Memaparkan catatan dengan label anime. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anime. Papar semua catatan

Selasa, 12 Mei 2015

The God World Only knows



hello semua ni aku nak kongsikan cerita anime ni, lepas cerita bleach yang agak memboringkan kebelakangan ini. aku ambil keputusan utk beli anime ni. yang ni musin ke 3 dah, satu dan dua aku dah tgk. aku mengharapkan lebih utk musin ni, tapi sayangnya tak seperti yang diharapkan. haha.

anime ni mengisahkan seorang pelajar lelaki yang sangat obses ngan game memikat gadis2. bila mana satu hari dia tertekan perjanjian ngan syaitan, utk membebaskan roh kesuyian yang bersarang dalam badan gadis2 jelita, nasiblah gadis2 jelita kalu yang tak cantik payah juga nak jadi staring anime ni hahaha. perjanjian dgn syaitan ni dia tak jangkakan. bila dia cakap tak mau. memang putus lah kepalanya. maka terpaksa lah si keima ni menuruti perjanjian tu utk menyelamatkan dirinya.

sebenarnya keima (staring) dalam siri ni. bukan suka pun dengan dunia nyata. dia banyak habiskan masa dia main game. siri 1 memang best., no 2 pun best. apa yang ada pada musin 3 ni kan, memang agak hambar juga. ditambah2 subtitle nya translate dari google. mampus aku nak fikir.

siri tiga ni kan kisah 2 siri terdahulu digabungkan, kalau dulu tu bila keima ni cium gadis yang jatuh hati ngan dia. terus lupa., tapi dalam cerita ni, 6 gadis2 dari berapa banyak gadis yang dia cium, mengingati keima ni., ada satu dua babak tu menarik juga. hahaha  tapi aku tertanya2 seolah2 aku terlepas sesuatu anime ni. ntahlah. ok lah itu je ceritanya, aku bukan pakar dalam merungkai apa dalam ni. haha itu je lah. k jumpa musin ke 4 nanti. 

Isnin, 30 Jun 2014

BLEACH THE MOVIE 3 - FADE TO BLACK

HEHE..semalam aku tertengok sekali lagi movie ni, time2 menunggu game belanda ngan mexico, aku pasang movie ni, lepas masa pertama aku ngantuk terus tido, bangun sahur dapat tgk pula costa rica, hehe kalau nak diceritakan detail lagi kompom tak ada kaitan sudah dengan entri bleach ni.. gelak ahh dulu wahahaha... 

time2 posa macam ni memang sok juga, namun edia aku nak menaip pun agak kurang, konon nak rebiu ni anime last2 lain pula tertaip ni huhuhu.. okey lah.. aku terus cerita pasal ni movie ya... ni movie no 3 dari bleach.. cerita lebih menarik dari bleach movie no2 tu, watak2 ichigo ngan rukia banyak muncul dalam movie ni banding ngan no2 huhuhu.. cemana ke ceritanya, kalau rasa teringin nak tgk tu, boleh ke utube kat sana memang dah banyak org upload full movie2 bleach ni.. bagi aku tgk kat utube tak sok lah...

aku bagi gambaran cerita movie ni mengikut apa yang aku lihat dan rasakan... ni cerita bilamana 2 orang yang tak dikenali memacah masuk ke soul society dan memusnahkan sistem pangkalan data yang ada dalam tu soul society, dengan tiba2 mereka semua ni melupakan seseorang yang penting, tampa mereka sedari, lalu ichigo dibumi nyata, terperasan sesuatu, nasiblah rukia sebelum dia balik ke soul society sempat menulis pesanan ringkas kat ichigo, dari sini bermula lah ceritanya bila ichigo pergi ke soul society untuk menyaksikan sendiri apa yang berlaku disana, yang peliknya satu orang pun sudah tak mengenali ichigo, maka dia ni dianggap penceroboh.. disebabkan ichigo dan rukia berkongsi kuasa yang sama, kiranya kuasa ichigo datangnya dari rukia makanya orang2 soul society juga melupakan ichigo... dan pertempuran pun berlaku,, itusajalah yang aku larat menaip,.. fofofo..... selamat berpuasa.. hehe

