Memaparkan catatan dengan label bahan bacaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bahan bacaan. Papar semua catatan

Khamis, 12 Januari 2017

Bahan bacaan

Novel Tenggelamnya Kapal Van Der wijck

Novel Merantau Ke Deli

2 novel ni yang menjadi bahan bacaan aku 2 minggu lepas, karya hamka yang semua sudah pasti mengenali. aku baru saja berkesempatan baca novel tenggelamnya kapal van der wijck, walaupun sudah lama aku idamkan nak bacanya, selepas tengok filemnya tu. ceritanya sama saja ngan filem tu cuma novel ni lebih detail lagi lah dia punya penceritaan tu, novel merantau ke deli pula tu bagus juga dia punya jalan cerita kisah sepasang suami isteri yang diuji bertali arus. makin suka aku baca karya hamka ni. satu saja perna aku baca dulu itu pun kat surau tempat aku ada satu buku hamka kat rak tu, sikit2 aku baca sampai lah abis. ohya dekat tesco tempat aku tinggal ni ada kedai buku, hari tu tergerak hati tanya buku hamka, tak sangka pula ada banyak kat situ. selalu aku singgah belikan mizi buku mewarna boboiboy ngan ultraman saja. lepas ni senang lah nak beli buku2 karya hamka ni. ada beberapa tajuk lagi yang ada kat sana, kalau berekesempatan memang aku rancang akan beli. tapi tengok ada novel baru keluar ni nampak macam menarik pula, aku nak dulukan yang ni lah. nanti aku share sini lagi apa bahan bacaan aku selepas aku habis baca. hehe.. k itu je beb. nak kembalikan zaman remaja dulu suka baca buku. huhu!

Rabu, 21 September 2016

MANSAU ANSAU



buku Travelog punk rock oleh benny pangazou

Buku ni sudah selesai dibaca sebelum raya lagi, rasanya ni lah buku terpantas aku baca dalam sejarah aku membaca buku, tak sampai rasanya 10 jam klu dicampur2 masa aku membaca, sebab masa aku cuti sakit 2 hari buku ni mendarat dirumah jadi banyak masa aku untuk membaca haha, aku beli rm27 masuk sekali duit posnya, sangat mengujakan bagi aku sebab aku minat ngan band ni. haha..

Buku ni memceritakan perjalan band con damn the corruptor, boleh baca snopsi kat gambar atas tu. hahaha. bagi aku secara peribadi, aku suka baca buku ni, ada masa aku tergelak sendirian hahaha bayangkan tu, musti ada yang lucu diceritakan, masa dorang kena tahan polis tu pun mengujakan juga nak tau endingnya macam mana. bestlah senang ceta buku ni. bak kata seorang kat fb hari tu macam kita berdepan ngan penulisnya menceritakan secara detail perjalan tour mereka.

k itu sajalah.. nak dapatkan buku ni boleh pergi ke fb page band ni. atau cari saja nama benny pangazou si vokalis band ni, pencinta kucing sejati... 

Isnin, 18 Julai 2016

Ujang & APO?

Terima kasih Selamat tinggal
edisi kejutan khas

Teruja juga nak belinya, berapa kali aku pergi 7eleven tak ada2 haha... aku ni bukan lah pembaca setia 2 majalah lawak ni, kalau aku ingat aku ada juga beli kadang2, aku dulu kejar majalah blues selamanya sekitar 2004-2005 lepas tu aku berenti. kejar pula naruto punya manga lepas tu baca novel2 cinta lepas tu aku terjebak ngan novel 18sx hahaha.. banyak juga koleksi buku2 cerita yang aku beli dulu seingat aku lah zaman aku tak pandai lagi berinternet. yang paling aku suka beli GILA2 klu tak silap juga, tapi sayang semuanya sudah bertaburan ada kawan pinjam ada yang dimakan anai2 yang tinggal hanyalah majalah2 rock2 saja.  dulu zaman bujang, tinggal kat hostel saja. huhu


kat aeon juga aku jumpa majalah ni. nahh....sebab utamanya teruja nak beli majalah ni sbb nampak di fb ada cerita sambungan bersama selamanya dalam ni. kira ni episod pet lah kan dia nak cerita cemana pet bleh terjebak ngan pergaduhan dlm kisah bersama selamanya. bersambung juga ceritanya. makanya majalah ni akan terbit juga bulan depan. haha.. kiranya aku akan beli setiap edisi yang keluar dipasaran nanti. aku tak nak tunggu 20 tahun lagi utk baca kisah penuhnya hahaha... 

