Isnin, 23 Jun 2014

Angin bola layang2...

dan macam2 lagi yang bersarang dibenak hati ku ini...hahaha..aku mulakan dulu dengan cerita angin dan layang2, semalam tak ku sangkakan, siap dah beli layang2 baru lagi, tetiba sampai taman angin pula tiada, seperti aku jangkakan makin ramai dah yang datang bawa layang2, apakan daya semalam angin memang tak ada..huhu, ingatkan angin akan sentiasa bertiup di padang yang luas..rupanya sangkaan itu tidak benar, betullah kata zamani slam, ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis, gerimis mengundang huhu....

cerita pasal bola sudah semestinya, piala dunia kan, tapi berbeda pula dengan apa yang bermain di otak ku ni, malam ahad aku dah tgk dah argentina vs iran, ntah tiba2 tebangun dah pagi dah.. aku tak tgk pun bola tu, tv yang tgk aku... kurang mengancam lah piala dunia skg ni, mungkin sbb senang saja nak tengok ulangan balik, masuk kat fifa page, dah tahu dah berapa gol dan sapa menang, boleh tengok ulangan lagi tu.. 

pasal piala dunia tu kiranya tunggu final saja kot tak pun 4 pasukan... yang menariknya kat fb, kawan ada ckp german boleh tibai ghana, bepuluh2 kosong katanya, mereka ni lupa kali, ingat ghana tu kaki bangku kah apa, nasib saja german tu dapat gol.. kalau tak memang malu ohhh.. tulah ckp tu fikir dulu, kalau aku rakyat ghana kompom aku bangga ngan permainan yang dorang persembahkan lawan german hari tu, seri 2 2, aku tgk ulangan ni wahahaha.. hail ghana..

last dan terakhir, ni pula pasal liga m, perlawan terakhir, antara selangor vs pkns, jdt vs serawak.. kalau ditengok dengan mata kasar, selangor dapat laluan mudah untuk menjulang kejuaraan musin ni, sebabnya dorang lawan tim pkns, yang dah tersingkir keliga perdana musin depan, dengan kemasukan power ranger..hehe... bertambah kuat lagilah jentera pemusnah selangor... tapi kan hati aku kuat juga mengatakan yang jdt boleh menjulang piala musin ni, tapi serawak ni, main kat stadium dorang lagi, seingat aku masa lawan kat johor, tak silap seri 1 1 ka,.. hmm makin mendebarkan ni, tgk lah rabu nanti kalau jdt menang aku tumpang gembira... kalau selangor menang, cuba lagi jdt tahun depan... 

itu sajalah untuk taipan saya pada hari ini sekian dan terima kasih... kbai...

4 ulasan:

  1. JB sekarang musim panas terik...tak larat kalau aku nak main layang2 kalau time macam ni...tu hari tengok bola kat larkin pun rasa macam nak bukak baju jer dia punya panas....

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul lah kat tempat kerja aku ni berbahang, angin dari kipas pun panas....
      semalam memang banyak yang hampa, angin tak dah...

      Padam
  2. Sekarang fenomena el nino tu pasal cuaca pantas lain mcm je ni..main layang2 kat mana bro?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeke..
      main layang2 kat padang pandamaran..

      Padam