella pun aku teringin nak sambar juga, macam2 rasanya aku nak sambar kat speedy tu, nasib lah aku kesana kalau tak melepas lah aku tak tahu cd2 cromok rilis balik huhuhu..kalau dah aku dapat cd2 tu nanti aku tampal tampalkan kat blog ni satu persatu….muaaaahhh heppynya aku bahagianya aku kalau dapat hahaha.

-lepas tu cerita pasal nak raya ni, dekat2 raya ni pasti bos besar akan buat majlis berbuka puasa utk pekeja2 , dengar ceta buat kat hotel tahun ni,, aku tak teruja sangatlah pasal berbuka kat hotel, yang aku nantikan duit rayanya saja,, wahaha.. kalau dapat lebih dari tahun lepas cunnnn…

-lagi dan lagi.. pasal nak buat persiapan nak sambut raya, aku ni jenis yang pakai saja apa yang masih boleh dipakai, baju2 raya aku yang lepas2 pun masih segak lagi kalau aku pakai raya ni, baju melayu ni, time raya saja pakai, bukan nya selalu.. rasanya aku tak nak beli barulah, aku plan nak beli baju ts saja ngan songkok, utk raya kedua gi rumah kawan2 sanak saudara yang sama2 berada di negeri orang ni.. tahun ni aku tak balik kampong, beraya kat sini saja, lagipun aku ngan family aku ni, ada sikit problem ngan aku punya biras kat kampong sana, menyakitkan hati saja kalau aku balik., aku tak pa juga ni isteri aku ni bedendam gila2 ngan biras aku.. ni semua pasal majlis aku sanding dulu, biras aku buat hal, kerusi pinggang mangkuk berterbangan, mabuk gaduh nak mampus, sampai kan band boy pun bertempiaran lari.. huhu.. ceta pasal raya ni banyak juga kalau nak aku taipkan kat sini.. macam biasa, harap2 tahun ni isteri tak ajak beli baju warna sama.huhu

-ni cerita bukan riak atau nak memalukan, cerita kat sini2 saja kan, hari tu aku pi solat magrib, lepas berbuka, tetiba orang gila, join solat sekali, kat tepi aku plak tu, selalunya, dia kalau solat pun kat belakang, ntah solat main2 ikut suka hati dia, saja, masa ruku, orang tangan letak kat lutut, orang gila ni, buat lawak plak, dia pi letak tangan dia kat belakang, dah macam orang jepun tabik hormat, hampir2 aku tergelak dibuatnya.. sayang betullah, aku Tanya kawan aku dia tu kenapa, kawan aku jawap dia tu buat2 gila, tapi aku tengok dah kritikal dah, badan pun tak ya cakap lah harum dia cemana, lagi becakap sendirian plak tu.. hmm orang gila ni selalu saja masuk surau, time tengah tazkirah pun dia buat lawak juga, solat sendirinya ntah berapa rakaat aku pun tak pasti,, memang lucu, cara dia sujud pun bukan guna telapak tangan guna penumbuk.. yang aku heran orang2 tua, ahli jawatan kuasa suaru tak larang pula dia ni masuk, aku takut juga tetiba dia bawa parang begila menatak sembarangan, mampus semua..

-yang terakhir sekali, asal bulan ramadhan musti banyak mercun, meletup sana sini, dah macam kat syiria kata ustaz, cerita pasal perang, palestin di bom lagi oleh yahudi laknatullah.. asal ramadhan musti yahudi ni bom palestin, aku yang melihat foto2 vid, dalam fb tu, dah macam perkara biasa sudah, hadoiii kesian betul saudara kita dipelistin sana, aku sempat lah bedoa utk mereka, bukan riak lah, hanya itu saja yang termampu yang aku dapat hulurkan, masa solat jumaat juga ada lah ramai2 bedoa, salute respek juga kat imam.., kat tempat aku terawih ni pula macam tak ingat pula berdoa utk bumi palestin,, aku terfikir juga kemana polis dunia, kemana persatuan islam sedunia, sudah terang2 israil ni, melakukan jenayah perang, tak ada satu pun berani ambil tindakan, asik2 skrip yang sama, sudah ada yang jadi korban ratusan orang baru nak gencatan senjata, lepas tu serang lagi, cerita sama pasti berulang2, sedih sakit hati, yahudi ni pula satu tak boleh kah hdp aman damai,tunggulah balasan dari tuhan nanti,,.. semoga rakyat palestin tabah menghadapi semua ini..

- sekian jumpa lagi dihalamman seterusnya.. kbai.            

Jumaat, 4 Julai 2014

4 julai...