Jumaat, 15 Julai 2016

Pedal to the metal #3


metal punk berbasikal sudah masuk isu ketiga. zine ni aku sudah terima bulan puasa lepas lagi, masa nak habiskan tu lambat juga walaupun nampak tipis saja. apa yang aku suka dalam ni ada seorg penulis cerpen bernama remie deen, kelaka juga dia punya cerpen. hahahaa.. yg lain2 ulasan pasal saudara raimi berbasikal, serta dimuatkan juga puisi.. senang cerita dapatkan senaskah utk info lebih lanjut..  

boleh lawat blog rasmi mereka  >DISINI<


sudah boleh kumpul buat koleksi gitu.. huhuhu... 

Isnin, 28 Mac 2016

Pedal to the metal #2


Metal punk berbasikal kembali lagi dengan isu keduanya, kali ni memuatkan interbiu yang segar dari kem hereafter, berita yang sangat ditunggu dari hereafter terjawab dalam zine ni, memuatkan juga cerpen2 dari adi herman.. ada beberapa arikel yang diambil dari blog raimi sendiri, zine ni aku belum khatam lagi. untuk mendapatkan zine bleh lah berhubung ngan bro raimi. http://ra1m1.blogspot.com/

Isnin, 21 Mac 2016

buku bersama selamaya

salam semua.. hehe ni aku nak ceta sikit pasal buku bersama selamanya ni, ini buku edisi rm49 pembelian awal, ingatkan tak dapat lah membaca buku ni, sebab masa mula2 pre order hari tu, harga yang paling murah rm99 tu trus sold out, yang tinggalnya harga boleh tahan lah.. hehe bila bro gayour publish kat blognya ada harga rm49 ni. YAHOO.. gembira rasanya, walaupun aku tak tahu beli dari website, nasiblah pihak bakazon memahami rakyat macam aku ni, bukan semua pandai beli online tau, kawan aku sendiri pun heran kenapa aku bleh beli, lepas ja aku terangkan macam mana caranya, trus dorang pun beli. caranya mudah ja, cam bankin biasa, cuma perlu call ja pejabat bakazon tu, no kan ada tertera kat website tu, nanti dorang bagitau cara2nya.. hehehe..

mengikut memori kat kepala hotak aku ni, rasanya aku perna menatap dan membaca buku bersama selamanya ni edisi yang awal tu masa aku kanak2 dulu, tapi kabur2 lah ingatan tu..bila berkesempatan utk membacanya skg ni, dgn edisi lengkap ni, dapat versi ni pun aku sudah gembira, lupa trus kekecewaan cd digital tu gagagaga....
aku ingatkan bleh habis baca dalam 2 hari buku ni, sbb sabtu ahad aku cuti kan, sampainya hari jumaat..perghhh pecah mata siakkk.. gila tebal buku ni. maka terpaksa lah baca sikit2..

aku sudah sampai sini bacanya.. hehehe.. best gila ah cetanya, watak mat tu paling aku suka...hahaha
apapun salute lah pada mereka2 yang meriliskan buku ni.. dapatlah juga mengetahui kisah amar n the geng sampai habis..

 itu je kot.. apapun KILLKILLKILL DIEDIEDIE

Isnin, 22 Februari 2016

S e a r c h 35 tahun terbilang


salam teman2 ku sekalian...

ni aku nak share lah isi surat kabar harian metro 20hb lepas, ceta pasal search, tak banyak pun cetanya, sikit je, aku tahu pun dari fb, ada yg bagitau surat kabar utk hari tu ada cerita search, aku pun bergegas lah dapatkan senaskah.. k lah tak banyak di ceritakan.. layan je gambar aku snap kat bawah ni.


