Memaparkan catatan dengan label KASET. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KASET. Papar semua catatan

Selasa, 29 November 2016

Neftaraka - Revelation of Suppression




Sekali lagi Neftaraka....haha

Ini adalah ep terbaru dari neftaraka, Rilisan yang sangat2 aku nantikan, Ep ini mengandungi 4 lagu 2 lagu cover, satu mayhem dan satu lagi dari silencer. tahun ini saja 2 Ep telah diriliskan oleh neftaraka, salah satunya digital blasphemy.. mungkin ini adalah rilisan terakhir utk tahun ni, harapnya tahun depan band ni akan lebih bersemangat lagi untuk meriliskan material.

Seperti yang aku ceritakan di entri2 berkaitan band ni, apa saja yang aku terima dan dengar dari band ni ianya membuatkan aku gembira, 4 lagu yang dihidangkan dalam ni ianya menghiburkan halwa telinga aku, lagu pertama abandon tu bermula agak slow bila musik mula memasuki lagu ianya sangat2 solid padu dan mentah, sepertinya mendengar lagu2 neftaraka yang lepas2 tapi dengan mood yang baru melodi baru aaarghh susah juga aku nak catatkan dalam ni rasa sebenarnya yang aku rasa bila mendengar rilisan band ni. lagu cover silencer tu pun dibawahkan dengan begitu asyik sekali. aku tak perna dengar versi asalnya dengar dari ep ni saja ianya sangat menghiburkan.. 2 lagu lagi tu sudah pastinya aku terhibur.. hail.

lima keping kaset ni aku beli, sekali jalan dengan kawan2, mulanya nak beli sekeping saja, melihat kenaikan kos poslaju skg ni ianya sedikit membebankan pembeli seperti aku. klu beli sebulan satu rilisan ok, bayangkan klu lima, boleh lepas 2 cd utk duit poslaju saja. jadi aku cuba tanya kawan2 dalam wasap grup, manalah tau dorang bekenan dengan kaset terbaru ni, melihat saja pada kulit albumnya ianya mengujakan bagi pencinta black metal... tak sangka pula dorang berminat, makanya aku order 5 keping, dapat harga diskaun lagi tu rm13 sekeping masuk poslaju utk 5 keping ni rm75. selamat duit pos aku.. kaset ni dijual rm15 sekeping dipasaran bawahtanah belum masuk pos lagi. kalau dulu harga duit poslajunya rm7 je, sekarang ni rm8 dah, ada juga penjual terus mengenakan rm10 semenanjung malaysia saja. mungkin lepas ni kalau nak beli rilisan terbaru kena tanya geng2 wassap, beli secara berjemaah ni dapat diskaun dan selamat duit poslajunya... YEY hahahaha.... 

untuk mendapatkan kaset ni boleh terus hubungi label yang meriliskannya di fb Page Whicery records atau band membernya... terhad 100 keping...

DEATH TO ALL
HAIL BMH

Selasa, 16 Disember 2014

SEARCH - TERBAIK

SEARCH lagi, kaset ni aku dapat sekali ngan kaset sil khannas tu, trade 2 cd tukar 2 kaset, cd2 yang aku tak dengar aku lelong..haha.. kaset search terbaik aku mula2 dah hangkang..mulanya nak trade satu kaset saja sil khannas, bila fikir2 baik trade 2 sekali, senang ceta, duit pos pun tak rugi huhu

kaset search yang aku dapat trade ni memang terbaik...sound tiptop.. apalagi... memuaskan lah senang ceta. versi cd pun aku ada tapi dengar tape ni lagi cun rasanya dia punya feeling tu, bagi aku lah. DEMAN seacrh pun berakhir.. huhu. sambung tahun depan plak... dengar ceta search tgh plan nak buat konsert kat stadium merdeka.. wow.

Isnin, 15 Disember 2014

SIL KHANNAS - ASSASSIN LED BY BLASYHEMY

 demo tape 1992
ini demo rilisan semula 2014, setahu aku, demo ni hanya rilis utk baju sil khannas, sapa beli baju dpt kaset ni, ntah kenapa bleh ada pula jualan utk kaset ni, kaset ni aku perna tgk kat hari kaset tu hari, tak bekenan beli sbb mahal rm25 tak silap. ada 4 lagu dalam ni, sound raw, tapi kedengaran menarik juga, jika nak dibandingkan ngan evil symphony. ini demo lagi tersusun bunyiannya.. itu sajalah, kaset ni aku dapat hasil trade.

