Isnin, 25 Januari 2016

cd bogel

cd2 tampa inlay ni aku trade dgn kawan, banyak juga cd2 nya, dulu dia kerja kat kilang buat cd ni, hari tu dia share dlm grup wassap, mulanya dia tak trade atau jual, bila dipaksa2 oleh rakan lain dia mengalah, aku awal2 lagi sudah boking cd2 dibawah ni, hehehe... kawan2 lain pun berebut juga pilih.. band2 luar pun ada, cuma aku ja tak selera tgknya, munkin sbb tak ada inlay kan., fikir2 apa barang aku nak tukar, aku tahu kawan aku ni minat membaca, jadi aku sorkan tukar ngan zine, aku kan ada beberapa keping zine yang aku tak minat lepas baca, bila dia kata ok, jadi ini lah hasilnya...

BRUTAL ALL STAR TRIBUTE TO SEARCH


cd harga runtuh mmg banyak.. ftg semua album ada, kalu mungkin bukan versi harga runtuh aku akan sambar, utk cd tribute to search ni, aku ambil sbb aku tak ada album ni dalam koleksi, ada juga aku nampak org jual, tapi selalu melepas, kalau versi harga runtuh mmg aku skip. ini kan hasil tukaran saja,jadi ambil saja lah, lagu2 dalam ni, hanya vociferation eternity saja aku selalu dgr, sbb album best of voci ada diselitkan 2 lagu tribute dalam ni. sbb aku beli cd voci tu pun sebab ada lagu tribute to search dalam tu. apapun mmg layan lagu2 dlm ni.

HAIL TO THE KING A TRIBUTE TO CROMOK


Cd ni menjadi pilihan kedua terakhir aku, aku ada 5 barang yang nak ditukar kan, apa yg peliknya kawan ni, kalu nak trade dgn cd kaset kena tukar ngan genre black metal.. mmg payah.. dia pun tak paksa kalu nak tak nak. album ni aku sudah miliki versi kasetnya, rasanya nak beli cd ni pun masih boleh didapati lagi. belum masuk ketegori rare gitu.. di pilih sbb boleh dilayan versi cd nya.. semalam aku sudah dgr, jika dgr versi kasetnya, lagu mantak punya sound betul2 menghiburkan. bila dgr cd ni. hancur pula sound mantak.. pelik aku., kenapa tak sama sound ngan versi kaset.. huhu

D CROMOK VII YEARS VII DAY COLLECTION


versi EMI, patutnya dulu aku beli cd ni. disebabkan masih belum bleh terima versi cd sebagai medium utk santapan halwa telinga, aku pun tak beli. skg payah juga nak cari cd ni. nak beli kurang2 kena ada rm50 keatas.. ini cd pertama yang aku tertarik utk ditukar hahaha.. sbb aku fikir aku bleh selitkan dalam cd versi vsp aku juga.. jadi tak payah susah2 nak cari inlaynya. apapun sound dlm ni mmg terbaik antara 6 cd yg aku dapat..

FTG SIL KHANNAZ KOMPILASI TERBAIK


Kemungkinan besar ini adalah album yang buat aku mula tertarik pada muzik extrim metal tempatan, biar pun cromok dulu aku dgr, bagi aku cromok tu muziknya komersial.. banding ngan sil khannaz. masa aku beli album split ni dulu, versi kaset, aku beli sbb ftg saja pun, mau tak mau kena dgr juga sil khannaz, masa tu klu aku ingat sepatah haram aku tak tahu apa yg dinyanyikan oleh sil khannaz, kecuali lagu oh rembulan, sbb suaranya bersih. dulu klu dgr kaset klu boleh sebulan tu terus play siang malam, sbb beli pun 2 3 bulan beli seketul, dari situ lah aku mula suka sil khannaz. dan jiwa aku mula terbuka luas utk muzik2 extrim metal.

