Memaparkan catatan dengan label Wings. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wings. Papar semua catatan

Isnin, 2 November 2015

Wings 30 tahun - kaki ku bernafas dalam lumpur.

intro.. seingat aku band rock pertama aku dengar adalah wings. ni abang aku punya pasal. sayang juga dia tak bersama masa konsert ni, dan band rock pertama aku tengok live depan mata adalah kumpulan wings.. untuk 30 tahun ni, aku memang rancang aku turut hadirkan diri..

aku gerak dari rumah jam 2.30pm bersama2 rakan2 sekepala yang membesar dengan lagu2 wings, tapi sekarang dorang lebih kepada metal, tapi jiwa mereka tetap masih ada rock.. tak munafik macam sesetengah orang tu. nak mati terus dengan metal, haram dengar band rock, terutama rock melayu, dia lahir2 saja terus dengar metal puiikkk hahahahaaha.. mohon terasa andai baca ni.

gerakan dengan 3 buah kereta dari klang menuju kl. sampai di campbell, parking kereta, dan terus ke venue kuala lumpur thrash 2015. salute buat rakan2 yang lain ni, walaupun sudah beli tiket wings, namun mereka masih tetap nak tgk klthrash juga nak support geng. apa ada hal petang layan gig malam nanti layan wings kata mereka. tapi malang buat gig klthrash kami difahamkan gig dibatalkan disebabkan oleh ada laporan yang mengatakan ada gig black metal akan di adakan, pihak dbkl terpaksa menyerbuh masuk dan menyuruh utk tidak meneruskan gig tu. sempat bertemu ngan rakan2 disitu bersalaman dan berciuman.. rindu juga suasana gig, disebabkan bajet aku p wings aku skip klthrash dan bukan bermakna aku tak support, kita sendiri faham itu..

lepas tu kami lepak2 di campbell, cuci mata ngan lambakan stuff yang dijual, ohya baru teringat sempat menyambar senaskah zine nathias dan bergambar sekali ngan bro pyan, salute bro..

lepas magrib saja, hujan lebat giler kat campbell, sudah lah kami punya parking kereta nun jauh disana. habis lah kata ku, dalam jam 8 macam tu, hujan pun redah sikit, kami berlari ke kereta, sampai kereta saja sudah basah HAHAHA.... dapat aku bayangkan tgk konsert nanti kalu hujan.. alhamdulillah, dalam perjalanan gi stadium merdeka hujan nampak macam berenti, namun langit masih menunjukkan yg hujan bakal melanda... tersekat dalam laluan masuk ke stadium merdeka disebabkan jalan ditutup polis, ada pembinaan kali diatas tu. macam sesaknya nonton metalika hari tu. aku pun cari parking walaupun kawan aku berkeras utk parking tepi jalan, aku sanggup cari parking berbayar dari kena saman, akhirnya jumpa juga parking belakang stadium chin woo. nak jalan kaki ke stadium merdeka punya jauh... jalan saja lah janji tak kena saman.

dalam jam 9pm macam tu aku masuk stadium dari pintu belah kiri. masuk saja hujan terus HAHAHAHA.. tadi kat luar ada jual baju hujan, disebabkan hujan macam sudah berenti aku pun tak nak beli.. aku kata kat kawan ni kita p sana yang ada atap tu, jalan kesana mmg basah bertambah alang2, aku risau henpon ngan ac saja. basah basah lah kata ku dah memang basah pun.  lepas tu terus berdetum sound..

kristal buat persembahan.. tak boleh layan sebab nak jalan ke granstand tu.ngan hujan2 nya lagi. sampai saja sana banyak motor parking tepi tu, alah kata tgk kat bawa sini sajalah, dua kereta kawan tadi sudah tepisah masa cari parking.

masa opening tu sapa yang aku ingat.

ito blues gang
awera
bila af anak eddie
azlan.
hattan

aaaaarghh telalu banyak utk difikirkan, aku datang bukan utk mereka, aku datang utk wings.

hujan renyai2 gitu. masuk lah kedalam padang alang2, selepas call kawan2 akhirnya kami bersatu. kasut tenggelam siakkkk


belum wings lagi.. yang menarik minat aku opening tu, saiful apek ngan yassin ngan adik pemain drum kecik yg famous kat fb tu, dorang punya happy lah buat opening, kena tapau semua yang buat show pertama tadi, kelakar walaupun basah...