Rabu, 10 Disember 2014

SEARCH - LIVE AT PLANET HOLLYWOOD 2007

Akhirnya mendarat juga semalam, sebelum tu aku nak cerita pasal kotaknya dulu k, flexipack. pelik juga aku bila aku tanya barang dah pos ke belum, katanya sudah pos guna flexipack, dia bagi traking no nya, bila aku jejak sangkut kat pusat mel kk beberapa hari baru tukar update. deal kaset ni 2 minggu baru sampAi, lambat betul guna benda ni.. apapun aku bersyukur selamat sampai rumah..

aku bukan kebaruan ngan rilisan ni, dulu masa rilis ni manalah terfikir sesuatu benda tu akan ada nilai nya tersendiri, dulu aku hanya beli vcd cetak rompak saja tonton konsert ni.. hari tu sebelum konsert kat ib mmg ramai yang jual cd kaset2 search, macam musin dia datang pula, ada yang lama ada yang baru, jadi aku pilih yang baru, sebab harga pun boleh runding, rm30 termasuk pos ni. berbaloi bagi aku.. kalau second mungkin aku berfikir 2 3 kali... haha
ada 2 kaset dalamnya, puas hati dengan sound yang masih dara lagi... terbaik kata hati ku, macam tak puas dengar semalam, aku akan jadikan ini playlist harian sampai tahun depan. hahaha.. eh eh gambar kawan aku ada dalam inlay kaset ni. nasiblah masa ni aku tak kenal dia lagi, kalau tak aku dah join sekali tgk konsert ni..
list lagu2nya maut tu.. aku teringin sekali tgk live lagu setelah hujan tu... joe wings pun ada main dalam album live ni, hillary tu.. tiada lagi din ngan kid huhuhu.. sapa yang ada sini masa ni,,, sudah semestinya bro deaf, yang banyak mention pasal konsert ni... emanuelle tu... itusajalah.. nanti aku catatkan barang trade pula dilain halaman... besok cuti buat negeri selangor.. bersempena hari keputeraan sultan selangor.. HEHEHE

Jumaat, 5 Disember 2014

SEARCH - ROCKESTRA


hari ni 5 december, esok plak 6 hehe, bungkusan ni mendarat semalam, sepatutnya selasa lagi dah sampai rumah, ntah kenapa poslaju asik tangguh2 saja hantar. apapun selamat juga sampai ok lah, lagi satu, ada bungkusan yang ku order, sepatutnya itu bungkusan akan sampai selasa serentak dengan ni. ianya buat aku curiga. aku dah minta traking no nya, harap2 dia balas lah, kalau tak memang ada yang tak kena.huhu

bercerita pasal album kompilasi ni, aku ingatkan dulu2 kan ni album kompilasi biasa2 saja yang mana berlambak kat kedai tu, tapikan bila aku cari maklumat tentang album ni, pergh!! memang lain, ianya antara album kompilasi yang wajib dimiliki oleh diriku. lagu2 dalam ni, di orkesrakan gitu. baca info kat bawah ni, hehehe.

muzikrock 

aku teruja ok, harganya rm36 siap poslaju, tapi aku dpt kurangkan rm30, berbaloi lah, masih baru lagi stok lama, tak macam kaset DT hari tu, sound menghampakan yang ni ada umm, semua suara dalam ni amy nyanyi masa rakaman konsert gema ditimur jauh unplugged, tapi muziknya di tambahkan dengan gitar karen dan bunyia orkestra mengiringi lagu, aku sudah cari di utube ada 2 lagu saja dalam ni org upload yang lain belum jumpa. huhu.
model farra
oklah besok kan 6 haribulan, aku nak g beli tiket bola malaysia vs vietnam, kalau dapat cun juga, 40k tiket online sudah sold out, ayuu harimau malaysia. hahaha. malamnya aku akan ke kl hehe. kbai.