XPDC KITA PENG YU


ini album paling liat aku nak beli HAHAHA.. plan nak beli, tapi tak perna2 nya nak terbeli, asyik skip saja. sudah ada peluang depan mata kan, walaupun tampa inlay nya. aku pilih sebab nak dgr saja versi tulennya ada beberapa lagu dlm cd ni, sudah ada dalam mp3 henpon aku. jadi dgr versi ori ni. puas lah juga. tapi aku masih berharap satu hari aku jumpa versi kasetnya, dengan harga mampu milik..selendang merdeka satu.. ohya raya cina nanti dorang xpdc mael akan buat konsert free kat sepang. rasa2 mcm nak pergi.. huhu tgk lah cemana..

AMY IKON A ROCKSTAR CHRONICLE


dulu aku ada beli kasetnya ni, ntah hilang kemana sudah, kiranya aku sempat juga merasa amy keluar album. ngan search gothik malam edan, nak harapkan album baru skg ni mmg payah lah.. zaman sudah berubah.. satu lagu ja menarik dalam ni, suralaya tu. yang lain2 tu, penambah saja.lagu tiada lagi ok lah. sbb ni lagu banyak kenangan zaman aku kat kg dulu. huhuhu... k lah. ini cd bagi free sbb kawan tu banyak cd ni.

k itu saja lah kisah cd2 bogel ni.. ada sapa2 ada inlay lebih utk cd2 kat atas ni, boleh tinggalkan komen., urusan jual beli bleh dilakukakn... hehe

Isnin, 18 Januari 2016

ahmad dhani and the triad


hasil dari mata ganjaran astro aku, hari tu nampak bro ijau share barang yang dia tebus dlm astro circle tu, mulanya susah juga aku nak masuk link tu. tekan macam2 pun tak keluar nama, akhirnya hari tu, ada pula masuk sudah mata ganjaran ku. pilih2 item dalam katalog tu, nampak cd ni, ngam dengan mata ganjaran tak fikir lama aku terus on..haha sbb utamanya aku nampak lagu separuh nafas tu. sampai saja dirumah hari tu, lepas play sekali..ohh tidak betapa hambarnya sound ni.. hahaha bagi selera telinga aku lah ya. tak tahu pula orang lain. musti ada yang suka kan.. tapi aku mmg tak masuk lah.. best lagi dewa 19 dari ni.. apapun aku gembira lah, sbb sudah tahu cemana caranya nak tebus mata ganjaran astro tu. lama sudah pakai astro ni kali baru dapat tebus wkwkwkw... k lah itu je.

ohya klu ada sapa2 nak trade cd ni mari kita tukar..YEAY


Rabu, 13 Januari 2016

the martian


Cerita ni aku tgk sabtu lepas, beli kat astro best..lepas tertengok iklanya.. 
mengisahkan angkasawan yg terkandas di planet marikh seorg diri, staring dia matt damon, aku minat ngan dia ni, lagi2 dia belakun kisah pasal planet marik.

kisahnya bermula, bila mana tempat dorang buat uji kaji akan di landa ribut, dorang buat keputusan utk membatalkan misi dorang. masa perpindahan dorang pergi kapal angkasa, mark wetney si istaring tu, tekena serpihan antena terbang, tepelanting dia. kawan2 nya ingat dia sudah mati sbb sutnya dalam radar sudah koyak.. terpaksa berlepas tu kapal, meninggalkan mark.. 

itu je aku bleh cerita, kamu tgk lah sendiri, macam mana manusia boleh hdp di marik selama, 400 hari lebih. dgn keadaan bekalan yang cukup2 makan saja. 

malang buat mark ni, hanya muzik disco saja kapten dorang bawa p marik ni.hahahaha.. 

rekemen lah movie ni. bleh tengok rupa kapal angkasa yg p marik. perjalan ke marik saja tu mau 4 tahun.. 

gambar di atas tu, dia rehat cas keretanya, dia menuju tapak pelancaran... kurus kering sudah dia.. huhuhu

lepas tgk filem ni. aku terus suka makan kentang wakakakakaka.... the martian tu tak tahu apa kaitannya dgn cerita ni,,, huhu 