masuk saja kat padang tenggelam siak kasut aku dalam lumpur. bernafas dalam lumpur terus kaki HAHA


HAHAHA... Bayangkan tu kaki dah basah... haha



tiket murah saja begini lah pandangannya..


sejuknya basah.. ditambah2 lagi dengan pemandangan macam ni, bayar tiket utk tgk konsert tapi nampak macam ni, aku memang sakit hati betul lah, siap berpayung lagi. sial betul lah, skrin besar pun tak nampak. apa kejadah ni., sebelah sini vip punya kerusi siap tambah payung lagi. yang belah tu pula ada palang ngan canopy tu.. aaaaaaaaarghhh.. masa ni belum mula lagi konset wings ni. dorang saiful apek ngan lain2 buat opening, kan bagus wings terus saja ambil alih, sejuk tu, org kena hujan sudah.

WINGS 30 TAHUN BERMULA

diumumkan saja wings ngan intro kat skrin tu.. ini kali lah aku boleh lupakan kekecewaan kat atas tu, malam ni aku nak enjoy.. sound kebabommmm!!!

Belum mula lagu pertama pagar belah kiri aku berdiri ni, terus runtuh, ntah sapa punya kerja, ramai2 org berlari kedepan, rezeki kata ku, aku ngan kawan2 lari masuk sekali.... aaaaaaaaaaaarghhhh


akhirnya.. dapat memasuki kawasan rockzone yessss... dapat lihat dengan jelas pentas utama tampa gangguan payung. masuk saja kami pagar yang roboh di naikkan semula, kami sudah di dalam yeyyyyy..

terus masuk lagu pertama BAZOOKA PENAKA memang gila lah...sejuk tgk konsert dalam hujan berlumpur.. layan bazooka penaka.. mmg terbaikkk..

lagu kedua taming sari.. apa lagi yang nak dikata mmg tebaik pembukaan malam ni. lepas tu sambung lagu bujang senang, hujan gerimis terus menemani 3 lagu ni, awie ambil kesempatan cakap kan.. yay mmg gila ni, dalam hujan tak berganjak siakkk.. respek..

lepas tu lagu diteruskan, org kita dan yang paling menarik minat aku ROMANIA aaaaarghhh hilang rasa sejuk siap lompat2 lagi.. sambil nyanyi bersama.... selebihnya tgk saja list kat bawa ni.




bro deaf sudah cerita semua nya dalam blognya boleh dibaca disana cukup detail.. aku sempat taip ni saja masa tu. lepas saja lagu rock n roll lu punya suka tu. henpon aku dah mati. nasiblah bro deaf ada catatkan dalam blognya tu, sebenarnya aku tak ingat sudah apa tajuk2 lagu lepas tu. macam lihat satu konsert lagi. gila lah konsert malam tu, ingatkan sampai jam 12 saja, rupanya nak masuk jam 3 woii.. aku tak ada hal, jari2 sudah kecut, tak kisah biasa hahahaha... dalam 25k yang hadir tu, rasanya 5k menyerah kalah.. balik awal. aku dan rakan2 mmg layan sampai habis, ni kenangan ni dalam hati ku, mana perna tgkk konsert lagi macam ni punya lama..

apa yang aku harapkan macam menjadi tau, dapat lihat mus mel semua yang perna joi wings ada bersama. bak kata bro deaf, awie terbaik malam tu, aku tak sangka, betul lah, macam lihat awie yang dulu2 macam kat vcd, bukan yang awie dalam rockestra tu. aaaaaaaaaaarghh terbaik bro awie main gitar. siaknya habat pula tu menggulung... patutnya bagi can saja mus nyanyi 2 3 lagu solo. apakan daya awie tak nak bagi can, dia nak tapau juga walaupun mus tengah nyanyi..

wings mengakhiri dgn lagu peronda jaket biru. walaupun masih berbaki 3 lagu, nak bawa 33 lagu tu, kang sampai jam 4 pagi... hujan renyai nonstop aku bertahan berdiri sampai habis, nak balik saja jalan p kereta punya jauh, rasa nak patah kaki. sampai rumah saja jam 4pagi aaaaaaaaaarghhhhh..

konsert 30 tahun wings ni terbaik., kalu tak hujan lagi dapat aku bayangkan lagi cemana dasyatnya.. apapun ini konsert akan menjadi kenagan terindah dalam sejarah rock n roll hidup ku...