Rabu, 3 Disember 2014

SEARCH & WINGS - DOUBLE TROUBLE 2



search lagi, seperti cd gothik malam edan tu, ni pun terlihat juga dalam tokofb. dengan harga rm26 termasuk poslaju, kondisi kaset mantap tapi tali kasetnya dipenuhi kulat berwarna putih, rasa nyesal ada tapi tak apalah sudah terbeli, aku cuba bersihkan tali kaset rewind ke depan ke belakang, beberapa kali, lepas tu play, sound timbul tenggelam, susah rasanya nak elok kaset ni, habis head kepala kaset aku berdaki dibuatnya, setiap satu lagu kena bersihkan head 2 3 kali.

keinginan utk memiliki album ni disebabkan aku tak perna memilikinya dan tak perna hiraukan pun pasal album ni., perna juga suatu hari tu aku terpegang sudah versi cdnya di speedy sayangnya aku tak beli, sekarang ni mana mau cari tu huhu. hari tu aku dgr utube dan baca kat blog berteromber, terus teringin mau dengar lagu2 search dalam album ni.

dalam ni ada 5 lagu search, 2 lagu lama rakaman semula dan 3 lagu cover. aku suka pada lagu suratku utkmu, versi dipintu sepi ngan balada pemuzik jalanan pun ok, layan, nak pilih yang versi asal ngan versi dalam kaset ni, rasanya aku pilih dari kaset ni. versi utube lah yang clear, klu dalam kaset ni memang total gagal. lepas ni aku akan cari versi cdnya, tak puas hati langsung dengar versi kaset ni, sound timbul tenggelam.

hahahaha itusajalah, harap korang terima lah cerita aku pasal search utk bulan ni. hehehe.

Khamis, 20 November 2014

TARANTULAH - WAR BRUTALITY

Versi kaset...
aku perna publishkan versi cdr kat blog ni, dan aku perna ngimpikan utk mendengarnya dalam format kaset, dan akhirnya aku memilikinya.. kaset ni aku dapat byhand dari vokalis band ni, masa gig klhb hari tu, beli sekali ngan patchesnya cantikkan..hehe

klu cdr tu aku tak berapa kerap mainkan sebabnya aku kurang mendapat feel bila dengar, walaupun lagu2 band tarantulah ni mudah dihadam namun begitu ianya tak tersenarai dalam playlist harian aku.. malam aku balik dari gig tu kan, aku terus pasang kaset ni, PERGH!!! dia punya feeling tu lain macam, wow aku ckp dalam hati, memang terbaik, 2 kali aku round sebelum aku tido, lepas tu sambung balik lagi esoknya, dan sekarang kaset ni masuk list pilihan didengar.. bayangkan ceman hebatnya versi kaset ni..

ohya label yang rilis ni pun aku selalu tgk banyak kaset2 lama dia riliskan balik ingatkan cincai punya label, rupanya, ianya mmg betul2 minat ngan kaset ni, kualiti terbaik... salute DIY DISTRO, nanti kita deal ok.

Rabu, 12 November 2014

WINGS - BIRU MATA HITAMKU

sambung balik cerita pasal kaset, ni kaset bulan lepas punya, dibeli sekali dengan kaset m nasir serta belenggu irama. seperti perna aku cerita pada entri2 terdahulu, aku ni bukan lah seorang peminat tegar wings, walaupun aku membesar mendengar wings, dan band rock pertama aku lihat beraksi depan mata, namun begitu suam2 saja minat ku terhadap wings, lalalala... tapi aku suka muzik wings ni, lagu2 nya pun sempoi, era awie best era mus pun best, tapi aku lagi suka beli mus punya cd banding ngan awie, haha sebab utamanya aku suka dengan lagu2 nyanyian mus dalam album mencari asal usul...

bercerita secara detail album kat atas ni, ini album kurang mengancam kalbuku, tak tahu kenapa, sedangkan aku suka sekali dengan suara mus, dulu mungkin aku perna dengar album ni, tapi tak sekerap aku dengar album2 lain, dan mungkin juga abang aku tak minat album nyanyian mus ni,. haha tapi dia ada album ni seingat aku lah...

lagu yang menarik dalam ni, ada 2 saja lah, biru mata hitam ku ngan anigma, 2 lagu ni mungkin sudah terbiasa aku dengarkan makanya ianya sedap sekali didengari..huhu... ohya yang aku tahu era mus ngan wings ni ada 4 album saja, split ngan search mr barbarik ngan mencari asal usul, 3 album mus ngan wings termasuk album ni, sudah ada dalam koleksi, album ni saja versi kaset, yang 2 tu versi cd, album ni susah juga nak cari versi cd, ada jual on9 pun mahal huhu...

dan terakhir pasal wings ni, rasanya tak lama lagi komplet lah koleksi wings aku, bukan aku cari pun dia datang sendiri berdamping.. itu sajalah, lepas ni aku nak beli bazoka panaka, hari tu aku ada lihat kat rock corner.. setelit puakaa......kbai.

Rabu, 29 Oktober 2014

M NASIR - SOLO

album kedua m nasir dalam simpanan, dimiliki dengan harga tersenyum, thx bro ijau, sbb info aku pasal kaset ni. apa yang aku boleh katakan album ni best d dengar tapi susah nak melekat, bukan macam album canggung mendonan cepat saja melekat, mungkin lagu2 dalam ni belum biasa di dengar, apapun satu pembelian yang bagus.hehe.. itu saja lah cetanya..haha

Khamis, 23 Oktober 2014

VAULT - WAR FUCKING WAR

thrash metal dari kajang selangor malaysia haha... kaler ijau tu dah lama dalam simpanan, yang belah kanan ni, hari tu aku sambar dengan 2 kaset thrash harga sekali rm20 3ketul, war fucking war ni adalah kompilasi dari 2 demo mereka, disatukan dalam kaset ni,.. aku beli pun sebab satu harga, aku ingatkan label lain yang rilis, rupanya label yang sama juga basement record, ini adalah cetakan ketiga dengar cetanya, laku ooohhh... sound dalam ni layan, itusajalah aku boleh ulaskan wahahaha... ohya ni pun kalau tak silap ada rilis dalam vinyl lihat sini VAULT . \m/

Isnin, 20 Oktober 2014

WINGS - BELENGGU IRAMA

Asal aku dapat kaset cd wings, mesti aku teringat, masa awie kena karan masa buat konsert kat fun fair sandakan, sekitar tahun 2003-4 lupa lah, hahaha... kaset ni aku dapat dari bro ijau, beli combo sekali ngan kaset m nasir dan satu lagi kaset wings era mus, nanti cerita kat entri lain lah... album belenggu irama ni, aku dah biasa dengar dari kecil memang makanan aku lah, senang cerita lagu2 dalam ni dah hafal semuanya, bab2 kaset wings ni, sebenarnya kalau aku nak dengar aku pinjam saja kaset2 abang aku, masa era dia bujang memang gila ngan wings, lepas kawin dah kurang, bila ada peluang aku beli lah kaset ni buat koleksi, alang2 harga pun berpatutan, skg klu beli kat toko kaset macamni, kurang2 rm25, belum masuk pos, ada tu sampai letak harga 40, hmmm haha... kaset ni bukan 1press tapi ok lah, nak beli 1 press harga cecah ratusan skg ni, tak caya masuk kat toko fb tu, kalau aku ditanya album ni, bagi aku album ni antara yang terbaik yang perna rock malaysia riliskan, itusajalah, tak lama lagi lengkaplah koleksi album wings dalam simpanan hehe.

Taniah buat wings dapat anugerah hari tu, apa nama anugerah tu lupa aku huhu, tapi memang saat yang aku tunggu2 gak nak tgk wings beraksi kan, ada satu lagu awakkatmane tu mmg gila melekat sekali tgk saja, nyesal juga aku tgk tu gila mmg gila, ..

album menakluk kosmos aku belum beli lagi.. hmmm nanti lah aku beli ujung tahun ni kikiki...  