Selasa, 12 Januari 2016

Humiliation - bullet storm


Ini adalah keluaran terbaru dari kem tentera death metal tanahair. aku sambar ni masa gig mamatfest hari tu, bersempena ngan gig tu, split cd ni dikeluarkan. ada 2 lagu baru dalam ni, dengan barisan line up yang beraksi di mamatfest hari tu, sound dalam ni, kurang berat..berbeza ngan album tahun lepas.. bagi selera aku ni, cd ni memuaskan halwa telinga ku aaarghhh..play ulang2 sampai puas..2 lagu je gantung beb...!!


dorang split ngan band ni, band jepun TASTE, yang ni main brutal death, kejam sangat muziknya..aku tak bleh nak hadam... bukan selera aku.. masa tgk live dorang hari tu, mmg layan.. utk sound cd ni. aku dgr sekali je...bagi penggemar sound brutal..bagus rasa ni band...woarghhh!!!


Ini lah bentuk cdnya dan dalamnya.. bagi pengemar humiliation, rasanya wajib beli cd ni, sebabnya buat pertama kali humi rilis split dalam format cd, selalunya dorang akan rilis dalam format 7" saja.. lagi2 cd ni terhad 300 cetakan saja seluruh dunia.. hohoho.. k itu je ceritanya.. nak tunggu album baru humi tahun ni... good luck buat mereka utk tour jepun nanti.... terbaik boh...

Selasa, 5 Januari 2016

MAMAT FEST 2016

blackbox
Salam kawan2 semua.. selamat menjalani tahun 2016, yg penuh mengujakan menuju wawasan 2020 haha.. hari ni aku nak cerita pasal gig mamat fest yang aku turun hari sabtu lepas, tanggal 2 dibulan january..macam lagu himalaya gitu, jun jun julai nanti curang kita rapatkan cincin ku sarung kan hahaha...

 gig mamat fest ni di buat di solaris publika, kira gig ber kelas A lah klu buat kat sini, band2 terlibat masa gig ni semuanya sudah disaksikan beberapa kali, kecuali band dari jepun tu. huhu... apa yang menarik minat aku utk turun ke gig ni, adalah band humiliation, tahun lepas masa gig burn in flame, humiliation tarik diri tak main, aku pun batalkan tak turun gig tu.

aku gerak bersama 2 lagi rakan sepermetalan ku, macam biasa, sampai saja ke lokasi terus jumpa kawan2 bersembang2, sbbnya gig ni ada kelewatan sikit, sembang punya sembang tak sangka pula gig sudah mula, jam lebih kurang pukul 4. tak tunggu lama masuk kedalam venue lepas bayar tiket yg berharga rm40.

dibawa ni aku selitkan gambar ngan sedikit catatan yang aku ingat masa gig ni. hehe...



band pertama yg beraksi hari tu, band Muaru. band ni aku baru saksikan minggu sebelumnya kat gig punuristic..hehe. aku menyaksikan 2 lagu saja sempat utk band ni, masuk lewat kan.. apapun muaru makin berbisa.. hellyeahh.




band kedua beraksi, adalah sil khannaz, 5 lagu saja dorang bawa, 2 lagu pertama di ambil dari ep terbaru dorang thunder roar, lagu ketiga lagu lama santapan terakhir raja bersiong, yang membuatkan aku gembira..haha.. lagu ke empat pun dari ep terbaru dorang, dan lagu terakhir yang dibawakan, cover dari motorhead iron fist..tribute buat lemmy katanya..



band seterusnya, atomicdeath dorang ni main thrash metal yang padu..aku terhibur ngan muzik dorang ni, best..


lepas atomicdeath, band sick society. aku tak tgk band ni. aku ada hal kat luar...huhu. ikutkan list hari tu, patutnya band humi yang main no 4 ni.



tak sempat tgk sick society, masuk balik dalam venue, band dari jepun sudah diatas pentas, band taste. main brutal death., punya grown dia punya vokal. rasanya dorang bawa hampir 10 lagu klu tak silap hahaha.. mula2 aku fikir nak tgk kejap, tapi melihat gaya persembahan dorang ni, buat aku terus tgk dorang sampai habis.. power band ni. ohya dorang ada split cd ngan humiliation.