sedikit koleksi wings yg ada dalam simpanan,  kbai...

utk ulasan terperinci, singgah blog deaf, SINI

Ohya jika dulu aku perna kata awie nye suara tak power aku tarik balik, semalam terbukti awie nye suara gilababi nye power... hellyeahhh

Rabu, 22 April 2015

DVD double trouble 2010 live concert in JB


Selepas 5 tahun geng... haha 5 tahun lepas dvd ni perna aku pegang, masuk list, tapi sampai skg aku tak dapat angkat, sampai lah tahun lepas proses meletak dvd ni dalam list aku bermula. ada juga aku terlihat dalam jualan fb dvd ni, tapi harganya tak mengizinkan, baru 5 tahun harga sudah berlipat kali ganda. total kapitalis... hari RSD kat campbell hari tu kan berpeluang turun kesana, memang tak plan apa2 dari rumah., turun sekadar memang mencari apa yang dalam radar dan list. tak mau berbelanja lebih cam dulu2 gagagaa... yang utama juga dapat bawa family jenjalan keliling kl huhu..

sampai aku kat campbell hari tu, aku ikut jalan sebelah kedai uncle ni, uncle cina ni tutup kedai huhu ada patches menarik kat sana utk projek tahun ni. pastu masuk kedai aunti campbell terus terlihat dvd ni., pegang terus beb, tak banyak fikir2. fokus aku utk menyelam kedai aunti tu hilang. dalam hati apa yang dicari muncul depan mata yahooo.. nak melompat aku beb.. wahahaha.. macam biasa aunti cina tu musti keluarkan pengetahuan dia bab2 album baru dan apa2 saja utk mempromosikan kedainya. sempat round sekali dalam kedai tu, terus bayar, ohya aku terlihat disana cd2 mega pack 3in1 band2 rock cam rusty blade rockers ngan bpr dan macam2.. nanti aku gerak seorang next time aku nak nyelam lama2 hahaha.

lepas keluar dari kedai aku terfikir mana dorang buat RSD ni ya. mungkin kat bawa kali hurmm.. lepas tu round nampak para metalhead sedang sibuk dihujung sana.. ahhh kompom lah sana kataku yey.. mari kita menyelam.. fuhh dah macam pasar malam beb.. meriah ni, peniaga2 baru letak barangan mereka. nampak kengkawan sekepala bersalaman memang sempoi geng, cam suasana gig.. aku terfikir best juga RSD klu macam ni kan, tahun lepas buat kat subang.. aku sempat pergi tak semeriah kat campbell tahun ni. lepas tu aku lihat patches blackfire warna merah tu terus sambar harga murah, org dah jual kat fb rm40 skg haha. org umah jenis segan kan aku pun faham bawa dia tempat berehat dan aku ngan mizi kembali ke RSD tu menyelam boleh lah kalu ikutkan hati ku, memang banyak aku nak beli. tapi aku mula fokus skg tak ikut nafsu buas ku. apa saja dalam radar baru angkat. gitulah ceritanya nanti sambung kat entri lain. cerita bab dvd ni sudah terpesong.

huhu sori cerita dvd tu ni ahh.. dalam dia ada satu cd ngan satu inlay 10muka surat gambar2 wings ngan search. sempoi dvd ni bagi aku. buat aku senyum2 sendiri. heppy nya aku tu. aku tgk dvd ni 4 kali sambung. masa terhad balik kerja tgk sikit dah lelap. semalam baru habis tgk. itu pun masih belum puas pasti akan di tonton lagi dimasa cuti nanti. durasi dvd ni 2 jam lebih klu tak silap. memang lama tu kalu terus tengok kan. apapun aku bagi wings ngan search memang terbaik 2 2 band ni. cuma amy ja bab duet tu dia cam tenggelam oleh awie,. hahah rosak lagu wings oleh amy. joe memang sempoi. yang lain2 pun ok lah, cuma kamera je yang tak cun,. tak pandai nak buat rakaman konsert live huhu.. apapun ini pasti jadi khazanah  muzik rock tanah air,, phewitt sekali...

nota - musti kawan2 blogger yang lain ada disini masa konsert ni. kongsikan pengalaman korang dalam ruangan komen jajajaa.... harapnya search ngan wings buat DT kat istana budaya.. 10 hari gempak tu wahahaha... tamat.

