Memaparkan catatan dengan label Compilation/Split. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Compilation/Split. Papar semua catatan

Khamis, 16 Oktober 2014

PENGUKIR NADA DARI MAKAM

SPLIT - DELUSI / SIAL / AHMAD RAIMI

sebelum aku nak cerita pasal muzik dalam ni baik aku cerita dulu cemana aku boleh dapat cd ni, haha.. hari tu aku ada order kaset 2 ketul, sampai rumah saja ada pula free cd ni, memang sempoi,.. tak sangka, perna aku baca juga kalau nak cd ni kena bayar duit pos saja, apa yang menarik minat aku pada cd ni, adanya band SIAL disitu, logo band ni aku suka.

aku bukanlah kebaruan ngan muzik macam ni, cuma aku boleh simpulkan yang aku tahu muzik gaya ni, black metal lah kan, cam burzum tu, aku ada  kaset burzum., walaupun lagu nya agak lama namun sound yang diberikan tu memang menenangkan. dah berapa minggu aku dapat cd ni, namun aku hanya dapat mendengar beberapa kali saja, kadang2 time aku dengar ada saja gangguan2 kecil, hilang fokus, lepas tu aku nak cari info2 lahkan pasal muzik ni, eh eh rupanya bukan muzik black metal, ambient katanya, info boleh rujuk kat sini Apa itu ambient haha..

cerita panjang2 pun klu tidak ada hujung pangkalnya memang payah, ok lah ni aku rebiu  secara detail pasal muzik ni mengikut selera aku ni.. dan ditambah dengan cerita2 sedikit, hahaha

1. DELUSI - LARA
band ni pertama kali aku ketahui selepas memiliki cd ni.
sound yang mereka hidangkan menarik minat aku, aku rasa antara ketiga2 band ni, band ni terus bermain di benak hati ku, bukan membodek ok, ni sbbnya sound yang terhidang seperti sudah biasa aku dengar, mungkin penangan Burzum kot, apapun percubaan yang bagus dari delusi, ada kaset rilis juga band ni, kalau sempat memang nak beli, tgk lah nanti...

2. SIAL - PENANTIAN SUDAH BERAKHIR
Band ni kenalan juga dari vokalis band ajal ni haha.. tak tahu band ajal dah bekubur kali, seperti aku cakap kat atas aku tertarik ngan logo band ni, dengan dia punya tema org bunuh diri tu, hmm mesej tu sampai, untuk sound dalam ni, ianya alah2 burzum juga di ujung2 lagunya, ada feeling disitu haha. ohya lagi satu ni pun ada rilisan terbaru, kalau sempat memang nak support, tgk lah cemana, yang dulu didulukan tak gitu hahahaa

3. AHMAD RAIMI - AKU RINDU KEMATIAN
band ni lah yang bagi cd ni, ni pun anggota band2 pujaan hati juga, tak sangka pula dia ada projek band muzik yang macam ni, ambiet gitu, ohya aku dapat kaset bersempena hari kaset hari tu band ni, nanti aku cerita kat halaman lain, ni nak fokus pada lagu dalam ni. utk lagu dalam ni, ianya macam lagu antaboga dalam mayang mistik satu, haha.. dia punya mirip2 lah, seperti bercerita kepada pendengar... dengan runut bunyian yg slow, mungkin tak semua org dapat hadam terus, macam aku ni pun ambil masa utk merasakan apa yang ingin disampaikan, kalau kena mood mungkin lagu2 ahmad raimi ni sesuai...

kesimpulannya,TERIMA KASIH ATAS CD ni, aku mengenal satu lagi genre muzik haha dan....delusi tak dah suara bunyian desiran angin ntah cam tulah, manakalah sial, ada suara diawal tu agak memboringkan, tapi diujung2 ianya mencengkam, ahmad raimi, kena perlukan masa utk mendengarnya,

 aku teringat satu lagu yang perna aku buat sekitar tahun 2007, masa tu aku nak buat band juga ngan kawan baik ku, namun tak menjadi pula band tu, jadi lagu2nya aku simpan, band heavy metal kot.. tahun bila lupa lah pula, aku bagi lagu tu ngan band antaboga, tak sangka dia masukkan dalam album pertamanya, sound dalam tu mmg sebijik bunyi ambient ni, dia guna lirik aku tu saja, memang sempoilah, kalau kamu nak dengar kena beli album mayang mistik 1 hahahaa.. tajuk lagu tu SAAT DIKAFANKAN. ok.. tamat

Isnin, 13 Oktober 2014

PANGGILAN PULAU PUAKA PALING PUAKA

Kaset paling puaka yang mendarat dirumah beberapa hari yang lepas sebelum raya kot lupa plak banyak sangat item mendarat, haha apapun cetanya begini kaset ni hasil trade dgn membe kat fb, sebetulnya aku nak lengkapkan koleksi PPP ni, alang2 kan, dah ada separuh dalam simpanan, mulanya aku ingat kaset ni panggilan pulau puaka yang biasa, rupa2nya ni adalah kaset terakhir utk kompilasi PPP ni, kira endingnya lah, itu pun aku tahu sbb kawan aku bagitau, hahaha... ceta pasal band dalam ni, berbagai genre ada, yang paling menarik minat aku, band mistik, dengan lagunya perjanjian syaitan, versi mistik ni agak lain dari versi yang aku pena dengar.. huuhu.. lepas ni klu berkesempatan bertemu ngan kaset2 PPPni memang aku sambar lah, aku buat kajian kat google pun tak jumpa, berapa banyak kaset yang ada rilis PPP ni, part vol ntah berapa, sapa2 ada info share2 lah K.. hahaha

Sabtu, 11 Oktober 2014

DARK THE RONE, HOLY DARKTHRONE

Kaset tribute utk band black metal paling ungul ni, memang ada dalam radar aku, masa saja tak menginzinkan aku utk memilikinya, selalu saja org lain sambar, tampa aku sedar, kawan aku dari serawak memberikan kaset ni secara percuma kepada ku, masa kami deal trade kaset ngan walkman, hari tu aku ada buat audit utk kaset2 dalam polybox aku, yang mana aku tak dgr aku asingkan, last2 aku jual, memang berebut org beli, aku letak rm20 utk 4 kaset metal, kebanyakan nya band2 luar lah, memang laku lah... sampaikan kawan aku ajak trade kaset2 yang dia bekenan tu, heran juga aku dia ofer walkman, aku terus on saja,, deal pun bermula, sampai saja bungkusan ke rumah, buka2 ada pula kaset ni, masih berbalut tapi berhabuklah dalam talinya, lepas saja aku bedah servis kaset ni jadi ok.. memang terbaik, ada lapan band norway yang mentributekan lagu2 darkthrone dalam kaset ni, bukan band2 kecik band2 yang sudah punya nama besar macam gorgoroth, immortal,  dan lain2 hahahaa...aku menyukainya total hail black metal hutan ni. tamat

A TRIBUTE TO THE BEAST

Ada beberapa keping kaset aku beli masa hari kaset hari tu, aku boleh katakan ini kaset yang buat aku keriangan mendengar muzik yang terhidang dalamnya, masa aku memilih aku ternampak kaset ni, lihat saja list lagunya, ohhh tribute utk maiden kan.. aku terus rembat, harganya rm10 saja kira masih baru lagi.. aku tak mau ceta banyak, album tribute ni memang layan bagi aku, tak tahu lah para lagend semua jajaja... korang lebih arif dari aku ni... satu pembelian yang thorbaikkk hari tu..

Selasa, 25 Mac 2014

BRUTAL ALL STAR CHAPTER 2

brutal all star chapter 2
item bulan lepas,satu pembelian yang paling hampa untuk tahun ni,lain yang aku order lain pula yang datang.masa aku deal kat tokofb,dah terang kat gambar tu aku cakap aku nak kaset brutal all star tribute to search,boleh2 nya dia hantar kaset ni,dan satu lagi ckp harga rm10 tambah wang pos rm5,aku p bank in rm20,pastu baki pun tak selit gak dalam bungkusan..hadoiii... nasiblah bulan lepas aku banyak terima benda baru jadinya kemarahan aku tu kurang juga,dan aku malas nak pm dia nak explan balik benda ni,kalau lah masa item ni mendarat masa aku tgh menantinya dengan penuh keterujaan,bila tahu kaset lain yang dia bagi,kompom aku suruh ganti balik..nasi dah jadi bubur,tak apalah,...

mungkin dia ingat kaset ni yang aku nak mentang2 lah aku ckp brutal all star,dia ingat yang ni..pastu baru pula tu,mungkin kalau dia tak selit baki,okey ja,sebab yang aku order tu second,apa2 sajalah. bila aku play dan dengar muzik dalam ni agak hambar,lagu2 lama dibawa oleh band2 metal yang ada nama,bleh lihat nama band kat gambar tu,tak menghiburkan langsung,kecuali koffin kanser,dengan alunan raggeenya.. yang lain2 tu memang amat mengecewakan,dah lah salah kaset,muzik plak tak best...hampa kecewa rasa,cam nak bagi pecah ja..huhu..pastu aku tepikir pasni klu ada kawan nak trade aku ble jadikan ni model.


Rabu, 19 Mac 2014

AL AZAZHIL / OMEN - CONGREGATION OF EVIL

al azazhil / omen
ceta dulu pasal cemana pejalanan deal kaset ni...aaaaaargh!! hampir sebulanan lamanya aku menanti baru sampai,bayangkan saja deal dengan begitu pantas,sampaikan aku sanggup tambah rm5 lagi untuk hantar guna poslaju,disebabkan nak sangat mendengar lagu 2 band ni dalam format analog.. aku cuba bersikap terbuka,bilamana selepas aku bankin duit,aku cuba fikir yang dia akan pos esok macam tu,bila 2 hari berlalu tak sampai juga,aku bukan takut kena ripoff sebab aku percaya ngan distro ni..bila dah seminggu tak mendarat aku pun tanya lah kan,sudah pos ka belum,jawapannya belum..huh,.bila aku pos seseuatu dalam fb yang aku tgh mencari sesuatu,dia pun pm aku katanya dia ada barang tu,dan aku pun bagitau dia ok nanti kasih kompomlah kan bila barang tu ada aku tambah duit lagi dan hantar sekali,namun apa yang aku harapkan tak ada juga...huhu memula tu aku faham lah juga sebab dia dah bagitau masalah teknikal dia hadapi.. tapi jangan lah sampai pembeli supporter ni yang tertanya2..bagi info sikit pun dah memandai ni kita yang kena tanya..apa ceta ni... biar pun duit yang aku laburkan untuk kaset ni tak lah sampai ratusan ringgit namun,harus di ingat lah jika kamu ditempat pembeli dan barang yang kamu harapkan tak dah info sedangkan si pembeli mengharap barangnya akan dipos sepantas mungkin... dan bla bla bla....ohya kaset ni bajetnya rm20 temasuk kos poslaju..harga asal rm15 posdaftar.

okey lah ni ceta pasal kaset ni,kenapa aku teringin sangat nak memilikinya,sebabnya aku nak sangat dengar lagu2 dua band ni dalam format analog macam aku cakap tadi,dua band ni adalah band yang cukup bagus dalam scene underground tanahair,low profil..kalau ditengok dalam metal archive rilisan kedua band ni memang cukup menbanggakan,lagi satu kedua band ni memainkan irama black metal acuan orang kita,aku tak payah susah nak g teroka scene luar negara mencari irama black metal ni..bagi aku dalam negara kita ni pun band2 yang memainkan irama sebegini cukup bagus,dan ada spirit nya sendiri.dan apa yang aku harapkan dalam kaset ni cukup memuaskan halwa telinga ku..memang tepat ramalan ku untuk sound dalam ni,rasanya lagu2 kedua band ni bertambah menghiburkan dalam format analog.

