Jumaat, 30 September 2016

Antaboga - Ritual Setan




Rilisan terbaru dari Antaboga, mereka membuktikan bahawa band ini juga aktif mengeluarkan meterial terbaru, bukan setakat jagohan di atas pentas gig2 saja. ritual setan tajuk diberi untuk ep ni, bagi mereka yang mengikuti antaboga ini pastinya ep, bagi mereka yang baru memilikinya ini boleh dikira album baru dari antaboga. 2 lagu baru dihidangkan dalam ritual setan ni. ada 1 intro serta 1 intrumental. dan 5 lagu lama yang dirakamkan semula dengan barisan pemuzik baru. aku tak mau cerita pasal lagu2 rakaman semula, bagi aku lagu asalnya juga yang terbaik. untuk 2 lagu baru ni, antaboga masih lagi mengekalkan rentak sound seperti rilisan2 mereka yang lepas. dari segi lagu dan bunyiannya kena makan masa untuk dihadam. untuk intro tu aku tak berani dengar malam sekarang ni, kalau zaman bujang aku no hal. sekarang ni ada anak kecil risau juga kalau mantera yang dibaca dalam intro cd ni betul2 memanggil simati hidup semula.. kalau korang nak dengar dan rasa seramnya cuba lah dapatkan rilisan ini.

daulat antaboga persetan kalian semua........

Khamis, 29 September 2016

Guns N Roses




Nak cerita sikit lah pasal cd ni, cd ni semalam aku beli haha.. lama jugalah aku tak singgah kedai speedy ni. semalam tu hajat hati nak tengok dvd anime saja, ternampak pula cd ni dengan harga rm21, menarik minat aku pula tu, ada juga band2 lain, mulanya aku nak sambar cd linkin park, bila fikir2, aku tak ada lagi lagu2 gun n roses ni dalam bentuk cd kaset dalam koleksi aku, yang ada pun mp3 dalam henpon huhu.. jadinya aku beli lah ni, walaupun hati agak berat nak beli, sebab melihat pada packingnya ni. dengan tulisan cina nya lagi, aku risau kalau2 cd ni lagu2nya dinyanyikan artis cina gitu. perna aku beli tape hari tu metalika, punyalah kecewa, rupanya versi band lain bawah aduhhh.. nak jah ku hentak dengan tukul tu tape. nasiblah aku dapat edia tukar saja talinya dengan kaset metalika yang tak ada inlay. berbalik pada cd ni, masa nak bayar tu dorang buka kan plastiknya dan lihat cdnya, aku pun terlihat lah sekali, hmmmm macam hambar saja cd2 dalamnya. sampai rumah dengan penuh tanda tanya nak dengar lagunya manatau versi cina mampuss wakakakaaka... tapi ok lah, mula2 aku tak biasa dengar lagu2 pertama tu, jadi aku terfikir juga apakah ini sama macam tape metalika hari tu aku beli, orang lain yang nyanyikan. lepas tu skip p lagu sweet child baru lah ada kepastian lagu2 dalam cd ni memang asli dari gun n roses. oklah sound pun mantap ada disertakan liriknya, cuma satu saja yang tak menarik, cd2nya tu haha. rasanya aku tak nak beli lah linkin park tu. huhu... k itu saja lah ceritanya.

Isnin, 26 September 2016

Bestial Hordes - Possessed By Bestial Lust



 

Ep terbaru dari bestial hordes, bagi mereka yang masih belum mengenali mereka, band ni perpangkalan dikota kinabalu sabah, memainkan irama black/thrash, ep terbaru mereka ni mengandungi 4 lagu, 4 lagu yang cukup mengujakan halwa telinga aku, kelajuan sound yang terhidang dalam ep ni cukup buas. kalau kamu minat ngan band2 jahat tempatan, harusnya mendengar band ni, ini antara band terbaik yang ada disabah. gila jahat dan kurang ajar.. haha

Respek pada label kimar rekod ni, setiap rilisan kasetnya tidak perna mengecewakan. jika ingin memiliki kaset ni seharusnya bertindak pantas, dengarnya pada label sudah sold out..

Exclusively for diehard tape collector # 085/169


Rabu, 21 September 2016

MANSAU ANSAU



buku Travelog punk rock oleh benny pangazou

Buku ni sudah selesai dibaca sebelum raya lagi, rasanya ni lah buku terpantas aku baca dalam sejarah aku membaca buku, tak sampai rasanya 10 jam klu dicampur2 masa aku membaca, sebab masa aku cuti sakit 2 hari buku ni mendarat dirumah jadi banyak masa aku untuk membaca haha, aku beli rm27 masuk sekali duit posnya, sangat mengujakan bagi aku sebab aku minat ngan band ni. haha..

Buku ni memceritakan perjalan band con damn the corruptor, boleh baca snopsi kat gambar atas tu. hahaha. bagi aku secara peribadi, aku suka baca buku ni, ada masa aku tergelak sendirian hahaha bayangkan tu, musti ada yang lucu diceritakan, masa dorang kena tahan polis tu pun mengujakan juga nak tau endingnya macam mana. bestlah senang ceta buku ni. bak kata seorang kat fb hari tu macam kita berdepan ngan penulisnya menceritakan secara detail perjalan tour mereka.

k itu sajalah.. nak dapatkan buku ni boleh pergi ke fb page band ni. atau cari saja nama benny pangazou si vokalis band ni, pencinta kucing sejati... 

Selasa, 20 September 2016

Sil khannaz - Pendita gila (CD 2016)




Cd ni aku beli sekali ngan cd black abyss hari tu, jimat sikit duit posnya, alang2 gitu, pendita gila ni pertama kali diriliskan tahun 1995 ada 4 lagu dalamnya, dan perna juga diriliskan dalam format cd,kulit album lain, aku ada cd tu. sebenarnya aku ni jenis kalau sudah ada dengan aku sesebuah rilisan tu, tak kira lah rerelis punya kah atau 1 press punya sebolehnya aku tak mau beli sudah sebab bagi aku lagu2nya tetap sama juga kan.. tapi untuk cd ni, mengujakan pula dia punya kulit album, berbanding ngan rilisan cd pertama tu. jadi aku sambar ni sekeping buat koleksi, dengarnya laku juga cd ni. hahaha.. ada sedikit info aku dapat dari zine pttm, rupa2nya pendita gila ni tajuk lagu blackfire, patut pun ada bait2 lagu sil khannas dalam ni.. tak mau campur tu urasan, dapat info tu pun berguna juga. ohya hampir lupa, rilisan cd ni disertakan demo 1990 doctrine to hell sebagai bonus gitu, bagi aku lebih baik tak payah masukkan demo tu bagi 4 lagu saja macam yang aslinya lagi mantap..huhuhu...ada ku tgk dirilis balik tu demo dalam masa terdekat ni dalam bentuk kaset berkembar. Lagi... pasal sound dan muziknya memang menghiburkan lah bagi aku. sil khannaz ni bagi aku antara band metal terawal juga yang aku kenal, sebab dorang ni senang masuk majalah rock masa mula2 dulu aku kenal. hellyeah tu saja macam merepek pula aku dalam post ni. mungkin juga keterujaan baru boleh buat entri kan.. leptop sudah ok hahahaha.. k