Selasa, 7 April 2015

HUKUM KARMA DAN ORANG ASING

2 cd wings ni yang sempat disambar semalam Di speedy dengan harga GST .. mahal sudah cd ni, masa belum gst rm19 ja mcm tu, org asing tu rm13 klu tak silap, skg sudah naik rm14 lebih mcm tu.. sebetulnya tiada apapun aku nak cerita pasal 2 album ni, semalam jenjalan nak cari henpon saja utk cintaku. bila hati sudah senang aku g lah rembat 2 cd ni, walaupun aku rasa mcm nak sambar menakluk kosmos dulu., tapi ckp nanti lah nantilah.. sampai bila pun tak tahu lah bila nak sambar.... ni mungkin sebab rebiu yang aku baca macam tak memuaskan.. tapi pasti juga aku akan beli..

ni aku nak cerita lah kan.. pasal 2 album ni, aku perna juga cerita cemana aku kenal muzik rock ni, pemulanya kali.. masa budak2 dulu, mana tau rock kan, yang pasti main2 24 jam.. bila abang sudah rock maka adik juga pasti akan terkena tempias rock tu. aku masa dulu kalau aku ingat2 balik. 2 album ni kira album yang aku masih ingat lagi. album2 ni abang aku memang ada, sampai sekarang pun versi kasetnya masih ada kat abang aku tu. tapi ni bukan lah album yang terbest masa tu aku layan. ada album wings yang betul2 aku minat. nanti aku beli aku cerita tu album. cuma agak susah sikit nak dapatkan album tu, dalam jualan fb ada jual cuma aku ni jenis malas nak order barang yang aku rasa masih ada jual.

kembali ke era aku kanak2 dulu.. wings ni boleh katakan bapak rock aku lah cuma aku masuk sekolah menengah aku beralih arah kepada band rock search. walaupun dulu2 tak ambil pedulu pun pasal search. ni semua kegilaan masa masuk remaja juga, tapi wings. alah kadar.. cemana nak cerita pun aku tak tahu nak mula dari mana, makanya aku hambur saja lah ayat2 aku kat sini. kira nya membesar dengan wings. lepas saja abang aku kerja p semenanjung dari situ lah aku kurang dengar lagu2 ni. sebab masa tu seingat aku lah, masih guna bateri, jadi aku tak ada duit nak beli bateri atau ntah lah.

tapi masa aku sekolah menengah dulu.. aku berpeluang menyaksikan kumpulan wings ni, beraksi dekat fan fuir sandakan. masa tu aku dilamun cinta monyet.. seingat aku aku belanja aweks aku ngan rakan2 nya g tgk. masa tu tak tahu juga wings perform, sekadar nak ke fun fair saja kan sambil dating2.. muax2... masa era wings datang sandakan, aku kerja kat mafia. jadi perantara. ni malas aku nak cerita sebab ni kira gila nye cerita mafia., masih muda lagi aku jadi keldai mafia kat kampung dulu. hohoho..

masa tgk fun fair ni kan, memang gila teruja lah kawan2 aweks aku, masa tu lau tak silap kami berempat. malam balik tu punya susah nak cari bas, nasiblah ada pakcik tu bawa teksi, dia tak nak tapi aku ofer ngan duit koleksi dolar yang ada dalam dompet aku, pakcik tu nak hantar kami balik.  masa konser kat fan fuir tu memang best,. sambutan seingat aku memang kecoh gempak kebabom nye gilababi. headbanging moshing.. masa tu aku kira macam tak menghargai persembahan wings depan mata. tapi lama kelamaan, aku menghargainya, bayangkan ramai nya rockers kat kampung tu belum perna tengok band rock beraksi. ohya kampung aku jauh dari bandar, nak g  fun fair pun kena naik 2 bas.

satu yang aku tak boleh lupa pasal konsert di fun fair tu. HAHAHA.. awie.. awie.. kena karan kakakaka... ntah berapa banyak kali aku mention ni kalau berkait dengan wings. betul geng, ni cerita aku tak reka2. awie kena renjatang masa pegang tu mikrofon. kan tangan dia basah.. bayangkan orang kena renjatan. hampir dihentikan tu konsert nasiblah diteruskan. masa balik tu, sempat lah begambar ngan wings bayar rm10. gambar yang snap keluar kasih kering tu. ni gambar ada kat kawan aweks monyet aku dulu kakakaka...