omen band yang berasal dari kelantan,bagi aku ini band yang paling terbaik perna aku dengar dari sana yang memainkan irama macam ni,dalam kaset ni mereka mempersembahkan 8buah lagu satu intro,8 lagu yang cukup mendamaikan hati ini mendengarnya.. irama yang begitu gelap dan pekat..menepati citarasa halwa telinga ku ni aaaaargh!!...ada satu lagu kaver dari langsuyr my oat for thee yang mereka bawa dengan stail muzik mereka sendiri cukup menarik...ada dimention dalam inlay kaset ni yang lagu2 dalam ni diambil dari rilisan mereka hellstorms insurrection..kalau dapat kaset tu pun ok juga.. lepas ni kalau berkesempatan bertemu dengan rilisan mereka ni pasti aku sambar..

al azazhil pula ni band yang berasal dari kuala lipis.. aku cukup suka dengan  stail muzik mereka ni,pertama kali memiliki split cdr band ni pada tahun 2008 kalau tak silap aku,dan ada juga beberapa lagi rilisan mereka yang ada dalam simpanan aku.. bila da ada peluang untuk mendengar lagu dorang dalam format analog ni,apalagi angkat lah..sayangnya hanya 3 lagu saja dalam kaset ni,sedangkan omen 8 lagu,berat sebelah terus,bayangkan saja kalau habis dengar side al azazhil,aku terpaksa rewind kedepan baki tali yang masih separuh penuh kedepan.. kan lagi bagus dorang tak bazirkan ruang kosong tu tambah lagu2 lagi ni 2 lagu saja,apapun biarlah mereka jawap..cacat kaset ni oleh benda tu... 2 lagu dan satu intro dalam kaset ni aku dah dengar satu lagu tu,dah kerap kali,dan aku bleh jangkakan sound dan muzik mereka,..menghiburkan tapi tak puas sebab dua lagu saja....aaaaaaaarghh!!! lepas ni aku nak deal lagi ada satu kaset dorang ni rilis baru2 ni 20 salinan saja,kalau sempat aku beli lah kalau tak berputih mata lagi lah...huhu

kesimpulan kaset ni,memang nostalgikk hampir aku hilang mood dah nak menanti dan aku sendiri pula yang rasa malu sebab asyik bertanya barang dah pos ke 5x!! walau begitu aku akan tetap support distro ni,aku faham lah kenapa kaset ni lambat dipos.. kaset ni pula bukan pro kaset,ianya kaset yang transperat tampa ada nama atau satu pun tulisan kat kavernya,dan kotaknya pula bukan macam kotak kaset biasa yang ni agak kecik,cam kaset promo saja... apapun  aku gembira sebab dah memilikinya sekarang ni. itu sajalah cetanya....

Khamis, 6 Mac 2014

DARK LIVE COLLECTION

kaset klasix underground tempatan yang berstatus cult.walaupun aku bukannya lahir di era emas scene tempatan,namun aku rasa bertuah juga akhirnya dapat memiliki kaset ni.

kaset ni aku dapat dari pembelian 4 kaset yang ni kira free lah sebab katanya tak dah cover, mulanya aku memang ingikan kasert ni,bila dia kata tak dah cover aku pun hilang minat nak ambil,aku memutuskan untuk mengambil kaset lain,bila saja lengkap 4 kaset dengan harga rm30,dia kata kena tambah rm4 untuk pos biasa,aku terus kata kat dia aku akan bank in rm40 dan hantar guna poslaju,dia setuju dan suruh aku pilih satu kaset lagi untuk free,aku pun pilih lah kaset dark live collection ni.
 
dark live collection
alangkah indahnya jika kaset ni mempunyai cover.. satu hari aku akan usaha kan cari cover asal kaset ni,kalau ada rezeki tak kan kemana hehe....

ceta pasal kondisi kaset ni pula,kaset ni agak usang masa aku terima,bekas kasetnya berhabuk termasuk lah juga kasetnya,ianya amat mendukacitakan.. aku dapat bayangkan kaset ni dah tak boleh play dan kalau boleh pun mungkin soundnya tak kan kedengaran ataupun berbunyi cengkerik..citt citt citt...