MEntari merah diufuk timur.... tarikh yg tertulis dalam surat beranak ku jajaja.. dilahirkan di hospital duchess of kent sandakan.. alhamdulillah syukur atas nafas ini.. pada jam 00.00 pagi tadi.. sempat lah aku berdoa sikit,, mengingat kembali kejahilan yang aku lakukan... bersempena ramadhan yang penuh dengan rahmat ni.. semuga perjalan yang akan aku tempuhi dapat lah aku mengelak dugaan godaan dunia yang fana ini.. huhuhu.. terima kasih utk isteri tercinta kerna memahami hobi gila2 lakimu ni, walaupun kamu tak mungkin baca entri ni.. hahaha... 

Rabu, 25 Jun 2014

Fun fair + lego dan macam2 lagi lah....

Sebenarnya banyak juga benda yang bermain kat kepala otak ku ni, aku luahkan saja lah kat blog ni, sambil2 menunggu masa rehat,. cerita awal pagi tadi, jam lebih kurang jam 3 lebih macam tu, aku tebangun dari tidor.. tgk tv masih hdp, pergh!! ni keja nya mizi lah.. aku terus ofkan.. lepas tu aku nak sambung tido, hati aku kuat pula berbisik, mak aiii ni berbisik ckp english plak tu, otak aku terus terusan, memikirkan maksud apa yang aku bisikkan tu, tefikir juga eh eh aku ni dah pandai cakap orang putih lah.. rasa macam tak dapat nak tido balik.. aku pun cari lah album yang best2, jam 3 pagi ni, volume aku kasih kecil lah, aku ambil cd sodom-in war and pieces, aku play sambil2 baca2 liriknya, perghh!! aku dah macam baca bahasa melayu lah, walaupun ada sedikit pekataan tu masih kabur namun aku dah mula lancar... dan makin pandai dah aku berbahasa english... macam mimpi pula... bila aku fikir2 rupanya ni kes tadi pagi lah masa kat tempat kerja, aku ikut training Lps, yang bagi training ni, dari Utm, prof madya dr ntah lupa aku namanya, ada dorang orang, mulanya aku tak faham apa kemaksud nama mereka ada prof madya ni, aku gi tanya selamba lah, dia explen ohh... katanya sebelum jadi prof madya kena jadi DR dulu, lepas tu baru layak jadi prof madya, tapi katanya level dia ni masih bawa lagi, ada lagi kat atas selain pro madya, aku pun dah faham hehehe... sebab banyak sangat guna nama tu aku dapat jawapan semalam, ohya mereka ni tanya nak cakap melayu ke ckp omputih, bos aku pula ni terus kata campur2, peliknya aku, dorang ni lebih berkeyakinan ckp english dari malay... boleh2 nya ada bahasa dorang tak faham, tapi bahasa english nothing ja... respek lah.. tapi tak kan lah bahasa melaysia kurang faham, maybe dorang ni dah kurang kot ckp malay... yang bestnya dia speking campur2 tu, aku ni pandang kat bibirnya memang faham lah apa dia nak sampaikan pasal LPS ni.. panjang ni kalau aku taip lagi... 
anak cina kat sebelah tu nangis beb, bila benda ni jalan hahaha.
selepa membebel pasal ceta pagi ni pula ceta pasal malamnya, bini ngidam nak makan kuey teaw, apalagi pergi cari lah, sempatlah singgah kat fun fair, mizi excited gila siap jerit2 gitu... dah lama tak nampak fun fair kan.. hahaha fun fair kat sini bebulan2 juga baru datang balik.. lepas tu adalah main dalam beberapa ringgit main lempar2 gelang, punya lah terukk.. tak satu pun gelang mengena.,.. hampa., lepas tu bawa mizi pi main putar bola, tarahhhh.... lihat gambar bawah.
akhirnya dapat tiga lego ni, rm3 yang tinggal duit siling kat kedai keling tu, selalunya memang payah nak dapatkan benda ni, kekadang tu hanya dapat macam sampah ja, semalam kiranya rezki mizi menjadi beb... dia ni dah teruja ngan mini2 lego ni, apa tidaknya dia tgk tu star wars, kat chanel XD.. sebelum ni pun perna dapat juga benda ni, tapikan memang makan duit, ntah semalam selepas kalah di fun fair dapat pula ni.. ok lah mizi pun puas hati.. dus dus dus...

cerita pasal world cup, pasukan fav aku dah tersingkir, japan huhu... lepas ni kalah mati dah, yang ni pasti seronok,... hohoho... ohya, esok aku nak cuti..banyak hal nak diuruskan.. nak jumpa polis jpj... apalagiya... tadi aku dah transfer duit utk kaset iron maiden, harapnya kaset tu mendarat dengan selamat.. itu sajalah nak rehat dah ni... kbai... ada sikit lagi lah.. semalam rasa nak tampal kat sini saja kaset2 yang tak best, nantilah ada masa aku catatkan... huhuhu

Isnin, 23 Jun 2014

Angin bola layang2...

dan macam2 lagi yang bersarang dibenak hati ku ini...hahaha..aku mulakan dulu dengan cerita angin dan layang2, semalam tak ku sangkakan, siap dah beli layang2 baru lagi, tetiba sampai taman angin pula tiada, seperti aku jangkakan makin ramai dah yang datang bawa layang2, apakan daya semalam angin memang tak ada..huhu, ingatkan angin akan sentiasa bertiup di padang yang luas..rupanya sangkaan itu tidak benar, betullah kata zamani slam, ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis, gerimis mengundang huhu....

cerita pasal bola sudah semestinya, piala dunia kan, tapi berbeda pula dengan apa yang bermain di otak ku ni, malam ahad aku dah tgk dah argentina vs iran, ntah tiba2 tebangun dah pagi dah.. aku tak tgk pun bola tu, tv yang tgk aku... kurang mengancam lah piala dunia skg ni, mungkin sbb senang saja nak tengok ulangan balik, masuk kat fifa page, dah tahu dah berapa gol dan sapa menang, boleh tengok ulangan lagi tu.. 

pasal piala dunia tu kiranya tunggu final saja kot tak pun 4 pasukan... yang menariknya kat fb, kawan ada ckp german boleh tibai ghana, bepuluh2 kosong katanya, mereka ni lupa kali, ingat ghana tu kaki bangku kah apa, nasib saja german tu dapat gol.. kalau tak memang malu ohhh.. tulah ckp tu fikir dulu, kalau aku rakyat ghana kompom aku bangga ngan permainan yang dorang persembahkan lawan german hari tu, seri 2 2, aku tgk ulangan ni wahahaha.. hail ghana..

last dan terakhir, ni pula pasal liga m, perlawan terakhir, antara selangor vs pkns, jdt vs serawak.. kalau ditengok dengan mata kasar, selangor dapat laluan mudah untuk menjulang kejuaraan musin ni, sebabnya dorang lawan tim pkns, yang dah tersingkir keliga perdana musin depan, dengan kemasukan power ranger..hehe... bertambah kuat lagilah jentera pemusnah selangor... tapi kan hati aku kuat juga mengatakan yang jdt boleh menjulang piala musin ni, tapi serawak ni, main kat stadium dorang lagi, seingat aku masa lawan kat johor, tak silap seri 1 1 ka,.. hmm makin mendebarkan ni, tgk lah rabu nanti kalau jdt menang aku tumpang gembira... kalau selangor menang, cuba lagi jdt tahun depan... 

itu sajalah untuk taipan saya pada hari ini sekian dan terima kasih... kbai...

Sabtu, 14 Jun 2014

Cerita malam ni.. bla bla bla..

hahaha salam malam bloger sekalian.ni buat pertama kalinya aku publish malam satu entri.. hehehe macam biasa aku mengarut sikit ya.. aku kat cc sebenarnya ni. tadi aku hantar papa aku pi rumah sodara dekat2 juga dengan tempat war net ni.. aku ni segan orangnya low profil gitu.wahahahaha malas lah aku nak duk kat sana lama2.. kalau time bujang ok juga. sekarang ni malas lah aku bila supupu pempuan rakan2 dia mandang aku semacam, aku tahu lah aku ni hensem.....wajjajajaajaja.. werkkk.. memang macam tu selalu lah mentang2 lah aku ni jenis pemalu dorrang ni pandang aku semacam... hehehehe

okey aku terus singgah kat cc ni sejam, habis ja nanti papa akan kol aku lah.. malunya aku bah hahaha apa kau tengok2.. kat sebelah aku ni macam tgk aku ja menaip ni... huh.. hilang mood aku menaip, papan kekunci keras lah lenguh lengan aku.

hari ni ada game jepun esok pagi jam8.. hahaha tak ya bejaga malam aku...tapikan semalam aku tgk belanda lawan tu champian hahaha dorang bleh kena ayam 5 1 kakakaakaka padan ngan muka dorang.. aku ni mana ada beli chanel world cup, mengharap kat astro arena ja... pagi ni 3 game main jepun tak live.. haddooiii macam astro arena ni tau2 ja aku minat jipun.. tak palah aku nanti tgk tempat abg aku huhuhu... 

tadi petang tak jadi main layang2 mizi tido lah.. balik dari jalan2 keliling klang sempat singgah kat jusko.. beli cd dvd hhahaa nanti aku ceta.. tak sedap menaip kat papan kekunci ni.. itusajalah hahaha kbai

nota.. aku pun kompius ngan apa yg aku taip ni... siap papa papa lagi hahahahahaahaha

Khamis, 12 Jun 2014

Forever in time..