berbalik kepada 2 cd diatas tu. orang asing tu pun sedap2 lagu2nya. yang lagu2 malar segar tu memang masih segar dalam gegendang telinga. yang lain2 tu masih kena dengar balik, sebab semalam aku nak tido awal. bab hukum karma, ni tak payah cerita pun memang best. lagu2 dalam ni terbaik dari wings. kira kebanyakan lagu2 wings ni boleh diterima halwa telinga aku juga, cuma tu macam aku cakap, ntah kenapa aku tak jadikan wing band rock no1 pujaan hati ku. okey lah nanti sambung cerita lagi. kbai.

Khamis, 26 Mac 2015

WINGS ROCKESTRA DVD + CD

Cerita semalam... ni masa giliran aku pula cerita pasal dvd konsert wings ni. haha. apa yang menariknya tentang dvd ni. hurmm semuanya pasti sudah tahu kan. sebelum tu aku mau bagitau. aku tak turun konsert ni. rasanya aku tak perna ambil tahu akan konsert ni. haha. tapi aku ada tgk live percuma kat icity ntah tahun bila yang live kat tv9 tu kan. lepas tu slowlah ngan wings dan rock lain2. nasiblah cd ni rilis. pertama sekali yang bermain kat kepala otak aku, musti beli, tak nak jadi macam album live double trouble, dulu aku siap pegang, sambil cakap, nanti sajalah aku beli. sampai kan aku boleh terlupa dan sedar2 sudahkan bila terlihat org share,, nak cari sekarang memang payah. kalau ada yang jual pun musti letak harga sekeping LP imported kakaka..

dalam dvd ni ada 1 dvd dan 2 cd, satu cd aku sudah dengar semalam, dan nonton dvd ni sampai trek 31/50 aku ngantuk, memang layan album ni disebabkan penat giler, aku stop dan tido.. nanti sambung masa cuti nanti. tapi kalau mengikut apa yang aku rasakan, aku betul2 puas hati ngan pembelian ni. walaupun harganya rm46 ianya berbaloi. percayalah aku tak nak pisang berbuah 2 3 4 kali wakakakka.. tak beli nyesal tak berguna. ohya dapat lihat hillary pun ada main dalam ni.

satu saja lah bab wings ni aku tak suka. awie punya cara tu tak rock macam dulu2. wahaha.. jangan marah fan wings, aku ni boleh kata, wings ni adalah band rock pertama aku. dari dengar sampai lah lihat depan mata, siap begambar lagi ngan line upnya bayar rm10 kakakaka..kat fun fair. ohya nak tambah sikit lagi. aku ada hold beberapa cd kat speedy tu, rasa nak sambar, tengoklah cemana, album search 30 tahun tu memang dalam top list tapi ntah kena skip. menakluk kosmos lagi lah tak tahu bila nak beli. lagi satu hukum karma pun ada 2 pcs. harap aku sempat lah beli sebelum orang lain beli. itu sajalh kisahnya wings dvd ni. harap konsert menakluk kosmos tu buat sekali kat kl. senyap ja.. hurm ohya kat sayap2 wings jual ni rm60 hahaha.

ni lah isi dalamnya... aku ingatkan poster,, kiayam betul, bestnya ni kalau poster... dvd nya aku tgh layan... 

Rabu, 3 Disember 2014

SEARCH & WINGS - DOUBLE TROUBLE 2



search lagi, seperti cd gothik malam edan tu, ni pun terlihat juga dalam tokofb. dengan harga rm26 termasuk poslaju, kondisi kaset mantap tapi tali kasetnya dipenuhi kulat berwarna putih, rasa nyesal ada tapi tak apalah sudah terbeli, aku cuba bersihkan tali kaset rewind ke depan ke belakang, beberapa kali, lepas tu play, sound timbul tenggelam, susah rasanya nak elok kaset ni, habis head kepala kaset aku berdaki dibuatnya, setiap satu lagu kena bersihkan head 2 3 kali.

keinginan utk memiliki album ni disebabkan aku tak perna memilikinya dan tak perna hiraukan pun pasal album ni., perna juga suatu hari tu aku terpegang sudah versi cdnya di speedy sayangnya aku tak beli, sekarang ni mana mau cari tu huhu. hari tu aku dgr utube dan baca kat blog berteromber, terus teringin mau dengar lagu2 search dalam album ni.