ni je cerita dalam tu...


tiada satu org pun tahu tarikh search ditubuhkan.. huhuhu


info line up search sepanjang penubuhan nya hingga kini..


aku berharap ni cd fenomena kasih rilis balik.. ngan cd 10tahun tu..


akhir kata.. sebab utamanya aku beli surat kabar ni sebab ni lah.. cantik gila pada pandangan aku, buat poster lekat kat dinding hahaha... aku ni mmg jenis tak akan beli surat kabar, klu tak ada sesuatu cerita yang aku nak kat surat kabar tu..pandai editor nya buat layout gambar2 album ada situ, gambar klasic search ada, walaupun cetanya sikit.. okey lah babai....

Khamis, 17 Disember 2015

metal punk berbasikal


zine pedal to the metal.

tanda sokongan aku.. utk info lebih lanjut, dapatkan senaskah dari bro raimi. Bro berteromber pun sudah cerita zine ni.. baca >sini< hehe..  

Jumaat, 4 Disember 2015

novel kenapa aku



sebelum hilang dalam ingatan kepala otak aku, baik aku ceritakan sedikit apa yang aku baca dalam novel ni. ya novel cinta..ohh tidak.. ni bukan total novel cinta, ianya lebih kepada kisah tragis seorang gadis yang bernama nia darlina, yang begitu malang sekali hidupnya. bermula cerita nya si nia ni, dalam tingkatan 5, masa bapa nya hidup, dia seorang yang manja, sudah lah cantik pula tu, hurrmm..

selepas saja  bapanya meninggal, disitulah bermulanya kehancuran, seorang gadis yang bernama nia, satu persatu malapetaka datang menghimpit hidupnya, mama nya ni kawin baru, jadi si nia ni dapat ayah tiri lah kan, walaupun nia tak perna setuju akan keputusan mamanya tu, sbb kubur bapanya masih merah.. cehhh macam ceta drama tv3 je ni, musti penulisnya ni selalu tgk drama2 kat tv. macam nampak sudah endingnya.

aku ringkaskan. si nia ni kena rogol oleh bapak tirinya, kena berkali2 dirogol, bila mamanya kerja luar disitu lah bapak tirinya naik nafsu aaaaarghh..... pastu nia sudah tak tahan ngan bapak tirinya, dia lari rumah kawannya, si erin namanya, si erin ni sahabat baik nia, macam adik beradik dorang ni, lepas tu ni pengsan, sedar2 saja, mak erin dan erin tu, sudah mengetahui yang doktor bagi tahu si nia ni mengandung. lepas tu mamanya sampai, bapak tiri nya tu kena gari dah, sbb dah report polis gitu, apalagi mak nia ni naik gila, dia tak boleh terima, yang lakinya ni rogol anaknya, katanya semua tu fitnah, sbb nia ni sgt benci ngan laki barunya, puki ayam punya mak macam tu kan.. lepas tu, nia kena halau beb dari rumah, maknya tak nak ngaku yang dia tu anaknya, nia disalahkan, menggoda lakinya, sbb cinta ibunya pada bapak tirinya tu, habis buta maknya sampaikan anak sendiri dia dah tak ngaku anak. nia pun terbuang begitu saja.

3 tahun kemudian si nia kerja dekat sebuah syarikat tu. apa lagi, bos nya tu gila sex, satu hari tu bosnya ajak nia teman jumpa rakan niaga,. kononnya. habis ja perjumpaan dorang tu, nia terminum air yang sudah di isi, dengan ubat, nia pun pengsan, lalu encik azhar tu, meratah tubuh nya  berkali2, sampai siap rakam lagi. sedar2 saja si nia. dia menangis, encik azhar pun ugutnya. klu dia bagitau org dia akan sebar tu, rakaman,

dengan masalah dengan ibunya, lagi, nia terjerat dalam dunia penuh noda tu. dia terpaksa melayan nafsu serakah, bosnya, tiap2 hari kalu boleh, kan nia cantik, musti encik azhar menggila. walaupun encik azhar tahu nia tu dah pecah daranya.. nia mengikut saja kemahuan encik azhar, takut bila mamaknya tahu, makin dia dibuang jauh2. perna juga nia merayu mati2an dgn maknya tu, apakan daya ego ibunya terlalu tinggi.

