Selasa, 5 Januari 2016

MAMAT FEST 2016

blackbox
Salam kawan2 semua.. selamat menjalani tahun 2016, yg penuh mengujakan menuju wawasan 2020 haha.. hari ni aku nak cerita pasal gig mamat fest yang aku turun hari sabtu lepas, tanggal 2 dibulan january..macam lagu himalaya gitu, jun jun julai nanti curang kita rapatkan cincin ku sarung kan hahaha...

 gig mamat fest ni di buat di solaris publika, kira gig ber kelas A lah klu buat kat sini, band2 terlibat masa gig ni semuanya sudah disaksikan beberapa kali, kecuali band dari jepun tu. huhu... apa yang menarik minat aku utk turun ke gig ni, adalah band humiliation, tahun lepas masa gig burn in flame, humiliation tarik diri tak main, aku pun batalkan tak turun gig tu.

aku gerak bersama 2 lagi rakan sepermetalan ku, macam biasa, sampai saja ke lokasi terus jumpa kawan2 bersembang2, sbbnya gig ni ada kelewatan sikit, sembang punya sembang tak sangka pula gig sudah mula, jam lebih kurang pukul 4. tak tunggu lama masuk kedalam venue lepas bayar tiket yg berharga rm40.

dibawa ni aku selitkan gambar ngan sedikit catatan yang aku ingat masa gig ni. hehe...



band pertama yg beraksi hari tu, band Muaru. band ni aku baru saksikan minggu sebelumnya kat gig punuristic..hehe. aku menyaksikan 2 lagu saja sempat utk band ni, masuk lewat kan.. apapun muaru makin berbisa.. hellyeahh.




band kedua beraksi, adalah sil khannaz, 5 lagu saja dorang bawa, 2 lagu pertama di ambil dari ep terbaru dorang thunder roar, lagu ketiga lagu lama santapan terakhir raja bersiong, yang membuatkan aku gembira..haha.. lagu ke empat pun dari ep terbaru dorang, dan lagu terakhir yang dibawakan, cover dari motorhead iron fist..tribute buat lemmy katanya..



band seterusnya, atomicdeath dorang ni main thrash metal yang padu..aku terhibur ngan muzik dorang ni, best..


lepas atomicdeath, band sick society. aku tak tgk band ni. aku ada hal kat luar...huhu. ikutkan list hari tu, patutnya band humi yang main no 4 ni.



tak sempat tgk sick society, masuk balik dalam venue, band dari jepun sudah diatas pentas, band taste. main brutal death., punya grown dia punya vokal. rasanya dorang bawa hampir 10 lagu klu tak silap hahaha.. mula2 aku fikir nak tgk kejap, tapi melihat gaya persembahan dorang ni, buat aku terus tgk dorang sampai habis.. power band ni. ohya dorang ada split cd ngan humiliation.

lepas band jepun tadi jam 7pm sudah, gig rehat sebentar bersama kitkat...hahahaa.. aku rasa aku nak pergi makan saja, kata jaie gig mula balik jam7.30pm, aku fikir tunggu saja lah, lagi pun lepas ni, band yang aku minat akan beraksi...

terbaik boh...!!




kedengaran saja sound dalam venue. aku terus masuk tinggalkan kawan2 yang sembang tadi.. aku tak mau terlepas band ni..hehe.. Humiliation sudah berada di atas pentas, cepat2 aku ambil posisi utk menyaksikan dengan lebih dekat. ini kali keberapa aku tgk band ni beraksi, tak perna puas, apa yang bikin aku teruja utk tgk kali ni, sudah 2 album keluar, belum tgk lagi lagu2 livenya, dari 2014-2015, tahun baru 2016 ni, dapat menyaksikan nya, mmg keterujaannya lain macam sudah. macam aku teruja tgk band search beraksi.


humiliation malam tu, dibaris line up baru, di posisi gitar kedua, dan bass, aku tak kenal bass nya, tapi crowd panggil dia aima, gitaris kedua pula, amir. yang ni, sudah kenal, sbb dalam album baru tu mukanya ada dalam gambar, ohya semua line up humi mmg tak sombong. ini yang bagusnya band ni..