Rabu, 18 Jun 2014

BLEACH - VOL. 164 - 199


Selesai tengok box 5 ni.. makin lama maki menarik.. rasa macam nak habiskan semua episodnya ni. sekarang ni ichigo dan kawan2nya sedang menuju ke alam syaitan, nak menyelamatkan orihime yang dijadikan tebusan disana, kekuatan ichigo pun dah bertambah, dia ni dah boleh betukar jadi syaitan.

masuk episod terakhir dalam box ni, ianya betul2 mengujakan, sampaikan aku nak berlari saja ke speedy untuk mendapatkan box 6 dan seterusnya, bisik hati sabar,,, tak akan lari gunung dikejar.. episod terakhir dalam ni box dah iklankan movie 3 bleach.. itu pun aku nak rembat juga, next aku tampal pula bleach the movie tu. kbai...

Jumaat, 6 Jun 2014

BLEACH THE MOVIE

The DiamondDust Rebellion
Kali nak ceta pasal anime pula, ni kira movie bleach yang kedua, aku dah cari movie yang pertama, tajuk memory of nobody, tapi tak jumpa..benda yang dicari pasti sukar untuk ditemui, begitu lah selalu yang aku rasa, tak mengapa kalau ada rezki pasti jumpa juga movie pertama tu.. buat masa sekarang aku skip dulu movie pertama tu.. layan yang ni pun ok juga..

Sekarang ni aku dah masuk box 5 episod 199, kira dah sampai movie ni keluar, dalam ceta episod tu pun ada iklan pasal ni movie dah keluar. lepas ni aku nak sambar semua the movie bleach ni, buat koleksi peribadi wahahaha.

Macam ni ceta dalam movie ni, ni mengisahkan kapten hitsugaya dari divesion 10, kumpulan dorang ni ditugaskan untuk menjaga keselamatan perjalanan cop mohor diraja, tampa disangka ada pula orang yang nak curi cop mohor ni, dari sinilah bermulanya cerita, yang mencuri ni, bekas kawan baik kapten hitsugaya ni, yang mati dibunuh olehnya, disebabkan dia nak balas dendam, dia curi cop mohor diraja, untuk hidup semula dengan kekuasan berlipat kali ganda, apalagi kalau didunia nyata ada masalah, ichigo dan rakan2 pasti akan muncul.. inchigo ni pun tolong lah kapten hitsugaya ni. dia ni dah dianggap melarikan cop mohor diraja.suspek gitu.

disebabkan pedang kapten hitsugaya ni ada kembar, makanya soul society memutuskan untuk menamatkan riwayat seorang dari mereka ni, kerana terpaksa seorang harus mati walaupun rakan karib.. kejam sangat undang2 soul society ni.. sebab tu lah kawannya ni hidup balik dan mau balas dendam sama soul society, dia ingat kapten hitsugaya ni mau bersekongkol dengannya, tekaannya silap.. bila mana kapten hitsugaya ni memutuskan untuk menamatkan riwayat sahabat lamanya ni, demi keamanan soul society..cewaaahhh!!

menariknya lagi dalam movie ni, kesemua watak2 penting dalam bleach join sekali menentang penjahat ni.. kira kesemuanya menunjuk kehebatan mereka lah,.. memang sok juga bila mana kekuatan semua dari mereka ni digabungkan menentang kejahatan yang bakal menghancurkan soul society, dengan kerjasama begitu teguh, makanya kapten hitsugaya berjaya menewaskan sahabat lamanya ni.. dengan bantuan ichigo dan rakan2 lain.. harap korang faham hahaha..

Isnin, 19 Mei 2014

BLEACH - VOL 1 - 163

bleach boxset 1,2,3,4
BOX 1,2,3,4
kali ni aku nak cerita pasal anime,haha..boleh kata ni kegilaan aku yang terbaru, anime ni bukan lah yang terbaru pun, seingat aku anime bleach ni 1st aku tengok tahun 2007-2008 dalam tahun tu lah tak silap aku, masa tu aku bujang lagi duk kat hostel, anime ni main tengah malam kat tv3, rasanya sampai episod 30 lah main kat tv3 tu, tak tahu pula aku kalau perna ditukar main waktu lain, sebab anime bleach ni ada unsur2 hentai gak hahaha.. sikit2 lah dan jalan ceritanya faham2 lah anime jepun ni memang total, melangkaui kotak pemikiran.
bleach - vol. 1 - 40
hari tu aku ke giant dan sempat singgah kat speedy, tetiba pula aku terlihat harga boxset ni dah turun, kalau memula aku tengok harganya memang tak sangguplah aku nak beli, baik aku beli cd kaset lagu lagi baik, namun  bila aku lihat harganya dah masuk akal, tebeli lah pula box 1, habis saja aku tengok, rasa gian pula nak tahu apa cerita selanjutnya, walaupun box 1 tu ni kira separuh dari pada episodnya, perna aku tengok kat tv3 dulu, rasa membuak2 pula nak beli box 2, dan disusuli box 3 ,4, kesemuanya ada 12 box, tak tahu lah aku sempat kah aku nak beli kesemuanya atau hanya separuh jalan, masa aku beli 4 box ni, aku dah lupa nak order kaset cd yang dah berlambak rilis sekarang ni.
bleach - vol. 41 - 87
kisah bleach ni rasanya adaptasi dari zaman samurai tapi versi moden punya, bermula bila mana kurosaki ichigo, staring dalam anime ni, bertemu kuciki rukia, seoarang shinigami, boleh google maksud nya hahaha.. ichigo ni budak sekolah menengah umo 15 tahun, pada stau hari rukia secara tak sengaja masuk bilik  ichigo, dia ingat ichigo tak boleh nampak, sebab shinigami ni adalah roh, bila ichigo terajang kepala rukia baru lah dia sedar yang budak ichigo ni boleh lihat dia, tiba2 hollow, (sejenis hantu pemakan roh manusia yang dah mati) menyerang rumah ichigo, hollow ni nak makan adik ichigo, bila shinigami rukia dah cedera, dibelasah hollow, dari situ lah, ichigo memeterai janji, the day i became shinigami, samurai rukia dia tusuk sendiri di dadanya, dah terus bertukar menjadi shinigami yang pelik, disebabkan dia punya samurai bukan jenis biasa tapi sebilah parang besar saiz badannya..
bleach - vol. 88 - 128
babak diteruskan bila mana rukia dikenakan hukum bunuh di soul society,disebabkan dia dah terlalu lama di alam manusia dan melanggar perintah memberikan kuasa pada ichigo, lalu ichigo pun nekad untuk menyelamatkan rukia, dan masuk ke alam roh, disini memang total lawan yang hebat2, disebabkan ichigo dan rakan2nya memasuki soul society secara haram, maka dorang ni di anggap penceroboh, parah juga kesemua mereka pada mulanya, sehingga inchgo pun hampir nak mati, saja. Sehinggalah inchigo mengatasi abang rukia,seorang shinigami berpangkat kapten yang taat pada undang2, adik sendiri pun dia sanggup melihat dihukum, wahaahaha makin banyak aku merepek.. nanti sambung lagi lah.. banyak lagi box yang tinggal.. tapi anime bleach ni memang menarik...
bleach - vol. 129 - 163
cd box 1 menarik.. yang lain tu sama saja..
masuk box 4 ni kekuatan ichigo berubah lagi, dia sekarang dah berlatih menjadi hollow, perubahan manusia ke separuh hantu, kekuatan memang bertambah namun hanya 11 saat saja bertahan, lawan mereka pula bukan calang2.. bayangkan ada 8 box lagi, harapnya aku punya katgihan ni tak berenti disini... biar alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.. hahaha.....