Khamis, 6 Mac 2014

DARK LIVE COLLECTION

kaset klasix underground tempatan yang berstatus cult.walaupun aku bukannya lahir di era emas scene tempatan,namun aku rasa bertuah juga akhirnya dapat memiliki kaset ni.

kaset ni aku dapat dari pembelian 4 kaset yang ni kira free lah sebab katanya tak dah cover, mulanya aku memang ingikan kasert ni,bila dia kata tak dah cover aku pun hilang minat nak ambil,aku memutuskan untuk mengambil kaset lain,bila saja lengkap 4 kaset dengan harga rm30,dia kata kena tambah rm4 untuk pos biasa,aku terus kata kat dia aku akan bank in rm40 dan hantar guna poslaju,dia setuju dan suruh aku pilih satu kaset lagi untuk free,aku pun pilih lah kaset dark live collection ni.
 
dark live collection
alangkah indahnya jika kaset ni mempunyai cover.. satu hari aku akan usaha kan cari cover asal kaset ni,kalau ada rezeki tak kan kemana hehe....

ceta pasal kondisi kaset ni pula,kaset ni agak usang masa aku terima,bekas kasetnya berhabuk termasuk lah juga kasetnya,ianya amat mendukacitakan.. aku dapat bayangkan kaset ni dah tak boleh play dan kalau boleh pun mungkin soundnya tak kan kedengaran ataupun berbunyi cengkerik..citt citt citt...

nasiblah aku ni pencinta kaset..cewah!! lalu aku sedaya upaya untuk membersihkannya,bila saja aku bedah dan ingin mengangkat tali kasetnya,hampir2 saja teburai dari gulungan, nasiblah aku mengikut prosedur kalau tak memang dah dalam tonk sampah jawapnya.

setelah selesai aku bersihkan.aku cuba untuk pasang,dengan penuh debaran,mulanya soundnya agak kedengaran juga bunyian asing..bila masuk seminit lebih maka sound untuk kaset ni mula kedengaran normal,sehingga habis satu side aku stop dan aku cuba lihat roller tape player,perghh!! penuh dengan daki baru satu side,dan aku terus membersihkan roller tape player.

selepas beberapa kali dalam beberapa hari aku pasang kaset ni,maka aku dapat simpulkan kaset ni masih boleh tahan lagi,dan ianya masih mempunyai sound yang kedengaran dengan begitu jelas,dan untuk band2 dalam kaset ni aku hanya dapat meneka dua band saja,brain dead dan silent death..yang lain2 nanti aku kaji dan buatkan satu cover sementara untuk kaset ni... harapnya aku bertemulah dengan cover kaset ni. 

cover sementara yang aku buat sendiri,aku tak suka tengok kaset aku bogel haha

6 ulasan:

  1. dulu aku ada kaset ni...tapi mana ntah peginya....ni yang tak silap aku ada lagu Nemesis band Aru Koffin Kanser kan...ingat2 lupa la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya band nemesis ada dalam ni.. kaset ni dah tahap rare gile2 dah..

      Padam
  2. Dah banyak barang rare ko ya bro

    BalasPadam
    Balasan
    1. baru nak bermula pencarian bro...

      Padam