Selasa, 11 Januari 2022

Phenomistik - As sahar II

Hell-o geng.. Haha lama benar tak masuk blog ni.. Hari ni aku gagahkan juga jari jemari ku menaip.. okey belum terlewat lagi nak ucap selamat tahun baru 2022.. semoga tahun ni akan lebih baik dari tahun yang sudah.. kalau nak coretkan pahit manis tahun lepas rasa memang nak ngalir airmata dibuatnya.. apapun aku redho akan ketentuan.. 

k aku nak ringkaskan sajalah koleksi2 yang ada depan mata aku ni..  aku pilih item phenomistik ni lah buat pembukaan untuk entri tahun ni..

bagi yang aktif dalam gerakan muzik metal tempatan.. pasti tahu lah sejarah band ni.. untuk yang tak tahu sedikit info untuk kalian.. ini band dari salah seorang kuat as sahar yang sudah keluar dengan rasminya dari band as sahar.. salah seorang tulang belakang as sahar one barchiel atau lebih mesra wan as sahar.. dapat tahu dia sekarang guna nama wan rimau hehe... 

setahu aku ni bukan band pertama dia buat selepas undur diri dari as sahar.. ada lagi kalau tak salah aku. dia perna muncul ngan band karamah.. betulkan aku kalau salah..  dan as sahar 2 ni bukanlah rilisan pertama dari phenomistik.. as sahar 1 aku tak miliki dengarnya cd tu pun sudah sold out dari pasaran.

k terus ke muzik yang phenomistik ni hidangkan.. album ni mengandungi 10 lagu kalau melihat pada susunan lagu kat belakang cd.. membaca lagu pertama Mengarca hiba lagu ni setahu aku ada rilis dalam mini album as sahar lupa sudah aku apa tajuk album tu.  Mendengar melodi yang terhidang dalam album ni. kalau tak guna nama phenomistik memang sah. ni band as sahar.. kuat betul bunyian as sahar dalam album ni. Bunyi yang terhidang memang tak dinafikan album ni memang sedap layan. play sekali tak terasa sudah di penghujung lagu terakhir..

2 orang yang perna bermain dalam as sahar.. tak heranlah muzik mereka masih kuat band lama mereka.. haha jangan lah marah aku pula. aku tak memihak mana2 kelompok. tak kiralah aku rapat dengan kelompok satu tu lagi aku pula nak dimusuhi.. bagi aku muzik ni tak lebih dari santapan halwa telinga aku.. sedap layan aku minat aku beli. tak kisah lah apa jenis muzik aliran genre. kalau aku nak dengar aku cuba untuk miliki.. hehe

ohya album ni diriliskan dalam dua format.. cd dan kaset.. aku nampak iklan ni kat fb aku terus sauk.. sebab nya rebiu dari kenalan rapat aku kat fb tu band ni padu.  memang betul apa dia canangkan.. 

k itu jelah rasa tadi cam tak larat nak menaip panjang.. lepas play kaset album ni tersemangat pula.. fuh tak tipulah memang sedap muzik phenomistik ni.. jika kalian penggemar as sahar lama tak susah nak hadam phenomistik ni. 

dapatkan segera selagi stok masih ada. boleh cari kat fb SHAH HONDA MUSIC .