Isnin, 3 Mac 2014

PERPETUAL - GRIND YOUR MIND

setelah membaca komen2 rakan mengenai album sulung band grind dari sandakan sabah ni. aku tergarak hati untuk memilikinya.tahun lepas aku tak berkesempatan nak beli, masa ianya diriliskan,disebabkan aku ingin membeli kaset cd lain yang aku ingin miliki.dan satu lagi aku ni bukannya pendengar tegar irama grind ni.haha

seperti yang aku katakan band ni mendapat komen2 yang bagus dari pendengar diluar sana,jadinya aku laburkan sedikit rm untuk support perpetual ni.tak sangka aku rupanya dah lama kawan dengan fb band perpetual ni,perna juga mendapat inbox dari band ni,promot untuk cd ni,dan aku janji kalau ada rezki lebih aku akan support nanti.

tahun ni aku dah buat azam kurangkan beli cd dan fokus untuk kaset dan zine saja.namun aku beri sedikit kelonggaran untuk cd-cd pilihan saja.salah satunya cd ni lah.tak kira apa jenis muzik sekalipun asal bukan kpop sudah.huhu

cd yang aku beli ni spesial sikit sebab disertakan dengan button dan patches sekali dengan harga rm30 termasuk pos daftar,bercerita tentang pos daftar,seminggu selepas cd ni dihantar dari sabah,aku dah mula tracking no,hari rabu ianya sudah disahkan bahawa item sudah dihantar dan kena ambil kat pejabat pos.bila aku cek mailbox kertas pos daftar tak ada seperti yang aku harapkan.esoknya aku cuba lagi,macam tu juga keputusannya tetap sama.

selepas dua hari yang hambar,aku nekad lepas solat jumaat aku pergi buat onar kat pejabat pos.dengan harapan menggunung dan juga bermacam-macam andaian yang berlegar kat kepala hotak,aku cuba untuk tenang.ini adalah pertama kali aku mengalami situasi macam ni,tak dapat surat pos daftar.

sampai saja kat pejabat pos,aku terus bagitau kat akak yang jaga jendela tempat aku selalu ambil bungkusan tu,aku terangkan satu persatu masalah yang aku hadapi,akak tu hanya jawap minta no tracking saja dan terus cek dalam komputer dan menulis sesuatu pada kertas no tracking,lalu mengambil bungkusan didalam almari.yes!!dalam hati aku cukup gembira bila melihat bungkusan aku,dan serentak perasan gundah gelana dalam diri hilang.
 
grind your mind
ini pula pandangan aku tentang cd ni,pertama kali play memang bomm dimulakan dengan lagu pertama,bermula dengan pemberita memberitahu pencorobohan lahad datu oleh askar jamalul kiram,dan disambung terus dengan sound yang cukup merobek pendengaran,dengan alunan grind yang begitu padu,merobek gegendang telinga tampa memberikan sedikit ruang untuk berehat,dan diakhiri oleh suara2 bahasa kaum sulu aku pun tak faham apa mereka katakan.

lagu kedua grind your mind,sama saja sound yang terhidang cukup mengisar pendengaran. sehingga kelagu terakhir life disorder,alunan sound yang terhidang memang betul2 memuaskan dan aku berpuas hati dengan pembelian ni.dengan durasi album yang tak sampai 30 minit rasanya untuk 10 lagu.

aku ringkaskan lah,album ni memang manarik,walaupun aku ni bukannya pendegar tegar irama begini,namun apa yang perpetual persembahkan dapat aku hadam sepenuhnya tampa ada bias sedikit pun untuk rilisan ni.

okeylah itu ja kot yang dapat aku cetakan,ohya untuk simple album ni boleh didengar di youtube...rasakan irama grind dari perpetual yang akan membuat askar2 kiram bertempiaran lari menyelamatkan diri..hahahah support band tempatan kita dan majulah metal untuk negara hahaha sampai macam tu sekali ohh...

aku ada baca kat blog ni boleh lah baca kat sini,sebabnya ni pro punya rebiu FAITHCRAFT 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan