Jumaat, 6 Jun 2014

BLEACH THE MOVIE

The DiamondDust Rebellion
Kali nak ceta pasal anime pula, ni kira movie bleach yang kedua, aku dah cari movie yang pertama, tajuk memory of nobody, tapi tak jumpa..benda yang dicari pasti sukar untuk ditemui, begitu lah selalu yang aku rasa, tak mengapa kalau ada rezki pasti jumpa juga movie pertama tu.. buat masa sekarang aku skip dulu movie pertama tu.. layan yang ni pun ok juga..

Sekarang ni aku dah masuk box 5 episod 199, kira dah sampai movie ni keluar, dalam ceta episod tu pun ada iklan pasal ni movie dah keluar. lepas ni aku nak sambar semua the movie bleach ni, buat koleksi peribadi wahahaha.

Macam ni ceta dalam movie ni, ni mengisahkan kapten hitsugaya dari divesion 10, kumpulan dorang ni ditugaskan untuk menjaga keselamatan perjalanan cop mohor diraja, tampa disangka ada pula orang yang nak curi cop mohor ni, dari sinilah bermulanya cerita, yang mencuri ni, bekas kawan baik kapten hitsugaya ni, yang mati dibunuh olehnya, disebabkan dia nak balas dendam, dia curi cop mohor diraja, untuk hidup semula dengan kekuasan berlipat kali ganda, apalagi kalau didunia nyata ada masalah, ichigo dan rakan2 pasti akan muncul.. inchigo ni pun tolong lah kapten hitsugaya ni. dia ni dah dianggap melarikan cop mohor diraja.suspek gitu.

disebabkan pedang kapten hitsugaya ni ada kembar, makanya soul society memutuskan untuk menamatkan riwayat seorang dari mereka ni, kerana terpaksa seorang harus mati walaupun rakan karib.. kejam sangat undang2 soul society ni.. sebab tu lah kawannya ni hidup balik dan mau balas dendam sama soul society, dia ingat kapten hitsugaya ni mau bersekongkol dengannya, tekaannya silap.. bila mana kapten hitsugaya ni memutuskan untuk menamatkan riwayat sahabat lamanya ni, demi keamanan soul society..cewaaahhh!!

menariknya lagi dalam movie ni, kesemua watak2 penting dalam bleach join sekali menentang penjahat ni.. kira kesemuanya menunjuk kehebatan mereka lah,.. memang sok juga bila mana kekuatan semua dari mereka ni digabungkan menentang kejahatan yang bakal menghancurkan soul society, dengan kerjasama begitu teguh, makanya kapten hitsugaya berjaya menewaskan sahabat lamanya ni.. dengan bantuan ichigo dan rakan2 lain.. harap korang faham hahaha..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan