Khamis, 13 Mac 2014

MAJALAH KARISMA #19DEC2011 SELIPARMALAYA ZINE #3 SOYLENT ZINE #1


mari membaca haha....last aku beli zine majalah seingat aku majalah karisma kulit depan hate eternal kali,dan zine pula last sekali virus zine #7.. dah lama juga lah aku tak beli bahan bacaan macam ni.. zine tu aku beli by pos,dan majalah second tu pula by past hehe.. untuk tiga naskah ni aku bajet rm21.80sen, majalah karisma rm1.80,aku terlambat masa ada lelongan hari tu,kalau tak aku dapat sambar semua,yang tinggal hanya search saja ni..kenapa aku tak dapat beli search ni dulu,seingat aku ni musti kat tempat aku ni tak dah jual.. selalu macam tu,kalau nak kejar pun terpaksa g bandar klang,banyak juga aku terlepas isu karisma ni.. btw dapat ni pun dah kira ok dah.. tak banyak menarik dalam majalah tu,rasanya ceta search ngan au revoir ja yang menarik..lain2 tu boring..

zine soylent plak memang menarik,ni aku beli rm20 temasuk ngan selipar malaya zine,siap poslaju..ceta dulu pasal soylent zine ni., zine ni agak menarik,kertas dia pun mantap halus,diperbuat dari bahan kitar semula 100% hahaha...ada 90 muka surat lebih dan dipenuhi ngan intebiu2 hampir 89% intebiu dalam zine ni,dan band2 yang di intebiu pula kebanyakannya band memainkan irama death metal grind noise..etc blek metal tak da huhu.. apapun memang menarik juga soalan2nya,sepanjang aku membaca zine ni aku ditemani oleh jenglot,huhu...rebiu stuf pula kurang. mungkin konsep zine ni memang macam tu kali.. ohya yang ni BI punya walaupun aku ni masih merangkak lagi dalam pengusaan bahasa orang putih ni,namun dapat lah aku fahami juga apa yang mereka bualkan dalam ni.. okey lah.. zine ni rasanyz sesuai untuk penggemar2 filem2 klasik seperti zombie alien ke gore etc,dan rasanya editor yang menginterbiu ni semuanya fanatik filem2 gore alien dan macam2 lagi lah senang ceta zine ni memang menarik.huhu

seliparmalaya #3 ni pula zine berkonsepkan bebas,dari grunge metalcore deatcore etc sampai lah ke blek metal pun ada.. soalan2 yang diajukan dalam intebiu pun  hampir sama saja...dan agak hampar juga sebab tak ada ruangan rebiu stuf..ada juga ruangan yang ceta ntah apa2 dalam tu,aku pun boring nak baca,apalagi ya.. aku tak mau komen lebih2,pendapat aku zine macam ni memang bagus sebab ianya memuatkan intebiu berbagai2 genre muzik dan dapat lah juga difahami cemana scene muzik lain2.. cara dorang jawap soalan2. harapnya klu zine ni dibuat ruangan rebiu muzik lagi bagus.. ambil contoh macam darahhead zine tu, nak kata itulah zine berbahasa melayu abad ini yang paling sempoi perna aku baca.. dari mula buka sudah terhibur belum lagi nak baca terbiu band..memang menggelikan hati,boleh senyum2 sendiri baca cara mengolah soalan2 dengan bahasanya sendiri.. aku harap selipar melaya akan lebih hebat dari darahhead zine.. sukseslah untuk seliparmalaya support zine bawahtanah..teruskan karya anda...

aku ni merebiu konon hahahahaha..sendiri punya blog pun cikai tahap gaban..hahahahahaha... ada juga membe suruh aku join zine dia,suruh aku tebiu band2 besar..huhuhu,,segan nya aku,baru tu dia cakap aku ni kan ada blog..hahaha..dia ingat blog ni untuk merebiu stuf kali..disini aku ingin ambil kesempatan blog ni hanya ceta2 aku saja.. aku ni bukannya ada lulusan dalam kewartawanan, sekolah pun sampai pmr saja huhu.. harap maklum.. 
jadi aku doakan semoga zine2 kalian suksses aku akan support punya lokal stuf dan karya2 bawah tanah semua...

5 ulasan:

  1. kita baca tulisan dan luahan peminat lagi best dari kita baca laporan penulis yang dibayar gaji untuk menulis pasal sesuatu yang dia satu haram tak paham. OK, dia boleh selidik dulu, tapi tak semestinya dia paham.

    BalasPadam
  2. kita buat blog peribadi ni untuk apa yang kita suka nak tulis...so tak perlu kelulusan tinggi untuk menulis....dan aku setuju dengan deaf...baca tulisan "peminat sebenar" adalah lebih menarik dari baca tulisan penulis profesional...

    so...teruskan menulis...

    BalasPadam
  3. Tulis blog tak perlu kelulusan....just on PC/laptop, sambung internet (broadband/wifi), buka website blogger pastu lantak la kau nak mengarang pasal hapa hahaha....syok sendiri pun tak per...dunia tanpa batasan la katakan.

    BalasPadam
  4. teruskan menulis bro..aku pun belajar tak tinggi juga..yang penting kita ada kawan2 yang 'sama suka,sama rasa' takat tatabahasa tungang langang tu lantak la..janji orang paham apa yang kita sampaikan sudah..

    BalasPadam
  5. terima kasih kawan2 atas komen membina...aku hargainya

    BalasPadam