Selasa, 13 Jun 2017

Nada Pesona Search

Apa yang menarik CD ni. jom kita tengok..


Ada beberapa rilisan kompilasi yang diriliskan oleh label ni. dalam banyak2 tu, aku terpikat dengan rilisan nada pesona ni. pertama sekali lihat kulit albumnya tu, ada hillary ang sana. dengan ditambah2 lagi rilisan ni terhad saja. tapi tengok masih ada jual juga kat campbell tu.


lepas buka plastik nya. terlihat begini.


dalamnya ada dua cd, satu cd 16 lagu, ada 32 lagu semua. lagu diambil dari album cbm hingga mmdt dan berpaling, dipintu sepi. kira gambar hillary tu pemikat pembeli saja.



aku mengharapkan inlaynya penuh ngan gambar2 tapi sayang hampa dan kecewa..

kalau nak di banding ngan search terunggul rasanya tu lagi mantap siap ada catatan pasal search, yang ni disertakan lirik beberapa lagu tak payah letak pun tak apa.. dan gambar2nya pun yang tu saja. hmm.. satu ja yang mantap pasal rilisan ni, sebab kotaknya tu. yang lain2 tu sama saja macam kompilasi search yang ada kat pasaran. harap2 remix tu dorang rilis balik nak juga memilikinya huhu

ohya dengar kabarnya habis raya ni amy masuk vokal untuk album baru nanti, tak sabarnya nak dengar hasilnya. 

Selasa, 6 Jun 2017

Mortuary Ancestor & Zoghnity


2 rilisan ni adalah yang terbaru aku beli, bulan lepas lagi, cuma malas mau menaip di bulan2 begini jadi lambat nak share. kedua band ni berasal dari sabah, zoghnity kaset main black metal. mortuary ancestor cd tu main death metal. gambar kaset tu terbalik pula hahaha..


aku mulakan dengan kaset tu dulu, ini band pertama kali aku dengar masa aku tumpang kereta kawan aku kalau tak silap tahun lepas,  sound band ni memang jahat. apa yang menarik minat aku suara vokalisnya, jeritannya macam bukan manusia nyanyi. dengan muzik black metal hutan laju memang ngam sangat lah dengan apa yang dibawakan oleh band ni. kaset ni rilisan semula setahu aku tahun lepas rilisan cd saja. sayang juga tak beli cdnya tu. hellzogher (devil seed) ep ni di bagi nama. ada 7 lagu versi kaset ni,2 lagu tu dari promo dorang. ada satu lagu saduran dari venom black metal, dibawahkan dengan cara mereka sendiri. sebenarnya aku belum hadam lagi kaset ni secara total. tapi dalam pendengaran pertama aku terbaik, boleh dijadikan playlist bulan depan.

mortuary ancestor boleh kata ini band lama dalam pergerakan muzik keras tempatan, aku perna lihat mereka beraksi sekali masa dorang datang kl. ini adalah rilisan pertama band ni ada dalam koleksi aku. ada juga dulu2 nampak kawan2 jual, tapi tak tergerak hati nak beli, mungkin sebab death metal bawaan Mortuary ni bukan lah kesukaan halwa telinga aku. selepas mendengar ep terbaru mereka ni, pandangan aku sudah berubah, mantap pula muzik mereka ni, kata hati ku. makin diulang dengar makin suka. ada 6 lagu dalam ep ni satu intro dan satu instrumental. kira 4 lagu yang menghiburkan,

aku nak letak link youtube kat sini untuk rilisan 2 band ni, tapi nampak gayanya macam tak ada di upload. yang ada pun lagu2 lama mereka.

k itu je.