Isnin, 25 Januari 2016

cd bogel

cd2 tampa inlay ni aku trade dgn kawan, banyak juga cd2 nya, dulu dia kerja kat kilang buat cd ni, hari tu dia share dlm grup wassap, mulanya dia tak trade atau jual, bila dipaksa2 oleh rakan lain dia mengalah, aku awal2 lagi sudah boking cd2 dibawah ni, hehehe... kawan2 lain pun berebut juga pilih.. band2 luar pun ada, cuma aku ja tak selera tgknya, munkin sbb tak ada inlay kan., fikir2 apa barang aku nak tukar, aku tahu kawan aku ni minat membaca, jadi aku sorkan tukar ngan zine, aku kan ada beberapa keping zine yang aku tak minat lepas baca, bila dia kata ok, jadi ini lah hasilnya...

BRUTAL ALL STAR TRIBUTE TO SEARCH


cd harga runtuh mmg banyak.. ftg semua album ada, kalu mungkin bukan versi harga runtuh aku akan sambar, utk cd tribute to search ni, aku ambil sbb aku tak ada album ni dalam koleksi, ada juga aku nampak org jual, tapi selalu melepas, kalau versi harga runtuh mmg aku skip. ini kan hasil tukaran saja,jadi ambil saja lah, lagu2 dalam ni, hanya vociferation eternity saja aku selalu dgr, sbb album best of voci ada diselitkan 2 lagu tribute dalam ni. sbb aku beli cd voci tu pun sebab ada lagu tribute to search dalam tu. apapun mmg layan lagu2 dlm ni.

HAIL TO THE KING A TRIBUTE TO CROMOK


Cd ni menjadi pilihan kedua terakhir aku, aku ada 5 barang yang nak ditukar kan, apa yg peliknya kawan ni, kalu nak trade dgn cd kaset kena tukar ngan genre black metal.. mmg payah.. dia pun tak paksa kalu nak tak nak. album ni aku sudah miliki versi kasetnya, rasanya nak beli cd ni pun masih boleh didapati lagi. belum masuk ketegori rare gitu.. di pilih sbb boleh dilayan versi cd nya.. semalam aku sudah dgr, jika dgr versi kasetnya, lagu mantak punya sound betul2 menghiburkan. bila dgr cd ni. hancur pula sound mantak.. pelik aku., kenapa tak sama sound ngan versi kaset.. huhu

D CROMOK VII YEARS VII DAY COLLECTION


versi EMI, patutnya dulu aku beli cd ni. disebabkan masih belum bleh terima versi cd sebagai medium utk santapan halwa telinga, aku pun tak beli. skg payah juga nak cari cd ni. nak beli kurang2 kena ada rm50 keatas.. ini cd pertama yang aku tertarik utk ditukar hahaha.. sbb aku fikir aku bleh selitkan dalam cd versi vsp aku juga.. jadi tak payah susah2 nak cari inlaynya. apapun sound dlm ni mmg terbaik antara 6 cd yg aku dapat..

FTG SIL KHANNAZ KOMPILASI TERBAIK


Kemungkinan besar ini adalah album yang buat aku mula tertarik pada muzik extrim metal tempatan, biar pun cromok dulu aku dgr, bagi aku cromok tu muziknya komersial.. banding ngan sil khannaz. masa aku beli album split ni dulu, versi kaset, aku beli sbb ftg saja pun, mau tak mau kena dgr juga sil khannaz, masa tu klu aku ingat sepatah haram aku tak tahu apa yg dinyanyikan oleh sil khannaz, kecuali lagu oh rembulan, sbb suaranya bersih. dulu klu dgr kaset klu boleh sebulan tu terus play siang malam, sbb beli pun 2 3 bulan beli seketul, dari situ lah aku mula suka sil khannaz. dan jiwa aku mula terbuka luas utk muzik2 extrim metal.

XPDC KITA PENG YU


ini album paling liat aku nak beli HAHAHA.. plan nak beli, tapi tak perna2 nya nak terbeli, asyik skip saja. sudah ada peluang depan mata kan, walaupun tampa inlay nya. aku pilih sebab nak dgr saja versi tulennya ada beberapa lagu dlm cd ni, sudah ada dalam mp3 henpon aku. jadi dgr versi ori ni. puas lah juga. tapi aku masih berharap satu hari aku jumpa versi kasetnya, dengan harga mampu milik..selendang merdeka satu.. ohya raya cina nanti dorang xpdc mael akan buat konsert free kat sepang. rasa2 mcm nak pergi.. huhu tgk lah cemana..

AMY IKON A ROCKSTAR CHRONICLE


dulu aku ada beli kasetnya ni, ntah hilang kemana sudah, kiranya aku sempat juga merasa amy keluar album. ngan search gothik malam edan, nak harapkan album baru skg ni mmg payah lah.. zaman sudah berubah.. satu lagu ja menarik dalam ni, suralaya tu. yang lain2 tu, penambah saja.lagu tiada lagi ok lah. sbb ni lagu banyak kenangan zaman aku kat kg dulu. huhuhu... k lah. ini cd bagi free sbb kawan tu banyak cd ni.

k itu saja lah kisah cd2 bogel ni.. ada sapa2 ada inlay lebih utk cd2 kat atas ni, boleh tinggalkan komen., urusan jual beli bleh dilakukakn... hehe

7 ulasan:

  1. Takde cover ya.
    Amy ikon tu ada lagu Suralaya d minor.
    sedappp aku suka, walau terlalu Steven Tyler

    BalasPadam
  2. Tribute to Search tu aku ada kasetnya

    BalasPadam
  3. Cd bogel yg tak syok.mcm tak complete rasa nya.tapi untung la ko dpt koleksi yg best2

    BalasPadam
  4. KLu search tribute tu pasti yg nk aku dgr pawana.

    BalasPadam
  5. rasanya kes bogel ni mst kes slalu main dkt player kereta..

    BalasPadam
  6. yeahhh. D Cromok tu aku ada.best juga sound remaster EMI.

    BalasPadam