Selasa, 13 Jun 2017

Nada Pesona Search

Apa yang menarik CD ni. jom kita tengok..


Ada beberapa rilisan kompilasi yang diriliskan oleh label ni. dalam banyak2 tu, aku terpikat dengan rilisan nada pesona ni. pertama sekali lihat kulit albumnya tu, ada hillary ang sana. dengan ditambah2 lagi rilisan ni terhad saja. tapi tengok masih ada jual juga kat campbell tu.


lepas buka plastik nya. terlihat begini.


dalamnya ada dua cd, satu cd 16 lagu, ada 32 lagu semua. lagu diambil dari album cbm hingga mmdt dan berpaling, dipintu sepi. kira gambar hillary tu pemikat pembeli saja.



aku mengharapkan inlaynya penuh ngan gambar2 tapi sayang hampa dan kecewa..

kalau nak di banding ngan search terunggul rasanya tu lagi mantap siap ada catatan pasal search, yang ni disertakan lirik beberapa lagu tak payah letak pun tak apa.. dan gambar2nya pun yang tu saja. hmm.. satu ja yang mantap pasal rilisan ni, sebab kotaknya tu. yang lain2 tu sama saja macam kompilasi search yang ada kat pasaran. harap2 remix tu dorang rilis balik nak juga memilikinya huhu

ohya dengar kabarnya habis raya ni amy masuk vokal untuk album baru nanti, tak sabarnya nak dengar hasilnya. 

4 ulasan:

  1. Banyak kali jugak jumpa album ni tapi mmg takda niat nak beli.tau rilisan ni mmg penuh kepura2an..hehe

    BalasPadam
  2. banyak sangat dah kompilasi Search ni...kalau tak benda baru memang aku tak beli la...

    BalasPadam
  3. Cantik packaging.. tapi lagu semua lagu recycle kan.. takde lagu unik

    BalasPadam
  4. okla, atleast tak ada logo lori dalam CD hahaha~

    BalasPadam