Sabtu, 11 Oktober 2014

RHOMA IRAMA - GULALI

ni AKU nak cerita pasal kaset yang paling true ni, hahaha.. dari dulu aku teringin nak memiliki satu rilisan rhoma ni, tak sangka daku, masa hari kaset tempoh hari dapat bertemu dengan kaset ni, tak banyak pilih aku terus rembat saja kaset ni, harganya 3 pcs kaset rm10, tak banyak pilihan dalam longgokan kaset tu, nasiblah jumpa kaset ni, hahaha.. rasa pelik kawan2, aku dgr rhoma ni, ni aku nak cerita lah kan cemana aku boleh kenal rhoma ni, aku kat kg dulu ada kawan baik, bapanya memang fan kat rhoma ni, semua vcd dia memang ada, selalu tumpang layan tgk filem2 lakonan rhoma ni, bab lagu pula tak ya ckp lah kan, dah fanatik rhoma, hari2 pasti dengar lagu rhoma irama ni berkumandang dalam rumah kawan aku tu.. jadinya aku pun ada lah sikit tekena tempias rhoma ni,, dan aku pun tak ada masalah layan lagu2 nya, cuma org uma rasa terkejut juga bila aku play hari tu, tak perna2 aku dgr lagu cam ni, ditambah lagi oleh vokalis jumputan dalam ni, yang berbangsa tamil dengan suara melayunya cam suara lagu tamil, memang menggelikan tapi sedap dilayan hahaha.. yang pasti rhoma irama adalah seorang lagend.. maaf ya penulisan ini tak menyebut haji rhoma, aku bercerita kisah lalu, pasal infonya aku tak follow sangat, tapi perna aku lihat dia buat show dalam tv masa melanggan astro indopeck tahun2 yang lalu... cehhh panjangnya ceta kaset ni.. layan...darah muda tak ada dalam ni, ni kira album baru kot.

SPIDER - NAZRAKU

kaset ni pun hasil dari cassette store day, hahaha.. nak diceritakan, ini album bukan lah terbaik pun atau ada nostalgianya dalam hdp aku ni, aku teringin memiliki album ni sebabkan ada lagu rela ku pujuk dalam ni, kira lagu ni lagu tema cinta aku lah masa sekolah dulu2, kira awek aku dulu minat lagu ni, aku juga minatlah selalu nyanyikan dia, hahahaha... kaset ni aku dah order dari fb, suruh bawa masa hari kejadian ambil byhand saja, rm10 harganya, masih virgin lagi berbalut plastik cehhh.. teringin juga nak sambar album aladin tu, tgk lah klu ada rezki, hari tu aku tgk cam tak ada jual pula... ok keseluruhan album ni memang layan, muziknya ada rancak dan ada meleleh.. side A mmg layan side B agak muram hahahaa... ku kejar bayang2 resah.. memori kembali menggamit sanubari ku tatkala mendengar lagu ni.. mp3 pun aku ada tau.. hahaha. ohya cinta masa sekolah ku tu tak berpanjangan... aku memutuskannya dan memilih org lain wahahahahaha. tapi dia tetap pernah bertahta dalam hati ku ni... huhuhu

DARK THE RONE, HOLY DARKTHRONE

Kaset tribute utk band black metal paling ungul ni, memang ada dalam radar aku, masa saja tak menginzinkan aku utk memilikinya, selalu saja org lain sambar, tampa aku sedar, kawan aku dari serawak memberikan kaset ni secara percuma kepada ku, masa kami deal trade kaset ngan walkman, hari tu aku ada buat audit utk kaset2 dalam polybox aku, yang mana aku tak dgr aku asingkan, last2 aku jual, memang berebut org beli, aku letak rm20 utk 4 kaset metal, kebanyakan nya band2 luar lah, memang laku lah... sampaikan kawan aku ajak trade kaset2 yang dia bekenan tu, heran juga aku dia ofer walkman, aku terus on saja,, deal pun bermula, sampai saja bungkusan ke rumah, buka2 ada pula kaset ni, masih berbalut tapi berhabuklah dalam talinya, lepas saja aku bedah servis kaset ni jadi ok.. memang terbaik, ada lapan band norway yang mentributekan lagu2 darkthrone dalam kaset ni, bukan band2 kecik band2 yang sudah punya nama besar macam gorgoroth, immortal,  dan lain2 hahahaa...aku menyukainya total hail black metal hutan ni. tamat