lepas saja encik azhar mati. ditikam oleh bininya, baru lah nia terbebas dari dunia perempuan simpanan tu. yang tragisnya, teman laki nia dari zaman sekolah, melihat nia dgn lelaki tu, di apartmen dorang, ngan sahabat baiknya erin. disitu juga nia jadi buntu, utk memjelaskan apa yang terjadi, dia dituduh perempuan murahan, dan kena, putus.

akhir sekali. ada seorang lelaki yang sgt2 cinta sama nia, tapi nia sudah tutup pintu hatinya utk lelaki. baginya kisah silam nya amat sukar utk dia lupakan, dan dia tak sanggup beri cintanya pada sharul. walaupun sharul sudah tahu kisah silam nya, namun nia bekeras, tak sambut cinta sharul., sehinggalah, satu hari sharul koma, dan mati baru lah nia sedar, tak sempat dia membalas cinta sharul. sharul mati pula. hahahaha.. apapunya malang si nia ni.

nasiblah ada kawan baik sharul, ni pun di amanahkan utk jaga nia, kalu dia mati. macam tahu2 je, mati kan. siap sharul buat dairy lagi.. endingnya nia hidup bahagia, ngan kawan sharul, dapat anak satu, dorang namakan anaknya tu. dengan nama sharul yang mati. cehh... mak nia pun dah minta maaf kat nia, dorang jadi satu family. kawan baiknya erin, kawin ngan boyfen nya dulu.. akhirnya bahagia.

kalu aku jadi penulis ni, aku akan endingkan nia tu, kena aids, dan mati. sbb encik azhar kan pembawa aids. hurmmm..  ok lah itu je ceritanya.. HAHAHAHA nia nia nia.. malang sungguh nasib mu.

Khamis, 26 November 2015

nathias zine


nathias zine, sapa tak kenal kan, musti otai2 semua kenal. hehe.. aku yang baru ni pun perna memuja nama nathias ni, cehh ayat tu memuja ajaran sesat gitu hahhaaha... gurau2 geng, ni zine #9 isi muatan dalamnya adalah intebiu2 lama sekitar tahun 00 yg tak dapat diriliskan, terus terang aku belum baca lagi isi kandungan zine ni secara total, hanya sempat baca pembuka bicara saja, lepas tu letak tunggu ada mood baru baca, kegilaan aku membaca zine ni,mungkin sudah tumpul, kalau seingat aku, masa mula2 aku nak memiliki zine bawahtanah dulu, sgt2 lah mengujakan, sampaikan aku beli kamus oxford tu yg tebal, asal ada ayat yang aku tak tahu aku baca, skg ni boleh lah sikit faham walaupun tak tgk kamus lagi.. huhu

nathias zine klu ikutkan sejarah aku berjinak dalam metal, ini zine aku sgt2 impikan ada dalam koleksi aku suatu hari nanti, disebabkan masa lalu zine ni dah berkubur kan, jadi utk memilikinya adalah mustahil. perna dulu aku ofer ngan membe nak beli zine nathias,isu keberapa aku tak pasti yang pasti covernya hantu2 kuntilanak ni hahaha.. tak dijual juga oleh membe tu, dia pun sedar benda tu dah jadi artifak metal malaysia kan.

tahun 2015 ni, hari tu masa konsert wings 30 tahun kan, aku ada singgah kat kl thrash, sempat lah bertemu ngan pyan nathias ni, pengarang zine, kalau dia tak tegur aku mungkin aku tak kenal kot, bab aku kenal dia pun dalam alam maya saja, thanks bro sudi bergambar ngan aku. kenangan tu, sudah lama aku impikan nak bergambar ngan lejen antaranya bro pyan. dulu perna aku baca intebiunya di majalah empayar ke karisma kalu tak silap tajuk belenggu irama, sampai sekarang aku ingat ayat last tu, sekali terjun kelautan metal, biar mati lemas didalam nya gitu lah lebih kurang ayatnya... haha..

kalau korang yg belum sempat merasai atau memiliki zine nathias macam aku ni, patut korang usahakan, bab zine ni baru saja rilis boleh lah terus berhubung ngan pyan. dilaman berikut ni. EKSTRIM hellyeahh... atau fb beliau..