amir

bassist

mula saja lagu pertama aksi headbanging pun bermula, aku nak snap gambar band ni susah sikit. guna kamera henpon cap ayam mmg tak dapat lah nak snap gambar cantik. sbb band ni tak duduk diam, headbanging terus.. klu tak silap aku, ada 7 lagu dorang persembahkan malam tu.,lagu dari album battalion 2014-15 under the siege of invasion, ada dipersembahkan, aku terhibur, walaupun agak tak puas sbb 7 lagu saja, itulah, gig kan harus diberikan kepada band seterusnya. kiranya terubat juga lah nak tgk humi beraksi sekali lagu utk 2 album tu.

aku rakam satu video buat kenangan lagu terakhir. ambil pot kat belakang ni huhu....
penat juga aku banging masa humi tadi, sampai skg ni, leher aku masih sakit hahaha...


band seterusnya. the pilgrims yang baru saja rilis album baru tahun lepas, yang masih panas lagi sekarang ni. malam tu dorang bawa semua lagu dalam album baru tu, crowd yang hadir pun tak menari macam gig king from hell dulu. mungkin sbb semua lagu2 baru kan dipersembahkan jadi crowd pun menghayati lagunya termasuk aku... lagu terakhir baru lah ada sikit aksi menari.. sua sue good morning,.. aku pun mengharapkan lagu lama dorang persembahkan, apakan daya. lagu baru malam tu pun sedap juga. nanti aku nak sambar sekeping cdnya, hehe.

langsuyr
band terakhir malam tu, perghhh!! langsuyr oh... hari tu rocktheworld aku tak turun sebab aku plan dorang akan main juga gig ni, save bajet hahaha... ohya malam ni, klu nak dibagi persembahan terbaik., aku bagi kat langsuyr,.. walaupun humi yang no 1 hahahaa..kawan aku ckp kat aku, langsuyr ni mmg hebat gitarisnya, tak pakai efek gitarnya, main cucuk saja, terus main. tak ada lagi pertukaran bunyian, seperti band2 lain. main pijak tu. huhu.. aku ingatkan dorang ni akan bawa lagu, dari ep terbaru mereka, bantaigram tu, silap aku, rupanya lagu2 lama dorang dibawakan, satu je lagu dari ep terbaru dipersembahkan, selainya lagu lama. lagu pertama mereka malam tu, asyik  majnum dan laila. my oath for thee pun ada di persembahkan.. memang cukup mengujakan lagu ni, rasanya klu persembahan pentas ni lagu wajib langsuyr mmg layan. cara azlanthor menyanyi pun unik... cam pesakit mental,,, yeay.. 6 lagu rasanya dorang bawa malam tu, heran aku kenapa sikit saja, sedangkan dorang yang main akhir... huhu..lagu terakhir dorang sunut... baik jadi bojan...hahha

gig habis jam 10 lebih, aku sampai rumah jam 12.

tamat.

kbai.

9 ulasan:

  1. best review ni, gambar semua terbaekk

    BalasPadam
  2. best review!!! syg sil khannaz pnya show byk mistake dlm lagu 1st...lagu kegemaran aku (sinner burning...hehehe gig ni mmg best

    BalasPadam
  3. kalau venue dah guna amp2 seperti dlm gambar (marshall JVM410H, mesa rectifier), serius, akupun akan guna direct terus masuk amp xperlu efek2 lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. kawan aku ckp bro..dia cakap kena pandai setting.. klu tak pandai bunyi pun tak best.. begitu ke.. aku tgk semua band main hari tu, pakai efek.. langsuyr je tak... hehe bro ijau mmg hebat, sama macam gitaris langsuyr..

      Padam
    2. bukan masalah hebat geng, tapi benda ni biasanya ada 2 cerita berbeza:
      1) yang guna efek tu biasanya dah siap2 setting kat rumah supaya cepat soundcheck, hanya harapkan bunyi drp efek, xperlu buang masa cari setting amp
      2) amp2 yg aku sebut tadi harganya mau cecah RM10k sebijik, banding dengan efek2 mainstream yg range harga RM1-2k, mungkin diorg langsuyr dah biasa guna amp2 tu, so kejap je cari setting

      Padam
    3. oh begitu.. faham sudah aku.

      Padam
  4. Aku baca seperenggan, tarik nafas, second paragraph baca, tarik nafas..
    Thrill cara kau tulis.

    BalasPadam