dalam ni ada 5 lagu search, 2 lagu lama rakaman semula dan 3 lagu cover. aku suka pada lagu suratku utkmu, versi dipintu sepi ngan balada pemuzik jalanan pun ok, layan, nak pilih yang versi asal ngan versi dalam kaset ni, rasanya aku pilih dari kaset ni. versi utube lah yang clear, klu dalam kaset ni memang total gagal. lepas ni aku akan cari versi cdnya, tak puas hati langsung dengar versi kaset ni, sound timbul tenggelam.

hahahaha itusajalah, harap korang terima lah cerita aku pasal search utk bulan ni. hehehe.

Rabu, 12 November 2014

WINGS - BIRU MATA HITAMKU

sambung balik cerita pasal kaset, ni kaset bulan lepas punya, dibeli sekali dengan kaset m nasir serta belenggu irama. seperti perna aku cerita pada entri2 terdahulu, aku ni bukan lah seorang peminat tegar wings, walaupun aku membesar mendengar wings, dan band rock pertama aku lihat beraksi depan mata, namun begitu suam2 saja minat ku terhadap wings, lalalala... tapi aku suka muzik wings ni, lagu2 nya pun sempoi, era awie best era mus pun best, tapi aku lagi suka beli mus punya cd banding ngan awie, haha sebab utamanya aku suka dengan lagu2 nyanyian mus dalam album mencari asal usul...

bercerita secara detail album kat atas ni, ini album kurang mengancam kalbuku, tak tahu kenapa, sedangkan aku suka sekali dengan suara mus, dulu mungkin aku perna dengar album ni, tapi tak sekerap aku dengar album2 lain, dan mungkin juga abang aku tak minat album nyanyian mus ni,. haha tapi dia ada album ni seingat aku lah...

lagu yang menarik dalam ni, ada 2 saja lah, biru mata hitam ku ngan anigma, 2 lagu ni mungkin sudah terbiasa aku dengarkan makanya ianya sedap sekali didengari..huhu... ohya yang aku tahu era mus ngan wings ni ada 4 album saja, split ngan search mr barbarik ngan mencari asal usul, 3 album mus ngan wings termasuk album ni, sudah ada dalam koleksi, album ni saja versi kaset, yang 2 tu versi cd, album ni susah juga nak cari versi cd, ada jual on9 pun mahal huhu...

dan terakhir pasal wings ni, rasanya tak lama lagi komplet lah koleksi wings aku, bukan aku cari pun dia datang sendiri berdamping.. itu sajalah, lepas ni aku nak beli bazoka panaka, hari tu aku ada lihat kat rock corner.. setelit puakaa......kbai.

Isnin, 20 Oktober 2014

WINGS - BELENGGU IRAMA

Asal aku dapat kaset cd wings, mesti aku teringat, masa awie kena karan masa buat konsert kat fun fair sandakan, sekitar tahun 2003-4 lupa lah, hahaha... kaset ni aku dapat dari bro ijau, beli combo sekali ngan kaset m nasir dan satu lagi kaset wings era mus, nanti cerita kat entri lain lah... album belenggu irama ni, aku dah biasa dengar dari kecil memang makanan aku lah, senang cerita lagu2 dalam ni dah hafal semuanya, bab2 kaset wings ni, sebenarnya kalau aku nak dengar aku pinjam saja kaset2 abang aku, masa era dia bujang memang gila ngan wings, lepas kawin dah kurang, bila ada peluang aku beli lah kaset ni buat koleksi, alang2 harga pun berpatutan, skg klu beli kat toko kaset macamni, kurang2 rm25, belum masuk pos, ada tu sampai letak harga 40, hmmm haha... kaset ni bukan 1press tapi ok lah, nak beli 1 press harga cecah ratusan skg ni, tak caya masuk kat toko fb tu, kalau aku ditanya album ni, bagi aku album ni antara yang terbaik yang perna rock malaysia riliskan, itusajalah, tak lama lagi lengkaplah koleksi album wings dalam simpanan hehe.

Taniah buat wings dapat anugerah hari tu, apa nama anugerah tu lupa aku huhu, tapi memang saat yang aku tunggu2 gak nak tgk wings beraksi kan, ada satu lagu awakkatmane tu mmg gila melekat sekali tgk saja, nyesal juga aku tgk tu gila mmg gila, ..

album menakluk kosmos aku belum beli lagi.. hmmm nanti lah aku beli ujung tahun ni kikiki...  