Isnin, 23 November 2015

kemenyan book


hai kawan2 ni aku nak cerita pasal buku metal ni, buku ni dah lama aku update masa aku pindah kerja hari tu, disebabkan henpon aku heng, terus tak ter update, buka pc tak ada juga entri tu. hari ni berkesempatan nak ceritakan sedikit pasal buku ni, buku kemenyan ni adalah himpunan intebiu dari zine kemenyan asalnya. dan satukan menjadi buku ni. hellyeah..

aku belum habis baca pun buku ni, disebabkan kekangan masa yang amat terhad dan ada buku2 yang aku rasa aku nak baca dulu. tapi ada beberapa intebiu dalam ni aku dah baca, seperti intebiu band blackfire, as sahar, dan darkthrone. ohya rasanya intebiu dalam ni boleh juga dibaca dalam blog faithcraft,

utk yang berminat memiliki buku ni utk dijadikan koleksi, memang wajib anda miliki, sebabnya ianya mmg buku utk pencinta muzik metal. bukan selalu dapat memiliki buku macam ni., hehe.

akhir kata itu je catatanya kbai.

info lebih lanjut boleh lawati blog ni. faithcraft

Isnin, 9 November 2015

jualan gudang karangkraf 2015


hai semua.. nak cerita sikit pasal kejadian sabtu lepas, hari tu aku ada pergi klang kejap ja, lepas tu terus teringat ada jualan buku kat karangkraf ni, lokasi nya tak jauh dah dari bandar klang, alang2 kata ku baik p tgk2 sana mana tau ada buku2 yang bekenan dan murah2. karangkraf ni lokasinya kat seksen 15 shah alam, mmg senang lah ketempat ni, parking pun banyak, mungkin ini dah hujung2 jualan mereka, sebab esoknya hari terakhir, musti sudah ramai yang datang masa pembukaan hari tu.


masuk saja ke kawasan khemah jualan buku2 ni, pergh!! dilonggokan macam tu saja novel, berharga rm1 ke rm3 hurmmm.. aku pun sambar beberapa naskah yang aku rasa beli sebab harga seringgit je, tak rugi pun. dan aku memang suka beli buku2 yang harga seringgit ni hahaha.. nak beli yang mahal2 memang berfikir 2 kali lah. untuk buku2 novel yg baru rilis, mereka jual separuh harga diskaun.


buku kat atas ni aku beli hari tu, rm9 je semua ni hehehe.. gila murah lah,  sebetulnya kalau ikutkan hati aku nak beli banyak2, disebabkan bajet aku terhad, beli ni saja pun ok lah, tapi tak sangka pula aku rm9 je, aku rasa nak p ambil lagi novel2 yang rm3 tu, tapi masa bayar tadi agak payah juga nak tunggu giliran. ramai org bayar, lepas tu buku2 mereka beli punya banyak, lambat sikit lah nak sampai giliran, aku tgk jam dah 1petang, lagi2 ada kenduri kawin.. aaaarghhhh aku terus balik saja. ok jumpa tahun depan pula.