lepas band jepun tadi jam 7pm sudah, gig rehat sebentar bersama kitkat...hahahaa.. aku rasa aku nak pergi makan saja, kata jaie gig mula balik jam7.30pm, aku fikir tunggu saja lah, lagi pun lepas ni, band yang aku minat akan beraksi...

terbaik boh...!!




kedengaran saja sound dalam venue. aku terus masuk tinggalkan kawan2 yang sembang tadi.. aku tak mau terlepas band ni..hehe.. Humiliation sudah berada di atas pentas, cepat2 aku ambil posisi utk menyaksikan dengan lebih dekat. ini kali keberapa aku tgk band ni beraksi, tak perna puas, apa yang bikin aku teruja utk tgk kali ni, sudah 2 album keluar, belum tgk lagi lagu2 livenya, dari 2014-2015, tahun baru 2016 ni, dapat menyaksikan nya, mmg keterujaannya lain macam sudah. macam aku teruja tgk band search beraksi.


humiliation malam tu, dibaris line up baru, di posisi gitar kedua, dan bass, aku tak kenal bass nya, tapi crowd panggil dia aima, gitaris kedua pula, amir. yang ni, sudah kenal, sbb dalam album baru tu mukanya ada dalam gambar, ohya semua line up humi mmg tak sombong. ini yang bagusnya band ni..


amir

bassist

mula saja lagu pertama aksi headbanging pun bermula, aku nak snap gambar band ni susah sikit. guna kamera henpon cap ayam mmg tak dapat lah nak snap gambar cantik. sbb band ni tak duduk diam, headbanging terus.. klu tak silap aku, ada 7 lagu dorang persembahkan malam tu.,lagu dari album battalion 2014-15 under the siege of invasion, ada dipersembahkan, aku terhibur, walaupun agak tak puas sbb 7 lagu saja, itulah, gig kan harus diberikan kepada band seterusnya. kiranya terubat juga lah nak tgk humi beraksi sekali lagu utk 2 album tu.

aku rakam satu video buat kenangan lagu terakhir. ambil pot kat belakang ni huhu....
penat juga aku banging masa humi tadi, sampai skg ni, leher aku masih sakit hahaha...


band seterusnya. the pilgrims yang baru saja rilis album baru tahun lepas, yang masih panas lagi sekarang ni. malam tu dorang bawa semua lagu dalam album baru tu, crowd yang hadir pun tak menari macam gig king from hell dulu. mungkin sbb semua lagu2 baru kan dipersembahkan jadi crowd pun menghayati lagunya termasuk aku... lagu terakhir baru lah ada sikit aksi menari.. sua sue good morning,.. aku pun mengharapkan lagu lama dorang persembahkan, apakan daya. lagu baru malam tu pun sedap juga. nanti aku nak sambar sekeping cdnya, hehe.

langsuyr
band terakhir malam tu, perghhh!! langsuyr oh... hari tu rocktheworld aku tak turun sebab aku plan dorang akan main juga gig ni, save bajet hahaha... ohya malam ni, klu nak dibagi persembahan terbaik., aku bagi kat langsuyr,.. walaupun humi yang no 1 hahahaa..kawan aku ckp kat aku, langsuyr ni mmg hebat gitarisnya, tak pakai efek gitarnya, main cucuk saja, terus main. tak ada lagi pertukaran bunyian, seperti band2 lain. main pijak tu. huhu.. aku ingatkan dorang ni akan bawa lagu, dari ep terbaru mereka, bantaigram tu, silap aku, rupanya lagu2 lama dorang dibawakan, satu je lagu dari ep terbaru dipersembahkan, selainya lagu lama. lagu pertama mereka malam tu, asyik  majnum dan laila. my oath for thee pun ada di persembahkan.. memang cukup mengujakan lagu ni, rasanya klu persembahan pentas ni lagu wajib langsuyr mmg layan. cara azlanthor menyanyi pun unik... cam pesakit mental,,, yeay.. 6 lagu rasanya dorang bawa malam tu, heran aku kenapa sikit saja, sedangkan dorang yang main akhir... huhu..lagu terakhir dorang sunut... baik jadi bojan...hahha

gig habis jam 10 lebih, aku sampai rumah jam 12.

tamat.

kbai.