nasiblah aku ni pencinta kaset..cewah!! lalu aku sedaya upaya untuk membersihkannya,bila saja aku bedah dan ingin mengangkat tali kasetnya,hampir2 saja teburai dari gulungan, nasiblah aku mengikut prosedur kalau tak memang dah dalam tonk sampah jawapnya.

setelah selesai aku bersihkan.aku cuba untuk pasang,dengan penuh debaran,mulanya soundnya agak kedengaran juga bunyian asing..bila masuk seminit lebih maka sound untuk kaset ni mula kedengaran normal,sehingga habis satu side aku stop dan aku cuba lihat roller tape player,perghh!! penuh dengan daki baru satu side,dan aku terus membersihkan roller tape player.

selepas beberapa kali dalam beberapa hari aku pasang kaset ni,maka aku dapat simpulkan kaset ni masih boleh tahan lagi,dan ianya masih mempunyai sound yang kedengaran dengan begitu jelas,dan untuk band2 dalam kaset ni aku hanya dapat meneka dua band saja,brain dead dan silent death..yang lain2 nanti aku kaji dan buatkan satu cover sementara untuk kaset ni... harapnya aku bertemulah dengan cover kaset ni. 

cover sementara yang aku buat sendiri,aku tak suka tengok kaset aku bogel haha

Selasa, 4 Mac 2014

SENGATAN SELATAN

antara 5 kaset yang aku order serentak ini satu2nya kaset yang masih dalam keadaan elok, dan tak perlu melalui proses pembersihan.sebenarnya aku tak akan tahu akan keujudan rilisan ni jika aku tak terbaca dalam blog berteromber cerita mengenai kaset kompilasi ni. bila saja aku terlihat dalam list kaset yang dijual tertulis sengatan selatan aku terus pilih sebabnya aku yakin kaset sengatan selatan ni kompom yang aku perna baca kat blog berteromber.

sengatan selatan ni adalah kompilasi yang membariskan band2 dari selatan tanahair johor. menghimpunkan 11 band,setiap satu band mendendangkan satu lagu,apa yang menariknya kaset kompilasi ni ianya memuatkan pelbagai genre bukan saja genre metal,ianya boleh dikatakan band2 underground disekitar johor,mungkin banyak lagi kot band2 dari selatan tanahair yang belum masuk dalam kompilasi ni,atau adakah ianya ada chapter 2,ntahlah..


band yang telibat dalam kompilasi ni seperti narsamun, logam, firestarter, unvield, purnamarjuna, tandus, kharabanazak, webcrusher, atrocious, the toyols, terkutuk. ada antara band yang baru aku tahu setelah mendapat kaset ni,band yang aku sudah ketahui pula band seperti logam sudah semestinya mereka ni aktif bermain gig disekitar kuala lumpur tahun2 lepas,dan perna menyaksikan band ni beraksi untuk beberapa kali.band narsamun ni pula memang tak payah diperkenalkan lagi lah dorang ni kira band lagend juga,aku budak baru ni pun dah mendengar cerita2 band2 ni..tandus pula satu2nya band yang aku teringin sangat nak memiliki ep mereka logam maut,sampai sekarang aku tak berkesempatan lagi untuk memilikinya. atrocious ni aku memang respek memainkan irama black metal,perna tengok mereka beraksi sekali di penylane,dengan gaya black metal kental perghhh memang salute,aku perna bergambar ngan band ni hehe..itu saja kot yang lain2 tu macam biasa lah baru aku ketahui.

untuk band lagu pilihan aku dalam ni aku pilih band kharabanazak yang memainkan irama black metal hutan.sound betul2 mentah dengan adunan irama black metal. dan juga band atrocius mereka juga ni main muzik bm gak i like itt!! haha untuk band2 lain aku tak dapat hadam sound mereka sepenuhnya,aku kan minat black metal hahaha bias sikit..

aku rasa rilisan macam ni memang patut di perbanyakan,ini adalah kompilasi kedua yang menghimpunkan barisan band dari satu negeri yang aku miliki.satu lagi rilisan dari pahang gegaran metal tok gajah,sayangnya cdr gegaran metal tok gajah tu tak diselitkan sejarah band2 yang terlibat seperti kaset ni.


ohya  hampir terlupa kaset ni rilisan tahun 2002 diriliskan oleh muzik box production dengan harga asal rm14.50 hehe. aku dapat ni dengan harga rm40 untuk 5 kaset.