Sabtu, 28 Jun 2014

WINGS - JERANGKUNG DALAM ALMARI

kalau mengikut tahun album ni rilis, aku masih lagi menyusu.. bercakap pun rasanya tak pandai lagi... album ni salah satu juga dari album yang aku ingat dari kecik sampai sekarang, tak perna pudar dalam ingatan aku . masa aku join abang aku dengar album ni suatu masa lalu dalam format kaset, guna tape player pakai bateri, bila bateri dah kong, abang aku jemur kat atas bumbung, untuk mendapatkan tenaga baru. tak tahu lah aku betul ke bekesan tu cara atau tak, aku tak perna terai cara lama tu, sekarang ni senang guna karan je..

kalau abang aku tak dengar kumpulan wings ni, kemungkinan aku tak rock/metal macam sekarang ni, susah juga aku nak huraikan al kisahnya cemana. bagi aku lah, wings lah pemula aku mengenal muzik dan mendengar kaset2 wings kepunyaan abang aku.. 

tapi bila aku dah besar dan punya duit sendiri, ntah kenapa aku tak memilih wings untuk dijadikan band pujaan hati, sebaliknya aku memilih kumpulan search, ini semua terjadi bila aku sudah makin meningkat remaja kot,, (terpengaruh dengan geng2 search kat kampong).. tapi aku tak perna lupa album2 wings yang perna aku dengar masa aku kecik dulu...antaranya album jelangkungg ni lahhh.,,

okey lah untuk album jelangkung dalam lemari ni terus terang aku cakap, album ni memang rock n roll bagi telinga aku, lagu2 heavynya memang mantap.. manakalah lagu2 slownya, kalau nak bertanding vokal, kena tray lah lagu2 slow dalam album ni, rasanya awie sekarang pun kalau bawa lagu2 slow ni, mungkin boleh tegiukkk dia punya suara.. album yang menarik untuk dijadikan koleksi sepanjang zaman... 

nota - kenapa aku tak beli album baru wings tu lagi..huhu,, jawapanya tunggu gilirannnn!!!

Selasa, 15 April 2014

WINGS - LIVE 1991 STADIUM NEGARA


tidak banyak yang aku nak taip,sebab vcd ni dah agak lama aku beli, jadi aku cari2 lah rebiu pasal ni vcd, aku terjumpa blog ni yang cerita pasal keseluruhan dalam ni, rasanya dia ni fan tegar wings,nak lebih detail lagi pasal ni vcd terus sambung baca kat link ni..tekan sini ye!!.. hehe!!

Khamis, 15 Ogos 2013

WINGS - NAGA KRAMAT

WINGS naga kramat
jalan2 pergi jusco dan mcm biasa singgah kejap kat kedai cd speedy,terlihat ada potongan harga 20% utk setiap cd dlm kedai tu,round2 dalam kedai tu terlihat pula cd ni,teringat komen kawan dlm fb yg cd ni total layan juga,apa lagi aku pun terus angkat. bila aku putarkan cd ni lagu pembukaan ameringo memang cukup heavy juga muziknya dan aku pun terhibur,layan kesemua trek hingga ke trek 12 lagu Medley Re - Union pergh!!! teringat kembali zaman kanak2 aku dulu,selalu curi2 dgr album2 wings kepunyaan abang aku hadoiii,betul2 nostalgik ni album.
dlm
blakang

memuaskan bila sesebuah album disertakan dgn lirik dan gambar2,sambil dengar lagu boleh belek2 kertasnya.inilah beza album ori dgn cetak rompak dan mp3,

lagu2 dlm cd ni
1. Ameringo 05:05  
2. Ranggi Metropolis 05:00  
3. Dewi Sakti Malam 05:15  
4. Entah Kiri Entah Kanan 05:06  
5. Kota Langit (KL) 04:43  
6. Sebelum Pasti 04:28  
7. Jumpa Hilang 03:36  
8. Kuda Hujan 04:44  
9. Sayap Ilusi 05:08  
10. Lubuk Pusing 04:03  
11. Rantau Kebiruan 05:40  
12. Medley Re - Union 07:01  
13. Istimewa 06:36