PANGGILAN PULAU PUAKA IV

Vol.1 membariskan band2 black metal tanah air dan juga negara jiran, apa yang aku boleh katakan WOW utk ppp ni, seolah2 ianya kompilasi black metal, hampir semua lagu dalam ni bergenrekan black metal, mungkin satu dua saja, yang bawa genre lain, bukan seperti kompilasi ppp yang ada dalam simpanan aku, hampir setiap kaset tu, campur2 genrenya tak dimonopoli oleh satu genre saja, macam ppp ni, hahaha.. kaset ni pun hasil dari hari kaset tempoh hari, harganya rm10 masih berbalut lagi, hajat hati aku memang nak lengkapkan koleksi kompilasi ni, tapi tengok harga juga klu bawa rm20 aku sambar, atas dari tu sory, banyak lagi jual2 murah sampai masa bergolek depan mata. itu sajalh alkisahnya.

A TRIBUTE TO THE BEAST

Ada beberapa keping kaset aku beli masa hari kaset hari tu, aku boleh katakan ini kaset yang buat aku keriangan mendengar muzik yang terhidang dalamnya, masa aku memilih aku ternampak kaset ni, lihat saja list lagunya, ohhh tribute utk maiden kan.. aku terus rembat, harganya rm10 saja kira masih baru lagi.. aku tak mau ceta banyak, album tribute ni memang layan bagi aku, tak tahu lah para lagend semua jajaja... korang lebih arif dari aku ni... satu pembelian yang thorbaikkk hari tu..

FTG RAGE D'CROMOK

Double kaset dengan satu harga, haha,, sebelum buka ada tetulis ayat cam tu, ni baru lagi masih berbalut, harga rm15 ja, byhand masa hari cassette store day hari tu, kira ni hasil dari sana juga lah.. ada lapan lagu saja d cromok manakalah selebihnya ftg, kira ni boleh kata kompilasi ftg lah, kaset 2  tu, hanya 2 lagu saja dari d cromok, layan jugalah dan buat pelangkap koleksi kaset ftg yang dalam simpanan.. 

Kaset kosong

hasil dari cassette store day hari tu, ni kaset kosong kan, 1st juga lah aku pegang, dulu memang aku nak cari kaset macam ni, nak buat dubbing demo2 cdr kedalam kaset, tapi tak pena aku jumpa, sampai hari tu baru jumpa, masalahnya pula tape player aku yang ada cd sekali tu, dah di tukar, mustahil lah aku nak dubbingkan, hampir saja aku beli sekotak, harga satu ni rm2 saja, bila fikir2 balik tak yah lah beli satu saja ni buat koleksi.. kawan yg jual tu kata ni lah yang digunakan oleh wartawan masa sesi interview jajaa

MAXIMUM THRASH - SKATE DRUNK AND VIOLENCE

Kaset ni aku beli dengan harga rm20 3 pcs, jualan murah bersempena cassette store day, haha aku tak tahu pun band ni dari mana, nampak saja macam best aku pilih kaset ni, rasanya band indon kali ni, dalam inlay tiada dinyatakan asal mana, metal archive pun sama tak ujud... apa yang menarik band ni, bagi aku muzik mereka ni agak raw, sound yang kotor, bagi jiwa memberontak ngam sangatlah dengar kaset ni, aku kurang bekenan, sudah terbeli simpan sajalah buat koleksi,

SILENT DEATH - BEFORE THE SUNRISE

kaset ni berharga rm15 saja, tak ada cover nya telanjang saja.. hari tu ada kawan fb aku jual rm60 belum masuk pos, bila fikir2 aku tak sanggup nak beli, sebabnya aku sudah ada album ni dalam format cd, bila lihat hari tu dalam toko dijual rm15 saja aku terus rembat, bagi aku skg ni yang utama sound dalam kaset ni, cover tu nanti boleh cari pelan2.. masa mula2 dengar album ni dalam format cd lah, aku memang sukar nak hadam, tapi sekarang ni macam ada magnet pula, keinginan utk dengar album ni memang kuat, selalu saja tersenarai dalam playlist aku. dapat kaset ni, lagi bertambah mantap, sound asli, banding ngan cd tu feel tu ada sikit berbeza.. hahahaa... ok lah pesan aku kalau ada sapa2 yg terbaca ni entri, yang ada cover album ni, tinggal kan email ada saya mau beli ya.. hahaha