Kaset ni bila aku dengar saja, ianya akan mengembalikan kisah2 yang lepas, yang pernah aku lalui.. album hebat dari cromok walaupun masa aku beli, aku belum metal lagi hahaha.. namun muziknya bisa menusuk kekalbu.. ada juga orang yang sudah berjaya, berkata apalah nikmatnya mendengar kaset tu, ianya hanya lah kebanggaan atau riak semata2, dia mungkin terlupa dengan apa yang dia dengar tu, perna kah orang mempertikaikan apa yang dia rasa.. seolah2 dia lah yang paling tahu nikmat sesebuah medium muzik. aahh

rojak kalu ni aku akan menaip sesuka hati ku, aku ada jenguk kat tokomuzikfb ada pula aku terlihat kaset cromok live, ni bukan pertama kali aku lihat, perna sekali aku tengok dalam grup fancromok, ada yang upload. perna bertanya apa kah spesialnya kaset tu, dan macam2 lagi aku tanya, kompius juga, sebab kaset tu tak ada dalam diskografi cromok, hari tu dia jual rm45. boleh tahan harganya, cover kaset tu dari album image of purity, tapi kat bawa dah tukar tajuknya jadi LIVE. rasa hati ni nak sambar juga, nasiblah lah kekeringan.. lepas tu tefikir juga nak ke tak nak.. berulang kali bisik hati ku.

hari tu ada juga aku terlihat onsale kaset cromok the great double kaset, yang ni aku perna memilikinya, aku dah inbox bertanyakan dah aku betul2 nak kaset tu, disebabkan tempohari aku nak guna sen lebih, aku hold dulu.. menarik juga kaset tu, walaupun aku ada cdnya dan seketul kasetnya yang terselamat dari tape player pemakan tali kaset.. yang ni pun tengok lah cemana aku nak kah tunggu masa dan giliran nya.

satu lagi kaset aku nak cari, kaset pertama maiden aku, yang aku dah bagi kat sepupu aku bertahun yang lalu, sepupu aku pun ni dah hilag ntah kemana, los kontek-. bila aku terlihat kaset tu sayangnya dah kena hold pula, disebabkan keinginan nak memilikinya semula, aku bertanya juga, ohye rupanya dia ada extra lagi satu kaset tu, macam tak caya juga kata hatiku,namun aku tolak tepi jauh2 perasaan itu... hari tu aku dah jumpa versi cdnya namun kurang bekenan lagi lah.. aku nak yang kasetnya sebab kaset tu lah buat pertama kalinya aku mendengar muzik iron maiden, apakah album tu, ianya album the matter of life and death. ya album ni lah hohoho.. rasanya buat aku kedinginan juga bila terlihat kaset tu, kata seorang yang perna aku tanya dia kompius juga kaset tu ada rilis kah... hari tu aku ada nampak lagi posternya jual rm90, cd and kaset rilis serentak... itusajalah, kalau kaset2 ni keluar dalam intri akan datang bermakna aku dah memilikinya... kbai

Khamis, 29 Mei 2014

Tayar...


Tayar nak pecah, ni pengalaman pertama aku, hari tu aku telanggar lobang, ingatkan tak dah apa2 berlaku, seperti biasa aku memandu macam biasa tiap2 hari, bila stering rasa bergetar dan membelok sendirinya, aku heran juga ni.. seingat aku dulu tak pena jadi macam ni, kalau dulu aku tak genggam stering ok saja, tapi sekarang ni aku kena genggam kuat, kalau tak kuat, stering aku berputar sendiri, 

hari tu aku hantar abang aku gi klia2, sampai saja kat rumah aku chek tayar, baru lah aku ternampak tayar belah kiri hadapan dah tekopek...adoii kata ku dalam hati.. duit lagi ni, lepas tu aku terus bawa ke kedai tayar, katanya kalau nak tukar satu nanti hilang keseimbangan, kena tukar 2 2, baru cun. dengan duit untuk berpesta ujung minggu ni aku berbelah dua juga nak buat ke tak, bila fikir2 ni kan kenderaan aku gi kereja, buat ja lah.. namun aku skip dulu tanya lain tempat. sebab aku tengok raut waja peniaga tayar ni macam nak nipu aku je.. 