Jumaat, 6 Mac 2015

sumpahan puaka SOICHI

mangaka genre seram terbaik jepun.. ni kira buku komik lah kan haha.. lama sudah aku tak beli buku2 komik dulu2 selalu saja aku beli, yang paling banyak aku beli buku komik naruto. sayangnya banyak buku2 tu kawan pinjam dan tak bagi balik. aku pun sudah lupa berapa banyak aku ada buku komik. sebetulnya buku ni aku tahu dari blog saudara raimi, tak juga aku cari, cuma nya kan hari tu aku g kedai belikan mizi aiskrim, tetiba2 pula terlihat buku ni kat rak, tak banyak cakap banyar terus, dan aku jadi teruja juga dibuatnya...

kisah buku komik ni, mengisahkan seorang budak yang terlampau taksub ngan ilmu sihirnya, walaupun nampak macam kebetulan tapi ada ketikanya dia punya sihir tu menjadi, memang best baca buku komik ni, sehinggakan aku risau untuk menghabiskan membacanya, ianya betul2 mengecewakan aku setelah aku habis baca buku komik ni, kecewa sebab sudah habis, rasa teringin pula nak baca cerita2 nya.

itu sajalah cerita buku komik ni, yang pasti aku suka baca, kalau ada terjumpa lagi siri lain pasal budak sihir ni aku pasti akan sambarnya.k bai.


Khamis, 4 Disember 2014

Lahabau zine

Zine ni mendarat bulan lepas lagi, tapi aku belum abis baca, hari ni kan tak ada apa nak diceritakan, aku tampal saja lah bahan bacaan ni, zine ni aku beli rm4 siap pos daftar, nak kata menarik tu tak juga boleh lah, intebiu ngan band2 punk, grunge. artikel pasal grunge kreator cancel hari tu, dan macam2 lagi, soalan2 diajukan pun agak biasa2 walaupun sesekali tu nak tergelak juga membaca jawapan2 band., zine ni lebih baik dari selipar malaya huhu. okey lah aku tak snap gambar dalam zine ni, sbb ianya hak cipta terpelihara kikiki... kalau korang nak boleh lah kontek sodara pisang kita ni..LAHABAU ZINE editor,

Sabtu, 11 Oktober 2014

RATOR MALAYSIA 2005


majalah ni berharga rm15 siap poslaju, tertarik aku utk membelinya sebab cover depan ni band pujaan hati, hahaha... dalam majalah ni tidaklah menceritakan keseluruhan sejarah rator hanya menyentuh sedikit saja, ianya lebih kepada interbiu saja, pasal album baru yang bakal diriliskan, akhirnya album tu rilis selepas 5 tahun dari interbiu ni..
bila aku tanya poster dalam majalah ni ada, katanya ya, aku ingatkan poster kat tgh2 rupanya poster tepi saja, tapi tak apalah janji ada dari tak ada kan..... mengharap aku rator ni comeback sekali lagi.. aaarghh!!

Isnin, 8 September 2014

MAJALAH EMPAYAR

Bahan bacaan, majalah ni lama dah, aku pena memilikinya, ntah hilang kemana, sapa ambil pun aku tak tahu, majalah2 lain tak hilang, yang ni juga hilang adoiilah... hari tu kat toko fb ada jual majalah ni dengan harga rm10 tambah duit pos rm5, bila aku lihat aku terus pm nak kan majalah ni, sebab utamanya ada satu artikel dalam ni yang buat aku terus bermetal, bukan metallica, tu lihat ada tulis sana BLACKFIRE, haha dari majalah ni lah aku kenal sepenuhnya blackfire, sebab tu aku beli semula..
bagi sesiapa yang nak mengenal blackfire atau tak tahu sapa blackfire tu, artikel ni, cukup sempurna utk mengenal mereka, disertakan juga biografi mereka yang warna merah tu, ada ceta menarik bila mana masa konsert mereka ada segenlintir fanatik sujud kepada mereka, dan membuatkan azmi hampir tidak lagi melakukan konsert, boleh datangkan syirik katanya gitu.. memang terbaik ni majalah bagi aku.. salute!!, sayangnya tak lama majalah ni, lepas tu keluar majalah karisma, lagi satu aku nak cari majalah, yang ada tebiu ceta pasal rator, yang tu pun hilang juga dalam koleksi aku.. sialan.. itusajalah cetanya kbye..