Khamis, 6 Februari 2014

ANGKATAN METAL MALAYSIA WAR II

angkatan metal malaysia
cd kompilasi yang menghimpunkan barisan band2 metal tanahair diriliskan oleh oldgoatcorpse prod.lupa aku berapa aku beli cd ni haha,cd ni rilis tahun 2012,lagu2 dalam ni semuanya diambil dari rilisan terbaru setiap band.satu lagu untuk satu band.menghidangkan 11 lagu yang fresh dan enak dihadam oleh telinga...
war II
dimulakan dengan intro bunyi tembakan,lepas tu menyusul trak kedua dengan lagu pertama,dimulakan oleh band hereafter dengan lagu evil machines..memang cukup layan,dan diteruskan dengan pelbagai jenis muzik,dari dark shadow metal,speed metal,death metal black metal,secukup rasa album kompilasi ni.band yang terlibat seperti hayagriva,larrong,claw,sakrilege,dan boleh klik gambar tu,semua logo band boleh dilihat
cd ni rilis 200 salinan saja.jika macam aku ni baru nak mengenal band2 local tempatan,cd ni memang wajib dimiliki,sebab band2 yang terlibat cukup komited dengan muzik bawaan mereka.. 

Khamis, 14 November 2013

MORBIDITY / EXORCISED - IMPIOUS CONJURATION

split tape
band exorcised dari serbia memainkan irama death metal,manakalah band morbidity dari bangladeath  memainkan irama death metal juga.. setiap band menyumbang 2 lagu dalam ni,

kaset ni aku dapat dari kawan hasil trade hehe... apa yg menariknya kasetnya berwarna oren...

lagu yg terkandung

1. Morbidity - Morbidity
 
2. Morbidity - Let There Be Chaos
 
3. Exorcised - Oppressed by Unreal
 
4. Exorcised - Reflections of Horror

Rabu, 6 November 2013

PANGGILAN PULAU PUAKA 2

panggilan pulau puaka

ini adalah kaset ketiga PPP yg ada dlm koleksi aku,dan aku beli ni pun sbb dah depan mata dan utk dijadikan koleksi juga hehe..band2 yg terlibat mmg band2 power2 juga tapi hanya satu lagu saja yg aku suka,lagu dari band tandus - match with the best,die like the rest..!!


kalau ada rezeki mmg aku nak beli semua part dan volume kompilasi ni... \m/

Sabtu, 7 September 2013

BALBERITH / UNHOLY SPIRIT - BESTIAL UNHOLY RITUAL

balberith/unholy spirit
aaaaaaaaaaaaaaah dua band black metal dalam satu kaset mmg betul2 syaitan hahahaha
band balberith ni aku dah perna tengok mereka beraksi sekali yehaaa.. dan utk band unholy spirit ni, ni 1st aku tau kewujudannya hehe.. sbb tu aku suka beli stuf yg berbagai2 genre metal ni,ianya boleh membawa aku mengenal lebih banyak lagi band metal ni.. kalau setakat kenal nama saja bikin apa,kenal musiknya baru aku rasa itu adalah kenal... hohoho

bestial unholy spirit
dalam kaset ni,dua band ni bagi sama rata,utk side A band balberith 4 lagu yg sgt kejam rentak bunyiannya.manakalah side B pula milik band unholy spirit 4 lagu juga.. musik yg sama total black metal kejam memang sedap didengar bila hati tgh marah atau serabut.. aku tak dah masalah dgn musik gaya ni..i like itt hahaha
2 label juga yg meriliskan kaset ni,satu nusantarajim yg memang aku tahu pemiliknya ni menggilai rilisan kaset ni.. dan aku tengok kebelakangan ni makin rancak dia meriliskan semula rilisan dalam format analog ni..dan satu label lagi Ravage record kepunyaan salah seorang line up band balberith tu ...!!