nasiblah aku tak terus tukar, aku gi tanya ngan perodua tempat aku servis kereta, kata abang pomen tu, kalau tukar kat produa servis lagi mahal, sebab dorang ni pun ambil tayar kat luar, abang tu nasihatkan supaya buat kat luar saja.. esoknya aku google harga tayar dan macam2 yg berkaitan ngan tayar. aku tanya rakan2 grup msj, tanya rakan sekerja yg dah ada pengalaman.. wahahaha... kawan seorang tunjuk aku ada satu kedai jual tayar second ni, murah2 pula katanya.

balik kerja aku pergi, tanya kat peniaga tayar, katanya tayar second ada baru pun ada, aku terus cakap nak yang second dulu lah, sebab kalau boleh aku nak plan terus tukar 4 4 tayar ni nanti kalau dah beduit lebih. tayar secondnya murah siuttt rm35 ja siap pasang masih bebunga lagi..asikk.. wahhahaha dalam hati aku banyak siuk.. sabtu ni aku boleh enjoy berabis yahooo..... bilang orang jangan bertindak teburu2 biar lambat asal selamat.. pagi ni aku tengok tayar tu cun saja,, yess harapnya sampai dapat bonus nanti baru tukar semuanya... tamat.

Isnin, 26 Mei 2014

Rojak Cincai...

hohoho.. hari ni aku nak kongsikan apa yang bermain kat kepala otak dan hati ku ini....huhuhu.. kebelakangan ni banyak benda aku nak kongsikan tapi tak jadi2 juga aku kongsikan, baiknya aku luahkan saja dalam blog aku ni, apa yang menarik minggu lepas dan juga perasaan ketagihan dan juga pilihan antara itu dan ini.. bajet yang cukup untuk kepuasan berhobi...

aku mulakan dengan perasaan aku lah, sepatutnya aku tak melangkah kedunia anime ni, buat masa sekarang sebabnya, bajet2 ku ni terhad saja untuk aku bermetal, tapi kan, sudah aku telanjak ber anime ni, rasa gian tu terbelah dua.. kejap nak ni kejap nak tu... ditambah pula sabbat akan beraksi di kl sabtu ni warrrghh... dah lah hari tu masa gig budak jahat, siap dah janji ngan kawan, nak gi trun sama2, last2 kena keja last minit,.. hampa... dan boleh2 nya aku lupa janji ngan kawan dia nak ambil baju kat aku... hadoiii... yang ni pun 2x5 gak.. aku cakap aku pos ja kat dia senang...tapi tak nak... nyusahkan aku ja... nanti gig sabbat kalau aku trun aku nak mesej dia..jumpa sana.. dah malas aku nak simpan bajunya ni.

lepas tu yang gembiranya ada juga.. anak aku ni minat sangat ngan kapal terbang., burung dan yang sewaktu dengannya.. hari sabtu aku pergi belikan dia layang2.. ajak dia pergi taman.. waaaaaaaa... yang ni memang siuklah.. anak dan bapa bekejaran di padang yang luas.. terbangkan layang2.. hepy sangat... aku rasa nak jadikan aktivi main layang2 ni satu dari aktivi wajib hujung minggu aku dan anak ku wahaaha... hari ahad semalam.. nak ajak dia pergi, lepas ada game lah pula malaysia lawan japan piala thomas... gila lah tak jadi main layang2 cancel lah. nak tgk juga mesia boleh menang kah tak... bila saja nak main hujan lebat pula trun... huhu.. tahu2 lah astro ni kalau time ujan siaran memang tergendala,.. nasiblah hujan tadi kejap ja dah reda...kecewa juga bila mana mesia tak menang.. kalau tak hari ni musti dapat cuti semalaysia.. 

ohya masa berita aku ada tenampak exciden kat cheras katanya.. sedih ni, mak dan ayah dia maut dalam kemalangan langgar lari, kesian kat anak mereka jadi anak yatin piatu.. sob..sob... tak lari kat kepala aku, asik fikir2 ja apalah nasib mereka.. dah lah time pergi keja cari rezeki, bedua pula tu...sian kan... moga dipermudahkan lah apa yang mereka lalui... 

last sekali pasal coklat yang ada babi tu,.. aku belum google lagi ni, hadoii.. aku ni peminta peminat coklat juga.. kalau betul lah lepas ni aku tak nak dah makan huhuhu... itu ja lah,.. walaupun masih banyak lagi bermain kat kepala otak ni.. nak sambung kerja balik..bye..