Khamis, 13 Mac 2014

MAJALAH KARISMA #19DEC2011 SELIPARMALAYA ZINE #3 SOYLENT ZINE #1


mari membaca haha....last aku beli zine majalah seingat aku majalah karisma kulit depan hate eternal kali,dan zine pula last sekali virus zine #7.. dah lama juga lah aku tak beli bahan bacaan macam ni.. zine tu aku beli by pos,dan majalah second tu pula by past hehe.. untuk tiga naskah ni aku bajet rm21.80sen, majalah karisma rm1.80,aku terlambat masa ada lelongan hari tu,kalau tak aku dapat sambar semua,yang tinggal hanya search saja ni..kenapa aku tak dapat beli search ni dulu,seingat aku ni musti kat tempat aku ni tak dah jual.. selalu macam tu,kalau nak kejar pun terpaksa g bandar klang,banyak juga aku terlepas isu karisma ni.. btw dapat ni pun dah kira ok dah.. tak banyak menarik dalam majalah tu,rasanya ceta search ngan au revoir ja yang menarik..lain2 tu boring..

zine soylent plak memang menarik,ni aku beli rm20 temasuk ngan selipar malaya zine,siap poslaju..ceta dulu pasal soylent zine ni., zine ni agak menarik,kertas dia pun mantap halus,diperbuat dari bahan kitar semula 100% hahaha...ada 90 muka surat lebih dan dipenuhi ngan intebiu2 hampir 89% intebiu dalam zine ni,dan band2 yang di intebiu pula kebanyakannya band memainkan irama death metal grind noise..etc blek metal tak da huhu.. apapun memang menarik juga soalan2nya,sepanjang aku membaca zine ni aku ditemani oleh jenglot,huhu...rebiu stuf pula kurang. mungkin konsep zine ni memang macam tu kali.. ohya yang ni BI punya walaupun aku ni masih merangkak lagi dalam pengusaan bahasa orang putih ni,namun dapat lah aku fahami juga apa yang mereka bualkan dalam ni.. okey lah.. zine ni rasanyz sesuai untuk penggemar2 filem2 klasik seperti zombie alien ke gore etc,dan rasanya editor yang menginterbiu ni semuanya fanatik filem2 gore alien dan macam2 lagi lah senang ceta zine ni memang menarik.huhu

seliparmalaya #3 ni pula zine berkonsepkan bebas,dari grunge metalcore deatcore etc sampai lah ke blek metal pun ada.. soalan2 yang diajukan dalam intebiu pun  hampir sama saja...dan agak hampar juga sebab tak ada ruangan rebiu stuf..ada juga ruangan yang ceta ntah apa2 dalam tu,aku pun boring nak baca,apalagi ya.. aku tak mau komen lebih2,pendapat aku zine macam ni memang bagus sebab ianya memuatkan intebiu berbagai2 genre muzik dan dapat lah juga difahami cemana scene muzik lain2.. cara dorang jawap soalan2. harapnya klu zine ni dibuat ruangan rebiu muzik lagi bagus.. ambil contoh macam darahhead zine tu, nak kata itulah zine berbahasa melayu abad ini yang paling sempoi perna aku baca.. dari mula buka sudah terhibur belum lagi nak baca terbiu band..memang menggelikan hati,boleh senyum2 sendiri baca cara mengolah soalan2 dengan bahasanya sendiri.. aku harap selipar melaya akan lebih hebat dari darahhead zine.. sukseslah untuk seliparmalaya support zine bawahtanah..teruskan karya anda...

aku ni merebiu konon hahahahaha..sendiri punya blog pun cikai tahap gaban..hahahahahaha... ada juga membe suruh aku join zine dia,suruh aku tebiu band2 besar..huhuhu,,segan nya aku,baru tu dia cakap aku ni kan ada blog..hahaha..dia ingat blog ni untuk merebiu stuf kali..disini aku ingin ambil kesempatan blog ni hanya ceta2 aku saja.. aku ni bukannya ada lulusan dalam kewartawanan, sekolah pun sampai pmr saja huhu.. harap maklum.. 
jadi aku doakan semoga zine2 kalian suksses aku akan support punya lokal stuf dan karya2 bawah tanah semua...